Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mac 18, 2013

Tumpang

tumpang ada banyak mana. ada yg makna baik. ada yg makna tak baik.

prof shad baru2 ini menyatakan tentang etika sbg pensyarah. antara yg beliau lihat sbg tak beretika adalah yg melibatkan penyelidikan. beliau berpandangan bhw adalah tidak beretika bg seorang penyelia menyuruh pelajarnya melakukan penyelidikan dgn sedikit shj bantuan penyelia tetapi kemuadiannya menyuruh pelajar memasukkan nama penyelia dlm lapuran penyelidikan. seorang kawan baru2 ini menyatakan ketidakpuasan apabila penyelidikan yg dilakukannya dan apabila diterbitkan, nama penyelia dan kawan2 penyelia terletak sebelum namanya walau pun ada yg hanya tumpang nama shj.

saya juga tak berapa gemar menumpang dlm sesuatu projek. tumpang di sini bermaksud usaha tiada atau boleh dilakukan sesiapa shj selain saya tetapi nama nak diletakkan utk tumpang glamour. contohnya spt projek inovasi, saya rasa malu jika saya menumpang nama sebab saya sediakan template untuk poster penyertaan. jika saya tak malu dah tentu saya boleh mendabik dada menang pingat tambahan semalam.

Tiada ulasan: