Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development

Selasa, Mac 26, 2013

Kenapa Along Macam Tu?

'along, kenapa abang tendang ibu? kenapa along sakitkan ibu? tengok tu ibu menangis sebab along tendang ibu' ujar angah.

jawab along,'tak pelah angah. kan abah biasa buat kat ibu macam along buat. abah kan biasa kita tengok sepak terajang tendang ibu. kalau tak tendang, abah akan tampar ibu. kalau abah buat kat ibu macam tu, maknanya betullah apa yg along buat kat ibu. along ikut apa abah buat. along kan lelaki macam abah'.

tambah along,'lagipun atuk pun buat benda yg sama kat nenek. abah bagitau masa along tanya abah kenapa dia tendang dan sepak ibu. abah pun jawab apa yg abah buat betul sebab abah ikut macamana atuk buat kat nenek'.

sedih angah mendengar jawapan along. sedih angah melihat ibu dilayan teruk oleh abah. sedih angah mengetahui bahawa nenek pun dilayan dgn buruk oleh atuk. angah hairan, kononnya atuk dan abah orang 'kuat agama'. tapi perlakuan kpd kaum wanita bukan macam orang beragama islam. angah berjanji kpd diri, ibu dan nenek. bila angah lagi besar drpd abah, atuk dan along, angah takkan biarkan apa yg abah, atuk dan along buat berterusan. semoga harapan angah menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Value of Money