Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Mac 20, 2013

Bersama Kawan2 dan Selamat Tinggal Kawan

semalam seperti biasa saya bersama kawan2 sekolah berfutsal. pada mulanya lama kami tunggu utk cukup kuorum. alhamdulillah adalah 9pemain termasuk seorang staf kawan dan seorang anak kawan. selepas kelas pada siang harinya ada beberapa pelajar saya ingin bersama berfutsal. saya maklumkan insyaallah di minggu hadapan.

pagi tadi saya terima sms drpd seorang kawan. beliau bertanya tentang seorang kawan yg terlibat dlm satu kemalangan pada semalam. setelah membaca emel dan fb, barulah saya tahu yg kawan tersebut telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di sg petani. dan mengikut post-mortem, arwah telah mengalami sakit jantung (puncanya 2 blockage) dan meninggal sebelum kemalangan berlaku. bersama2lah kita hadiahkan bacaan alfatihah kepada arwah dan mereka yg terdahulu kembali kpd Nya.

ada kala kita gembira bersama kawan. ada kala kita berduka dgn kawan. setiap kegembiraan dan kedukaan adalah peringatan kpd kita bhw kawan adalah seorang yg bersama semasa suka dan semasa duka.

Tiada ulasan: