Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 30, 2022

Kembali kpd Maha Pencipta

4.02ptg, Jumaat 28 Januari 2022, bersamaan 25 Jamadilakhir 1443, ayahanda saya Hj Hussein bin Yusoff kembali kpd Allah, Tuhan yg satu, tiada tuhan melainkan Allah.

2 tahun dahulu, saya sempat bawa balik ayah bersama ibu, beserta 2 ibu saudara, ke kampung di Kelantan. Selama 6hari 5malam. Beberapa bulan kemudian, kami diberitahu ayah ada leukimia, barah, kandungan darah putih lebih tinggi drpd biasa, dan drpd utk kesihatan

Covid19 menghalang kami pulang ke kampung. Tetapi c19 tidak menghalang sebaliknya memberi peluang kami utk menjaga ayah selama hampir 2tahun, sehingga kembalinya ayah kpd Yg Maha Pencipta kita semua.

Kita merancang, Allah merancang. Allah sebaik2 perancang.

Rabu, Januari 26, 2022

Pendidikan Formal & Usia

sekrg utk diploma minima 90 jam kredit. jika di ipts, boleh tamatkan pengajian diploma dlm tempoh 2 tahun. tapi jika di ipta, 3 tahun. graduan diploma drpd ipta akan seawal usia 21 tahun. tapi graduan ipts seawal 20 tahun. 

sarjana muda, minima 120 jam kredit. jika buat di ipts dlm masa 3 tahun. ada yg ambil asasi setahun dan sarjana muda 3 tahun di ipts, dpt graduat seawal usia 22tahun dgn sarjana muda. di ipta, graduan asasi dan sarjana muda adalah seawal 23 tahun.

jika graduan ipta dgn diploma dan sarjana muda, akan bergraduat seawal usia 24 tahun. antara sebabnya, diploma 3tahun, sarjana muda 2.5tahun. dan sesi pertama pengajian diploma bermula Ogos setiap tahun sekarang, kerana disesuaikan dgn SPM akibat C19.

bagaimana jika kita pendekkan tempoh pengajian di sekolah menengah? daripada 11 tahun, jadikan 10 tahun. SPM pada usia 16tahun. manusia dah lama matang pada usia 16 tahun. wujudkan sijil pasca SPM (bukan STPM) selama setahun. jika ingin buat diploma di ipta selepas SPM, boleh graduat seawal usia 20tahun. dan perbaiki pengecualian kredit, selepas diploma hanya perlu 2 tahun utk sarjana muda, dapat graduat seawal usia 21tahun.

lagi lama tempoh pendidikan utk dapat sarjana muda, lagi banyak kos ditanggung, selain kos melepas (opportunity cost) akibat lambat masuk ke dalam pasaran kerja.

Pelan Pendidikan Negara

saya cadangkan disemak semula. sesuaikan dgn keadaan semasa. sesuaikan penawaran dan bekalan tenaga kerja. sesuaikan dgn keadaan ekonomi.

pelan pendidikan negara molek disemak bermula dgn taska, tadika, sehingga pasca persekolahan menengah, iaitu ipt dll, sesuai dgn pendidikan sepanjang hayat. sekarang negara ke arah negara makin ramai warga emas. dan kemungkinan tiada lagi skim pencen utk penjawat awam.

rancangkan supaya ilmu dapat dipelajari sesuai dgn keperluan ilmu utk bolehkan berupaya sara hidup sehingga ke akhir hayat. elak bergantung kpd kerajaan.

Selasa, Januari 25, 2022

Masa dan Ruang

Kita kaya dengan masa dan ruang

Selagi diberi masa di dunia ini, kita masih kaya untuk buat kebaikan, utk berbekal baik ke akhirat.

Selagi diberi masa di dunia ini, kita kaya dgn ruang alam yg luas milik Allah utk kita buat kebaikan, utk berbekal ke akhirat.

Masa dan ruang tiada had, sangat banyak, sangat besar.

seorang yg kaya sentiasa ada masa utk berbuat kebaikan.

seorang yg kaya tempat tinggalnya bukan sebuah bangunan spt kubu, rumah agam, istana.

Isnin, Januari 24, 2022

Kita Kaya

Selagi

boleh buka mata

boleh bernafas

ada masa utk perbaiki diri

ada masa utk bawa bekalan yg baik shj


Jika kita

Berhenti makan sebelum kenyang

Ada pakaian

Ada tempat berlindung

Masih ada ibubapa, sanak saudara, kawan & kenalan yg kasihkan kita.

Sabtu, Januari 22, 2022

C19 dan Doa

Semasa c19, banyak doa dikabulkan. Apa yg dibayangkan, diimpikan, jadi realiti.

Tiada kesesakan lalulintas. Tiada pemandu mabuk. Tiada sambutan & majlis membazirkan duit.

Tiada acara menunjuk2. Tiada jemputan yg perlu dihadiri secara terpaksa.

Boleh bekerja di rumah. Kerja lebih produktif. Tiada mesyuarat yg panjang. Terbukti tidak perlu kerja 5hari seminggu, dan 8jam sehari.

Jumaat, Januari 21, 2022

Langsung dari Masjidil Haram

Dulu2, hanya semasa bulan puasa, kita boleh saksikan secara langsung, solat dan tawaf di masjidil haram, kaabah. Sekarang, di tv hijrah, pada setiap malam/awal pagi, kita dapat saksikan kaabah secara langsung.

Tawaf biasanya beserta bacaan al quran. Molek, jika ada terjemahan bacaan al quran. Spt tadarus semasa bulan puasa. Lebih indah jika kita dapat fahami bacaan al quran sambil melihat kaabah.

Khamis, Januari 20, 2022

Terima Kasih Cikgu

Hari ini, petang tadi, seorg cikgu semasa saya di MCKK, kembali kpd Pemilik Segalanya, Allah Azza Wa Jalla. Cikgu Ajak Pie, cikgu muzik, cikgu bahasa inggeris, cikgu military band.

Beliau cikgu muzik kpd semua, termasuk saya semasa beliau mengajar di MCKK. Dia juga famous dgn serve Ajak Pie, semasa bermain tenis. Sliced service.

Thank you teacher. Thank you sir. You are one of those who added music to our life at MCKK.

Inna lillahi wa inna lillahir raji uun.


Rabu, Januari 19, 2022

Angsa bertelur emas

Lebih dikenali sbg the goose with the golden egg. Angsa yg mampu bertelur emas, yg mampu beri kekayaan dan kesenangan kpd tuannya.

Masalah apbila tuan, atau keluarga tuan tamak. Memaksa angsa lebih kerap bertelur. Tidak diberi masa utk bertelur emas yg berkualiti.

Kesannya, telur emas makin kecil, atau telur berkurang kandungan emasnya.

Tuan, keluarga dan kawan tuan tidak lagi ambil kisah tentang angsa. Makanminum tidak dijaga dgn baik. Bajet utk angsa dikurangkan. Angsa dipaksa cari makanminum sendiri. Tuan mula paksa angsa bukan shj bertelur emas, tapi pelbagai jenis telur.

Jangan terkejut jika angsa jatuh sakit. Kurang bertelur emas. Akhirnya tidak bertelur langsung, dan disembelih oleh tuan, keluarga dan kawan kerana inginkan telur di dlm badan angsa.

Spesis spt angsa ini adalah lembu yg berikan wang tunai, atau cash cow.

Ayam Tambatan

Ayam tambatan adalah jaguh yg sentiasa dipertaruhkan. Seorg yg umpama ayam tambatan dianggap mampu bertarung dan menang dlm setiap pertarungan.

Malangnya, jika pemilik atau penjaga ayam tambatan tidak pandai atau tahu menjaga ayam tambatan. Tidak diberi makan minum. Tidak diberi rehat yg cukup. Tidak mengubat jika ianya sakit. Sama ada ayam akan lari atau mati.

Sabtu, Januari 15, 2022

Masa, masalah dan muscle

Setiap masa ada masalah. Mungkin berkait dgn kita, mungkin xberkait. Mungkin berkait secara langsung, mungkin berkait secara tidak langsung.
Ada masalah pernah kita hadapi. Ada yg xpernah dihadapi. Jika kita pernah hadapi, kita biasanya dah tahu cara tanganinya. Jika kita tak tahu cara tangani secara terbaik masalah yg kita hadapi, rujuklah kpd pihak lain.
Jika dah biasa hadapi masalah yg sama atau hampir sama, kita akan kurang risau berbanding mula2 hadapinya.
Practice makes better understanding. Muscle kita dah biasa dan bersedia tangani masalah 
Alah bisa, tegal biasa.

Masalah

Awak ada masalah?

Takde? Bagus, pi cari masalah.

Ada masalah? Bagus, boleh selesaikan atau kurangkan?

Tak boleh selesaikan masalah? Bagus, cari masalah lain.

Boleh selesaikan masalah? Bagus, pi selesaikan masalah lain.

Boleh kurangkan masalah? Bagus, pi selesaikan masalah.

Di atas dunia, kononnya ada 2 tempat takde masalah, di hospital bahagia, dan di dalam kubur. Masalah di dlm kubur bukan masalah di atas dunia, dah xboleh selesaikan.

Masalah adalah ujian. Tanda kita masih 'hidup'.

Isnin, Januari 10, 2022

Masa tersisa

Masa tiada had secara umumnya. Infiniti. Tapi utk pengiraan prestasi untung rugi perniagaan ada pecahan ada awal dan akhir.

Begitu juga usia kita. Ada had masa. C19 sedarkan ingatkan kita. Esok tidak pasti kita akan buka mata di dunia. Ramai keluarga kawan kenalan telah kembali kpd Nya tanpa kira usia. Apabkla tiada lagi sisa usia kita di dunia kembalilah kita dgn amanah diberi oleh Nya.

Apa lagi pangkat gelaran jawatan dunia dikejar? Perlukah? 

Sabtu, Januari 08, 2022

Kediaman Impian

Pernah punya impian. Bina kediaman 6 tingkat termasuk basemen (tak perlu ada lif).

Basemen, ruang parkir. Groundfloor, ruang niaga. Tingkat2 lain utk kediaman ahli keluarga, berkonsep apartmen.

Masa mengimpikan dahulu, lebih 30tahun dahulu, kos xsampai satu juta utk satu bangunan sebegini. Sekrg?

Khamis, Januari 06, 2022

Kaya & Harta

Biasa kaya dikaitkan dgn harta. Dan antara harta kekayaan yg jelas adak kediaman kita. Lagi besar kediaman yg kita miliki, lagi kaya kita diandaikan.

Adakah saya kaya? Mungkin? Kediaman saya saujana mata memandang. Sama seperti kediaman semua kita sebenarnya. Tapi kediaman ini, alam ini, adalah milik Allah. Kita hanya diamanahkan utk menjaganya.

Tapi ramai lupa. Sebab pangkat, gelaran, jawatan, kuasa. Sebab tamak, sombong, kedekut dan dengki. Maka mereka mengaku alam milik mereka shj. Maka mereka layak lakukan apa sahaja kpd alam sekitar. Mereka menyusahkan org ramai mepunyai bumbung di alam milik Allah. Mereka gunakan riba utk mereka senang.

Sabtu, Januari 01, 2022

2022

1 jan 2022, hari pertama tahun baru masehi. Alhamdulillah, masih diberi peluang utk bernafas di bumi Allah. Dulu2, tahun ni dah pencen kerja.

Tapi sebenarnya tiada pencen. Perlu bekerja utk rezeki harian. Simpanan, tabungan, pelaburan, dll yg ada tidak pasti mampu utk kita hidup dgn minima keperluan kehidupan harian.

C19, bencana, kemalangan, dll adalah pesanan, peringatan, bhw apa yg ada bukan milik kita. Ianya pinjaman, sesuatu yg diamanahkan kpd kita. Teruskan beramanah.