saya ingat semasa kecil dahulu semasa saya balik ke rumah nenek di kota bharu, beliau akan ke surau pada waktu maghrib. pada waktu siang hari beliau berniaga kain di pasar lama kota bharu. saya belum pernah berada di masjid muhammadiah di kota bharu.
ayah saya biasa ke surau untuk maghrib. adik saya biasa ke masjid. saya baru bermula. insyaallah jika termampu, saya akan cuba hadir ke surau atau masjid pada setiap maghrib pada setiap hari. ada kalanya maghrib di masjid uitm. ada sekali maghrib di surau sek3 shah alam. tetapi jika tiada berada di luar kawasan, saya akan cuba bermaghrib di surau dekat rumah.
sekarang jika sempat saya cuba balik ke rumah sebelum maghrib. kemudiannya membawa ayah ke surau. beliau jika dipanjangkan umur akan berusia 75tahun pada tahun ini. ini shj yg saya mampu. bukan menghadiahkan sebuah rumah. bukan menghadiahkan sebuah kereta. bukan wang yg banyak. sekadar membawanya ke surau pada waktu maghrib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan