Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, November 24, 2016

Saing Ambo Buke Saing Demo

formula matematik jika a=b, dan b=c. maka a=c.

tapi formula kawan dan lawan tidak begitu. jika a kawan b, dan b kawan c, tidak semestinya a adalah kawan c. begitu juga, jika a adalah lawan b, dan b adalalah lawan c, tidak semestinya a adalah lawan c.

tersepit apabila kawan kita a bukan kawan kepada kawan kita c, apabila kita adalah b. berjumpa a, a akan kata yg kurang baik tentang c. jumpa c, c akan kata kurang baik tentang a. ini bukan cinta 3 segi.

lagi haru jika a, c dan d adalah kawan kita. tetapi apabila berjumpa secara perseorangan, a akan kutuk c dan d. bila jumpa c, c akan kutuk a dan d. apabila jumpa d, d akan kutuk a dan c.

ada kemungkinan dalam kawan 3 segi atau kawan 4 segi, apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka akan kutuk kita?


Jumaat, Oktober 14, 2016

Marah, Sedih, Kecewa dan Gembira

marah, sedih, kecewa dan gembira adalah antara perasaan kita. ada perbezaan. ada persamaan. jika boleh, kita ingin sentiasa gembira. kita tidak mahu dan elak daripada berasa marah, kecewa dan sedih. gembira menambat hati. marah, kecewa dan sedih melukakan hati.

persamaan diantara keemapt perasaan ini adalah airmata. tapi bukan kepada semua orang. hanya mereka yang tertentu sahaja akan berair mata apabila marah, kecewa, sedih dan gembira. ramai berair mata hanya apabila sedih. ibubapa, orang tua dan mereka yang kita mempunyai perasaan kasih yang mendalam antara mereka yang akan berair mata apabila berasa marah, kecewa, sedih dan gembira.

apabila berair mata, kita dikatakan mempunyai perasaan amat mendalam. ianya menghiris hati. akibat perasaan yang sangat berkesan. kesan ditinggalkan akibat perasaan berair mata akan lama. hilang luka, parut masih ada.

saya berpandangan bahawa jika kita mudah berairmata, terutama setelah mencapai usia tertentu, sudah ada perasaan kasih mendalam. kasih kepada diri, dan kepada mereka yang kita sayangi. kasih kepada diri dan mereka yang kita ingin bersama bukan sahaja di dunia, tetapi diakhirat, di syurga. selain drpd diri kita, kita akan sangat kasihi kedua ibubapa kita, saudara mara dan keluarga kita. maka pastikan tindakan kita tidak menyebabkan berlinang airmata mereka yang sangat kita kasihi, terutamanya ibubapa kita.

Selasa, Oktober 04, 2016

Berumah di Awang-awangan

ada kata harga dan nilai rumah adalah sama. ada yang kata berbeza. ada yang berkata, yang ada rumah adalah orang kaya. yang tiada rumah adalah orang miskin.

sekarang dikatakan pasaran pembeli untuk rumah. banyak rumah diiklankan sebagai harga dibawah nilai pasaran (below market value). bagaimana ditentukan harga rumah? bagaimana ditentukan nilai pasaran rumah? siapa yang tentukan? adakah penjual, pembeli, pemberi pinjaman, kerajaan atau pihak lain?

dalam akhbar ada katakan harga rumah pada bulan ogos 2016, telah turun diantara 15-20% berbanding harga pada penghujung tahun 2015. beberapa agen untuk beberapa buah rumah yang saya 'survey' memaklumkan harga rumah boleh dirunding atau harga segera dikurangkan sehingga 20% daripada harga diiklankan.

kawan2 dan saudara mara, serta tulisan di media menyatakan harga rumah dibeberapa kawasan masih dalam suasana menurun. terbaharu dalam media menyatakan harga menurun sehingga sama ada pada 2017 atau 2018. maka keputusan membeli rumah masih tertangguh. jika turun 20% lagi, banyak beza pendahuluan, pinjaman dan bayaran bulanan kepada peminjam. jika harga asal rm1.2juta, harga sekarang rm950ribu, harga 2017 rm760ribu? beza drpd asal sebanyak rm440ribu atau 37%.

kiraan kasar saya, bayaranbalik bulanan untuk pinjaman perumahan maksima 30% daripada pendapatan kasar bulanan seseorang. maka jika pendapatan kasar bulanan adalah rm3ribu, harga mampu milik hanyalah rm150ribu sahaja. jika rumah baru dilancarkan dgn harga rm400ribu, maka pembeli mesti berpendapatan kasar sebulan rm8ribu.

maka ramai yang hanya mampu sewa sahaja rumah secara beramai2. macam cerita pramlee dalam seniman bujang lapok. atau sewa pangsapuri untuk hidup di awang-awangan.

Rabu, September 14, 2016

Papa Oh Papa

Biar papa asal bergaya. siapa yang ajar? papa dan mama?

biasa kita diberitahu kita berjaya apabila kita ada harta yang banyak. kereta, rumah, pakaian dan gayahidup mahal dan berjenama. bercuti di luarnegara. apabila balik berhariraya, bawa balik kereta besar, dan mahal. pakai baju silih berganti setiap hari yang berjenama. bawa balik hadiah untuk semua, lagi bagus dibeli diluar negara.

maka jika itu adalah tahap mengukur kejayaan, maka saya tidak berjaya. biarlah. asal tidak banyak hutang. hutang yang tidak dijelaskan sehingga kita mati atau mereka yg kita berhutang mati. hutang adalah amanah. janji jangan kita dituntut untuk bayar hutang dunia di akhirat kerana ingin bergaya.

jika biar papa asal bergaya diikuti, akan jadi hidup porak peranda. diri jadi papa kedana.

Rabu, Julai 20, 2016

Harga Kereta dan Nilai Sikap

adakah semakin tinggi harga kereta, semakin tinggi nilai sikap seseorang? adakah harga kereta mempunyai korelasi yang positif dgn nilai sikap seseorang?

pengalaman isteri saya menunjukkan sebaliknya. semakin mahal kereta, semakin murah atau tiada nilai sikap seseorang. beliau hendak keluar daripada parkir di kawasan perdagangan, tetapi terdapat sebuah kereta jepun menghalang kereta malaysia. beliau nampak seorang daripada pengguna kereta jepun masuk ke sebuah kedai kek. beliau turut masuk ke kedai kek dan bertanya kepada yg di dalam kedai kek secara umum, walaupun beliau nampak pengguna kereta sedang beratur nak beli kek. tapi tiada respons.

setelah beli kek, pengguna kereta lalu depan isteri saya dan tanpa meminta maaf kerana menghalang dan menyusahkan orang lain (kerana sikap diajar ibubapanya?). rupa2nya teman lelaki pun ada sama dalam kedai. dan tidak alihkan kereta kerana hanya seorang perempuan dalam kereta malaysia yang nak keluar dari parkir.

apa anda akan buat jika anda disituasi sama dimana kereta anda dihalang?

Selasa, Julai 19, 2016

Rumah Kita Istana Kita

ramai yang inginkan rumah didiami adalah juga istana untuk diri. hidup di dalamnya dengan selesa dan selamat.

dan harga rumah sekarang seumpama harga sebuah istana di bandar di lembah kelang.jika dulu2 mampu beli rumah bersamaan 50bulan gaji, bayaran dalam tempoh 20tahun. jika gaji rm2ribu, maka boleh beli rumah rm100ribu. bayaran balik rm600 lebih sebulan. 30% drpd gaji.

tetapi sekarang harga rumah bersamaan minima 150bulan gaji. dan bayaran balik adalah minima selama 30tahun. gaji rm3ribu, harga rumah rm450ribu. bayaran balik sebulan lebih drpd rm2ribu. 67% drpd gaji.

mungkin antara sebab ramai nak bina rumah sendiri tetapi drpd kontena?

Rabu, Julai 13, 2016

Duit Raya RM1 Sahaja

kebiasaan saya, duit raya daripada saya hanya rm1 shj. dan saya biasa terima komen penerima atau mereka yg berada berhampiran dgn penerima,'seringgit sahaja?'. dan tahun ini duit raya saya masih rm1 sahaja.

memang bagi ramai, nilai rm1 adalah kecil, berbanding dulu2. tahun 70an, duit raya 20sen dikira banyak. 50sen pada 80an masih lagi besar nilainya. rm1 pada 90an juga dianggap seronok diterima.abad baru rm2 dikira nilai minima. dekad sekarang minima rm5 dikira berbaloi.

kenapa duit raya saya masih rm1? duit raya sebagai tanda ingatan. tanda keikhlasan. ianya sedekah. duit raya janganlah susahkan yang memberi.

Isnin, Julai 04, 2016

Panggilan Daripada Atas

baru2 ni ada bos 4bintang bagitau bagaimana tugasnya kerapkali diganggu oleh panggilan drpd atas. akan berlaku ketidakdilan. selagi makan gaji, maka perlu ikut panggilan daripada atas, jika tidak akan dikatakan engkar perintah. kesannya pelbagai, kebanyakannya negatif.

tempat kita pun biasa dgn panggilan drpd atas. pemanggil ada yg dah tamat jawatan. ada yg masih pegang jawatan. ada guna nama sendiri. ada guna nama orang lain. maka penerima panggilan yg akan menyebabkan penerima panggilan pecah amanah akan rasa tidak selesa, jika beliau seorang berintegriti. ada yg berani bersemuka dgn pemanggil, utk menyatakan pecah amanah. tapi lebih ramai yg hanya turut sahaja. kesan buruk biasanya kpd penerima panggilan adalah, tidak dihormati pihak lain jika penerima panggilan turuti arahan pecah amanah.

sebenarnya ramai yg hormati penerima panggilan drpd pihak atas yg tidak setuju mematuhi pecah amanah drpd pihak atas.sebab penerima panggilan yang kekal berintegriti dan beramanah tahu siapa sepatutnya ditakuti. pemanggil paling atas yg patut dipatuhi dan ditakuti adalah allah, tuhan yang satu. dan antara panggilan yg paling ditakuti pemanggil pecah amanah adalah panggilan kembali kepada allah, untuk selama2nya.

Rabu, Jun 29, 2016

Kemalangan Kenderaan dan Raya

Pada musim raya risiko kemalangan kenderaan meningkat. Ada pelbagai sebab.

Antaranya, perjalanan balik kampung dilakukan secara tergesa2 sebab nak cepat sampai. Bosan dgn kesesakan semasa perjalanan, kenderaan dipandu laju, peraturan lalulintas tidak dipatuhi. Walau pun penat dan tak cukup rehat, pemandu terus memandu tanpa mahu rehat.

Ada yg baru bawa balik kereta buat kali pertama. Ada yg baru kali pertama memandu. Ada yg baru dpt lesen kereta.

Di dlm perjalanan, jalan sesak kerana datuk bawa cucu berjalan di kampung. Penduduk setempat memandu dgn kelajuan biasa iaitu perlahan kerana destinasi dalam kawasan.

Penunggang motorsikal bergerak secara berkumpulan. Ada yg menunggang tanpa pedulikan pengguna jalan yg lain. Ramai tak biasa dgn kawasan dilalui. Ramai yg brek mengejut kerana baru tersedar simpang dicari sudah terlepas.

Elakkan kemalangan. Rancang perjalanan. Jangan susahkan diri, keluarga dan masyarakat dgn sikap ego semasa di jalan. Kita berpuasa. Sabar adalah penting.

Isnin, Jun 27, 2016

Ramadan dan Kita

kita berada di sepuluh hari terakhir dalam bulan ramadan 1437h. ramadan dikatakan dibahagikan kepada 3 bahagian. setiap bahagian ada 10 hari. maka 10hari terakhir kita sekarang adalah 1/3 yang akhir bagi ramadan.

bagi saya, 1/3 pertama adalah tahap mencabar. berubah daripada 11 bulan melakukan pelbagai perkara biasa pada setiap hari. seperti waktu makan, minum, waktu kerja. waktu berada di rumah. waktu di luar rumah. waktu disurau atau masjid. waktu bersama keluarga. jenis makan minum. jenis tuturkata. dll. fasa pertama fasa belajar sesuaikan diri. seumpama umur sebelum baligh.

fasa 1/3 kedua seumpama fasa matang. sudah biasa berpuasa. tahan pelbagai. seumpama umur setelah baligh. masalah di fasa pertama tiada lagi suatu yang besar di fasa 2.

masuk fasa ke 3, iaitu fasa sekarang, cabaran tetap ada. dalam fasa ini ramai orang kita di malaysia sudah mula fikir tentang raya syawal. ramai yg lupa puasa bukan sahaja makan minum. hidup sederhana, ala kadar untuk dunia, tetapi usaha sebaik2nya utk akhirat. seumpama umur 40 tahun hingga ke ahhir hayat dimana ramai seronok ingin meraikan kejayaan dunia, leka dan malah terlupa kejayaan di akhirat. fasa yg membantu kita sejahtera akhirat yang terdapat laila tul qadar.

semoga kita hayati erti ramdan sebenar. semoga kita berjaya dgn ramadan 1437h mencari bekalan akhirat. semoga kita bertemu fasa 3 ramadan 1438h.

Khamis, Jun 23, 2016

Pensyarah Kanan

alhamdulillah,, pada hari ini 23 jun 2016, genap 2 tahun saya sebagai seorang pensyarah kanan. dlm bahasa inggeris, 'senior lecturer'.

mungkin dikira lambat berbanding ramai rakan2 di fakulti dan uitm. tetapi kita merancang, allah merancang, dan allah sebaik2 perancang.

ada bezakah antara status pensyarah? ada penolong pensyarah, pensyarah muda, pensyarah, pensyarah kanan, prof madya dan profesor. sekarang nak jadi seorang pensyarah sudah dinaikkan cgpa minima. juga, kelayakan minima adalah sarjana. bukan lagi sarjana muda.

memang ada beza sebagai pensyarah kanan berbanding pensyarah. harapan dan tanggungjawab iaitu amanah turut meningkat seiring dengan ganjaran.

Selasa, Jun 21, 2016

Skoloh Tinggi2

ngule, pese oghe tuo2, ngaji rajin2, boleh gi ko skoloh tinggi2. pahtu sene boleh khijo.

skoloh tinggi2 boleh ditafsirkan sebagai ipt atau universiti. hakikatnya tak semestinya perlu belajar sehingga ke universiti untuk berjaya dalam hidup. tetapi kepercayaan ramai adalah, jika tidak belajar di universiti, maka tidak berupaya berjaya dalam hidup. andaian biasa, graduan universiti lebih mudah dapat kerja. maka ibubapa akan berusaha untuk memastikan anak2 mereka berjaya masuk ke universiti.

ada betul. ada tidak betul. bergantung kepada kelayakan akademik. bergantung kepada keperluan tenaga kerja. bergantung kepada siapa kita. bergantung kepada perancangan allah.

ramai graduan politeknik, kolej komuniti dll pusat pendidikan berjaya dalam hidup mereka. yang penting adalah mendapat ilmu yang berguna dan digunakan.


Isnin, Jun 20, 2016

Buko Dgn Saing Skoloh

alhamdulillah, pada hari semalam, ahad 19 jun, berpeluang berbuka puasa dng kawan2 sekolah menengah. kami berbuka di restoran milik seorang drpd kawan sekolah. makan masakan nogori.

semasa di sekolah, kami seramai 120++ orang. tidak semua berada dari tingkatan 1 sehingga tingkatan5. ada yg masuk tingkatan 1 tetapi keluar sebelum tingkatan 5. ada yg masuk selepas tingkatan 1 dan keluar sebelum tingkatan 5. ada yg masuk selepas tingkatan 1 dan tamat bersama tingkatan 5.

pada usia menghampiri usia 50tahun, telah ramai yg telah meninggalkan kami terlebih dahulu. hidup tidak sama sepenuhnya seperti di sekolah. kita tidak akan tamat pengajian beramai2 pada masa yg sama. dan kita jarang akan kembali kepada nya beramai2 pada masa yg sama.

hanya 33 orang yg berbuka puasa bersama semalam. ada yg bawa keluarga. ada yg bercadang untuk hadir tetapi, manusia merancang, allah merancang. dan allah sebaik2 perancang. begitulah dgn kehidupan kita. yg termampu kita merancang dan berusaha terbaik. untuk sejahtera dunia dan akhirat.

terima kasih kpd semua yg hadir semalam. secara fizikal dan secara bukan fizikal. saing bererti bersama dan seiring. adakal bergaduh, banyak kalanya berbaik2.

Khamis, Jun 16, 2016

Skoloh

skoloh atau sekolah atau school. apabila dikatakan 'gi skoloh', biasanya dimaksudkan, pergi belajar. pergi menuntut ilmu. pergi perbaiki diri.

kalau ayat, 'skolohkan dio', maka bermakna, didiklah dia tu. jadikan dia seorang yg berguna. berguna kepada diri. berguna kpd masyarakat. berguna kpd persekitaran. jadi, skolohkan seseorang tidak semestinya hanya di sekolah. boleh jadi di rumah juga. boleh jadi sehingga ke universiti. boleh jadi di mana2 sahaja. janji dapat perbaiki diri. tidak akan menyusahkan diri, orang lain dan persekitaran.

ramai sekarang kata aje dah berskoloh. dah keluar sekolah. dah keluar universiti, dll. tetapi ilmu yang ada tidak untuk memudahkan diri, masyarakat dan persekitaran. ada kata2, 'skoloh tinggi2, tapi menyusahkan oghe jah'.

Rabu, Jun 15, 2016

Ngaji Tinggi2

pesan orang tua2,'belajar rajin2, lepas tu boleh pergi u'. alhamdulillah, sekarang dah ramai grad dan belajar di u atau universiti atau ipt. termasuklah di uitm.

tetapi sedih juga ramai pilih ke uitm kerana yuran rendah, bukan sebab kualiti perkhidmatan dan akademik. mungkinkah ini antara penyebab ramai pelajar yang tidak kisah tentang akademik mereka di uitm? lambat hadir atau tidak hadir ke kuliah jadi perkara biasa kepada yang tak hargai peluang dan ilmu yang ada di uitm. ramai juga yg bersikap perasan superstar, rasa diri lebih besar drpd institusi pengajian dan stafnya. ramai pelajar yg terasa mereka primadona, dan mesti diluluskan pengajian mereka.

agak2 mana mereka dapat tanggapan ni? ibubapa, keluarga sahabat, kenalan atau staf uitm sendiri?

tak guna ngaji tinggi2 tetapi sikap tidak mencerminkan tahap ilmu. bagi yg hargai ilmu, ipt seumpama sebuah menara gading, tempat yang sangat bernilai. bagi yg hanya datang sebab suka2, ipt seumpama tong sampah kepada mereka ini.

jika kita rasa ipt adalah sebuah tempat bernilai, maka kita pun adalah warga yg bernilai. jika kita rasa ipt adalah tong sampah, maka kita yg hadir di ipt adalah sampah yg dicampak ke tong sampah.

Selasa, Jun 14, 2016

Puasa dan Raya 80an dan 90an

teringat raya pada tahun2 1980an dan 1990an. masa tu umur antara 13 ke 23 tahun. raya puasa di kelantan.

sebelum puasa lagi dah mula bertanya, hujung minggu berbuka di rumah siapa? mak long, cik lah, ayah yan, cik dah atau cik zah di 80an. tambah cik su di 90an. dan sudah mula berkira2 nak tumpang siapa balik beraya. ayah long, ayah yan, ayah jan, ayah cik di 80an. dan uncle zurin di 90an.

biasanya akan tumpang kereta ayah jan. ada kala ayah jan pinjamkan kereta dia yang ada lebih. biasanya yg perempuan balik naik kapal terbang dgn anak2 kecil. lelaki balik dgn kereta. jalan dilalui mual2 ikut kuala terengganu. kemudian ikut gua musang. kemudian ikut grik. biasanya akan berkonvoi minima 2 kereta.

semasa bulan puasa memang fokus nak balik beraya. memang seronok apabila sampai di pasir puteh. dulu kereta tak banyak macam sekarang. tol pun masih rendah. minyak masih murah.

Jumaat, Jun 10, 2016

Suap

biasanya dikaitkan dengan rasuah. lebih tepat pecah amanah.

suap perlu minima 2 pihak. yang beri suapan, dan yang terima suapan. ada kala pihak 3 adalah penggalak suapan. penggalak suapan mungkin secara aktif. mungkin menggalak secara pasif.

seorang yang dipilih dan dilantik sebagai wakil orang lain sebaiknya dan sepatutnya berlaku secara amanah. tidak terlibat dengan suapan. tetapi jika dalam proses untuk dilantik, penyokong kepada bakal wakil sudah menyuap wakil secara terus atau tidak terus, maka setelah menjadi wakil, wakil diharapkan dan dimestikan kembali menyuap penyokong wakil.

penyokong wakil boleh disuap dengan nilai kecil sehingga nilai yang besar. walaupun sebenarnya perkataan nilai tidak sesuai digunakan kepada yang makan suap dan yang memberi suapan.

jika niat dari awal wakil menjadi wakil adalah untuk kaya dunia, maka suap adalah perkara biasa dan dan akan berterusan. penokong paling rendah disuap rm50 sebulan, penyokong pertengahan rm1ribu sebulan. ketua penyokong pertengahan rm3ribu sebulan. penyokong atasan atau penasihat wakil rm10ribu sebulan. penasihat kanan rm30ribu sebulan. belum termasuk sumbangan kepada persatuan lagi. jika dikira, seorang wakil yang tak amanah perlukan minima rm10juta sebulan untuk diri dan kuncu2nya. apalah rm50 diberi kepada yang tidak berilmu.

Sedia Semak Siasat

biasa kita dengar dalam urusan kewangan, akaun, audit dan forensik. ianya berkaitan sediakan rekod urusniaga, semak rekod urusniaga, dan jika perlu siasat rekod urusniaga. siasatan diperlukan atau akan berlaku apabila hasil semakan mencurigakan atau hasil semakan menunjukkan berlaku kepincangan atau salahguna kuasa.

kepincangan atau salahguna kuasa berlaku kerana mengikut teori tigasegi fraud - wujud 3 elemen, iaitu tekanan, peluang dan alasan. tekanan biasanya berkaita situasi atau keadaan kewangan pesalah. kemudiannya pesalah mempunyai peluang melakukan kesalahan. akhir sekali, apabila didapati pesalah melakukan kesalahan, pesalah akan memberi pelbagai alasan - salahkan orang lain, tidak mengaku bersalah, tersilap, tidak akan ulang kesalahan.

hukuman adalah perlu untuk memastikan keadilan kepada pesalah dan yang disalahkan. ianya juga sebagai peringatan kepada pesalah untuk tidak mengulangi kesalahan. dan juga peringatan untuk bukan pesalah tidak akan melakukan kesalahan.

Khamis, Jun 09, 2016

Ramadan dan Kurus

ramai yang meletakkan sasaran untuk kurus semasa berpuasa di bulan ramadan. ingin kurus berat badan. saya tidak terkecuali. jarang2 saya dapat kuruskan badan sehingga kurang daripada 70kg. sasaran tahun ini pun adalah 68kg di akhir ramadan.

realiti memang ramai yang berupaya kurus di bulan ramadan. ada yang kurus bagus. ada yang kurus tak bagus. ramadan boleh dikatakan masa untuk mencari. mengenal dan memperbaiki diri. kembali kepada fitrah. sihat sebagaimana sepatut dan seeloknya.

tetapi jika di bulan ramadan kita berniat untuk kuruskan badan iaitu fizikal sahaja, dan lupa untuk kuruskan yang lain seperti perkara2 tidak baik, kita berjaya juga kurus, kurus puasa kita. ramadan adalah masa untuk perbaiki diri, fizikal, mental, emosi dan utama spiritual. jika spiritual kita sihat, insyaallah komponen lain dalam diri kita akan turut sihat.

Isnin, Jun 06, 2016

Ramadan, Masa dan Peringatan

alhamdulillah ramadan datang lagi. tak sampai sejam lagi, kita akan berbuka untuk hari pertama puasa ramadan 1437h. selamat datang ramadan.

ada berkata ramadan bulan madrasah. bulan dan masa untuk belajar. bulan untuk S&R. bulan untuk search and rescue. bulan untuk kesedaran dan penambahbaikan. bulan menambahkan bekalan kita ke akhirat. bulan untuk belajar.

baik kita berpesan-pesan sesama kita. untuk kebaikan bersama sebagaimana terjemahan surah al-asr. sentiasalah memohon kemaafan. sentiasalah segera selesaikan hutang.

jika kita salahguna duit, salahguna kuasa, salahguna tenaga. hentikanlah.

Khamis, Mei 12, 2016

Kita Semua Kerja Kontrak

apabila tempoh kerja adalah terhad biasanya kerja kontrak, kerana kemungkinan kontrak tidak disambung - prestasi tidak capai minima standard/ ada calon lain lebih baik, maka yang tidak amanah akan cuba kayakan diri dengan jawatan dan kedudukan sekarang secara tidak amanah.

berlaku di organisasi swasta dan kerajaan. dikalangan profesional dan bukan profesional. dikalangan orang politik dan bukan politik. lagi besar jawatan, lagi besar amanah. tetapi ramai yang jawatan pecah juga biasa lakukan pecah amanah yang besar. merosakkan masyarakat dan persekitaran.

tetapi ramai yang lupa kerja kontrak kita di dunia sebagai hamba allah. masa diberi amat terhad. ganjaran adalah diakhirat.

Rabu, Mei 04, 2016

Terkenang dan Terbayang Raya Dulu2

raya lambat lagi. puasa kena dulu.

dah lama tak balik beraya di kampung. sejak kali terakhir, sudah ramai yang tiada. dan sudah ramai juga yang baru.

masih terkenang dan masih terbayang. tok ayah baring di kerusi depan tv, bersinglet, berpelikat, dgn tangan di belakang kepalanya. wan di dapur sibuk menyediakan juadah untuk anak cucu, menyediakan sup dan juga singgang. ayah long sibuk bercerita sambil ketawa sekali sekala. ayah jan bersungguh apabila bercakap di meja makan dan di ruang tamu. ayah jack dengan senyumannya. cik behah sibuk mengemas rumah.

tapi semuanya sudah berlalu. hanya boleh saya terkenang dan terbayang sahaja. semoga ruh mereka sentiasa mendapat keampunan dan kedamaian daripada allah.

Selasa, Mei 03, 2016

Cara Cakap dan Cara Hidup

lebih biasa kita dengar, cakap serupa bikin. jangan cakap tak serupa bikin, cakap lain, buat lain.

ianya kebiasaan bagi ramai daripada kita, berbeza antara yang kita cakap dengan yang kita buat. pangkat, jawatan, gelaran, antara bukti dimana kononnya kita cakap serupa bikin. tetapi realitinya adalah berbeza. cara kita cakap berbeza dengan cara hidup kita.

kita kata kita perihatin dengan alam sekitar. tetapi sebaliknya, cara hidup kita merosakkan alam sekitar. kita musnahkan alam sekitar yang kita diamanahkan untuk menjaganya. tetapi orang yang tidak amanah masih lagi ada yang percaya kepada mereka ini. mereka masih diberi kuasa untuk merosakkan alam sekitar.

Jumaat, April 29, 2016

Lekas atau Leka

beza ejaan hanya satu huruf sahaja, huruf s, ada huruf s, maka jadi lekas, semua jadi cepat. tiada huruf, jadi leka, semua jadi lambat.

zaman sekarang dengan teknologi yang canggih seperti komputer, kenderaan lebih laju, peralatan elektrik, telefon mudahalih dan pelbagai lagi, kerja dan kehidupan seeloknya jadi lebih cepat, mudah dan selesa. peroduktiviti seeloknya lebih tinggi. masa kurang digunakan tetapi produktiviti sama, atau masa sama, produktiviti lebih tinggi.

tetapi dengan teknologi sekarang, ramai daripada kalangan kita produktiviti masih sama atau kurang produktif. kita mudah terleka dengan kemudahan yang ada. dan ramai daripada kita makin lambat sampai ke tempat dituju atau makin lambat menyempurnakan kerja. ada yang dengan teknologi yang canggih, kerja masih atau makin kurang sempurna.

manusia mudah lupa. manusia mudah leka. bacalah surah al-asr untuk mengingatkan kita untuk tidak leka menjalankan amanah dan untuk tidak leka menyediakan diri untuk kehidupan abadi.

Ahad, April 17, 2016

Cukup Setakat Mana?

dalam bahasa inggeris, biasanya adalah 'how much is enough?'. atau banyak mana adalah banyak. atau adakah banyak itu cukup.

dalam perkara keburukan, kita dinasihatkan bahawa cukuplah apa yang telah kita lakukan. hentikan perkara buruk yang telah kita lakukan.

dalam melakukan kebaikan, kita digalakkan melakukan sebanyak yang termampu. buat selagi terdaya. ianya adalah satu pelaburan. ianya akan meningkatkan pulangan di akhirat.

adakalanya kebaikan yang diberikan tidak dihargai. sebab kemampuan penerima adalah terhad. seumpama kita mencurahkan ilmu kepada penerima ilmu yang hanya mempunyai bekas yang kecil, atau penerima tidak sedia menerima ilmu yang ingin dicurahkan.

maka pemimpin perlu melihat realiti dan praktikaliti. elakkan pembaziran. elakkan niat baik menjadi tanggapan buruk oleh bakal penerima atau penerima.

Selasa, April 12, 2016

Keperluan Hidup - Rumah

dalam pengurusan dan psikologi, biasanya akan belajar maslow's hierarchy of needs. atau tingkat keperluan maslow. ianya menyatakan bahawa setelah dipenuhi keperluan tingkat bawah, barulah kita akan cuba penuhi tingkat atau aras seterusnya.

aras atau tingkat asas maslow mengandungi makanan dan minuman, pakaian dan perlindungan. apabila kita berkelana atau mengembara, biasanya kita akan cari perlindungan dahulu. cukup untuk berlindung dari kepanasan, kesejukan dan kebasahan, seterusnya sebagai pendinding diantara kita dengan unsur alam atau makhluk lain.

tetapi sekarang bukan mudah dan murah nak cari rumah sebagai perlindungan kita. kos sewa dan kos harga rumah adalah di luar kemampuan ramai. maka kita dah macam cerita melayu dulu2, sewa bilik ajelah. sebab sekarang suami isteri bekerja, dan rumah hanya untuk tidur. ramai yang sudah makan pagi, tengahari dan malam di luar, iaitu di kedai.

