Dulu2, emak tegur kesukaan saya minum nescafe. Ianya mungkin bermula sebab sejak saya kecil, ayah suka minum nescafe. Terutama di waktu pagi.
Dulu2 saya biasa minum nescafe dgn bancuhan 2sudu besar nescafe, 4sudu besar susu pekat f&n, dan satu besar gula. Sekarang, 1/2 susu besar nescafe, dan 1sudu besar susu f&n. Adakala ditambah dgn susu segar.
Dulu2 setiap kali saya sakit kepala migrain, emak tegur, migrain sebab saya suka minum nescafe. Kemudian, apabila tahu saya kerap sakit kepala kerana caffein withdrawal, emak dah tak larang minum nescafe.
Dan saya baru perasan, ubat utk migrain ada kafein. Sekarang, jika saya bertugas atau bercuti di tempat saya perlu bermalam, saya akan bawa bersama nescafe sbg ubat utk elak sakit kepala. Alhamdulillah, saya juga tiada masalah utk tidur walau pun minum nescafe, kopi di waktu malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan