Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Mac 31, 2009

Futsal Minggu Ini

InsyaAllah, pada malam ini saya akan bermain futsal lagi. Malam ni bercadang pasukan saya menentang pasukan adik saya.

Perbezaan diantara kedua pasukan adalah 10 tahun. form 5 1984 lawan form 5 1994. Peringatan, futsal adalah untuk beriadah. Bukannya untuk bercaripadah. Saya tidak pasti berapa ramai daripada pasukan saya akan hadir. Selalunya antara 12-17 pemain, termasuk adik2 saya yg lain.

Saya berfutsal mungkin satu bentuk riadah yang murah tetapi berkualiti. RM10 seorang tetapi pulangannya berganda2 daripada keseronokan berjumpa kawan2 lama.

Perlukah Peraturan?

Jawabnya adalah YA. Ianya sebagai panduan dan sempadan.

Maka untuk memastikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar di uitm, maka terdapat peraturan lalulintas di dalam kampus uitm. Isu tak habis2 adalah isu meletak kenderaan. Tadi saya baru tegur seorang pelajar (kot,sebab tiada tag pelajar dipakai) yang menggunakan kereta ibunya (katanyalah)iaitu seorang staf uitm. Saya tanya siapakah ibunya? beliau (lelaki berambut panjang, tanpa ciri2 pelajar seperti sahsiah dinyatakan hep)tidak maklumkan nama ibunya sebaliknya masuk ke dalam kereta dan memecut kereta (ada teman perempuan dalam kereta kenari merah, berpelekat staf uitm) keluar dari kawasan akademik 3.

Siapakah bertanggungjawab terhadap perbuatan 'pelajar' ini? Ibunya?

Silap Siapa?

Pada hujung minggu baru2 ini saya sepatutnya mengiring pelajar ke taman negara pahang. Nak tergelak,'kenapa saya? saya ni pakarkah?'

Tetapi kerana beberapa sebab, yang utamanya 'RM', maka trip terpaksa ditangguh. Antara pengajaran adalah, perancangan perlu dilakukan awal2 lagi. Walau pun kita ni 'anak emas' uitm, kita tak boleh buat kerja sambil lewa. Saya maklumkan kpd bos2 lain tentang masalah dan isu yang mungkin punca penangguhan projek. Mereka tersenyum.

Apabila sesuatu projek tertangguh, pegawai penasihat dan pengiring yang turut terima percikan. Kalau positif ok, kalau negatif?

Isnin, Mac 30, 2009

Di Audit Lagi

Hari ini InED menerima auditor drpd LRQA utk AS4&5. Ada yang tidak senang. Ada yang biasa ajenya.

Seperti kata Pengarah InED, kita janganlah risau jika diaudit. Buat kerja spt biasa (kalau tak buat kerja, buatlah macam biasa, tak buat kerja). janganlah kita nak menunjukkan sesuatu yg tidak benar. Kalau kita buat, tunjuklah buktinya. Setakat ni, alhamdulILLAH, audit kelihatan ok.

Bagi saya, audit hanya untuk membantu kita. nak tunjuk kalau yg tak baik, kita baikkan. Kalau yg dah baik, mcm mana supaya lebih baik.

Ahad, Mac 29, 2009

Masa Yang Ada

Semakin hari masa di dunia semakin pendek. Usia kita semakin hari semakin tua.

Semalam kenalan sekolah rendah mengadakan perjumpaan sambil bermain bowling. Dukacita saya tak dapat hadir. Batch saya memegang rekod dgn mempunyai seramai 70 lebih yg mendapat 5A papa peperiksaan penilaian darjah 5 1978. Ramai daripada kami meneruskan pengajian ke sekolah berasrama penuh.

Ramai yang amat2 berjaya. Ramai juga yang hidupnya sederhana. Macam saya B-). begitu cepat masa 30 tahun berlalu.

Saya Siapa?

Begitulah akan dipersoalkan? Bukan ada phd, bukan ada gelaran di depa nama. Kalau ada pun, letak sendiri B-)

Saya seronok bila masih lagi diingati oleh alumni fsr. Walaupun bukan semua yg datang datang bersalam dgn saya (ada sebab2 tertentu), saya bangga (syok sendiri) bila mereka bertanya khabar sambil bersalaman selepas mereka bersalaman dgn PM Zul (sifu mereka) dan TD en.Bul. Hidup mereka di uitm hanyalah sementara. UiTM adalah satu persinggahan sahaja. Tugas saya berkongsi ilmu dgn mereka semasa mereka di UiTM.

Masihkah saya mengajar akaun? Ya. Itulah tugas mengajar utama saya di FSR. CeBad Akaun.

Sabtu, Mac 28, 2009

Terima Kasih Pelajar Gim FSR

Malam tadi saya hadir ke gim fsr untuk majlis yg setiap semester diadakan untuk meraikan pelajar yg tamat amali di gim fsr. Yg uniknya, mereka yg dirai akan menyediakan juadah hidangan kpd para tetamu.

Para tetamu adalah kebanyakannya alumni fsr terutamanya alumni pelajar amali di gim fsr. Tuan rumah adalah PM Zul Kadir, sifu strength and conditioning FSR. Beliau adalah antara pakar sains sukan dan rekreasi di FSR dan UiTM. VIP adalah Tim.DekanKualiti dan Penyelidikan FSR, encik Hashbullah, juga alumni FSR.

