Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, April 29, 2022

Patin Tempoyak

Saya mula berminat dgn patin tempoyak setelah makan di r n r temerloh. Di gerai dicadangkan dr anuar suun.

Kemudian dr anuar kongsi tempat makan di gerai mak anjang, di jerantut. Selain patin tempoyak, saya merasa baung asam rom/rong. Kemiannya, saya merasa masakan patin tempoyak mak uda di kuala tahan, taman negara. Sekrg di kuala tahan, masakan oleh anak2 mak uda.

Setiap tetamu yg saya bawa ke kuala tahan, saya cuba beri mereka rasa patin tempoyak. Jika dipesan awal, dapat merasa pais patin. E hari lepas, singgah beli patin tempoyak dan pais patin asal kuala tahan, dijual di shah alam. Selepas ini, tak perlu tunggu ke kuala tahan utk makan masakan kuala tahan.

Kompleks PKNS Shah Alam

Kompleks ini kompleks atau shopping mall pertama di shah alam. Pada tahun 80an dulu, satu2nya tempat utk dikunjungi di shah alam utk jalan2, tengok2.Tak pernah dating di situ. Tak ada awek yg sanggup berjalan dari itm ke sana dgn saya. 

Masih ada kedai2 asal di situ. Tapi mungkin pemilik dah bertukar kpd anak2 mereka. Ada lagi kedai gambar. Terasa mcm kembali ke tahun 80an dan 90an apabila ke sana 2hari berturut2 setelah lama tak singgah.

Ke kompleks sebab nk beli juadah berbuka di kedai makan dan gerai bazar ramadan. Terjumpa port baru utk masakan minang.

Khamis, April 28, 2022

Raya dan Baru

Satu syawal, peluang dilahirkan semula, dgn fitrah baru. Setelah dicuci, disucikan diri semasa madrasah ramadan.

Ramai yg kaitkan satu syawal juga utk pakaian baru, dll. Dulu2, biasanya rumah akan berlangsir baru, bersarung kusyen kerusi baru. Ada yg rumah dan pagar dicat baru.

Rezeki bagi yg ada orang baru pada raya. Sama ada pasangan, atau anak. Raya juga berkait yg lama, memori, dan orang lama yg telah tiada.

Kasut Raya

Ada yg murah rezeki di hari raya dapat kasut raya. Ada berkasut harian atau berseliper jepun shj apabila sambut raya.

Kasut raya antara pelengkap utk beraya, bagi yg mampu. Jika bukan kasut, mungkin sandal, atau capal bg lelaki. Bg perempuan, kasut mungkin lebih drpd sepasang utk disesuaikan dgn bilangan baju raya.

Biasa bg lelaki, berkasut raya utk solat raya. Tapi apabila berlaku berjalan kaki balik setelah solat raya, hampir semua berseliper jepun shj ke masjid. Walau bagaimana pun, masih ada yg berkaki ayam balik dari masjid sebab seliper jepun pun hilang.

Selasa, April 26, 2022

Kita dan Pilihan

Antara perkongsian saya setiap sem dgn pelajar tentang pilihan. Ada yg boleh kita pilih, ada yg kita tidak boleh pilih.

Pilihan kita sama ada, kita ada pilihan, kita tiada pilihan, kita antara yg terpilih, atau kita dipilih. Jika pilihan yg kita tidak boleh ubah, tak perlu pening kepala.

Bersyukurlah kita terpilih sebagai seorang islam. Pastikan kita dan mereka yg kita sayangi,  tetap pilih islam sehingga ke akhirat.

Isnin, April 25, 2022

Kaya di Bulan Puasa

Puasa antara lain masa utk ingat kpd mereka yg miskin. Bagi ramai drpd kita, mengingat kpd mereka yg kurang kaya drpd kita. C19 buat ramai makin kurang kaya.

Kaya itu subjektif. Berbeza difahami oleh orang ramai. Biasanya dikaitkan dgn harta yg kita milikki. 

Bulan puasa ingatkan kita, harta di dunia hanya pinjaman. Masa di dunia juga adalah kekayaan. Bulan puasa bulan utk kaya di akhirat. Kita hanya berbaki tidak sampai 1/3 drpd masa di bulan puasa 1433h.

Orang Tua

Biasanya, orang tua adalah merujuk kpd kedua ibubapa kita. Orang tua juga merujuk kpd orang yg lebih tua kpd kita.

Semasa kita kecil, muda, berusia dlm 20an, kita belum rasa tua. Kita mula berasa tua jika ada anak, anak buah. Kemudiannya, kita dlm kategori orang tua jika mempunyai pangkat, gelaran, jawatan tertentu.

Bulan puasa lebih mengingatkan kita dgn usia. Sekarang, kitalah yg dikatakan sbg orang tua di surau, masjid. Mereka yg lebih muda yg hadir, dan cara kita dilayan sekarang ingatkan kita, masa yg ada semakin berkurang.

Ahad, April 24, 2022

Amanah dan Taat

Taat atau patuh. Juga bermaksud setia. Kita mesti taat kpd pemimpin. Selagi pemimpin tidak lakukan maksiat.

Amanah kita sebagai pengikut utk taat kpd pemimpin. Amanah pemimpin utk memimpin tanpa maksiat. Maksiat termasuk mencuri, merompak, menipu, merampas hak orang lain, salahguna kuasa, dll. Maksiat adalah tidak amanah.

Seorang pemimpin mesti siddiq, fatonah, amanah, dan tabligh. Tanpa amanah, seorang itu bukan pemimpin. Jika bukan pemimpin, tidak perlu taat.

Buat Keputusan

Buat keputusan adah penghakiman. Buat keputusan adalah amanah. 

Membuat keputusan perlu ilmu. Perlu tahu keputusan akan beri kesan yg positif kpd diri, masyarakat dan alam. 

Memilih pekerjaan juga libatkan membuat keputusan. Keputusan perlu berdasarkan kebaikan dunia dan akhirat.

Amanah Dalam Bahasa Inggeris

Amanah dikatakan sebagai memulangkan barangan atau bukan barangan, dlm keadaan spt diterima, atau lebih baik drpd keadaan diterima, kpd pemiliknya. Ada yg kata amanah adalah menyempurnakan harapan pemilik.

Ada yg kata amanah dlm bahasa inggeris spt trust, trustworthiness, belief, integrity. Ianya berkait kepercayaan dan keyakinan pemilik kpd keupayaan penerima.

Kehidupan adalah satu amanah. Amanah utama adalah beribadah kpd Allah.

Zakat dan kita

Rukun islam ada 5. Mengeluarkan zakat adalah satu drpdnya.

Pandangan saya, rukun islam bermula dgn 2 kalimah syahadah, yg mampu dilakukan semua, dgn yg ke5, tunaikan ibadah haji, yg paling ramai tidak mampu lakukan.

Ramai mampu tunaikan zakat. Tapi ramai yg tak tunaikan zakat. Jangan lupa zakat fitrah yg hanya boleh ditunaikan dari awal ramadan sehingga sebelum solat aidil fitri.

Raya dan Kita

Adakah cara kita raikan raya puasa secara bedo'oh? Bidaah? Lebih2? Bukan ikut sunnah atau amalan nabi kita?

Kita raikan raya puasa sebulan. Sehingga habis bulan syawal. Kita berbelanja ada melebihi bajet 11 bulan yg lain. Raya sakan. Sebab setahun hanya sekali.

Adakah ujian di bulan puasa telah kita lupakan? Adakah pengajaran di bulan puasa telah kita abaikan?

Sabtu, April 23, 2022

Ilmu dan Kerja

Kita perlu ilmu berkait dgn kerja kita. Ilmu utk kita tunaikan amanah sebagai pekerja.

Biasanya, kita dipilih utk bekerja sebab kita ada ilmu utk kerja tersebut. Jika ilmu kita tidak cukup, kita akan belajar utk tambah ilmu, supaya kerja kita sebaik termampu. Kita mesti tahu buat kerja kita.

Ilmu berkait tahu. Ilmu pengaruhi kepuasan kita bekerja.  Diandaikan, lebih tinggi ilmu berkait kerja kita, lebih tinggi kepuasan kerja kita. Kepuasan kerja juga tinggi jika kita tahu kita dihargai di tempat kerja.

Ilmu dan Sombong

Bagi saya, ilmu adalah berkait tahu perkara yg baik. Baik utk diri, masyarakat, dan alam. Baik utk dunia dan akhirat.

Seorang yg berilmu, adalah seorang yg beramanah. Seorang yg beramanah seorang yg tidak sombong. Seorang berilmu tahu dia hanya tahu sedikit sahaja ilmu milik Allah.

Seorang yg berilmu adalah seorang yg beradab. Tidak sombong, kedekut, tamak, dengki tentang ilmu, tidak guna ilmu utk diri shj.

Sedekah dan Ilmu

Di bulan puasa, ramai yg berkejaran utk bersedekah. Termasuk saya. Sebab pahala, utk bekalan akhirat, adalah berganda di bulan puasa.

Ramai yg bersedekah wang ringgit. Ada yg taja makan minum utk berbuka. Termasuk saya. Tapi, ramaikah yg berkongsi ilmu, sebagai sedekah? 

Iklan raya Taylor berkongsi tentang elak beri makan percuma. Beri seorang sepinggan makanan, dia akan makan pada waktu itu. Beri seorang pinggan utk dibasuh (ilmu dan kerja), dia akan makan pada banyak waktu.

Berkongsi Ilmu

Setiap kita diamanahkan utk berkongsi ilmu. Dan ada diantara kita pilih kerja utk kongsi ilmu.

Tapi, dah ramai letak kongsi ilmu bukan keutamaan bekerja. Ramai yg lebih utamakan kejar nama, kejar pangkat, kejar jawatan, kejar gelaran. Ramai yg terlupa atau sengaja tidak ingat tugas hakiki kongsi ilmu dgn pelajar.

Kesannya, kualiti ilmu dikongsi berkurang? Kualiti graduan menurun? Jika yg dikendong dicicirkan, pembaziran berlaku?

Jumaat, April 22, 2022

Kepuasan Bekerja

Kepuasan bekerja antara faktor biasa dilihat utk produktiviti organisasi. Kerjaya biasa diandaikan pemilihan kerja yg berjaya dan beri kepuasan kpd pekerja.

Kejayaan dan kepuasan kerja adalah subjektif kpd pekerja. Mungkin sama, mungkin berbeza diantara pekerja berbeza. Matlamat bekerja yg sama biasanya keinginan pulangan dalam pendapatan spt gaji.  Ada yg pilih bekerja dgn kerajaan sebab kepastian gaji bulanan, peningkatan gaji setiap tahun, dan pencen bakal diterima.

EDB singapura cadangkan selain gaji, seseorang bekerja utk budaya, makna, dan perkembangan diri. Kaunseling kerjaya dan psikologi cadangkan utk berjaya dan seronok bekerja, perlu ada minat, bakat, dan kebolehan dgn kerja yg dipilih.

Khamis, April 21, 2022

Ujian dan Balasan

Biasa dikatakan, balasan utk yg bersalah. Ujian utk yg tak bersalah.

Mungkin ujian dan balasan yg berlaku adalah sama. Tapi melihat sebagai positif atau negatif berdasarkan kepercayaan dan keyakinan. 

Seorang yg zalim ditimpa balasan sesuai dgn kelazimannya. Seorang yg beriman diberi ujian utk menambahkan lagi keimanan. Ujian dan balasan adalah teguran dan peringatan kpd semua.

Produktiviti di Bulan Ramadan

Biasanya, ramai berkata, orang berpuasa tak produktif. Masuk kerja nampak lemah. Kerja kurang bertenaga berbanding di bulan lain. 

Ada organisasi pendekkan waktu kerja harian utk beri peluang pekerja wanita dapat sediakan juadah berbuka. Maka ramai yg nampak bulan puasa tidak bagus utk kerja.

Tapi biasanya, yg nampak ramadan sebagai tidak produktif kerana lihat hasil dunia. Mereka tidak nampak atau ditutup pandangan mereka barakah yg ada di bulan Ramadan. Ramadan peluang utk paling produktif utk kehidupan di alam barzakh dan di akhirat.

Kiriman Kawan Lama

Semalam, seorang kawan lama, Leman mesej saya. Leman saya kenal semasa diploma in accountancy, tahun 80an. 

Memang dah lama tak jumpa. Komunikasi sekarang membolehkan kita berhubung dgn kawan2 lama, yg ada tak jumpa selepas grad diploma.

Leman kirim kerepek melalui anaknya yg belajar di uitm. Kiriman dan komunikasi mengingatkan masa lalu dan masa berlalu.

Blazer

Semasa di smjs, pengawas berblazer merah. Pengawas perpustakaan dan murid lain berblazer biru. Ada clique dlm batch saya, c84 kami panggil clique blazer. Mereka biasa ke kelas dgn blazer.

Semasa kerja di swasta, saya tidak pernah berblazer. Di uitm, utk majlis rasmi, gambar rasmi, kami berblazer. Tadi, saya rasa mungkin kali pertama kelas onlibe saya berblazer di bilik di fakulti. Suhu 25° di bilik terasa sejuk.

Blazer saya ada yg di tempah. Ada yg beli off the rack. Saya ingat blazer pertama di tempah, ayah bayar rm500. Blazer saya sekarang, saya cuba pastikan ada ruang tambahan utk selesa. Bukan jenis slim fit.

Profesion

Profesion berkait profes. Profes ialah mengaku, menyatakan tentang sesuatu. Dibuktikan dgn perbuatan. Perbuatan mestilah perbuatan yg baik utk masyarakat.

Biasa profesion berkait kerjaya. Seorang dlm kerjaya akademik dikatakan sebagai professor. Seorang dlm kerjaya yg ada syarat pengiktirafan dan peraturan, spt akta, dikatakan sebagai seorang profesional, spt akauntan, doktor, peguam.

Profesion berkait amanah. Seorang dlm profesion tertentu diamanahkan memberi khidmat dgn menjaga namabaik profesionnya. Seorang yg tidak jujur, tidak ikhlas, tidak bermoral, tidak beretika, tidak layak digelar sebagai seorang profesional.

Etika

Diterjemahkan bagaimana kita berinteraksi dgn orang. Cara kita berkomunikasi, bertingkahlaku dgn org lain. Adab.

Seorang beretika adalah seorang yg beradab. Seorang beradab adalah seorang yg berilmu. Seorang yg berilmu adalah seorang yg amanah.

Biasanya, etika dikaitkan dgn bidang profesion. Sebuah kerjaya dikenali sebagai profesion jika punyai akta tersendiri, dan organisasi spt majlis, institut, persatuan yg menjaga namabaik profesion.

Maka etika berkait namabaik, reputasi. Bolehkah dipercayai seorang yg tidak amanah dlm bekerja, palsukan kehadiran, tamak tentang pangkat, sombong tentang jawatan, dengki tentang pencapaian org lain, kedekut tentang ilmu?

Rabu, April 20, 2022

Ngaji Tinggi2

Ibubapa berharap anak2 akan ngaji tinggi2. Supaya dapat rezeki yg lebih baik drpd rezeki didapati bubapa.

Ngaji tinggi2 dulu belajar sehingga ke menara gading. Dulu2 dapat ngaji ke luar negeri seakan paspot utk kerja dgn gaji yg tinggi.

Sekarang, ngaji seberapa yg mampu yg dapat beri rezeki seberapa cepat, seberapa tinggi, tapi mesti halal. Ngaji mestilah ilmu yg jadikan kita beradab. Yg menjadikan insan yg lebih baik dunia dan akhirat.

Rezeki dan Ibubapa - 2

Memang biasa, diharapkan anak2 yg bekerja utk sumbangkan sebahagian drpd pendapatan mereka kpd ibubapa. Bukan nilai duit yg dilihat, tetapi ingatan kpd ibubapa.

Seorang pakcik, setiap bulan semasa arwah nenek ada, akan beri duit kpd nenek. Jika nenek telefon minta duit, dia akan hantar sendiri atau pemandu akan hantarkan duit.

Nenek tidak berbelanja duit diterima. Dia bagitau, dia nak pegang dan tengok duit. Mungkin kepuasan anak2 yg dibesarkan berjaya dlm hidup mereka, setelah zaman susah masa kecil. 

Rezeki dan Ibubapa

Anak adalah rezeki kpd ibubapa. Dan ibubapa juga adalah rezeki kpd anak2.

Harapan ibubapa, apabila anak dah besar, dah belajar tinggi2, ada kerja, akan dapat ibubapa. Sumbangan bulan kpd ibubapa utk bantu kehidupan ibubapa, dan adik beradik yg masih perlu bantuan.

Ibubapa memang bersyukur jika anak2 tidak lupa jasa ibubapa. Dan anak2 berharap, anak2 mereka akan melayan mereka sebagaimana mereka melayan ibubapa mereka.

Kesihatan Ibubapa Kita

Ada yg andaikan ibubapa sbg wali. Bukan wali perkahwinan tetapi berkaitan barakah hidup kita.

Kesihatan ibubapa kita pada satu masa akan jadi tanggungjawab kita. Kita perlu prihatin dgn tahap kesihatan mereka. Jika bukan kita, anak2 mereka, yg jaga kesihatan mereka, siapakah lagi yg diamanahkan?

Bertanyalah khabar mereka setiap hari, selagi mereka masih ada. Semasa bulan puasa ini, hubungilah mereka setiap hari. Sebaiknya, sebelum sahur, dan sebelum berbuka puasa.

Kesihatan dan Kehidupan

Kesihatan amat penting untuk semua. Kesihatan penting kita produktif.

Sebelum dilahirkan sehingga kita meninggal dunia, kesihatan kita akan dipantau. Semasa kita di dalam kandungan ibu, kita telah mula dipantau kesihatan kita. Saat akhir kesihatan kita dipantau adalah utk menentukan dan mengesahkan kematian kita. Ada yg setelah mati, perlu dibedah siasat utk pastikan punca kematian.

Biasanya, hanya kesihatan fizikal dipantau dan dijaga. Kesihatan lain jarang kita utamakan.

Rezeki dan Jodoh

Jodoh antara rezeki kita. Manusia ingin hidup berpasangan. Sejak nabi Adam a.s.

Rezeki tentang jodoh tidak sama. Ada yg ada jodoh, ada pasangan. Ada yg ada satu pasangan. Ada yg kahwin lebih drpd satu. 

Ada yg tiada jodoh di dunia. Ada yg kahwin kemudian bercerai. Ada yg kahwin, cerai, kahwin semula. Ada yg kahwin, cerai, kahwin, cerai. Dan mcm2 lagi.

Rezeki dlm pelbagai bentuk. Bersyukur dgn rezeki yg kita terima. Berdoa dan berusaha utk  rezeki yg halal dan barakah.

Puasa dan Kehidupan

Bulan puasa boleh diandaikan spt kehidupan kita. Masa puasa, umpama masa kita di dunia. Waktu berbuka dan seterusnya, waktu kita di akhirat.

Ketika kita berpuasa, kita perlu lalui ujian, menahan nafsu kita. Kita juga diberi masa mencari bekalan sebanyak yg mampu dlm masa yg terhad. Kita fokus puasa kita dan ibadah lain utk Allah shj.

Apabila kita berbuka, kita kecapi hasil kita berpuasa. Nikmat berbuka berbaloi dgn ujian dan pengorbanan kita semasa berpuasa.

Selasa, April 19, 2022

Juadah Berbuka

Kebiasaan sekarang, juadah berbuka di bulan puasa, sama ada di rumah sendiri, atau di luar rumah, banyak juadah terhidang. Hidangan di meja lauk, meja kuih, dan juga yg diambil mereka yg akan berbuka.

Begitu juga juadah yg dijual di pasar atau bazar atau gerai semasa ramadan. Pelbagai juadah dijual. Pembeli memang rambang mata.

Pembeli akan terlebih beli juadah untuk berbuka. Kita juga biasa terlebih ambil makanan utk berbuka. Ramai tidak tercapai atau lupa matlamat berjimat dan bersederhana berbelanja, mengawal nafsu di bulan puasa.

Rezeki dan Masa

Rezeki milik Allah. Rezeki dlm pelbagai bentuk. Allah tentukan apa, di mana, dan bila rezeki kpd kita.

Biasa kita dengar, 'rezeki dia', 'masih belum rezeki kita', dll tentang rezeki dan masa. Ada yg cepat dapat rezeki. Ada yg lambat dapat rezeki. Ada yg banyak rezeki diterima. Ada sedikit shj rezeki diterima.

Rezeki juga dikaitkan dgn ujian. Pastikan kita inginkan, usahakan, dan dapat rezeki yg halal shj. Masa yg kita ada berbaki di dunia juga adalah rezeki.