Psikoanalitik

psikologi biasa disalahfaham sebagai berkaitan orang gila. atau biasanya digunakan 'psycho'.

psikologi berkaitan pengajian mental, emosi dan jiwa seseorang. dan ketiga2 ini berupaya mempengaruhi tingkahlaku dan perangai seseorang. seorang yang dikatakan gila biasanya membuat masyarakat rasa tidak selesa dengan kehadirannya.

psikoanalitik ada berkongsi tentang id, ego dan superego. id boleh disamakan sebagai nafsu, perangai budak2. hanya dia sahaja betul. orang lain salah. hanya dia sahaja penting. orang lain tidak penting. berandaian bahawa dunia berputar disekelilingnya.

manaakla ego pula biasa disalahertikan sebagai berkaitan pentingkan diri sahaja. ego berkaitan dengan realiti. berkait dengan kematangan dan ilmu. tetapi ego defense mechanism yang sebenarnya berkaitan diri lebih penting, sebab ianya berkait untuk mempertahan diri. tetapi ada edm yang positif, dan ada edm yang negatif. edm yang negatif dipengaruhi nafsu berbanding ilmu.

superego pula sifat ingin kesempurnaan. ingin yang terbaik. ianya boleh jadi bagus jika ada, boleh jadi tidak bagus jika tidak ada. ianya berkaitan kehidupan yang diimpikan.

jika kita hanya pentingkan diri, dan menyusahkan orang lain, masyarakat dan persekitaran, bolehkan kita dipanggil gila? kita sepatutnya dengan ilmu dan kematangan membolehkan kesejahteraan bersama, kepada diri, masyarakat dan persekitaran.

Masa dan Lupa

masa. ianya sekejap sahaja. ianya juga lama. mungkin sekejap jika kita suka masa tersebut. mungkin terasa lama jika kita tidak suka dengan masa itu.

masa di dunia diingatkan dengan jam, kalender, majlis dll. masa di dunia kita amat terhad. tetapi kita mudah lupa bahawa masa yang sedikit di dunia akan memberi kesan kepada masa yang selama-lamanya. maka ramai daripada kita leka dengan masa di dunia. kita leka kejarakan kekayaan dan kesukaan dunia. kita lupa kekayaan dan kesukaan yang abadi yang akan didapati di akhirat.

maka kita perlu sentiasa diingatkan. kita akan diingatkan oleh orang yang baik, dan juga oleh orang yang kurang baik. kita akan diingati oleh kejadian yang baik, dan juga kejadian yang kurang baik. masa kita di dunia untuk masa kita di akhirat adalah tanggungjawab kita. manusia dan peristiwa di dunia adalah ujian dunia untuk keputusan di akhirat.

bersyukurlah dengan siapa kita sekarang. dan berusahalah untuk kita lebih baik di dunia untuk pembalasan baik di akhirat kepada kita dan mereka yang kita kasihi.

Isnin, April 04, 2016

Menang Sorak, Kampung Tergadai

banyak maksud kepada pepatah ini. dikatakan berkait dengan pak kadok. raja tahu ayam jantan pak kadok amat kuat berlaga dan selalu menang. maka raja jemput pak kadok ke istana. jika ayam pak kadok menang sabung, pak kadok akan dihadiahkan dengan pelbagai kekayaan. sebagai taruhan pak kadok, jika ayam sabungnya kalah, kampung pak kadok akan tergadai.

raja tahu ayam sabung pak kadok adalah jagoh. maka raja minta bertukar ayam dengan pak kadok dengan pemanisnya, ayam raja lebih cantik. pak kadok yang rendah ilmunya tanpa berfikir panjang menerima tawaran raja untuk bertukar ayam sabung.

maka ayam sabung pak kadok dan raja pun bersabung. memang ayam asalnya milik pak kadok menang. pak kadok bersorak bagai orang gila kerana gembira ayam sabung asalnya milik pak kadok menang. pak kadok bersorak sehingga tertanggal pakaiannya. tetapi pak kadok lupa ayamnya sekarang sudah milik raja. pak akdok akhirnya hilang bukan sahaja ayam sabung yang kuat, tetapi hilang juga kampungnya akibat kalah pertaruhan.

benda yang berlaku kepada pak kadok masih berlaku dan kerap berlaku sekarang. ketua yang diamanahkan menjaga masyarakat dan kampung termakan gula-gula. inginkan kekayaaan untuk diri sendiri sehingga lupa amanah dipegang. ketua yang tidak amanah akan seronok dengan kekayaan diterima hanya untuk diri dan keluarga serta kuncu-kuncunya.

tetapi masyarakat dan kampung kehilangan pendapatan, kekayaan dan harta mereka akibat ketua yang tidak amanah. ada yang berkata ketua yang zalim diturunkan kepada masyarakat yang jahil dan juga fakir luar dan dalam? atau ketua yang zalim dan tidak amanah adalah ujian atau hukuman kepada masyarakat. orang bijak dan berilmu selalunya susah untuk ditipu. sentiasalah kita meningkatkan ilmu dan beribadah kepada allah.

Rabu, Mac 30, 2016

Kerja Mengajar

ada pepatah inggeris, 'those who cannot do, teach'. maksudnya, jika tidak berupaya melakukan kerja itu, maka mengajarlah berkaitan kerja itu.

saya setuju, dan saya juga tidak setuju. maknanya ada yang betul dan ada yang tidak betul berkaitan pepatah tersebut. memang ada yang memilih untuk mengajar sebab tidak boleh mengamalkan bidang dipelajari. tetapi ada yang memilih untuk mengajar bidang berkaitan dirinya kerana ingin memperbaiki cara pendidikan. ini kerana beliau telah melihat bahawa ada kekurangan didikan yang melahirkan pengamal dalam bidang berkaitan.

memang ada yang memilih menjadi pengajar sebab tidak boleh mengamalkan bidang dipelajari dengan baik. lebih baik untuk masyarakat, seseorang seperti ini produktif melalui kerjaya sebagai pengajar.

ada juga yang jadi pengajar dan sedar bahawa diri tdiak sesuai menjadi pengajar. maka berminat menjadi pentadbir. mungkin sebab tidak berupaya untuk menjadi pengamal dengan baik. mungkin sebab tidak berupaya menjadi pengajar dengan baik.

pastikan bahawa rezeki kita adalah halal. jalankan apa jua pekerjaan kita sama ada sebagai pengajar, pengamal atau pentadbir secara ikhlas, jujur dan beramanah. kita semua adalah pendidik. secara langsung atau secara tidak langsung. doakan supaya kerja kita adalah ibadah kita. mungkin terbaik jika kita sentiasa belajar, amalkan dan ajar ilmu yang ada.

Pakar dan Rujukan

siapa seorang pakar? siapa seorang jadi rujukan?

kita bukanlah boleh secara mudah menganggap kita sebagai seorang pakar atau rujukan dalam sesuatu bidang. perlu ada bukti untuk kita digelar atau dipanggil pakar atau rujukan. seorang pakar atau rujukan adalah seorang pemimpin. melalui kepakaran dan rujukannya, seseorang untuk akan memimpin orang lain ke arah yang lebih baik.

biasanyalah pakar atau rujukan ini diiktiraf oleh orang lain selain kita. orang lain akan memanggil atau menggelarkan kita sebagai seorang pakar atau rujukan. pengiktirafan adalah penghormatan. latarbelakang akademik dan pengalaman berkaitan amat2 membantu untuk menjadi seorang pakar dan rujukan.

cerita 3 idiot menyatakan bahawa buatlah benda yang kita suka, dan kejayaan serta kekayaan akan menemui kita. dalam kaunseling, untuk berjaya dalam satu kerjaya, perlu ada minat, kebolehan dan bakat. jika hanya ada satu sahaja, seperti minat, kita hanya syok sendiri sahaja menganggap diri kita sebagai pakar dan rujukan sesuatu bidang.

seorang pakar dan rujukan berhak tersenyum apabila melihat dan mendengar seseorang yang tiada atau hanya sedikit kepakaran atau pengetahuan, mengaku diri sebagai pakar rujukan. janganlah kita apabila kita tidak layak menjadi pakar, kita merajuk dan marah pada orang lain.

Boleh Baca

tadi setelah melihat seorang pelajar menggunakan bilik air staf, saya bertanya 'tahukah itu bilik air staf?'. jawabnya 'tidak'. saya tanya lagi 'tak baca ke tulisan depan pintu?'. jawabnya 'tak'.

melihat kepada buku dan cara berpakaian, saya andaikan pelajar baru semester pertama di fakulti. tetapi alasan tidak tahu dan tidak membaca tidak boleh saya terima. walau pun baru bebarapa minggu sebagai pelajar, kebolehan membaca adalah syarat untuk menjadi pelajar. jika tak boleh membaca bermakna tidak sesuai menjadi pelajar ipt.

peraturan disediakan untuk makluman dan dipatuhi. makluman disebarkan melalui cetakan dan bukan cetakan. cetakan perlu kebolehan membaca. jika memang tidak boleh membaca, maknanya elok ambil kelas belajar membaca dan mengeja. tetapi jika tidak endahkan peraturan sebab sikap bangga diri, atau bodoh sombong, susahlah nak dididik.

bukan sahaja pelajar yang 'tak boleh baca'. ada juga dikalangan staf dan pelawat 'tak boleh baca'. boleh baca tanda tahap ilmu. boleh baca tanda kematangan. untuk boleh baca perlu sikap ingin jadi orang yang boleh baca.

Selasa, Mac 29, 2016

Kerja 24jam

saya pernah mencadangkan. kerja sekarang boleh dihadkan kepada hanya 4 hari bekerja. ahad, isnin, selasa dan rabu sahaja. khamis, jumaat dan sabtu kita cuti.

dengan teknologi sekarang, ianya boleh dilakukan. komputer dan telefon mudahalih adalah antara peralatan kerja yang hampir semua ada untuk membolehkan kerja dijalankan. pastikan boleh dihubungi.

kerja sehari juga saya cadangkan hanya dari jam 9pagi hingga 3petang. 6jam sahaja bekerja sehari. maka 6jam x 4 hari, kerja kita adalah 24jam seminggu. bukan kerja 24jam sehari.

tetapi pejabat boleh beroperasi tanpa henti dari 7pagi sehingga7malam. 7hari seminggu. jadi tagline pejabat kerajaan adalah 7/7. kerja ikut shif.

dan kita akan ada masa untuk keluarga.

Isnin, Mac 28, 2016

Pakaian Maharaja

pakaian maharaja adalah cerita rakyat luar negara. ianya berkaitan seorang maharaja yang ingin mempamerkan kekayaan yang beliau miliki kepada rakyat beliau.

kos pembuatan dan menjahit pakaian untuk maharaja tiada sebarang masalah berkaitan kewangan kepada maharaja. beliau rasakan bahawa kekayaan beliau akan dibuktikan  melalui pakaian yang tidak pernah dilihat sesiapa pun. pakaian tersebut diharapkan akan meningkatkan rasa kagum rakyat kepada kekayaan maharaja.

setelah dilakukan perbandingan dan temuduga, maharaja bersetuju memilih dua orang sebagai tukang jahit pakaian teristimewa maharaja. sebenarnya kedua-dua 'tukang jahit' ini adalah penipu. mereka meminta pelbagai benda dan keistimewaan untuk menyediakan pakaian maharaja dalam tempoh ditetapkan.

semasa tempoh persediaan pakaian maharaja, maharaja dan para cerdik pandai maharaja akan melawat ke bilik jahitan. mereka ditunjukan 'pakaian' yang sedang disiapkan. walau pun maharaja dan pembesar serta rombongan tidak nampak sebarang pakaian, mereka mengatakan bahawa pakaian sedang disediakan amatlah cantik. masing-masing takut dikatakan tidak bijak jika tidak nampak pakaian sedang dijahit.

akhirnya pada tempoh ditetapkan, maharaja 'dipakaikan' dengan pakaian teristimewa. maharaja , pembesar dan orang ramai kesemuanya memuji kecantikan pakaian maharaja apabila maharaja diarak dikota. sehinggalah seorang budak menjerit, 'maharaja tidak memakai sebarang pakaian. maharaja bogel di tengah kota'. barulah semua orang dan maharaja mengaku maharaja tidak berpakaian.

janganlah kita angkuh dan sombong untuk menunjuk-nunjuk kekayaan yang pemilik hakikinya adalah allah. dalam kekayaan kita ada hak milik orang lain. kekayaan melampau boleh dipersoalkan dari mana datangnya. seorang yang kaya dan/atau berusia tidak semestinya seorang yang bijak dan matang.

Hantaran dan Tamparan

hari ini viral tentang hantaran. apabila jumlah hantaran belum diselesaikan sebelum majlis akad nikah bermula, majlis yang sepatutnya mengikat dua keluarga dibatalkan. dan yang berlaku dua keluarga bergaduh sebab duit.

hantaran boleh menjadi tamparan. tamparan fizikal atau bukan fizikal. terbukti dalam media hari ini hantaran yang sebabkan tamparan fizikal kepada bakal pengantin lelaki. tetapi kesan majlis tidak diteruskan juga menjadi tamparan bukan fizikal, mungkin emosional kepada kedua-dua pihak terlibat. tamparan juga terkena kepada masjid dimana majlis dirancang diadakan. tamparan juga terkena kepada umat islam lain kerana kejadian ini.

berapakah nilai sesuai sebagai hantaran? pentingkah hantaran? siapakah seeloknya tentukan nilai hantaran? seingat saya, yang wajib untuk rukun nikah  adalah pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi, ijab dan kabul. mas kahwin dinyatakan dalam ijab dan kabul.

Ahad, Mac 27, 2016

Kerja dan Ibadah

jika kerja adalah ibadah, maka setiap kerja yang dibuat, dilakukan, diamalkan, adalah pelaburan. dan hasilnya diharapkan untuk kita sejahtera dunia dan akhirat.

jika kerja adalah ibadah, maka kita akan dipersoalkan tentang kerja kita. kita akan dihakimi tentang kerja kita. kita kan ditanya, dari mana kita dapat kerja, bagaimana kita bekerja, ke mana hasil kerja digunakan.

jika kerja adalah ibadah, kita akan faham tentang kaitan kerja dengan tanggungjawab. tentang kerja dan amanah.

jika kerja kita terima sebagai ibadah, kita tidak akan sia-siakan kerja kita. kita akan bekerja sebaik-baiknya.

Jumaat, Mac 25, 2016

Kerja Lah

banyak masalah boleh selesai jika kerja dikerjakan. jika pekerja bekerja. memang masalah akan ada menyusul jika kerja dikerjakan, dan pekerja bekerja. masalah yang menyusul kerana kerja tidak sama dengan kehendak pembawa masalah.

kerja untuk sejahtera diri dan masyarakat. kerja ikut peraturan. kerja termasuk rancang, buat, pimpin dan kawal. kerja juga termasuk adakan panduan, ikut panduan, perbaiki panduan. kerja bukan hanya untuk tarikh gaji bulanan. kerja bukan untuk pangkat sahaja. kerja berdasarkan kelayakan bekerja dan dibalas dengan ganjaran atau hukuman.

sedihnya, ramai tidak kaitkan kerja dengan tugas, tanggungjawab, dan amanah. maka ramai yang sebenarnya tidak bekerja. hilang dari tempat kerja tanpa bermanafaat kepada organisasi. hilang dari tempat kerja tanpa maklumkan ketua. hilang dari tempat kerja hakiki secara rahsia kerana bekerja di tempat lain. maka apabila amanah tidak dikaitkan dengan kerja, ramai yang tak bekerja.

Khamis, Mac 24, 2016

Pakar atau Pakai

pakar dikatakan mereka yang tahu tentang bidang yg diceburi. bagi pendidik di ipt, pakar biasanya sama ada sudah ada phd, atau tertinggi digelar prof.

penilaian pertama untuk dipanggil pakar, akan dilihat kelayakan asas pendidikan formalnya, iaitu bidang sarjana muda. seterusnya sarjana, kedoktoran dan sebarang pasca siswazah. jika kelayakan akademik adalah selari dari asas, sehingga tertinggi, biasanya orang itu adalah pakar.

seterusnya, akan dilihat kepada pengalaman kerja seseorang. kerja dalam bidang yang sama dengan kelayakan akademiknya, akan menambahkan kepakarannya. latihan dan kursus berkaitan bidang diajar akan lebih mengukuhkan tahap kepakaran seseorang.

sedihnya apabila kelayakan akademik asas tiada atau sedikit, dan kelayakan akademik peringkat lanjutan berbeza dengan kelayakan asas. ditambah pula pengalaman kerja berbeza dengan bidang akademiknya. dan mereka ini tanpa segan silu menggelar diri sendiri sebagai pakar bidang tertentu hanya melalui penyelidikan yang terhad bilangannya. mereka seperti ini akan pakai gelaran pakar. dan akan marah jika tidak dikatakan sebagai pakar. tiada rasa malu tentang kredibiliti dan integriti.

Susah Senang Kita

kawan adalah mereka yang perihatin dengan kehidupan kita. bukan kawan pun perihatin dengan kehidupan kita.

beza antara kawan dan bukan kawan antaranya adalah kawan akan sentiasa cuba membantu kita supaya menjadi seorang yang lebih baik, dalam keadaan susah dan juga senang. bukan kawan akan sentiasa akan susahkan semasa kita senang dan juga susah.

bukan kawan akan sentiasa membebel tidak suka dengan kita, walaupun kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kita. bukan kawan akan cuba susahkan kita supaya akan jadi tidak amanah.

seeloknya kita tidak gembira dengan kesusahan dan kebodohan orang lain. tetapi kita bersyukur dengan kita tidak susah dan bodoh seperti orang lain. orang lain tidak suka dan susah dengan kesenangan dan kebijaksanaan kita. tetapi kita mesti bersyukur dengan kesenangan dan kebijaksanaan kita dan juga orang lain.

tidak perlu kita meniru bukan kawan yang suka sombong, kedekut, tamak dan dengki. rezeki milik allah. kesenangan dan kesusahan adalah ujian kehidupan.

Rabu, Mac 23, 2016

Masalah Jika Dikasihani

masalah biasa bersama kasihan. orang yang bermasalah biasanya ingin dikasihani.

tidak kira sama ada masalah berpunca oleh dirinya sendiri ataupun oleh orang lain. orang bermasalah inginkan perhatian, ada yang berkata orang yang inginkan perhatian adalah orang yang bermasalah.

jika perhatian adalah dengan kita kasihankan orang bermasalah, sebenarnya kita tambahkan masalah kepada yang bermasalah dan kepada kita. daripada kita tiada masalah, kita juga sudah ada masalah.

kasihankan orang bermasalah tidak selesaikan masalah. eloknya kita kasihkan orang bermasalah dengan sedarkan diri orang bermasalah bahawa dia bertanggungjawab untuk uruskan dan selesaikan masalahnya. orang bermasalah jika tidak diberi perhatian, ada kalanya dia akan selesaikan masalahnya tanpa susahkan orang lain. ada kata masalah adalah alah dengan masa.

Cegah Sebelum Parah

dalam bahasa inggeris biasanya 'prevention is better than cure'. ianya biasa dikaitkan dengan kesihatan. langkah mudah sebelum sampai peringkat sulit, iaitu susah untuk dipulihkan atau diubat, perlu dilakukan pencegahan di awal lagi.

selain kesihatan diri, kesihatan organisasi juga penting. selain kebijaksanaan bekerja melakukan tugasan diberi, seseorang perlu bertanggungjawab memastikan organisasi selesa untuk bekerja. diantara ukuran keselesaan bekerja adalah keserasian bekerjasama. kerjasama diantara ketua dan pengikut. kerjasama diantara sesama rakan sekerja.

untuk pengesahan jawatan, dan kenaikan pangkat, terdapat organisasi yang melakukan kajian untuk memastikan pekerja yang dinilai serasi dan sesuai untuk kebaikan organisasi dan rakan sekerja. jika jawapan adalah positif, maka pekerja akan disahkan jawatan, atau dinaikkan pangkat. jika jawapan adalah negatif, pekerja dinilai tidak akan disahkan jawatan atau tidak dinaikan pangkat.

mungkin semasa pemilihan, kita tiada pemberat dalam proses pemilihan. tetapi untuk pengesahan jawatan, dan kenaikan pangkat, kita diberi peluang untuk membantu organisasi akan berada dalam hala tuju yang positif.

Selasa, Mac 22, 2016

Bijaksana dan Kematangan

penulis ikim dalam suratkhabar star hari ini bercerita tentang kebijaksanaan adalah amat penting dalam islam. bijaksana berkaitan dengan ilmu kita.

bijaksana boleh dikaitkan dengan kematangan. seorang yang matang dan bijaksana berupaya buat keputusan yang memberi kesan terbaik, kepada diri dan orang lain. orang yang bijaksana dan matang diberikan gelaran dan jawatan sebagai mengiktiraf kebijaksanaan dan kematangannya.

terdapat pelbagai syarat dalam menentukan kematangan seseorang ikut peraturan dunia. antara syaratnya seperti, tahap pendidikan. ada gunakan usia menentukan kita bijaksana dan matang. dalam islam kematangan adalah akhil baligh.

seorang yang bijaksana dan matang bersedia buat keputusan. dan beliau bersedia bertanggungjawab terhadap hasil keputusan dibuat. seorang yang bijaksana, matang dan berilmu tidak akan mudah salahkan orang. tidak mudah melatah. tidak mudah marah tanpa sebab.

bijaksana bukan hanya kita seorang yang tentukan. perlu diiktiraf ramai. ada standard. bijaksana dan kematangan tidak boleh dibeli sewenang-wenangnya.

Kurang Ajar

apabila ada yang kurang ajar, salah siapa? jika kita kurang ajar, salah siapa? jika orang lain kurang ajar, salah siapa?

pendidikan boleh dikatakan sebagai memperolehi ilmu dan mengamalkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain. kita dikatakan terdidik jika ilmu digunakan untuk perbaiki diri dan orang lain. kita dikatakan berilmu jika kita berupaya berkongsi ilmu dengan orang lain, untuk kebaikan diri dan orang lain.

kita dikatakan belajar untuk menjadi bertambah baik atau kekal baik. kita belajar daripada mereka di sekitar kita. kita belajar jika ingin belajar, mendapatkan ilmu yang baik. tetapi kita menjadi kurang ajar jika kita belajar daripada keluarga, atau kawan, atau pengajar, atau orang lain dan kita menyusahkan diri dan orang lain. kita jadi kurang ajar sebab sombong, dengki, kedekut, dan tamak. kita boleh jadi kurang ajar kerana keturunan, kerana harta, kerana kedudukan.

kita diketahui atau kelihatan kurang ajar dengan apa yang kita amalkan. peraturan untuk memudahkan diri dan masyarakat. semoga saya tidak menjadi pengajar yang mengajar pelajar saya menjadi semakin kurang berilmu, atau kurang ajar.

Isnin, Mac 21, 2016

Kaya Gila dan Dah Gila Kaya

jika ditanya kepada ramai, 'nak kaya tak?'. akan ramai yang jawab, 'ya, mestilah'. memang ramai mempunyai matlamat nak kaya. tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana. dan tidak ramai yang berusaha untuk kaya secara jujur dan beramanah.

berita berkaitan orang kaya secara tidak amanah kerapa diberitakan sekarang. salah guna jawatan dan kuasa untuk kaya. bukan kaya sebagaimana ramai impikan. kaya yang adalah lebihan setelah memenuhi keperluan asasi. tetapi kaya gila sehingga boleh dikatakan seorang yang pecah amanah itu dalah gila kaya. berkelakuan gila kerana apabila diketahui ramai cara kaya secara tidak amanah akan menyebabkan dirinya dikeji.

kaum keluarga turut dikeji. malah kawan dan kenalan juga akan turut dikeji. kemungkinan keluarga, akwan dan kenalan akan turut disiasat. dan kebiasaannya, yang melakukan kesalahan tidak akan mengaku bersalah. sebaliknya memarahi pihak lain. menyalahkan pihak lain sebab kononnya apa yang dilakukan adalah tidak salah. dan akan juga berlaku pesalah akan merayu untuk dikasihankan dan dimaafkan kesalahannya.

kepimpinan adalah melalui teladan. cakap serupa bikin. bukan sahaja dilihat sebagai beramanah, tetapi didengari daripada orang lain bahawa kita adalah beramanah. kaya di dunia tetapi miskin di akhirat adalah satu status tak berguna.

Khamis, Mac 17, 2016

Komitmen dan Kejayaan

ada tulisan yang menyatakan bahawa seorang bekas peneraju sebuah ipta tidak berpuashati dengan kualiti graduan ipta tersebut sekarang. dahulu dimana ramai graduan ipta itu berjaya mendapat kerja sebelum tamat pengajian. sekaarng tidak lagi.

antara puncanya dikatakan bahawa tenaga pengajar sekarang kurang komitmen berbanding dengan komitmen ditunjukkan oleh tenaga pengajar dahulu, walaupun majoriti tenaga pengajar dahulu adalah berlainan bangsa dengan pelajar.

bagi saya, kualiti graduan bukan ditentukan oleh komitmen tenaga pengajar sahaja. komitmen daripada pihak lain juga penting, terutamanya komitmen pelajar sendiri. apabila telah diberi peluang untuk melanjutkan pengajian, pastikan tamat dengan jayanya. selain daripada itu, pastikan hormat kepada ilmu.

selain daripada pengajar dan pelajar, komitmen staf pentadbiran dan sokongan juga amat penting. staf perlu elak daripada hanya memikirkan peluang kenaikan pangkat dan pertambahan gaji. staf juga perlu fokus kepada kerja, bukannya kerja hakiki menjadi kerja sampingan, kerja hakiki adalah peluang buat duit melalui kerja lain.

ibubapa dan penaja serta pihak lain juga perlu komited memastikan ipta berada di satu arah tuju yang jelas. bukannya untuk memenuhi kepuasan dan angan2 pihak tertentu sahaja. sebenarnya untuk melahirkan seorang graduan berkualiti dan cemerlang seperti hendak melahirkan seorang ahli sukan yang cemerlang. perlu komitmen daripada banyak pihak. jangan mudah menyalahkan satu pihak sahaja.

Cemerlangkan Diri

pagi semalam, fakulti saya mengadakan majlis bersama wakil olimpik Malaysia 2016. pelumba basikal azizulhasni.

beliau seorang yang tidak menepati fizikal seorang pelumba. tetapi beliau berupaya cemerlang dalam sukan lumba basikal. antara ciri dan sikap perlu ada seperti kata beliau adalah: yakin dan percaya kepada diri sendiri. letak matlamat dan sentiasa ingatkan tentang matlamat. berusaha semaksima yang mampu. sentiasa ingat kepada ibubapa dan mereka yang membantu kita.

kejayaan dalam sukan boleh digunakan juga dalam akademik dan perniagaan. itu kata seorang psikologi dalam sebuah buku, hasil kajiannya.

Rabu, Mac 09, 2016

Damai Sedamainya

kita impikan kedamaian. ramai yang impikan kedamaian.

biasanya diimpikan damai di dunia. senang tiada susah. tenang tanpa sengketa. tetapi hakikatnya damai di dunia hanya sementara. damai di dunia bukan selama-lamanya.

kita ke tempat orang untuk mendamaikan diri. merehatkan diri. menjauhi dari kerisauan dan gangguan di tempat sendiri. tetapi di tempat orang pun tidak damai selamanya. mungkin kelihatan damai, tapi ada pergolakkan.

damai sedamainya hanyalah di syurga. dan antara untuk sampai ke sana, kita damaikan diri ini semampu kita. elak daripada sombong. elak daripada dengki. elak daripada tamak. elak daripada kedekut. kesemuanya tadi hanya tentang kesenangan sementara di dunia.

tetapkanlah kita ingin kedamaian abadi. berusahalah untuk membolehkan kita dan mereka yang kita kasihi memperolehi kedamaian abadi.

Khamis, Februari 25, 2016

usia seketika selamanya

usia adalah kiraan masa. masa yang sekarang. masa yang lepas. masa yang akan datang.

ada rasa usia sekejap sahaja. ada rasa usia adalah lama. bagaimana kita ukur tempoh masa dan usia kita? adakah dengan kejayaan? adakah dengan kegagalan? adakah dengan kesenangan? adakah dengan kesusahan?

pada satu masa, titik usia kita mengingatkan kita. di mana kita sekarang. di mana kita sebelum ini. ke mana kita selepas ini.

alhamdulillah, saya sudah pun berusia 50 tahun hijrah sehari selepas majlis akad nikah saya. hari ini saya berusi 49 tahun masihi. sudah jauh masa berada di bumi ini. berapa lamakah lagi masa yang ada di atas bumi milik allah ini?

terima kasih untuk semua ucapan dan doa kepada saya dan selain saya. semoga kita semua dan semua mereka yang kita kasihi sentiasa mendapat keampunan, rahmat dan perlindungan allah. semoga kita semua menjadi teman kepada rasulullah s.a.w di akhirat dan di syurga. semoga kita tergolong dalam mereka yang memasuki syurga tanpa perlu dihisab.

Rabu, Februari 24, 2016

Buli dan Kuasa

ramai andaikan seorang pembuli adalah seorang yang berkuasa. pembuli akan menggunakan kuasa melalui tenaga, fizikal, wang, jawatan dan pelabagai lagi untuk membolehkan pembuli dapat apa yang dia kehendakki.

pembuli perlu disekat tingkahlakunya. pembuli seorang yang menyebabkan suasana semasa dan akan datang tidak selesa kepada ramai. pembuli berjaya kerana dia bersikap agresif, dan yang dibuli bersikap pasif. selagi pembuli dilayan, diikut apa yang dia minta, pembuli akan terus membuli.

sebenarnya pembuli adalah seorang yang lemah. pembuli ambil peluang ke atas mereka yang lebih lemah daripadanya. maka kita perlu tegas dengan kebijaksanaan. apabila kita tegas, kita bersikap asertif. apabila kita tegas, tidak melayan pembuli, akhirnya pembuli akan lesu. pembuli yang lesu akan terlucut pakaiannya, dan akan menunjukkan diri sebenar pembuli. kuasa pembuli hanyalah khayalan sahaja.

Kuasa atau Tanggungjawab

kenapa nak jawatan? sebab kuasa? sebab tanggungjawab?

ramai yang pilih nak jawatan sebab dengan jawatan datang bersama kuasa. ramai yang pilih jawatan juga sebab nak kan nama. dengan jawatan ada kuasa. dengan kuasa boleh arah orang buat kerja, dan jika berjaya, penjawat akan terima nama.

jarang yang pilih jawatan untuk tanggungjawab. sebab ramai tidak mahu bertanggungjawab jika kerja tidak berjaya. sedangkan kita tahu, jawatan datang bersama kuasa dan tanggungjawab, juga kerja dan amanah.

jawatan sebagai pensyarah, cikgu, guru adalah jawatan sebagai pendidik. tugas dan tanggungjawab pendidik adalah berkongsi ilmu pengetahuan dengan pelajar yang diamanahkan kepada kita di awal tahun/semester. dan di akhir tahun/semester, kita diamanahkan menyerahkan pelajar dengan ilmu yang akan membawa kebaikan kepada pelajar, pendidik, amsyarakat dan persekitaran, untuk sejahtera dunia dan akhirat.

Selasa, Februari 23, 2016

Jawatan dan Perhatian

tidak dinafikan, ada yang inginkan jawatan tertentu kerana inginkan perhatian. dengan memegang atau memiliki jawatan tertentu, kita akan mendapat perhatian. jawatan tertentu akan menonjolkan kita berbanding orang lain.

jika jawatan dikejar untuk mendapat perhatian, maka pengejar jawatan itu akan melakukan pelbagai usaha untuk menjayakan hasratnya. dan kemungkinan usaha dilakukan akan melibatkan merempuh pagar atau sempadan etika. mungkin 'membayar' kepada pihak tertentu untuk mempunyai 'kelayakan' mendapatkan jawatan.

sedih jika jawatan dikejar untuk hanya kepentingan diri sahaja. kesannya, organisasi tidak berkembang dengan baik. warga lain dalam organisasi akan sentiasa menghidu racun. orang yang suka perhatian dan suka puji diri tidak sesuai menjadi ahli satu pasukan. indidvidu ini tiada semangat berpasukan. individu ini tidak kenal kerjasama, tetapi akan suka menyatakan 'kerja sana', iaitu hanya tahu bagi arahan sahaja.

Perhatian dan Manusia

naluri manusia inginkan perhatian. untuk mendapatkan perhatian, ada yang berkelakuan baik. dan ada yang tidak berkelakuan baik.

yang suka perhatian atau diperhatikan orang mungkin kerana ada rasa 'inferiority complex' jika tidak diendahkan orang lain. maka dilakukan pelbagai perkara untuk mendapat perhatian. ada yang akan memainkan perasaan orang lain supaya mendapat perhatian. ada yang akan marah2. ada yang akan menangis. ada yang akan meninggikan suara. ada juga yang akan guling2kan diri. dan ada juga akan guling2kan orang lain.

kita berasa rimas dengan mereka yang sentiasa inginkan perhatian. mengganggu tugas kita. menyakitkan hati kita. sentiasa menyalahkan kita. suka menyusahkan kita. menyebabkan kita rasa gelisah.

apakah ubat atau tindakan wajar bagi kita? usah dilayan mereka ini. sebab, lagi dilayan, diberi perhatian, lagilah mengada2. lagilah menyusahkan kita. lagilah nak perhatian.

Ahad, Februari 21, 2016

Jawatan dan Peringatan

ramai ingin jawatan tinggi. jawatan tinggi datang bersama dengan kuasa besar. kuasa besar datang dengan tanggungjawab besar dan amanah yang perlu dijawab juga. jawatan tinggi tidak melepaskan diri daripada amanah yang perlu dijawab.

biasa yang akan ambil peluang untuk dapat kelulusan untuk permohonan daripada pemegang jawatan yang dihujung tempohnya. pemohon sebegini risau permohonanya tidak akan diluluskan oleh pemegang jawatan yang baru. mungkin kerana tidak ikhlas atau jujur serta amanah berkaitan permohonannya.

pemegang jawatan yang telah tamat tempoh jawatannya dan pemohon kelulusan yang tidak jujur dan tidak amanah sama2 bertanggungjawab terhadap kesan permohonan yang diluluskan. jika niat adalah salahguna kuasa, mungkin terlepas pembalasan di dunia. tapi di akhirat agak2 bagaimana pembalasannya?

Sabtu, Februari 20, 2016

Jam dan Peringatan

kita pakai jam untuk mengingat. kita tengok jam untuk mengingat. ingat tentang masa.

jam ingatkan kita masa akan datang. masa kita sekarang. masa yang dah berlalu. ramai yang tengok jam lupa bahawa masa tidak boleh diganti. masa datang dan pergi. kita punya pilihan untuk gunakan masa sebaiknya.

pakai jam mahal tidak bermakna kita banyak masa berbanding orang lain. kita pakai jam mahal tidak bermakna kita boleh simpan masa berbanding orang lain. jam adalah peringatan kepada kita.

setiap detik masa ingatkan usia kita makin bertambah. setiap detik masa mengingatkan kita hampir kepada masa penamat kita di dunia. gunakanlah masa sebagai pelaburan masa selama-lamanya iaitu masa di akhirat.

Khamis, Februari 18, 2016

Matlamat Kita

kita biasa punyai banyak matlamat. dan kita mesti ada satu matlamat utama.

matlamat lain mesti menyokong matlamat utama kita. jika matlamat yang pelbagai tidak selari atau membantu ke arah pencapaian matlamat utama, kemungkinan besar atau kebiasaannya, matlamat utama tidak akan tercapai. jika tercapai, kemungkinan kurang memuaskan.

apakah matlamat utama kita? sebagai manusia, hamba allah, matlamat utama kita adalah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba allah. iaitu beribadah kepadanya. matlamat lain, seperti pekerjaan, pembelajaran dll mesti menyokong atau adalah ibadah juga untuk memudahkan kita di jalan yang lurus, ke arah mencapai matlamat kita dijadikan.

Tangisan

tangisan atau menangis. perbuatan mengeluarkan air mata dengan perasaan.

ada yang mudah menangis. ada yang tahankan diri daripada menangis. ada yang susah untuk menangis. perbuatan berkaitan perasaan. jika perbuatan tidak selari dengan perasaan, boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada diri.

saya galakkan menangis dan membebel. ianya antara cara meluahkan perasaan. perasaan terbuku boleh membawa padah, jika dipendam lama2.

menangis bukan menunjukkan kita lemah. tetapi ianya menunjukkan kita berperasaan. ada yang menangis kerana sedih. ada yang menangis kerana gembira. ada yang menangis kerana marah.

Rabu, Februari 17, 2016

Setahun Yang Berlalu

masa setahun sekarang amat cepat berlalu. satu hari, satu minggu, satu bulan, dan satu tahun serta satu dekad amat cepat terasa berlalu. masa yang dah berlalu tidak boleh diulangi atau dikembalikan. masa yang pergi tetap pergi. catitan ini seeloknya dicatit pada ogos 2015.

dalam masa setahun, antara ogos 2014 sehingga ogos 2015, beberapa perkara penting berlaku dalam hidup saya. antaranya adalah kembali ke rahmatullah, beberapa orang yang memberi kesan kepada siapa saya. bermula ogos 2014, kembalinya seorang nenek saudara, yang biasanya menjempu kami makan di rumahnya pada hari raya kedua. diikuti nenek saya yang sebelum itu telah beberapa tahun terlantar kerana stroke.

november 2014, kembali pula seorang pakcik, adik bongsu ayah. februari 2015, kembali pula abang kepada ayah, seorang pernah menyatakan kepada saya, 'belajarlah, untuk masa depan...'. mac 2015, kembali pula pakcik, iaitu adik kepada ibu, setelah setahun mengetahui beliau sakit barah. pakcik ini banyak membantu semasa saya belajar. antara lagu kegemaran nyanyian beliau adalah 'andaiku pergi dulu sebelummu'. di bulan april 2015, beberapa hari sebelum pertunangan saya, kembali makcik, isteri kepada abang sulong ayah.

bagi mereka yang telah kembali terlebih dahulu, ingatan saya adalah semasa mereka sihat, senyum dan sejahtera. alhamdulillah, mei 2015, saya bertunang. dan pada penghujung ogos 2015, alhamdulillah saya diijab kabul.

setiap masa dan tahun yang berlalu akan mempunyai kenangan kepada kita. kenangan manis, dan kenangan bukan manis. semoga mereka yang terlebih dahulu kembali kepada yang maha esa, sentiasa mendapat keampunan, rahmat dan perlindungannya.

Kerja dan Amal

ramai termasuk saya biasa bezakan antara kerja dan amal(an). kerja biasa difahami untuk cari rezeki dunia. amalan dibiasakan untuk cari rezeki akhirat. tetapi kerja dalam bahasa arab adalah 'amal'.

maka jika kita bekerja, kita sebenarnya beramal. amal adalah melakukan. amal adalah membuat sesuatu. kesemuanya untuk mengharapkan ganjaran. jadi boleh dikatakan sebenarnya kerja adalah amalan. dan seelok kerja adalah kerja yang baik. (amalan elok adalah amalan yang baik). iaitu yang memberi ganjaran positif di dunia dan di akhirat.

belajar pun adalah satu kerja. maka sama ada mengajar atau belajar, lakukan secara terbaik. dengan penuh amanah. supaya mendapat pengampunan dan rahmat allah untuk sejahtera dunia dan akhirat.

Buat Kerja

buat kerja adalah ungkapan biasa. tetapi bagi saya tak perlu sebut atau nyatakan 'buat kerja'. nyatakan 'kerja' sudah mencukupi.

bila kita kata kita minta kerja (pekerjaan atau jawatan), kita bersedia buat apa yang berkaitan dengan pekerjaan atau jawatan tersebut. maka kita perlu kerjakan apa yang perlu kita kerjakan. buat apa yang patut dibuat. lakukan apa yang patut dilakukan.

apabila kita minta kerja, kita juga minta upah atau gaji atau ganjaran yang datang bersama tugas dan tanggungjawab dengan kerja yang diminta. kerja diminta dan diberi adalah amanah. organisasi perlu jelaskan kepada pekerja tentang kerja yang perlu dilakukan. nyatakan secara hitam putih, memudahkan untuk ingatan dan rujukan.

Jumaat, Februari 05, 2016

Manja dan Berjaya

biasanya sifat manja tidak dikaitkan antara sifat yang amnya diandaikan tidak boleh membuat seseorang itu berjaya. biasanya seorang yang manja adalah seorang yang malas.

seorang yang malas biasanya kurang berusaha. biasanya mengharapakan umpama 'makanan hendak dimakan disuapkan oleh orang lain ke dalam mulut' orang yang manja. jika kita manjakan seseorang, kita seumpama kasihankan dia. maka kita akan memudahkan hajat simanja walaupun akhirnya kita merosakkan simanja dan yang memanjakan.

dalam kaunseling kita diminta kasihkan orang, bukan kasihankan orang. didikan perlu tegas, elakkan memanjakan. simanja biasanya tak boleh ditegur, dan biasanya akan besar kepala.

maka ingat tugas dan tanggungjawab kita semua adalah pendidik. pendidikan untuk kebaikan bersama, yang dididik dan yang mendidik, serta masyarakat dan persekitaran.

Khamis, Februari 04, 2016

Sama atau Asing

lebih tepat, bersama atau berasingan. ianya berkaitan hubungan. berkaitan pepatah inggeris, 'either you beat them or you join them'.

kita ingin bersama atau berasingan dengan pihak lain mungkin untuk sebab berlainan. jika berkaitan kredibiliti, nama baik, reputasi, imej kita, maka kita ingin bersama dengan mereka yang beri kesan positif kepada kita, begitu juga kita baisanya akan ingin berasingan daripada pihak lain untuk mengelak kesan negatif jika bersama pihak lain itu.

ianya berkaitan juga suka atau duka hubungan dengan pihak lain. ilmu adalah penting untuk menapis dan membuat keputusan untuk bersama atau berasingan. biarlah dilihat sebagai kera sumbang apabila memilih untuk berasingan daripada pihak yang akan memberi kesan negatif jika bersama pihak itu. kesan hubungan bukan hanya jangka pendek sahaja. reputasi adalah berpanjangan.

