Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Mac 12, 2013

Kena Tahan

tadi baru sekejap tadi, saya dan adik2 kena tahan. ditahan pdrm. di sekatan jalan raya lebihkurang  500m dari rumah kami.

tak tahulah apa yg menyebabkan kereta kami ditahan. mungkin sebab bawa kereta murah? mungkin sebab kami 3 orang dlm kereta selepas jam 11 malam. mungkin sebab mereka minta kereta  ke-n berhenti untuk diperiksa ic. untuk diperiksa lesen memandu. saya tak banyak cakap. diberi salam oleh pdrm pun saya lupa nak jawab. dan apabila melihat pelekat uitm, dan ditanya sama ada staf uitm, adik saya menjawab 'abang saya'.

kali terakhir kereta saya di tahan pada 1998. selepas saya keluar drpd hulu langat. berhampiran maktab polis. ditahan oleh peronda bermotorsikal kerana silap masuk laluan. tetapi alhamdulillah tiada masalah utk kedua2 tahanan sementara. ic ada. lesen masih hidup. dan mungkin juga setelah melihat no ic saya.

Tiada ulasan: