Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Julai 30, 2008

Bijakkah Kita?

Saya telah membaca kelohan dan pandangan kawan2 tentang sikap pelajar menghadiri modul PPKP universiti. Saya telah terlibat secara langsung dalam penyediaan modul untuk peningkatan nilai graduan UiTM.

Jadi, para pelajar yang 'berperangai' semasa menghadiri modul PPKP perlu menghadiri modul dengan lebih 'mendalam'. Mempunyai diploma bukanlah bermakna kita telah bijak atau matang. Ianya tidak membolehkan kita memandang rendah kepada mereka yang ingin membantu kita.

Jika kita berperangai seumpama lalang bukan sebagaimana padi, ini menunjukkan bahawa walaupun ada diploma, mungkin ilmu kita tak ada. Adakah ini 'Bodoh Sombong'?

Mungkinkah ilmu yang ada tidak diberkati? Atau mungkinkah diploma yang ada sebenarnya tidak layak diterima sebagai bukti pernah menjadi 'pelajar?

Isnin, Julai 28, 2008

Team Building

Pada 25-27 Julai, jumat hingga ahad, saya berada di UiTM Terengganu, Dungun sekali lagi setelah berada dua hari di Shah Alam. Kali ini untuk program team-building InED.

AlhamdulILLAH, jika pada asalnya majoriti mengeluh bila dimaklumkan sebelum perjalanan program, tetapi maklumbalas selepas program adalah positif. Ramai yang seronok dengan pengalaman yang dilalui di Dungun.

Yang penting adalah, warga InED lebih mengenali sesama sendiri. Program berjaya menunjukkan rahsia peribadi sebenar warga InED. Ada rahsia terserlah sebelum ke Dungun. InsyaALLAH, program sebegini akan diadakan setiap tahun.

Biblioterapi

Biblioterapi bermaksud terapi melalui pembacaan. Bagaimana pula dengan terapi melalui blog? Blogeterapi?

Komunikasi adalah penting dalam mengurangkan stres. Dalam kaunseling, 'skill' dalam komunikasi amat penting kepada kaunselor dan kaunselee.

Jika ada masalah, kongsilah dengan kawan2. InsyaALLAH anda akan mendapat pandangan yang di luar kemampuan anda seorang untuk memikirkannya. Jika stres dipendam, kemungkinan berlaku 'backlash' atau 'outburst' bukan pada masa dan tempatnya.

Terima kasih kepada yang sudi berkongsi cadangan membina.

Burn Out

Burn out dalam bahasa melayu boleh dikaitkan dengan 'ibarat lilin'. Adakah burn out ini selalu berlaku kepada mereka yang memberi komitmen lebih daripada keperluan minima?

Adakalanya, terasa apabila seseorang boleh melakukan sesuatu dengan baik, maka beliau akan diberi lagi tugas untuk dijalankan. Kitaran ini akan berterusan sehingga berlakunya 'the straw that breaks the camel's back'. Jadi, soalannya 'kita buat kerja ini setakat mana?'. ATA diberi tidak mencerminkan masa diperlukan untuk menyelesaikan tugas dengan baik.

Kerap berlaku, mereka yang berpotensi jauh di dalam organisasi akan keluar daripada organisasi tersebut. Kemungkinan berpunca daripada burnout kah?

Mana kala ada yang mendapat ganjaran dengan menyumbang sedikit sahaja kepada organisasi ataupun tiada sumbangan langsung.

Khamis, Julai 24, 2008

Pangkat

Apa ada pada pangkat? Seperti kata seorang pakcik (bekas ahli kehakiman) "Nak menunjuk kepada siapa?"

Seorang mentor akan ke peringkat antara bangsa. Komen seorang bos saya, "InsyaAllah, bila dia balik, sebagai tan sri". Seorang mentor ditanya ingin kembali ke shah alam. Tetapi dia menolak. Kedua2 kisah ini melibatkan kenaikan pangkat.

Jika kita layak, kita akan ditawarkan dengan kenaikan pangkat. Tetapi ada yang gila pangkat. Sebagai pensyarah, pangkat sebagai pengiktirafan sumbangan kepada dunia ilmu. Tetapi ada yang inginkan pangkat walau pun tidak layak. Seorang kenalan menceritakan bagaimana dia melihat seseorang berubah wajahnya apabila orang lain ditawarkan pangkat yang sangat2 diidamkannya. Maaf ye, sekali bolehlah kenakan orang, tetapi bak kata seorang mentor " ... tu tak boleh jadi dekan." Saya tersenyum panjang dan bersyukur kepada Allah.

Saya tak layak dinaikkan pangkat. Kenapa? Seperti ada yang berkata kepada saya "Who are you?". Siapalah saya ni?

Letak Kereta

Di kampus Shah Alam, ruang letak kereta amat berharga. Semasa saya belajar pada tahu 80an, ruang letak kereta hanya digunakan oleh segelintir staf dan amat jarang oleh pelajar. Bukan semua staf akademik berkereta ke kampus. Hanya sedikit staf pentadbiran berkereta. Pada masa itu, terdapat ruang letak kereta berbeza untuk staf akademik dan bukan akademik.

Tahun 2000 ke atas, hampir kesemua staf mampu berkereta ke kampus. Pelajar amat ramai berkereta ke kampus. Payah untuk mencari ruang letak kereta yang tiada penghuni.

Tadi saya lihat ada kereta pelajar di'clamp' kerana tidak mematuhi arahan. Tapi denda hanyalah RM25.00 sahaja. Tiada masalah kepada pelajar.

Adakah kita mengajar kepada pelajar untuk tidak mematuhi peraturan? Staf meletak kereta d ruang yang dikhaskan kepada penama tertentu. Ada yang meletak kereta di ruang OKU. Adakah pemilik kereta ini seorang OKU? Atatupun OKO (Orang Kurang Otak).

KOMUNIKASI DAN INFORMASI

Pagi ni saya bersemangat ke kelas setelah hampir seminggu tiada kuliah kerana berada di UiTM Terengganu. Kuliah hari ini sepatutnya bermula 10.30pagi bersama pelajar diploma.

Dukacita, saya menunggu sehingga pukul 10.50pagi, tiada seorang pun pelajar yang hadir. Ke manakah mereka? Saya menghantar sms kepada seorang pelajar pada 10.40pagi untuk menyemak sama ada saya berada di bilik kuliah yang betul. Jawapannya adalah positif.

Jadi, kenapa tiada pelajar? Komunikasi sekarang amat canggih. Setiap pelajar ada sekurang2nya satu telefon bimbit. Tetapi tiada yang memaklumkan saya kenapa tiada pelajar hadir pada kuliah saya. Adakah 'MISCOMMUNICATION' atau 'MISINFORMATION'?

Rabu, Julai 23, 2008

Terima Kasih Warga UiTM Terengganu

UiTM Terengganu boleh dipanggil sebagai kampus 'resort'. Terletak berhampiran pantai yang indah di Dungun.

Saya kembali ke Shah Alam setelah berada di sana daripada 17 hingga 22 Julai kerana tugas. AlhamduLILLAH, layanan yang diterima amatlah mengharukan saya. Sampai terpaksa melakukan senaman tambahan setelah banyak dijamu oleh warga Dungun.

InsyaALLAH, saya akan ke Dungun pada 25-27 Julai kerana tugas lagi.

Rabu, Julai 16, 2008

Terima Kasih dan Tahniah Nagoor

Saya amat berterima kasih kepada sahabat dan saudara saya Nagoor Meera Abdullah. Beliau sekarang bertugas di ISN di unit paralimpik.

Nagoor telah berjaya menerbitkan beberapa buah buku berkaitan sukan. Beliau juga telah berjaya memenangi anugerah dalam penyelidikan di peringkat negara dan antara bangsa. Yang terbaru, beliau menerajui pasukan FSR memenangi anugerah Gangsa di Geneva. Beliau mendorong rakan2 untuk melakukan penyelidikan dan penulisan. Beliau juga sangat aktif dalam membantu negara dalam paralimpik.

Sekali lagi, terima kasih Nagoor kerana sudi membimbing rakan dalam dunia akademik. Semoga beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana dan seterusnya di peringkat Ijazah Kedoktoran.

PELUANG MASIH TERBUKA

Bagi mereka yang masih belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di UiTM, tetapi ingin mengikuti program UiTM, sila hubungi kolej swasta bumiputera yang menawarkan program UiTM yang anda minati. Layarilah website bahagian pengambilan pelajar uitm.

Peluang masih lagi ada untuk anda. Tarikh tutup kemasukan adalah 27 julai 2008. Pilihlah program yang anda minati. Mungkin anda ingin ke kolej tersebut kerana lokasinya. Bincanglah dahulu dengan ahli keluarga sebelum keputusan dibuat.

Janganlah mudah putus asa. Selagi belum cuba, kita tidak boleh mudah mengalah.

Selasa, Julai 15, 2008

Tahniah Prof

Saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Prof Rahmat Mohamad, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UiTM. Tahniah ke atas pelantikan di peringkat antarabangsa. Beliau amat 'instrumen' dalam penubuhan stesen penyelidikan uitm perhilitan di kuala keniam taman negara pahang.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Prof Muhd Kamil Ibrahim ke atas kejayaan buku travelog haji yang amat diterima ramai dan dijadikan motivasi untuk mengerjakan haji. Prof Kamil berjaya meningkatkan minat menjalankan penyelidikan di fakulti sains sukan dan rekreasi.

Mereka berdua ini saya jadikan sebagai rujukan dan motivasi untuk berusaha ke arah kecemerlangan akademik dan bukan akademik. InsyaALLAH.

Isnin, Julai 14, 2008

Sikap Penuntut Ilmu

Pada anggapan saya, dengan kenaikan harga minyak maka akan berkuranganlah bilangan kenderaan (kereta) yang akan dipandu oleh pelajar ke kampus. Realiti berdasarkan kepada setelah seminggu kuliah bermula adalah sebaliknya. Tempat letak kereta untuk staf, dipenuhi dengan kereta kegunaan pelajar.

Adakah pelajar tidak pandai membaca? Tanda dan notis telah dipamerkan dengan jelas, "Kenderaan staf sahaja", "Tempat letak kereta staf", "kereta pelajar dilarang masuk", dsbnya.
Saya kerap menegur pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini. Bagaimana dengan staf2 lain? Adakah anda berani kerana benar? Apakah fungsi pemimpin pelajar? Kenapakah tidak dimaklumkan bagaimana sikap pemandu kereta yang menggunakan tempat letak kereta staf adalah tidak mencerminkan "seseorang yang ingin belajar"?

Janganlah UiTM hanya menjadi tempat untuk mendapat segulung kelayakan, tetapi ilmu yang didapati tidak diberkati kerana menyebabkan "guru" tidak senang dengan sikap "penuntut ilmu". Janganlah pula menjadi "Kurang Ajar".

Integriti

Apakah integriti? Adakah ianya tugas dan tanggungjawab? Adakah ianya amanah?

Semasa saya diberi tanggungjawab menentukan bahawa mereka yang berkelayakan dalam bidang berkaitan berkongsi ilmu mereka dengan pelajar dibawah amanah pengajar, saya tidak berupaya mendapatkan 100%. Kenapa? Sebab akan ada yang tiada pelajar untuk diamanahkan.

Saya pertahankan mereka yang layak walau pun ada yang tak layak cuba mempengaruhi pihak tertentu bahawa mereka yang layak pada pandangan pakar adalah tidak layak. Ada yang dinyatakan bahawa "pengajian mereka pendek, jadi adakah betul mereka ini mendapat sarjana?". Mereka yang menyatakan sedemikian adalah kerana risau tembelang akan pecah.

Bayangkanlah, ada pelajar atau graduan yang berjumpa saya dan menyatakan bahawa "encik, kami tidak belajar apa-apa pun dalam kursus XXX". Mereka ini akan tersenyum sinis apabila mendengar bekas "pensyarah" mereka bercakap dalam bidang yang bukan sebenarnya bidang mereka.

Kita bersuara untuk menegakkan kebenaran, walau pun ada yang bersuara sangat lantang tetapi tanpa nilai akademik. Kita diamanahkan untuk berkongsi ilmu yang kita ada, bukannya berkongsi "cakap2 kosong". Mungkinkah integriti adalah "cakap serupa bikin" atau "walk the talk, and talk the walk".

Jumaat, Julai 11, 2008

Tesis Pelajar

Saya lebih minat menyelia penyediaan tesis pelajar lebih daripada mengajar di bilik kuliah. Kenapa? Bagi saya semasa menyelia tesis pelajar, perlu sumbangan daripada kedua2 pihak. Ini bermakna saya dan pelajar yang saya selia akan sama2 belajar.

Tapi apakah syarat membolehkan seseorang untuk menyelia tesis pelajar? Bolehkah seseorang yang tidak pernah menyediakan tesis semasa dia sebagai pelajar boleh menyelia penyediaan tesis pelajar? Bagaimana pula dengan seseorang yang juga belum pernah melakukan penyelidikan boleh menyelia penyelidikan pelajar?

Penyelia tesis sebagaimana pensyarah di ipt lebih bersifat sebagai fasilitator kepada pelajar. Tetapi ini tidak bermakna sesiapa sahaja boleh menjadi pensyarah atau penyelia tesis. Jadi elakkanlah daripada menjadi 'Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus'.

Rabu, Julai 09, 2008

Futsal

Semalam, selalunya saya dan kawan2 berfutsal. Tetapi semalam lain cerita kerana saudara datang bertandang untuk makan malam.

Sebagai bukan orang ternama atau terkaya, hiburan atau rekreasi saya dan kawan2 satu kompeni E adalah berfutsal. Ada yang tera, ada yang biasa. Tapi yang penting adalah untuk berpeluh dan berseronok. Maaf, di gelanggang futsal, tiada tan sri, dato' seri, dato, prof dsbnya. Kami semua setara daripada segi pangkat.

Seronok melihat gelagat kawan2 dan sedara2. Kalau ada masalah dapat dikongsi bersama. InsyaAllah, riadah ini akan kami teruskan selagi terdaya B-)

Selasa, Julai 08, 2008

Mentor

Siapakah seorang mentor? Dalam hidup saya telah ramai yang saya jumpa untuk belajar. Jika mereka sudi menjadi mentor saya, saya amat gembira. Saya bersyukur kepada ILLAHI, kerana atas Rahman dan Rahim Nya, saya dipertemukan dengan mereka yang dapat saya jadikan guru.

Ada diantara mereka mempunyai catitan di internet, dan ada yang tiada. Saya doakan kepada ILLAHI agar setiap yang bertemu dengan saya akan berlaku perubahan positif kepada saya dan mereka.

Buku

Bangunan tingkat 4 blok B, Bangunan Akademik 3 menghadapi masalah condong di satu arah. Punca telah dikenalpasti akibat banyaknya koleksi buku di bilik beberapa orang pensyarah. Adakah bilangan buku yang terdapat di dalam bilik seseorang pensyarah mencerminkan ilmu pensyarah tersebut?

Jika pensyarah yang cenderong kepada sukan, rasa2nya tentulah banyak peralatan sukan berkaitan sukan yang dia minati. Ataupun sijil pencapaian atau penghargaan dalam bidang sukan yang dia minati.

Saya minat baca buku. Saya jadi pensyarah kerana pensyarah dibayar untuk menambahkan pengetahuannya. Saya rasa seronok melihat pelbagai bidang penulisan dalam bilik encik Hamdan, Mantan Pemangku Dekan. Syabas encik Hamdan. Bagi saya encik Hamdan mencerminkan seorang pensyarah yang sentiasa ingin meningkatkan ilmunya untuk masyarakat. Iqra...

Isnin, Julai 07, 2008

Peluang Kedua

ITM dahulunya adalah tumpuan mereka yang tidak dapat ke ipt lain. Tetapi sekarang, ramai pelajar menjadikan UiTM sebagai pilihan utama untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Setelah keputusan permohonan ke ipt dimaklumkan, ramai lagi yang masih menaruh harapan untuk menyambung pelajaran ke ipt, seperti UiTM.

Kerajaan yang perihatin terhadap bumiputera telah bekerjasama dengan UiTM dan kolej2 swasta milik bumiputera untuk menawarkan program UiTM di kolej2 swasta atau lebih dikenali sebagai kolej2 bersekutu. Tetapi ramai yang tidak tahu atau peka.

Bukalah laman web bahagian pengambilan pelajar UiTM. Tersenarai program2 dan kolej bersekutu yang menawarkannya. Ini adalah peluang kedua bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke ipt terutama yang inginkan kelayakan daripada UiTM. Tapi, pastikan anda memenuhi syarat minima untuk mengikuti pengajian di KKB ini. Selamat Maju Jaya.

Sabtu, Julai 05, 2008

Semester Baru

InsyaAllah, kuliah akan bermula untuk semester baru Julai 2008. Pelbagai harapan untuk dicapai. Antaranya peningkatan dan perkembangan dalam bidang akademik untuk pensyarah dan pelajar.

Tugas sebagai pensyarah di sebuah universiti bukanlah mudah.Pensyarah bukannya berkhidmat secara akademik hanya 38.5jam seminggu ataupun daripada 8pagi hingga 5petang 5hari seminggu.

Maka begitu juga para pelajar.Penambahan ilmu bukanlah hanya semasa kuliah dijalankan sahaja. Perlu ada persediaan sebelum kuliah dan penyemakan semula selepas kuliah. Pelajar sains sukan bukanlah untuk menjadi ahli sukan yang terbilang tetapi mempelajari cara untuk melahirkan ahli sukan yang terbilang. Tiada 'superstar' di FSR. Jika anda seorang jaguh di padang bola, tidak semestinya amda akan dilayan sebagai primadona semasa kuliah. Semua perlu berusaha untuk kecemerlangan diri dan mereka yang menaruh harapan tinggi kepada kita semasa berada di sebuah universiti.

Kepada crew ISSRW 2008 yang saya tidak sebut nama pada catitan terdahulu, saya mohon maaf. Tahniah juga kepada anda yang gigih berusaha (Ecah, dah sini saya sebut, tahniah dan terima kasih). Walau pun ada yang hanya buat cameo appearance seperti biasa untuk menunjuk bahawa mereka 'buat kerja' seperti biasa.

Khamis, Julai 03, 2008

Tahniah Penganjur ISSRW 2008

Tahniah diucapkan kepada penganjur ISSRW 2008 anjuran FSR. Penasihat TNC P&I, Pengerusi Dekan FSR, dan Setiausaha TD Akademik FSR. Tidak dilupakan kepada KP SR223 dan Koordinator UiLC. Tahniah juga kepada yang berusaha dengan gigih.

Mereka berjaya membuktikan apabila yang buat kerja diberi amanah dan tanggungjawab, walau pun masa hanya dua bulan, ISSRW 2008 berjaya diadakan. Itu pun walau ada yang memang ingin 'sabo' supaya kelihatan sepolah2 ahli pengurusan baru yang muda dilantik tidak mampu menjalankan amanah diberi. Sekali lagi 'sabo' pihak tertentu kantoi.

Terima kasih kepada warga FSR yang sudi hadir walaupun dipinjamkan kepada organisasi lain dan juga warga FSR yang sedang melanjutkan pelajaran turut juga hadir.

Rabu, Julai 02, 2008

Audit Lagi

Hari ni saya pula jadi auditee (sepatutnya). Tetapi oleh kerana masalah komunikasi, kami lambat makluman yang audit telah ditunda.

Kawan2 yang bersedia rasa kecewa.Kawan2 yang tak bersedia rasa lega. Tapi kalau kita faham, audit adalah untuk menyemak sama ada kita melakukan sesuatu itu secara konsisten, bukannya hanya untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Kalau dah memang kita tak buat kerja kita, tak perlulah bermuka2. Sama juga, janganlah pada masa audit aje kita tunjuk seolah2 kita bekerja. Ada yang pernah saya perhatikan sampai menggigil kerana takut di audit.

Ada yang risau kalau dapat Minor atau Major. Kalau dah biasa buat tak betul atau silap, beranilah tanggung dan terima jawabnya. Sebagaimana kata sifu AKPM, yang perlu kita jawab adalah kepada Yang Maha Esa. Saya memang kurang atau tidak hormat kepada pangkat jika pangkat tidak mencerminkan integriti. Tapi seperti saya bagitau kawan2 dan kawan2 bagitau saya, rezeki telah diberikan oleh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Akhirat tetap akan tiba.