Kerja Itu Amanah

ramai mengatakan inginkan kerja. atau lebih tepat pekerjaan. tetapi lupa pekerjaan bermaksud jawatan, tugas dan tanggungjawab serta beramanah, selain mendapat imbuhan seperti gaji,

jadi amatlah pelik jika memilih untuk bekerja pada satu jawatan, hendakkan gaji yang datang bersama jawatan, tetapi tidak mahu mengajar dan juga menyelia. sikap sebegini menyebabkan kredibiliti diri akan terus dipertikaikan. soalan seperti kelayakan yang ada seperti dinyatakan pada sekeping kertas adakah benar atau hanya palsu. soalan juga termasuklah adakah ianya melalui usaha sebagai pelajar atau melalui bayaran wang sahaja.

mereka yang tidak ikhlas semasa permohonan kerja, iaitu hanya menjadikan gaji sebagai matlamat utama akan tidak selesa dengan kerja yang ada. maka ada yang ingin mengkaburi sikap tidak amanah dengan sentiasa menjadi seperti tong kosong. amat kuat bunyinya tetapi kurang atau tiada isinya.

Rabu, Februari 03, 2016

Kuasa, Bina atau Binasa

topik kepimpinan melibatkan kuasa. setiap manusia adalah pemimpin. kepimpinan bergantung kepada keadaan. pemimpin tanpa kuasa, dikatakan tidak berguna.

maka ramai nak jadi pemimpin. sebab inginkan kuasa. kuasa untuk membina diri, masyarakat dan persekitaran. tapi ramai yang ingin jadi pemimpin untuk membina diri dan yang setia kepada dirinya sahaja. maka kuasa yang ada dan diterima hanya terhad untuk kebaikan sekumpulan kecil sahaja.

jika sedemikian, kuasa juga akan membinasakan pemimpin dan pengikutnya yang setia. apabila kita lupa bahawa kuasa datang dengan tanggungjawab, serta amanah, maka binaan hanya menunggu kebinasaan.

Suka dan Kawan

apabila kita suka kepada seseorang, kita sedia menjadikan dia kawan kita. apabila kita berkawan dengan seseorang, kita sedia suka kepadanya. makin suka, makin rapat berkawan. makin berkawan, makin kita suka. ini dikatakan kitaran positif.

kita biasanya akan suka apa sahaja yang kawan kita buat. walau pun mungkin kawan kita buat salah. sebab kebiasaannya, jika kita tegur, kita takut kita akan hilang kawan yang ditegur.

kita pula biasanya tak suka dengan lawan kita. makin tak suka, makin tak sudi berkawan. makin tak berkawan, makin tak suka. ini dikatakan kitaran negatif. dan kita tidak akan ambil kisah tentang lawan dan mereka yang kita tidak suka. hanya akan menghabiskan masa kita sahaja.

kita berhak pilih siapa kita suka. kita berhak pilih siapa kawan kita. yang menjadikan kita pening kepala apabila kawan kita suka kepada yang kita tidak suka. menjadi masalah apabila kawan kita berkawan dengan lawan kita.

walau pun kita tahu itu hak kawan kita, tetapi kita berhak menegur jika berlaku sesuatu yang tidak betul. akhirnya, kita perlu timbang adakah kawan kita untuk kebaikan dunia dan akhirat kita.

Selasa, Februari 02, 2016

Ilmu dan Kredibiliti

dalam 4 sifat terpuji, adalah bijaksana. iaitu berilmu dan tahu menggunakan ilmu untuk kebaikan diri, masyarakat dan persekitaran.

dan dalam 4 sifat terpuji termasuklah kredibiliti atau dinyatakan sebagai membenarkan. jika kita dikatakan mempunyai kredibiliti dalam sesuatu bidang, maka apa yang kita katakan atau membenarkan, akan dipercayai ramai. dua lagi dalam 4 sifat terpuji adalah amanah dan menyampaikan.

keempat2 sifat terpuji ini saling berkait. tidak boleh digugurkan satu atau hanya memilikki satu sahaja. ianya berkaitan integriti. siapa kita secara keseluruhan,

dalam bidang perkongsian ilmu, belajar hanya satu atau dua kursus sahaja berkaitan sesuatu bidang tidak membuatkan kredibiliti kita sudah terbaik atau melebihi mereka yang belajar lebih daripada kita. belajar bermaksud, diberi tunjuk ajar, mencuba dan buat apa yang diajar, dan kemudiannya berupaya mengajar orang lain. pihak luar biasanya lebih tepat menilai kredibiliti kita berkaitan ilmu yang kita pegang sebagai amanah.

Ilmu dan Amanah

ilmu bukan milik kita. ianya amanah kepada kita. kita perlu menjaga dan mengguna ilmu dengan sebaik yang termampu.

jika kita diamanahkan berkongsi ilmu, pastikan kita terlebih dahulu ada ilmu tersebut. kemudiannya kita kongsikan dengan niat untuk ilmu dikongsi, akan digunakan untuk kebaikan diri, masyarakat dan persekitaran.

perkongsian ilmu berkait dengan keikhlasan dan kejujuran. kita mesti jujur sedia berkongsi ilmu yang ada. kita mesti jujur jika kita tiada atau kurang ilmu yang perlu dikongsi. jika kita mendapat imbuhan tetapi melebihi ilmu yang dikongsi, ianya mungkin satu kebaikan, mungkin satu keburukan. keburukan jika kita secara tidak jujur berkongsi sedikit atau tiada ilmu mengharapkan balasan yang berganda-ganda, dan ilmu yang dikongsi menyebabkan masalah.

pendidik ikhlas dan jujur serta beramanah dalam berkongsi ilmu. yang melakukan urusniaga menjual ilmu yang sedikit atau kosong untuk imbuhan yang berlebihan, boleh diandaikan sebagai peniaga yang tidak jujur dan beramanah. rujuklah al quran.

Kembali Ke Pangkal Jalan

masalah berlaku apabila kita tidak tetap di jalan yang lurus. memang kita mudah tergoda dengan lengkok dan lenggang lenggok di kiri kanan jalan.

jika kita tersesat. sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, kembalilah ke pangkal jalan. lihat semula arah tuju kita. semak semula asas keberadaan. pastikan dasar penubuhan. selalunya pangkal lebih teguh daripada hujung.

jika tersesat, jangan malu untuk bertanya. jangan bodoh sombong. jangan merasakan diri ini sudah lebih bijak atau lebih tahu daripada orang lain. pangkat dan gelaran adalah godaan, yang cuba menarik kita daripada berada di jalan yang ebtul.

Selasa, Januari 26, 2016

Kawan Kita dan Diri Kita

secara amnya, nak tahu siapa kita, lihat siapa kawan kita. atau nak tahu siapa kawan kita, tengok siapa kawan dia. macam formula matematik kononnya, jika a=b, dan b=c, maka a=c?

maka pilihlah kawan kita. adakalanya kawan yang pilih kita. jika kawan kita tidak jujur, tidak amanah, maka kita pun diandaikan tidak jujur, tidak amanah. pepatah inggeris 'birds of same feathers flock together'. lebih kurang maknanya, yang sekufu akan bersama.

saya berdoa supaya elakkan daripada bermuka-muka. dan banyak kali muka saya akan mencerminkan dalaman saya yang bertanggapan negatif pada orang dihadapan atau tiada dihadapan saya. yang pandai membaca saya akan senyum melihat saya, kerana mereka pun sama macam saya, tak suka kepada yang cakap manis tapi sebenarnya pahit di dalam.

bukan sombong tetapi ilmu membantu kita buat pilihan yang terbaik. kawan kita menunjukkan integriti kita.

Intipati Berbanding Bentuk

mungkin kurang tepat terjemahan saya berkaitan substance over form. mungkin lebih sesuai dalaman berbanding luaran.

kebiasaan luaran menjadi penunjuk aras pertama kepada sesuatu, termasuk manusia. maka ramai yang sanggup 'make-up' atau 'make-over' luaran. untuk kelihatan canti, kelihatan kaya. dan pelbagai lagi.

bagi yang bijaksana, 'hanya jauhari mengenali manikam'. iaitu yang berilmu dapat melihat melalui 'window-dressing', atau dapat melihat melalui kain jendela. kerana yang lebih bermakna adalah dalaman kita berbanding luaran. sebab luaran biasa dimuka-mukakan. mulut dimanis-maniskan.
tetapi hati sebenarnya adalah sebaliknya. seperti indah khabar daripada rupa.

Siddiq dan Integriti

siddiq saling berkait dengan integriti. berkait dengan kredibiliti.

siddiq difahami sebagai membenarkan. apabila seseorang itu digelar sebagai as-siddiq, ianya bermakna, apabila soalan ditanya seperti 'adakah si-a itu jujur' kepada as-siddiq dan as-siddiq mengiyakan, iaitu membenarkan kenyataan atau persoalan kejujuran si-a, maka kita percaya dan yakin bahawa si-a adalah jujur.

tetapi jika seseorang itu adalah sebaliknya, iaitu tidak boleh dipercayai dan diyakini katanya, maka buatlah apa sahaja oleh beliau, tiada yang fatonah akan percaya kepadanya. maka sesiapa yang membenarkan sesuatu yang tidak benar, mereka juga turut tidak akan dipercayai dan diyakini lagi.

bagi profesional, perlu bukan sahaja dilihat tetapi juga didengari sebagai penuh integriti. pangkat dunia tidak menjamin integriti kita.

Rabu, Januari 20, 2016

Tahun Baru 2016

Salam tahun baru 2016. walaupun sudah 20hari berlalu, masih belum lewat untk mengucapkan salam. salam juga adalah doa. semoga kita lebih bersedia untuk sejahtera dunia dan akhirat.

ramai berharap akan berubah menjadi lebih baik pada tahun baru. ramai cuma berharap tanpa berusaha. begitu juga ramai yang hanya bercakap, tetapi tiada tindakan. mereka ini termasuklah yang terpelajar dan kononnya terpelajar.

walau apa pun, perubahan perlu bermula dengan diri kita. semoga apabila usaha dan hasil usaha untuk berubah kelihatan, ramai yang akan melihat sebagai sesuatu yang positif. jika boleh mereka pun turut berubah dengan doa diikuti dengan usaha.

akan sentiasa ada yang tidak puashati dengan kita. jika self -efficacy kita tinggi, pandangan, kata-kata dan perbuatan negatif terhadap doa, kata dan usaha kita hanya umpama butiran pasir yang ditiup angin ke badan ke badan kita semasa kita berada di tepi pantai. pedih seketika sahaja.