Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mac 11, 2013

Keseronokan Berkongsi Ilmu

hari ini kelas saya hanya 2jam utk kursus kaunseling sukan. sesi bersama seorang pelajar hampir 45 minit. walau bagaimana pun keseronokan berkongsi ilmu dgn seorang pelajar yg seronok utk belajar menyebabkan sesi bersama pelajar terpaksa dipendekkan kerana pelajar mempunyai kelas dgn pensyarah lain.

kemudiannya sesi bersama pelajar yg akan melakukan penyelidikan juga mengambil masa yg agak lama. hampir 3 jam. ianya utk memastikan pelajar faham apa yg perlu dibuat. faham kenapa ianya perlu dibuat. tahu bagaimana nak buat benda dgn betul. kerana kajian akan melibatkan nama saya dan nama pelajar. perkongsian ilmu tadi melibatkan saya berkongsi sebab saya memiliki banyak buku. ianya kerana kadang2 sebab nakkan hanya satu ayat shj tapi perlu sebuah buku.

saya sentiasa ingatkan pelajar dan diri saya bhw kita sama2 belajar. sama2 berkongsi ilmu walaupun secara formalnya saya sebagai pensyarah. ada masanya pelajar akan kongsi ilmu yg dia milikki dgn saya.

Tiada ulasan: