Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Disember 18, 2022

Sistem Pendidikan

Apakah matlamat sistem pendidikan kita? Adakah utk lahirkan ketua, pemimpin, pengikut atau hamba?

Dlm islam, pendidikan amat penting. Ianya utk kita tahu kedudukan kita di dunia. Tahu siapa pencipta kita. Sedar kita adalah hamba hanya kpd Allah.

Elak sistem pendidikan yg jadikan kita hamba kpd dunia. Elak jadi hamba kpd manusia. Tahap pendidikan tertinggi adalah sedar dan tahu, kita perlu bersedia utk hidup sejahtera di akhirat.

Isnin, Disember 12, 2022

Manusia

Kita seorang manusia.

Seorang manusia biasa.

Yg sentiass berada di satu tempat, dan satu masa.

Yg punyai harapan dan cita2.

Yg sentiasa ingin bahagia, dengan keluarga dan semua mereka yg kita cinta.

Di dunia, dan di akhirat selama2nya

Kita sebenarnya makhluk luar biasa.

Yg dicipta oleh Allah Yg Maha Esa.

Sabtu, Disember 10, 2022

Mampukah Kita Miliki Sebuah Kereta?

Ramai akan berkata mereka mampu miliki sebuah kereta. Bagi pelajar atau yg belum bekerja, biasanya akan ingat kos miliki kereta hanya minyak, tol dan parking.

Dulu2, kos miliki kereta iaitu bayaranbalik pinjaman maksima 20% drpd gaji kita. Maka rasa mereka mampu miliki sebuah kereta. Ada syarikat kereta iklankan bahawa kos miliki kereta iaitu bayaranbalik pinjaman hanya rm10 shj sehari iaitu rm300 shj sebulan.

Bajet kereta setahun biasanya spt berikut - andaikan rm300 bayarbalik pinjaman sebulan, minyak rm10 sehari, parking rm10sehari, tayar 4 biji rm720 setahun, bateri rm100 setahun, selenggara setahun rm300, tol rm50 sebulan, insuran dan cukai jalan rm50sebulan. Jumlah sebulan dianggarkan minima rm1,100. Jika kos miliki kereta 20% drpd gaji bulanan, maka gaji bulanan minima rm5,500.

Kos Memiliki Sebuah Kereta

Ramai nak milikki kereta sendiri. Dulu2 amat sedikit keluarga yg ada kereta sendiri. Kerajaan wujudkan projek kereta nasional utk bolehkan ramai drpd rakyat kita dapat milikki kereta sendiri.

Tetapi, mampukah kita milikki kereta sendiri? Walau pun hanya sebuah bagi setiap keluarga? Kos milikki sebuah kereta bukan spt dulu. Lebih canggih sebuah kereta, lebih tinggi kos memillikinya.

Antara kos miliki sebuah kereta yg biasa dilihat adalah bayaranbalik pinjamann bulanan. Kos operasi spt minyak, tol, parking. Juga kos tahunan spt insuran dan cukai jalan. Ramai lupa tentang kos selenggara tahunan yg ada kalanya molek 6 bulan sekali, selain tayar dan bateri yg digalakkan ditukar setiap 2 tahun.