Ilmu dan Bahasa

Al quran diturunkan dalam bahasa arab. Bahasa yg difahami oleh rasulullah s.a.w. Tapi bangsa selain bangsa arab juga boleh fahami al quran.

Penguasaan bahasa penting utk perkongsian ilmu. Secara umum, utk belajar, faham sesuatu ilmu, perlu boleh membaca. Baca bukan shj melihat apa yg tertulis (read), tapi sebutkan semula (proclaim) apa yg kita baca atau dengar.

Dulu2, orang melayu tiada masalah berbahasa inggeris, kerana belajar dan dinilai di sekolah menengah dlm bahasa inggeris. Maka, walau pun keputusan mce, hsc cukup2 makan, mereka yg belajar dlm medium bahasa inggeris di sekolah menengah, tiada masalah belajar dlm bahasa inggeris di ipt.

Resmi Padi

Kata orang tua2, mengikut resmi padi, makin berisi, makin tunduk. Jangan ikut resmi lalang.

Jika seseorang itu berilmu, dia tidak akan sombong. Sebaliknya dia akan makin merendahkan diri. Sedar ilmu milik Allah, dan rezeki kita diberi ilmu oleh Allah, utk sejahterakan diri dan alam milik Allah, utk kita sejahtera di  dunia dan di akhirat.

Rasulullah s.a.w sebaik2 contoh kpd kita. Sebagai seorang yg berilmu, gaya dan cara hidup Rasulullah perlu kita ikuti. Hidup di dunia secara sederhana, tapi beribadat semaksima termampu utk kaya di akhirat.

Nuzul al Quran

Hari ini 17 Ramadan. Tarikh nuzul al quran. Tarikh ayat pertama al quran diturunkan kpd Rasulullah s.a.w. 

Ayat pertama diturunkan dimulakan dgn perkataan iqra. Org kita terjemahkan sbg baca. Terjemahan bahasa inggeris, read, proclaim, recite. 

Jika diterjemahkan drpd inggeris ke melayu, selain baca, nyatakan, rujuklah. Boleh juga diterjemakan sbg dengar, ulang, tanya, faham, belajar, buat, ajar, dll. Berkait dgn ilmu dan kuasa Allah.

Sombong dan Bangga

Sombong dan bangga umpama sama. Tapi sebenarnya berbeza.

Seorang yg sombong seorang yg tidak amanah. Seorang yg lupa tentang rezeki drpd Allah. Lupa rezeki adalah amanah.

Seorang yg berbangga dgn rezeki kurniaan Allah, sedar amanah diterima. Beliau akan hormati dan hargai rezeki diterima. Beliau sedar, rezeki diterima utk kebaikan diri dan ramai.

Sombong dan Ilmu

Biasa kita lihat dan dengar, ada yg sombong dgn ilmu yg dia milikki. Dia berasa dia serba tahu, dia lebih tahu drpd org lain, maka org lain mesti hormat dia.

Silap. Seorang yg berilmu tidak akan sombong. Seorang yg sombong adalah seorang yg tidak berilmu, walau pun dia ada phd. Seorang yg berilmu, tahu lagi banyak dia tahu, sebenarnya banyak lagi dia tak tahu.

Seorang berilmu akan terus berkongsi ilmu. Terus belajar, buat dan ajar. Seorang berilmu sedar bahawa ilmu yg dia dapat, adalah amanah drpd Allah, tuhan yg Maha Mengetahui, dan Maha Memilikki.

Isnin, April 18, 2022

Rakan Sekerja

Semasa di fakulti hari ini, saya sempat tegur rakan2 sekerja. Sejak c19, memang jarang2 berjumpa dgn rakan sekerja di fakulti.

Biasanya, apabila kita dah masuk ke pejabat masing2, kita jarang berjumpa rakan sekerja, walau pun bilik bersebelahan. Adakalanya, berbulan2 tak bertemu utk menyapa beberapa drpd mereka.

Perkongsian ilmu bukan sahaja melalui membaca buku, hadir program, dll. Adakalanya, perbincangan dgn rakan sekerja membolehkan kita berkongsi ilmu juga.

Pejabat di Fakulti

Tengahari tadi saya ke fakulti. Ada kuliah petang sedara odl. Maghrib ada jemputan berbuka kira2 10minit dari fakulti.

Saya sempat kemaskan sedikit beberapa fail lama utk dibuang. Niat nak kemaskan bilik saya memang dah lama. Keadaan bilik saya memang jadi teguran kawan2 sebab penuh dgn pelbagai barangan.

Pdjabat di fakulti bukan milik saya. Ianya diamanahkan kpd saya utk memudahkan amanah saya sebagai seorang pensyarah. Akan tiba masa, sama ada secara rela atau terpaksa, saya perlu serahkan kembali pejabat di fakulti kpd fakulti.

Juadah Arab

Alhamdulillah, tadi saya penuhi jemputan berbuka puasa anjuran mantan dekan saya prof Kamil. Beliau org besut juga. Datuk beliau biasa berkunjung ke rumah moyang saya di kg raja.

Juadah utama adalah masakan arab. Ada juga juadah tempatan, kuih muih. Selain saya, yg turut hadir dan saya kenal 2 rakan sekerja yg telah pencen, dan seorg rakan junior di smjs (prof di ukm).

Sebelum ni, saya biasa lihat gambar2 juadah arab disediakan keluarga prof Kamil di fb. Alhamdulillah, tadi saya berpeluang menikmati sebahagiannya. Jazakallah hu khairan prof. Semoga dipermudahkan Allah kesihatan prof.

Produktif

Seorang yg rajin dikaitkan sbg seoramg yg produktif. Dan biasanya, seorang yg malas, adalah seorang yg tak produktif.

Malas dikatakan tak minat buat kerja. Maka yg rajin akan terus diberi kerja, dan yg malas diketepikan. Tapi ada yg malas akan arahkan yg rajin buat kerja utk capai matlamat sendiri.

Malas, letih, penat, bosan, serabut, tidak kisah antara terjemahan utk burnout. Kerja tidak akan habis, tapi pastikan kerja dan matlamat adalah kebaikan bersama, bukan kepentingan peribadi shj.

Betul dan Benar

Betul dan benar, right and true. Ramai rasa apa yg dibuat, cakap, dll adalah betul. 

Tapi betul tak semestinya benar. Umpama buat kerja dgn cepat tidak semestinya berkesan. 

Bukan mudah nak tegur mereka yg berasa mereka shj betul. Ada yg beranggapan, faktor usia, jawatan, pangkat, gelaran, harta, kuasa, keturunan, kelayakan akademik adalah bukti mereka berbuat sesuatu dgn betul.

Manusia mudah lupa. Manusia juga mudah ujub - bangga dan sombong.


Duit Raya

Ramai kaitkan raya dgn duit raya. Mungkin hanya di negara kita?

Keluarga saya kaitkan saya dgn duit raya rm1. Ramai akan bertanya,'rm1 shj'? Rm1 bukan utk seorang shj. Bukan juga utk 10 orang shj. Dan duit raya ni budaya kita tiru dari masyarakat cina.

Sebaiknya, berilah duit semasa bulan Ramadan. Walau pun rm1 shj. Tapi masih ramai tidak boleh terima, budaya duit puasa (bukan utk galakkan budak2 berpuasa).

Buncit

Satu perkataan yg sensitif. Juga perkataan yg negatif. Biasa orang gemuk dikatakan buncit. Tapi ada juga orang kurus yg buncit.

Buncit biasa dikatkan dgn kuat makan, tapi kurang bersenam. Buncit juga berlaku sbb minum arak, banyak minum air dgn ais.

Buncit bukan hanya perut buncit, tapi mungkin usus yg penuh dgn najis. Ada yg kata orang buncit sbb banyak najis. Memang sensitif jika dikatakan buncit sebab makan hak orang lain, sebab tak amanah, sebab makan suap.

Ketua molek tidak buncit. Supaya nampak cakap serupa bikin, iaitu sama senang dan sama susah dgn masyarakat.


Tumpu

Tumpu atau fokus. Kurang tumpuan, tidak jelas, tersasar matlamat.

Biasa tumpu juga utk tajamkan penglihatan. Utk kerja lebih cepat, cekap dan berkesan. Tanpa tumpuan, mungkin kerja cepat shj.

Elak arahan berganda pada satu masa. Akan akibatkan tumpuan berubah. Pi mai pi mai tang tu aje. Buwek peghabih bogheh aje.

Ahad, April 17, 2022

Samseng dan Amanah

Samseng tidak amanah. Samseng tidak sejahterakan masyarakat. Samseng salahguna kuasa.

Jika kita bekerja secara tidak amanah, tidak adil, kita umpama samseng. Samseng tidak bersedia ditegur, sebab mereka rasa mereka sahaja yg betul. Mereka wujudkan undang2 utk sejahterakan mereka shj di dunia.

Cerita p ramlee, tentang samseng antaranya pendekar bujang lapuk, seniman bujang lapuk. Samseng patuh kpd ketua, walaupun org ramai merana. Amanah kita tegur samseng. Gunakan tangan, mulut atau berdoa.

Kerja Sebagai Ibadah

Kerja juga adalah ibadah? Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan utk beribadah kpd Allah.

Kita diamanahkan beribadah kpd Allah. Kerja adalah amanah yg perlu disempurnakan. Pangkat, jawatan, gelaran, kuasa yg diterima semasa bekerja adalah amanah.

Jika kita buat kerja ikut suka, tidak adil, salahguna kuasa, maka kita tidak sempurnakan amanah kita. Kita tidak amanah jika kita boros. Serahkan kembali amanah jika tidak mampu beramanah.

Samseng dan Buli

Samseng dan buli saling berkait. Samseng bertindak tidak ikut peraturan yg diwujudkan utk sejahtera ramai. Buli adalah tindakan biasa oleh samseng.

Samseng berani buli kerana gunakan pangkat, gelaran, jawatan, kuasa, harta secara tidak amanah.seorang samseng tidak layak dikatakan seorang yg berilmu. Seorang berilmu mesti seorang beradab. Adab adalah tingkahlaku yg baik shj.

Samseng akan terus ada jika ada yg sokong. Penyokong samseng adalah mereka yg tidak amanah, yg jual harga diri utk keuntungan dunia.

Urus dan Kurus

Urus dan kurus, biasa perkataan utk proses ianya sama, adalah pengurusan? Atau utk kurus, ianya pengkurusan?

Jika kita urus sesuatu dgn betul, kita ingin gemukkan yg baik, dan kuruskan yg tidak baik. Contoh gemukkan yg baik ialah gemukkan keuntungan perniagaan. Contoh kuruskan yg tak baik selain berat badan, adalah seperti hutang, perbelanjaan, kehendak.

Ilmu amat penting utk urus dan kurus dgn baik. Amanah pembuat polisi utk sediakan peluang belajar ilmu utk urus dan kurus dgn baik.

Pengurusan Kewangan

Orang kita masih lemah dlm pengurusan kewangan? Buktinya, ramai orang kita yg umpama kais pagi, makan pagi.

Kurang yg ada simpanan utk kecemasan. Kurang yg ada pelan kemalangan, kesihatan, kematian. Ramai yg berbelanja di luar kemampuan. Ramai yg berhutang bukan utk keperluan, berhutang di luar kemampuan.

Sejak tadika, perlu ada pendedahan tentang kepentingan mengurus kewangan. Tapi masih ada pembuat polisi kurikulum di ipt memandang remeh keperluan tahu tentang pengurusan kewangan. Mereka yg sebabkan orang kita miskin dan meminta2?

Makan & Teman Makan

Dalam bahasa inggeris, food and company. Ada bagus ada teman semasa makan. Adakalanya sebaliknya.

Biasa makanan sedap sebab penyedianya. Tapi, biasa juga makanan sedap teman yg turut sama makan dgn kita. Teman yg hadir bersama kita boleh jadi asam, garam, gula, dll yg tambah perasa kpd makanan kita.

Makanan yg dimakan tidak terasa tidak sedap, dan masa di meja makan tidak terasa lama, jika teman makan yg hadir membuat kita selesa dan berselera utk makan. Tapi ada juga mereka yg hadir bersama kita akan buat kita loya, dan mungkin muntah. Jika tahu mereka sebegini akan turut hadir, saya cuba utk tidak hadir.

Mercun di Masjid

Saya tak ingat tahun kejadian ini. Ianya berlaku semasa perjalanan untuk balik beraya di kampung. 

Berlaku banjir di kuala krai. Perjalanan tergendala selama 4 jam. Saya cuba cari jalan lain. Singgah di masjid untuk ke tandas. Tiba2 ada yg baling mercun ke dalam tandas masjid. Saya tunggu jika ada lagi. Kemudian apabila tiada mercun dibaling, saya keluar.

Tak guna utk saya menjerit2 sebab marah. Memang terkejut. Saya tahu mereka yg baling mercun ada berdekatan, di sebalik pokok2 berhampiran masjid. Tidak sesuai juga utk saya balas dgn mercun. Terbakar hutan kecil, susah pula.

Sabtu, April 16, 2022

Berbuka dgn Kawan FB

Hari ni iftar bersama kawan2 yg dikenali secara maya, melalui satu grup fb. Grup budak2 asrama.

Ada yg pernah jumpa sebelum ni. Ada yg pertama kali jumpa. Mungkin sbb faktor usia, ramai yg kenal saya, tapi saya tak kenal mereka. Dan saya akan bertanya nama yg saya tak kenal. Ada akan saya ingat. Ada yg masih saya tak ingat.

Iftar tadi buat saya terasa berada di asrama semula mendengar cerita mereka. Buat seketika, kami di sekolah atau ipt, sbg pelajar semula. Terima kasih semua.

Ramadan 1443h Bersama Bonda

Ramadan kali ini, kali pertama bonda lalui ramadan tanpa arwah ayah. Setelah lalui bersama ramadan 54 tahun bersama.

Kami adik beradik cuba pastikan, sekurang2nya seorang drpd kami berbuka puasa bersama bonda. Bonda sekali sekala akan ingatkan kami juadah berbuka yg disukai arwah ayah. Kami cuba sediakan juadah berbuka yg digemari bonda.

Kami juga cuba berbual2 dgn bonda selepas solat terawih. Sebab biasanya, di siang hari, kami adik beradik sibuk dgn urusan masing2.

Selagi kedua ibubapa atau seorang drpd mereka masih ada, raikan dan riakan mereka. Tak perlu bawa mereka ke tempat berbuka yg bayaran mahal. Kehadiran kita bersama lebih dihargai mereka.

Madrasah Ramadan

Biasa kita dengar, madrasah ramadan. Madrasah dalah bahasa arab adalah sekolah. Biasa dikaitkan madrasah sebagai sekolah agama islam.

Dikatakan, madrasah semasa ramadan tidak terhad di bangunan madrasah shj. Semasa ramadan, madrasah mencari dan menambah ilmu islam di mana2 shj.

Sebagaimana di sekolah biasa, ada guru, ada rujukan, ada ingatan, ada ujian, ada kesedaran. Ramadan peluang kita laksanakan iqra utk bekalan akhirat.

Rumah Kasih

Bgmn jika setiap masjid, kampus ipta diwujudkan, minima satu drpd yg berikut:

1. Rumah Anak Yatim

2. Rumah Orang Tua

3. Rumah OKU

Terdapat masjid yg mempunyai kawasan, yg hanya dipenuhi pada hari jumaat, hari raya shj. Setiap kampus IPTA miliki kepakaran berkaitan utk kesihatan fizikal dan bukan fizikal.

Jumaat, April 15, 2022

Terawih 1433Hijrah

Terawih kali ini terawih pertama tanpa ayah. Ayah kali terakhir terawih di surau pada 2019. 2020 dan 2021 pkp. 2010 tahun akhir ayah jadi imam terawih di rumah.

2019 juga ayah dan mak kali terakhir terawih dan subuh di surau semasa bulan puasa. Mak pun tak sihat. Sakit lutut. Maka 2019 tahun saya dan adik mula belajar jadi imam terawih di rumah.

2020 hingga sekarang, kami semakin yakin sebagai imam. Tapi mak masih tegur bacaan kami. Terasa spt umur belasan lagi jika ditegur.

Bersenam di Bazar Ramadan

Saya gunakan alasan ke bazar ramadan (baram) utk bersenam. Berjalan seberapa langkah yang mampu.

Risiko bersenam di baram, beli juadah utk berbuka ikut nafsu. Bukan ikut kemampuan menikmati dan habiskan juadah. Saya beli juga juadah dari gerai yg nampak kurang pengunjung. Mungkin satu bentuk sedekah?

Antara senaman di baram adalah gerakan tangan keluar masuk beg duit, serta angkat beban juadah dibeli. Alat penimbang nyatakan saya kurang bersenam, dan galakkan berjalan selepas makan.

Sakit Perut & Puasa

Biasa juga di bulan puasa, berlaku sakit perut. Mungkin sebab terlebih makan. Mungkin sebab salah makan - allergic kpd makan tertentu, makanan pedas, makanan basi, dll.

Seminggu saya sakit perut. Bright stomach. Risau juga, apabila selepas berbuka, selepas bersahur, terus cari bilik air. Risau dehydration kerana kerap buang air besar banyak air. Dan pada siang hari, rasa sakit menyucuk di perut.

Alhamdulillah, masih dapat berpuasa. Apabila boleh makan dan minum, saya minum 7up sebg ubat. Apabila bright stomach, kurang selera makan. Paksa minum air banyak2.

Khamis, April 14, 2022

Gegey dan Komunikasi

Ada gegey positif. Ada gegey negatif. Saya andaikan saya gegey positif, utk permudahkan kehidupan saya, masyarakat dan alam sekitar.

Gegey positif perlu ilmu. Sebab gegey satu bentuk komunikasi. Satu cara pemasaran dan utk kemesraan. Saya belajar gegey antaranya drpd seorg pakcik saya. Saya biasa bertanya nama dll seorg yg baru saya jumpa, atau jika saya dah lupa.

Molek orang kenal kita secara positif. Mudah kita bekerjasama. Adakala cuak juga, jika ada yg berkata, 'saya kenal anda'.

Warna Pakaian

Kuliah minggu ini berkaitan warna. Bagaimana warna pengaruhi psikologi kita.

Pakaian saya sama ada utk gegey atau utk sunyi sepi. Pakaian warna terang utk beritahu, gegeykan kehadiran saya. Pakaian berwarna malap utk tidak beritahu kehadiran saya. Kedua2 warna utk keselamatan bersama.

Ramai yg bersenam dan beriadah di taman perumahan tidak memakai pakaian yg terang. Ini meningkat risiko mereka dilanggar kenderaan semasa menjalankan aktiviti di tepi jalan.

Gegey

Gegey atau bising. Tak sama dgn gegar, bising yg amat kuat.

Gegey biasa ada bunyi. Tapi kita boleh gegey tanpa bunyi, dgn kehadiran kita, dgn warna yg kita pakai, dgn gaya kita, dgn reputasi kita. Gegey ada dibalas gegey, dan gegey ada dibalas sunyi.

Saya suka gegey bukan utk susahkan saya, tapi utk mudahkan saya. Gegey saya juga utk mudahkan org lain, dgn beramanah.

Rabu, April 13, 2022

Puasa di Kampung

Ramai yg seronok berpuasa di kampung. Biasanya kampung adalah dimana letaknya rumah orgtua kita.

Dulu2, saya biasa sambut puasa dan raya di rumah Tok Wan di Kota Bharu, Kelantan, di rumah Tok Ayah dan Wan di Pasir Puteh, Kelantan, selain saudara mara lain di Kelantan, dan Besut, Terengganu.

Lebih banyak memori yg saya ingat sambutan di Cabang 3 Sekolah Kamil. Mungkin lebih banyak disambut di situ pada usia yg mudah ingat? Sekarang, sejak usia tertentu, lebih banyak sambutan di Subang, sebab masa dan ahli keluarga yg masih ada.

Waktu Bekerja

Ada yg kata waktu dan masa adalah sama. Kesesuaian perkataan mungkin ikut keadaan. Mungkin waktu bunyi lebih rasmi.

Dalam sehari, bagi yg bekerja, kebiasaan yg bekerja di pejabat perlu daftar waktu bekerja. Rekod masuk dan keluar bekerja. Secara umum, norma baru, sehari minima 4jam bekerja, dan seminggu minima 39jam.

Tidak semua orang produktif semasa waktu bekerja ditetapkan. Ada cekap tapi kurang berkesan. Ada yg berupaya selesaikan tugas dalam sekejap sahaja. Tapi dia mungkin dilihat sbg tidak bekerja sbb baki waktu bekerja dia sudah tiada kerja utk dilakukan.

Selasa, April 12, 2022

Ilmu & Polisi

Polisi pendidikan di negara kita umpama ramai yg sediakan makanan seorang bayi. Ramai pakar makanan (ilmu) yg asyik sediakan masakan utk diberi & ditelan seorang bayi.

Niat mungkin baik. Nak cepat besarkan bayi. Nak sihatkan bayi dgn ilmu yg pelbagai dan mendalam dlm tempoh yg singkat. Tapi, perut bayi tersebut tidak mampu terima makanan yg banyak dlm masa yg cepat dan singkat.

Maka bayi sama ada mati tercekik, muntah atau terberak. Pembuat polisi pendidikan perlu semak semula polisi yg ada sekrg. Yg tukang suap dan jaga bayi (cikgu, pensyarah) yg lebih tahu kemampuan anak yg dijaga. Elak anak mati, penjaga disalahkan.

Isnin, April 11, 2022

Ilmu dan Adab

Mungkin saya sudah berkongsi tajuk ini. Mungkin belum. Adab adalah tingkahlaku baik bertemu atau apabila berada dengan orang lain.

Seorang yg beradab adalah seorang yg berilmu. Seorang yg berilmu adalah yg gunakan ilmu utk kebaikan dunia dan akhirat. Mempunyai sijil kelayakan akademik, bukan bukti seorang itu berilmu. Sebab ada yg tidak amanah, membeli kelayakan akademik.

Amanah amatlah penting. Rasulullah s.a.w dikenali sebagai seorang yg amanah. Ciri yg amat penting bagi seorang pemimpin adalah beramanah. Setiap drpd kita adalah pemimpin. Ilmu dikongsi utk menjadi pemimpin yg beramanah. Ilmu, adab, amanah dan kepimpinan saling berkait.

Di BaRam Dengan YB

Petang tadi, saya ke bazar ramadan, baram, atau ada panggil pasar ramadan, param. Sebelum masuk ke baram, ada barisan yg beratur. Saya andaikan sebab bilangan pengunjung pada satu masa ada hadnya.

Kemudian lihat ada yg berdiri dan beri kurma kpd mereka yg beratur. Ada vip yg hadir. Saya tak cam. Maklumlah, pakai mask. Sebelum giliran saya dan orang rumah saya hampir dengan YB, kami diberitahu, satu kotak untuk satu keluarga.

Apabila sampai utk giliran kami, ada pegawai YB minta kami bergambar dgn YB. Saya terima aje jemputan tersebut, walaupun saya rasa tiada yg boleh cam saya, yg bertopi dan bermask. Mungkin dijemput bergambar sebab saya pakai baju harimau kbs/msn? Terima kasih YB utk kurma dan peluang bergambar.

Berat dan Sihat

Alhamdulillah. 

Hari ni berat badan sebelum berbuka 70.85kg. Dulu2 nk sampai 70kg amat susah, biasa underweight. Selepas satu usia 70-72kg.

Kemudian 74-76kg. Pernah paling berat 78kg. Target ikut apps, berat sesuai 63kg. Tapi mcm xrealistik berat 63kg.

Berat tak semestinya sakit. Kurus tak semestinya sihat. Banyak faktor perlu diambilkira.

Panggilan Yang Mendebarkan

Pada jumaat lepas, saya terima panggilan drpd satu jabatan dlm organisasi saya. Risau juga sbb biasanya panggilan dilakukan berkaitan isu2 tertentu.

Terganggu juga apabila teringat jemputan diterima drpd jabatan ini. Saya terfikir2 apakah isu yg berkait dgn saya. Alhamdulillah, setelah menerima jemputan rasmi pagi tadi, ianya jemputan utk perbincangan utk tambahbaik proses kerja, utk kebaikan organisasi.

Ketua saya ada berkata, cebad ni ramai orang kenal, sebab ke sana ke sini. Alhamdulillah jemputan dan lantikan adalah kepercayaan organisasi kpd kemampuan saya menjalankan amanah, utk kebaikan warga dan organisasi. 

Alif Berbanding Huruf A

Alif diandaikan umpama huruf A. Alif seperti huruf A, adalah huruf/ abjad pertama. Alif utk abjad arab. A utk abjad roman.

Tapi alif boleh digunakan utk perkataan bermula dgn sebutan a, e, i, o, u. Sedangkan huruf A terhad kpd perkataan bermula dgn a shj.

Alif digunakan utk perkataan2 spt Allah, agama, amanah, ibadah, ikhlas, insan, adab, ilmu, dll. Ramai kejar utk dapat banyak A, tapi kita tak galakkan kejar banyak alif.

Berbuka Puasa Dengan Bonda

Alhamdulillah, setakat ini, berpeluang berbuka puasa dgn bonda setiap hari. Ada kalanya, dapat bawa makanan yg beliau inginkan.

Nikmat rezeki ini tidak mungkin dapat saya nyatakan dlm bentuk wang ringgit atau emas permata. Ianya antara rezeki yg amat berharga. Hidangan yg dikongsi mungkin tidak sama dgn hidangan berbuka di buffet nilai ratusan rm.

Tahun ini kali pertama berbuka puasa di rumah kedua ibubapa tanpa ayah. Maka kami adik beradik cuba pastikan, bonda ada sekurang2nya seorang anak berbuka puasa dgn beliau. 

Aset dan Liabiliti

Dulu aset adalah harta. Dulu liabiliti adalah hutang atau tanggungan. Tak tahu sejak bila bertukar.

Ramai yg kelihatan kaya sekarang, sebenarnya kaya dgn liabiliti - hutang. Ramai disalahdidik bahawa kita kaya jika punya kereta mewah, rumah besar, perabut mahal, pakaian mahal, dan lain2 yg mahal.

Jika miliki sesuatu yg besar, yg mahal dgn berhutang, kita sebenarnya miskin. Sebab kita ada liabiliti yg mesti diselesaikan sebelum kita mati. Aset dunia yg besar dan mahal mungkin bermakna bukan untuk kita miliki sebab ia beban kpd kita, yg mungkin bukan sahaja beban di dunia, tapi juga beban di akhirat.

Kereta Mampu berhutang

Dulu2, hutang utk kereta maksima 4tahun? Bayar duit muka 10%, dan baki termasuk bunga diselesaikan dlm 4 tahun? 

Sekarang, diandaikan utk jadi negara maju, majoriti rakyat mesti mampu miliki kereta? Maka tempoh hutang dipanjangkan sehingga 9 tahun. Kebanyakan kereta, akan sampai ke satu masa semasa masih berhutang, nilai hutang lebih tinggi drpd nilai pasaran kereta.

Mungkin molek, pembeli kereta beli kereta yg bayaran pinjaman bulanan maksima 20% drpd pendapatan peminjam. Maksima pinjaman 4tahun, dan bunga maksima 20%.

Jika gaji rm3ribu sebulan, mampu bayar pinjaman kereta sebulan adalah rm600. Jumlah pinjaman adalah rm28,800. Pinjaman asal rm24ribu, dan harga kereta rm30ribu, iaitu 10bulan gaji.

Rumah Untuk Bergaji RM3ribu Sebulan

Majoriti gaji yg muda2 sebelum usia 30tahun, jika telah berkahwin adalah rm3ribu sebulan.
Mereka ini mampu bayar pinjaman perumahan rm900 sebulan, jika tiada komitmen besar bulanan utk anak2.

Rm900x12x20tahun bersamaan rm216ribu. Ini untuk pinjaman 90%, dan bunga dikenakan 50% drpd nilai pinjaman. Tapi sekarang bunga 200% utk pinjaman 30tahun?

Molek kerajaan terima kembali amanah bangunkan projek perumahan utk rakyat b40 dan m40. Jika ingin sempurnakan amanah menyediakan atap dan dinding kpd rakyat?

Rumah Mampu Berhutang

Rumah mampu kita beli secara hutang molek mampu bayar balik dlm 20tahun. Molek, kos pinjaman termasuk maksima bunga 50% shj.

Jika harga rumah rm200ribu, pinjaman rm190ribu. Kerajaan tetapkan bunga utk pinjaman maksima 50%, iaitu rm95ribu. Jumlah perlu dibayar balik rm285ribu. Bayaran bulanan utk 20tahun rm1,187.50.

Jika bayaran bulanan adalah 30% drpd gaji bulanan, maka gaji bulanan ialah rm3,958.33. Jika usia mula beli rumah pada 30tahun, masih tak ramai mampu beli rumah berharga rm200ribu, kecuali gabungan pendapatan suami isteri rm4ribu.

Ahad, April 10, 2022

Ilmu dan Harga Diri

Biasa kita dengar, seorang miskin harta akan rasa rendah diri, rasa harga diri yg rendah. Ianya sama ada perasan hasil tanggapan diri atau tanggapan orang lain terhadap kita.

Alhamdulillah, saya diberi peluang belajar di itm bermula pada tahun 1985. Itm dilihat tempat beri peluang utk kita perolehi ilmu, utk keluar drpd kemiskinan, dan seterusnya tingkatkan harga diri. Duit poket yg ada, mungkin mewah bg orang lain, mungkin miskin bg org lain. Semasa di itm, saya andaikan seorang kawan yg pakai jam tangan, dan hulurkan duit rm50 utk beli buku, sebagai seorang yg kaya. Rasa rendah diri apabila berdepan dgn beliau.

Sekarang, ramai yg berduit, atau yg tak berduit sanggup beli kelayakan akademik. Ramai yg beli kelayakan akademik akan sombong menghebohkannya. Sebab biasa orang akan hormat mereka yg miliki kelayakan akademik yg tinggi, dgn diandaikan mereka juga punya ilmu utk kebaikan yg tinggi.

Miskin dan Ilmu

Mungkin keluarga kami pernah miskin. Keluarga ayah pernah miskin. Pernah menumpang tinggal di tempat orang, sehingga  2orang pakcik bina rumah utk nenek setelah cukup duit disimpan drpd gaji mereka. 

Seorang pakcik pernah bekerja dahulu utk bolehkan abangnya dan ayah saya belajar sehingga ke universiti. Kemudiannya, alhamdulillah, beliau dapat belajar ke ipt di luar negara. Kesemua adik beradik ayah lulusan universiti. Satu pencapaian rujukan sebuah keluarga melayu di Kelantan di tahun 1960an.

Kesemua adik beradik ayah pilih utk bekerja dgn kerajaan. Tiada yg berniaga spt arwah nenek, kecuali ayah setelah beberapa tahun bekerja dgn kerajaan. Kesemua adik beradik ayah pilih utk pencen bukan di jawatan tertinggi yg mampu mereka jawat. Ada pelbagai sebab yg saya tidak sempat dapatkan penjelasan drpd mereka.

Ilmu penting utk keluar drpd kemiskinan. Ilmu bermaksud pengetahuan yg digunakan utk kebaikan diri, masyarakat, dan persekitaran. Ada yg terjemahkan, kemiskinan atau kefakiran ilmu bawa kpd kekafiran atau kesesatan hidup. Jawatan, pangkat, gelaran, harta, kuasa tidak semestinya mencerminkan seorang berilmu, jika kesemuanya didapati dan ditanggung secara tidak amanah.

Miskin & Puasa

Miskin ada didefinisi sebagai tidak mampu tampung perbelanjaan asas. Jika belanja asas rm3ribu sebulan, tapi pendapatan tak sampai rm3ribu sebulan.

Fakir pula ada didefinisi sebagai pendapatan maksima 50% atau kurang drpd belanja asas diperlukan. Jika belanja asas rm3ribu sebulan, pendapatan maksima rm1.5ribu sebulan atau kurang.

Pengurusan bajet amat penting bagi semua orang. Orang miskin pun perlu tahu urus bajet. Elak hutang tidak mampu ditanggung. Antara mengurus bajet adalah dgn berpuasa.

Biasa kita dengar, kita berpuasa juga untuk merasai kesusahan orang miskin yg perlu tahan lapar dan dahaga, kerana tak mampu nak makan ikut keperluan. Selain berpuasa, molek juga di bulan puasa ni, jika kita mampu, kita bersedekah, terutama kepada ahli keluarga yg miskin.

Komunikasi dan Hubungan

Diantara kemahiran penting untuk berjaya adalah kemahiran berkomunikasi. Ianya amat membantu dlm meningkatkan hubungan kita dgn pihak lain.

Pada usia tertentu, kanak2 amat peka dan mudah belajar bahasa. Amat digalakkan orang kita, didedahkan dgn bahasa melayu, inggeris, arab, dan 1 atau lebih bahasa lain. Molek dipelajari bermula di tadika sehingga 2-3 tahun pertama di sekolah rendah. Untuk cekap berbahasa, perlu berlatih.

Kemahiran berbahasa amat penting berkongsi ilmu. Baca, ulang, rujuk, kira, tulis, dll perlu kemahiran bahasa. Ada pepatah orang Kelantan, 'dok reti baso' jika kita marah kpd seseorg, dan diandaikan org itu tidak tahu atau pandai.

Kerja dan Personaliti

 Ada dikatakan, jika ingin berjaya dlm kerja, atau cemerlang bekerjaya, perlu ada 3 elemen dlm diri. Minat, bakat, dan kebolehan.

Minat atau motivasi drpd dlman atau luaran. Biasanya drpd terdedah kpd persekitaran. Bakat adalah semulajadi. Adakala perlu dicungkil. Kebolehan adalah yg boleh dipelajari. Jika hanya ada 2 elemen shj, kerja yg diceburi tidak akan berjaya atau cemerlang.

Personaliti diri perlu sesuai dgn personaliti kerja. Seorang tidak minat berkongsi ilmu dgn org lain, tidak sesuai bekerja sbg pendidik. Amat digalakkan, diambil ujian personaliti sejak sekolah menengah. Ianya sebagai satu usaha mengelak kerja sambil lewa, dan setelah pencen, menyesal seumur hidup.

Sabtu, April 09, 2022

Pengangkutan dan Bajet

Dalam bajet bulanan dulu2, biasa diperuntukkan 20-30% drpd pendapatan bulanan. Bajet utk rumah antara 30-40% tak termasuk makanminum, dll. Molek maksima bajet utk pengangkutan & rumah 50% drpd pendapatan kita.

Dulu2, semasa di itm di tahun 1980an sehingga awal 1990an, tidak banyak boleh dilihat motorsikal pelajar, dan kereta staf di tempat letak kereta dalam kampus. Majoriti pelajar dan staf guna pengangkutan awam. Bas mini dan bas biasa adalah pengangkutan utama.

Sekarang, warga kampus dan rakyat negara ramai yg guna kereta sendiri atau kereta keluarga. Begitu juga hampir semua rumah miliki sebuah kereta, dan 2buah di sebuah adalah kebiasaan. Tapi kenderaan bukanlah satu aset kecuali pendapatan kita perlu gunakan kenderaan spt syarikat pengangkutan.

Rumah Murah

Sekarang dijenamakan sbg rumah mampu milik. Sebab harga rumah tidak lagi murah. Dan sebenarnya harga rumah mampu milik tidak mampu dimilikki mereka yg disasarkan utk memilikkinya.

Dulu2, rumah murah didiami mereka yg tidak mampu beli rumah harga purata diletakkan pemaju. Dulu2 harga rumah murah hanya rm20ribu. Ramai pemilik bergaji rm500 atau kurang dlm sebulan. Mereka juga jarang miliki motorsikal.

Tapi sekarang, mereka yg tinggal di rumah mampu milik, memiliki sekurang2nya sebuah kereta. Ramai yg menyewa rumah mampu miik drpd pemilik. Sekarang rumah mampu milik sebenarnya dulu dikenali sebagai rumah pangsa atau flat. 

Dan biasanya isu penduduk kawasan rumah mampu milik adalah ruang tempat kereta yg tidak cukup, kerana ramai penghuni sebuah unit flat biasanya miliki minima 2 buah kereta.

Kos Rumah

Kos utk milikki rumah umpama kita beli drpd yahhoodee? Rumah kos murah bukan lagi murah. Rumah mampu milik bukan mampu dimilikki.

Kehidupan sekrg, kita hanya mampu sewa atau bayar pinjaman utk rumah maksima 25% drpd gaji/pendapatan kita. Tapi realitinya, ramai mampu sewa bilik berbanding sewa rumah. Ramai mampu sewa rumah berbanding beli rumah.

Bayaran balik pinjaman rumah purata 3x drpd harga/pinjaman. Bunga bukan lagi bunga tapi macam ladang. Kesannya, nilai rumah sekarang tidak cerminkan nilai sebenar, nilai intrinsik. Amanah kpd pemerintah gubal u2 supaya rakyat dapat tempat berteduh dgn selesa.

Kopi & Kesihatan

Dulu2, kopi dikatakan tidak bagus utk kesihatan. Kita tidak digalakkan minum kopi.

Dulu2, emak tegur kesukaan saya minum nescafe. Ianya mungkin bermula sebab sejak saya kecil, ayah suka minum nescafe. Terutama di waktu pagi. 

Dulu2 saya biasa minum nescafe dgn bancuhan 2sudu besar nescafe, 4sudu besar susu pekat f&n, dan satu besar gula. Sekarang, 1/2 susu besar nescafe, dan 1sudu besar susu f&n. Adakala ditambah dgn susu segar.

Dulu2 setiap kali saya sakit kepala migrain, emak tegur, migrain sebab saya suka minum nescafe. Kemudian, apabila tahu saya kerap sakit kepala kerana caffein withdrawal, emak dah tak larang minum nescafe. 

Dan saya baru perasan, ubat utk migrain ada kafein. Sekarang, jika saya bertugas atau bercuti di tempat saya perlu bermalam, saya akan bawa bersama nescafe sbg ubat utk elak sakit kepala. Alhamdulillah, saya juga tiada masalah utk tidur walau pun minum nescafe, kopi di waktu malam.

Puasa dan Sohor

Di bulan puasa, memang biasa kita bersahur dan berpuasa. Sahur itu sunnah. Banyak peluang dapat pahala. Banyak peluang doa dimakbulkan.
Tapi di bulan puasa juga ramai yg bersohor. Sohor itu membangga2kan dgn perbuatan, pencapaian, dll seumpama sombong. Sohor sebab nak kongsi rezeki kita. Ramai sekarang dgn teknologi yg ada akan bersohor dgn banyak benda dia ada dan perbuatan dia buat. 
Sohor boleh kuruskan pahala puasa. Sohor dgn harta, pakaian, makan minum, dll spt bertentangan dgn amalan disarankan di bulan puasa. Elakkan bersohor yg rugikan kita di bulan puasa.

Buncit dan Puasa

Biasanya, jika kita buncit, kita disuruh kurangkan makan, dan banyak gerakkan badan. Kita diminta berpuasa atau jaga diet, dan banyak bersenam.

Perut kita hanya sebesar penumbuk kita. Jika 'perut' buncit, biasa sebab banyak lemak dibawah lapisan kulit, dan di organ2 kita. Juga perut buncit jika suka minum air yg sejuk.

Memang sensitif jika ditegur perut kita buncit. Nak buncit senang. Nak kurang atau tak buncit apabila sampai usia tertentu bukanlah mudah.

Puasa dan Kurus

Puasa kita utk gemuk. Puasa juga utk kurus

Ramai puasa utk gemukkan bekalan ke akhirat. Dan Ramadan peluang kutip pahala yg berganda, yg tiada ditawarkan di bulan2 lain.

Ramai juga puasa utk kuruskan berat badan. Biasa ramai berat badan akan turun jika amalkan puasa di bulan Ramadan, dan juga di bulan lain.

Ada juga yg gemuk atau naik berat badan semasa Ramadan. Ini berlaku jika semasa berbuka, moreh, mengeteh, sahur, dgn pelbagai makanan yg kandungan gula dan lemak lebih drpd biasa dimakan diminum jika di bulan selain Ramadan.

Puasa dan Sakit Kepala

Sehingga beberapa tahun lepas, saya biasa sakit kepala pada hari pertama puasa, hari2 terawal bulan puasa, dan hari balik ke kampung pada bulan puasa. Saya akan ambil cuti pada hari pertama puasa, utk bolehkan saya rehat.

Dulu2, saya andaikan sakit kepala saya sebab migrain. Maka ubat migrain akan saya makan pada waktu sahur, dan apabila berbuka. 

Saya juga andaikan, saya sakit kepala di awal2 bulan puasa dan hari balik kampung kerana dihidrasi, kekurangan air sebab puasa. Maka saya akan banyak minum air semasa bersahur dan befbuka, selain makan paracetamol.

Hinggalah program fakulti ke Johor dan Singapura pada 2018. Kesedaran dan diberitahu bahawa kebanyakan sakit kepala saya sebab caffein withdrawal. Sakit kepala kerana kurang dos kafein, sebab saya tidak ambil kafein pada waktu sahur, dan semasa berbuka. 

Ini kerana kafein membuatkan kita kurang keinginan minum air selain menggalakkan buang air. Sesuatu yg tidak bagus semasa kita berpuasa. Sekarang, saya ambil kafein semasa bersahur dan berbuka. Alhamdulillah kurang atau tiada sakit kepala di bulan puasa.

Jumaat, April 08, 2022

Iqra dan Ramadan

Ayat pertama alquran adalah dari surah iqra. Diturunkan dan dikongsikan dgn rasulullah s.a.w di bulan ramadan.

Iqra punya pelbagai makna. Baca, ulang, tanya, rujuk, nyatakan, fahamkan, dll jika dilihat terjemahan atau perkataan dlm bahasa inggeris. Tapi kita, orang kita biasa faham iqra hanya baca.

Buku mantan mb n9 menunjukkan penting iqra, utk berilmu, utk majukan diri, masyarakat, negara. Antara keseronokan menjadi pendidik adalah dibayar menjalankan amanah melalui melakukan sesuatu yg saya suka, minat, iaitu membaca, berkongsi ilmu.

Puasa dan Masa

Ramai berasa masa semasa bulan puasa amat pantas berlalu. Satu hari sangat cepat bermula sahur dan berakhir dgn tidur sebelum tengah malam.

Ramai rasa tak cukup masa semasa bulan puasa. Satu hari, satu minggu, satu bulan dalam bulan puasa seolah2 tak cukup masa berbanding masa di luar bulan puasa.

Tapi sebenarnya, puasa menyedarkan kita, bahawa kita banyak rugikan masa di bulan bukan bulan puasa. Semasa bulan puasa, masa kita lebih teratur, terancang, dimaksimakan penggunaannya. Waktu kerja tidak perlu 8jam sehari bagi bidang tertentu utk produktif.

Puasa dan Kaya

Biasanya di bulan puasa, akan dikaitkan dgn makanan, iaitu di waktu tidak berpuasa. Semasa berbuka, moreh, sahur, dan juga persediaan utk hari raya.

Di bulan puasa, dgn kehidupan kita, memang masa amat terhad. Maka ramai akan beli makanan di bazar ramadan. Ada yg berbuka di gerai, kedai, hotel, rumah keluarga, dll tempat.

Orang kaya semasa puasa adalah subjektif. Sebaiknya, puasa peluang utk kaya akhirat, mengumpul bekalan akhirat sebanyak termampu. Bukan tanda seorang kaya di bulan puasa adalah berbelanja wang yg banyak utk beliau menjamu selera.

Buku Mantan MB N9

Pada petang jumaat minggu lepas, saya berjumpa sahabat lama. Pernah jadi ketua saya. Kami dah lama tak berjumpa utk mengeteh di tempat sama, kerana c19.

Beliau sangat teruja utk berkongsi buku ditulis seorang mamantan mb n9. Dan penulis juga saudara beliau. Tn hj hamdan sangat teruja nak berkongsi buku tersebut kerana hampir separuh kandungan buku adalah tentang kehidupan penulis sebagai pelajar MCKK.

Membaca buku tersebut, berkait dgn tahun2 1920an sehingga 1940an, membawa saya seolah2 berada di koleq, pada masa yg sama. Memang tidak sama 'pengalaman' secara fizikal, melalui membaca buku, dan melihat tv/wayang. Ada yg kata, membaca membuat kita berasa lebih romantik.

Gurindam Jiwa

Saya minat dengar lagu2 lama. Saluran radio diset sama ada radio klasik nasional, atau lite fm. Lagu2 yg diputarkan, mengingatkan usia sudah lebih setengah abad.

Gurindam jiwa sebuah lagu daribfilem bertajuk yg sama, pada 1965. Penyanyi kelihatan gembira semasa menyanyikannya. Tetapi lirik dan melodi adalah sebaliknya.

Lagu2 lama banyak membawa kenangan. Tapi, sejarah tidak boleh diubah. Kita mesti bersedia yg kehidupan yg abadi.

Puasa dan Sakit

Mereka yg sakit tertentu dibenarkan utk tidak puasa. Jika mampu ganti di kemudian hari, perlu ganti puasanya. Jika tidak mampu gantikan puasa, perlu bayar fidyah.

Hari ini, saya sakit perut. Silap makan semasa bersahur. Selepas kelas pagi hari ini, kerap ke bilik air. Perut memulas2. Sakit perut buat saya lupa sakit yg lain.

Alhamdulillah, masih boleh berpuasa. Peringatan utk saya perlu jaga makan, jaga makanan dibeli.

Puasa dan Keluarga

Bulan ramadan beri peluang untuk kita solat isyak, terawih dan witir bersama keluarga. Solat berjemaah sama ada di surau, masjid, atau di rumah.

Dan juga, kita berpeluang makan bersama dgn keluarga, iaitu berbuka bersama. Tahun ini, kami sekeluarga, pertama kali sambut ramadan tanpa ayah. Maka kali pertama tiada bualbicara di bulan puasa bersama ayah.

Walau bagaimana pun, kita masih bersyukur masih boleh sambut ramadan dgn bonda. Masih dapat bonda bercerita masa dulu2.

Selasa, April 05, 2022

Air dan Kesihatan

Air amat penting untuk kesihatan kita. Badan kita terdiri 70% drpd air. 3hari tanpa minum air, boleh sebabkan kita mati kehausan.

Semasa berpuasa, kita lambat ganti air yg hilang akibat aktiviti harian. Kekurangan air boleh sebabkan kita sakit kepala, sakut urat, susah buang air besar.

Selepas berbuka, sehingga imsak, kita dinasihatkan minum secara bijak. Saya tersilap terlebih minum air semasa berbuka, menyebabkan tidak selesa semasa solat isyak, terawih, witir tadi.

Matlamat Kejadian

Matlamat kejadian jin dan manusia adalah untuk beribadah kpd Allah. Puasa adalah satu drpd ibadah kpd Allah.

Organisasi ditubuhkan dgn matlamat masing2. Organisasi umpama entiti, satu benda hidup. Dan ianya boleh mati, jika tidak betul dijaga dan diurus. Tanpa wang, sokongan pihak yg tubuhkan organisasi, ianya hanya tunggu masa utk berkubur.

Peringatan amat penting utk kita tetap di jalan yg lurus, selaras dgn matlamat kejadian kita. Akan ada pihak yg berkepentingan peribadi yg cuba lupakan kita kpd matlamat kejadian kita.

Menu Berbuka Puasa

Ramai kongsi menu berbuka puasa mereka di laman sosial. Ada yg berniat ikhlas. Ada yg mungkin sebaliknya.

Perut kita sebesar penumbuk kita. Maka makanan yg sesuai diambil pada satu masa terhad kpd saiz penumbuk kita. Jika makan lebih, makanan itu membuat perut kita berkembang. Jika ditambah minuman pula, memang kembunglah perut kita.

Memang kita tergoda dgn menu makanan dikongsi, lebih2 lagi semasa lapar. Tapi jika kita berupaya fahami tujuan berpuasa, cukuplah dgn hidangan sebesar penumbuk kita.

Ahad, April 03, 2022

Pendidikan untuk Berdikari

Pelbagai slogan dikaitkan dgn pendidikan. Maka pelbagai polisi diwujudkan.

Pendidikan utk kemajuan. Pendidikan utk pembangunan. Pendidikan utk keluar drpd kemiskinan. Pendidikan utk pendapatan tinggi. Maka banyak ilmu yg ingin dikongsi dari peringkat tadika hingga tertinggi.

Pendidikan utk berdikari. Untuk elak kita sentiasa bergantung kpd pihak lain. Utk elak drpd kita dipergunakan, dijadikan hamba oleh pihak tertentu.

Puasa di Kualer 1980

Kenangan berpuasa di Kualer, semasa belajar di Sekolah Melayu Jalan Stesen (SMJS), pada 1980-1984. Tidak banyak yg masih dpt dikenang, atau saya ingat, sebab sudah umur pencen?

Semasa tingkatan 1, belajar hidup dgn loceng di Kualer. Dikejutkan utk bersahur dgn loceng. Ada yg dah terbiasa bangun tidur, terus nak mandi pagi, bukan beratur utk bersahur. Saya tak ingat, settle berbuka baru solat maghrib, atau berbuka dgn kurma, kemudian solat maghrib, dan selepas itu sambung makan.

Kami akan beratur utk solat isyak, terawih, witir di masjid lama Ridwaniah, bersebelahan Big School. Tapi saya tak ingat, adakah compulsory pada setiap hari? Selepas terawih, adakah supper?

Keputusan & Kepimpinan

Pemimpin mesti buat keputusan. Itu amanah sebagai pemimpin. Tapi keputusan yg dibuat mestilah utk kebaikan organisasi.

Antara komponen utama sesuatu organisasi adalah sumber manusia. Maka keputusan dibuat akan memberi kesan kepada kakitangan organisasi. Keputusan dibuat perlu ambilkira kesan jangka panjang.

Ada pemimpin buat keputusan utk kepentingan  jangkapendek. Sebab tempoh mereka sebagai pemimpin utk jangkapendek. Mereka lupa kakitangan yg ada ingin sejahtera sehingga selepas pemimpin sedia ada sudah tiada dalam organisasi.

Kehadiran Dihargai

Kita seronok jika kita dihargai. Kehadiran kita disambut mesra. Kita diraikan dan diriakan oleh mereka yg hadir. Sudah tentu kita ingin hadir lagi dikalangan masyarakat yg sama.

Seronok apabila ditegur ketika tiap kali berada di surau berhampiran rumah. Dulu2 semasa arwah ayah ada, akan ada yg bertanya tentang keadaan ayah dan emak. Ianya tanda kariah surau prihatin keadaan mereka berdua.

Sekarang, emak pesan saya ganti ayah ke surau. Saya masih belum mampu hadir sebagaimana ayah hadir di surau semasa beliau sihat. Tapi saya bersyukur, setiap kali hadir ke surau, kariah tegur saya, tanda kita diterima sebagai sebahagian drpd mereka.

Ramadan dan Ketenangan

Arwah ayah beberapa hari sebelum dia kembali ke rahmatullah, bertanya kepada emak, 'bilakah kita puasa'. Walaupun arwah tidak dapat berpuasa kerana tidak sihat.

Di petang sabtu, sebelum maghrib, 1 Ramadan, terasa tenang. Suasana di kawasan perniagaan dekat rumah tidak sibuk.

Semasa di surau, sebelum, semasa, dan selepas solat isyak, terawih, dan witir, diri terasa tenang. Tiada berfikir tentang masalah dunia. Bersyukur dapat bertemu Ramadan lagi.

Ramadan kali ini kali pertama tanpa ayah. Alhamdulillah, Ramadan ini kali pertama bersama seorang anak saudara. Semoga arwah ayah dll saudara mara, kawan, dan kenalan, tenang di alam barzah.

Puasa dan Amanah

Puasa adalah satu rukun Islam yg diamanahkan kpd umat Islam. Puasa adalah rukun Islam ketiga.

Puasa adalah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Ianya umpama ujian kemampuan menjalankan amanah secara tersurat dan tersirat. Kecuali dalam keadaan tertentu, orang lain tidak pasti kita berpuasa atau sebaliknya.

Ramai mampu lebih baik di bulan Ramadan. Semoga kita semua sentiasa lebih baik, beramanah, semasa di bulan Ramadan, dan di bulan2 selain Ramadan.

Puasa dan Kerja

Puasa adalah ibadah. Kerja adalah ibadah. Puasa dan kerja adalah amanah.

Semasa di awal C19 sehingga kini, ramai yg bekerja dari rumah, BDR. Mereka yg belajar pula ramai atau hampir kesemua belajar dari rumah, PDPR. Memang ramai berkata, tidak sama bekerja dan belajar dari rumah, berbanding dgn di pejabat atau di pusat pengajian. Tapi banyak kebaikan apabila bekerja dan belajar dari rumah. Yg penting, amanah disempurnakan.

Mungkin molek, semasa bulan Ramadan, bagi pekerjaan tertentu, dan pengajian tertentu, pada setiap tahun, dikhaskan bekerja dan belajar dari rumah.

Puasa dan Masyarakat

Di bulan Ramadan, kanak2 biasa ditanya sama ada berpuasa atau tidak. Jika berpuasa, walau pun separuh hari, mereka akan dipuji. Dan antara ganjaran cubaan atau berupaya berpuasa adalah dapat duit raya lebih, sebab mereka sudah 'besar'.

Walau pun telah berusia, masih ramai yg belum berpuasa. Antara alasan biasa adalah tidak boleh puasa kerana sakit gastrik, urusan kerja, bekerja di tempat panas, dll.

Ramai yg berpuasa kerana malu kelihatan tidak puasa dikalangan masyarakat. Tapi ramai yg tidak solat 5 waktu, tidak malu kpd masyarakat sekitar. Mungkin sebab masa kecil, diajar malu jika tidak puasa, tapi diajar malu jika tidak solat?

Puasa dan Solat

Ramai ibubapa akan melatih anak2 mereka utk berpuasa di bulan Ramadan. Ada yg mula belajar berpuasa sebelum usia 7 tahun.

Kanak2 ramai digalakkan berpuasa setengah hari dahulu, jika tak mampu nak berpuasa penuh. Biasanya, ramai kanak2 yg baru belajar berpuasa akan berpuasa sehingga tengahari. Sama ada mereka berpuasa penuh, atau separuh hari, biasanya kanak2 akan dijanjikan sama ada dapat berbuka puasa dgn makanan atau minuman istimewa, atau dgn pakaian baru utk hari raya.

Tapi, ramai ibubapa lebih memotivasikan anak2 utk berpuasa drpd belajar solat. Sedangkan solat adalah tiang agama.

Ramadan dan Latihan

Ramadan beri peluang untuk kita berlatih. Beri peluang untuk kita cuba rasai  kehidupan yg dirasai mereka yg kurang mampu drpd kita.

Kita diberi peluang untuk merasai kekurangan makan minum oleh saudara kita yg terhad kemampuan makan minum seharian. Ramadan juga beri peluang kita sedar pembaziran harian kita apabila kita makan dan minum di bulan lain.

Ramadan juga beri peluang untuk kanak2 dapat bersama2 turut solat dgn ibubapa mereka di surau dan masjid semasa solat isyak, terawih dan witir.

Usia Semakin Tua

Setiap masa dan saat, kita semua semakin tua. Walau pun ada yg perasan atau terasa muda.

Pagi ni, melihat sekumpulan penyanyi dakwah 90an, yg popular dgn lagu2 berunsur agama. Rupa mereka tidak lagi spt dulu. Dulu kurus, sekarang berat telah bertambah. Dulu rambut misai hitam, sekarang rambut, misai dan janggut telah ada uban.

Artis lama yg muncul di tv dgn lagu lama mereka, mengingatkan kita pernah muda. Dan penampilan diri mereka sekarang mengingatkan kita, semakin tua dan pergerakan masa.

Jemaah di Surau dan Jemaah

Kawasan 'kampung saya', ramai penduduknya adalah warga emas. Ramai adalah penduduk asal yg mula menetap di sini setelah rumah siap dibina pada tahun 1980an.

Di surau kampung saya, jemaah yg biasa hadir sudah tentulah majoriti warga emas. Semasa saya mula2 hadir ke surau, dulu2, saya ditanya tinggal di mana, dan anak siapa. Sebab jarang atau tak pernah nampak di surau, terutama pada solat fardhu.

Sekarang, lumrah kehidupan, ramai jemaah yg telah kembali ke rahmatullah. Termasuk ayah saya. Ramai yg telah tiada pada solat terawih dan witir pertama utk Ramadan 1443h. Alhamdulillah, ada jemaah muda yg hadir.

Solat Dengan Selesa

Surau berhampiran saya diubahsuai untuk tambah ruang solat. Ruang lama yg terbuka, di pintu masuk utama diubahsuai dgn dijadikan ruang tertutup.

Ruang asal yg tertutup menjadi satu kali ganda lagi luas. Tapi, apabila ruang terbuka bertukar jadi ruang tertutup, diletak pendingin hawa dan ditambah kipas, utk jemaah solat dgn selesa.

Tadi, semasa jemaah ramai, memang selesa apabila digunakan kesemua pendingin hawa, dan kipas. Tapi setelah rakaat ke 8 solat terawih, bilangan jemaah tinggal hanya 1/3 sahaja. Kesannya, saga terasa sejuk sehingga ke tulang, sehinggalah ditutup beberapa kipas.

Ramadan 1443h

Alhamdulillah, kita diketemukan Allah dgn Ramadan 1443h. Bermula hari2 penghujung Ramadan 1442h sehingga sehari sebelum Ramadan 1443h, kita sentiasa berdoa utk diberi peluang bertemu Ramadan 1443h.

Ramadan bulan yg penuh barakah. Bulan yg diberi peluang mendapat ganjaran dan pahala berganda2 berbanding di bulan lain. Peluang menimba bekalan yg banyak utk dibawa bersama kita setelah kita tinggalkan hidup di dunia yg sementara.

Tapi, Ramadan 1443h, adalah kali pertama saya dan keluarga sambut Ramadan tanpa arwah ayah. Hampir 55tahun masihi, saya diberi rezeki bersama ayah menyambut Ramadan.

Terawih dan Witir 1443H

Setelah 2 tahun tidak solat terawih dan witir di surau dekat rumah, alhamdulillah, tadi diizinkan Allah solat terawih dan witir, berjemaah di surau. 2020 dan 2021, solat terwaih dan witir di rumah, kerana arwah ayah tidak sihat, dan perlu ada yg menjaganya.

Alhamdulillah, penambaikan surau sempat siap sebelum Ramadan. Ruang solat ditambah, dan kemudahan utk jemaah juga disediakan. Jika sebelum 1 April, surau penuh utk solat jumaat, kerana ada ruang antara sejadah. Tapi, walaupun ramai tadi, jemaah tidak penuhi surau seperti Ramadan sebelum ini, iaitu pra 2020.

Biasa pada malam2 awal Ramadan, jemaah akan ramai. Kariah akan hadir bersama anak cucu utk menyambut Ramadan yg barakah. 

Sabtu, April 02, 2022

Masa dan Ruang

Biasanya di dunia, masa dan ruang ada hadnya. Ada sempadannya.

Mukasurat hadapan buku nota dahulu, tahun 1980an, 'time and tide, waits for no one'. Masa dan pasang surut, tidak menunggu kita. Sebab ada peraturan dan kekangan.

Tapi, sebenarnya masa dan ruang tiada hadnya. Di dunia kerana sementara, kita rasa ada had. Setelah kita mati, masa berterusan, dan ruang lebih luas drpd pandangan kita. 

Kita berdoa semoga kita sentiasa mendapat keampunan, rahmat dan perlindungan Allah. Dan kita juga berdoa, semoga ruang kubur kita dan kediaman kita di syurga, bercahaya dan seluas alam milik Allah.

Tersurat

Tersurat biasa dikaitkan dgn takdir. Biasa juga dikait dgn yg dapat dilihat dan ketara, berbeza dgn tersirat, tersembunyi atau tidak ketara.

Ramai hormati yg pingat bersisik di dada, pangkat terpampang di bahu, gelaran tertera di depan nama. Ramai yg tidak hargai jika seseorang tanpa jawatan, pangkat, gelaran, kuasa, harta, dll.

Bukan semua boleh disuratkan. Ada yg perlu disiratkan. Biarlah ada yg kata, sebab tiada tersurat, terpampang, dipamerkan, tidak perlu diraikan, dihormati. Hanya yg tahu shj tahu.

Penyelidik

Biasanya penyelidik dikaitkan dgn seorang yg ada phd. Sebab antara syarat utama utk dapatkan phd ada dgn menyempurnakan penyelidikan.

Tapi penyelidikan tidak semestinya boleh dilakukan oleh seorang yg ada phd shj. Mungkin penyelidikan oleh seorang yg ada phd lebih dikagumi oleh ramai orang.

Pelbagai sebab penyelidikan atau kajian dilakukan. Biasanya utk menambahbaik kehidupan masyarakat dan negara secara positif. Tapi sekarang ramai yg buat kajian utk kejar nama, jawatan, gelaran, pangkat, pujian, lupa masalah masyarakat utk diselesaikan?

Sepersalinan

Biasa kita dengar, dalam cerita dulu2, drpd orang2 lama, tentang sepersalinan. Ada berkait dgn jawatan. Ada berkait dgn adat.

Bagi pemegang jawatan dahulu di istana, akan terima pakaian sepersalinan. Sesuai dgn jawatan, pangkat, gelaran, amanah, kuasa, dll. Pakaian akan cerminkan kedudukan dan kepentingan seseorang.

Mereka yg akan berperang, akan diberi pakaian sepersalinan, sesuai dgn amanah dipukul di medan perang. Pakaian ini sebenarnya juga utk melindungi pemakai, kerana rekaan, bahan, jahitan, adalah utk keselamatan pemakai.

Pakaian membolehkan menjalankan amanah dgn sempurna dan selamat.