Sebagai pendidik, kita bangga melihat anak didik yg berjaya. Saya doakan agar mereka yg pernah berkongsi ilmu dgn saya menggunakan ilmu dgn penuh amanah.

Jumaat, Mac 27, 2009

Berbudi dan Berbahasa

Kita orang Timur, diandaikan pandai berbudi dan berbahasa. Ianya berkaitan adab atau tatacara kehidupan kita.

Apakah berbudi? Pandai memberi kebaikan kpd orang lain dan persekitaran. Apakah berbahasa? Pandai cara berkomunikasi, sama ada lisan atau bertulis, dll. Bagaimana untuk bagus dlm berbudi dan berbahasa? Apakah tanda2 kita berbudi dan berbahasa? Ianya adalah berkaitan dgn tahap ilmu kita. Tahap ilmu pula tidak semestinya berkaitan dgn usia atau pengalaman kerja kita. Begiu juga pangkat yang ada tidak semestinya mencerminkan pangkat ilmu kita.

Maka bagi saya, orang yang berbudi dan berbahasa adalah seorang yg berilmu.

Khamis, Mac 26, 2009

Bakal Pemimpin

Sebelum boleh jadi pemimpin, kita mesti belajar dan menjadi pengikut yang baik. Apa yg kita buat semasa sebagai pengikut akan jadi kayu pengukur oleh pemimpin kita.

Dalam Al-Quran ada menyebutkan, berilah kepimpinan kpd yang beramanah. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang terkenal sebagai beramanah sebelum beliau menjadi Rasulullah s.a.w. Pemimpin perlu berilmu. Maka AlQuran diturunkan sebagai panduan kpd Nabi tercinta. Ayat pertama diturunkan adalah berkaitan ilmu.

Maka pilihlah pemimpin yang beramanah dan berilmu.Pemimpin di Mekah dan Madinah yang tidak masuk Islam antara sebabnya adalah kerana inginkan kuasa dan jawatan tetapi hanya untuk dunia sahaja.

Siapa Beramanah?

Kita percaya dan yakin bahawa ilmu dapat meningkatkan mertabat kita. Kita yakin bahawa jika setiap manusia diberi peluang yang sebaiknya, akan bertambah baik.

Maka kita sanggup mengambil amanah untuk mendidik supaya kita dapat meningkatkan taraf hidup pelajar kita. Kita sepatutnya memastikan pelajaran mereka tidak terganggu oleh perkara2 yang tidak berkaitan.

Apabila kita hanya pentingkan diri sahaja. Mereka yang diamanahkan kepada kita dipermainkan oleh kita. Kita telah tidak menjalankan amanah kita. Dimanakah integriti kita?

'Hilang Lagi'

Saya terima surat pada pagi tadi. Arahan utk 'hilangkan' diri dari pejabat lagi.

Saya diarah bertugas di KLCC. Pertandingan ITEX 2009. Doakan saya berjaya memenagi pingat utk membolehkan saya diarahkan 'menghilang' ke luar negara pula. InsyaAllah, jika berjaya kali ini, saya akan hadir ke luar negara.

Penerbitan daripada RMI yg saya terima pagi tadi juga bukti 'kehilangan' saya adalah secara produktif. Saya terima penghargaan daripada PNC penyelidikan pula tu. (Teruskanlah gigit jari B-)

Selasa, Mac 24, 2009

Siapa Saya?

Saya dimaklumkan bahawa ada pihak yg bagitau bhw saya kerap 'hilang' dari pejabat. Maka mereka yang akan bekerja dgn saya berasa was2 dgn keupayaan dan komitmen kerja saya.

Benar, saya kerap tiada di pejabat. Saya menjalankan arahan ke kampus cawangan, jabatan lain, fakulti lain dan lain2 tugas rasmi. Saya tidak hilang kerana pergi bermain golf. Saya tidak hilang setelah saya 'punch-in' untuk balik tidur di rumah dan sebagainya. 'Kehilangan' saya adalah secara rasmi.

Maka kehilangan saya menyebabkan saya mendapat lantikan yg lebih banyak lagi. Saya tak daya menolak kerana lantikan adalah tanda kepercayaan bos2 kpd saya. Ini bukti bahawa 'kehilangan' saya tidak menjejaskan kepercayaan bos2 kpd saya.

Tesis

Tesis adalah 'wrap-up' kpd pengajian di peringkat sarjana muda dan ke atas. Saya seronok menyelia pelajar melakukan tesis.

Saya bagitau pelajar dan bakal pelajar tesis saya, sumbangan kita 50:50. Kita sama2 belajar. Maka komitmen adalah bersama. Saya mahukan tesis pelajar saya digunakan utk mendapatkan pekerjaan. Dan tesis pelajar saya juga membawa nama saya. Maka saya perlu pastikan ianya adalah yang terbaik mungkin.

Bagaimana jika kita tidak pernah melakukan tesis? Wajarkah kita menyelia tesis pelajar? Adilkah kita kpd pelajar tersebut?

Sabtu, Mac 21, 2009

Silakan Saudara Ku

Bagaimanakah perasaan jika kita mendapat guru yang tak bertauliah? Guru yang tak layak mengajar kerana tiada kelayakan akademik yang bersesuaian? Inginkah kita berguru dengan 'guru' tersebut?

Bagi saya tidak. Saya tidak mahu saya diberi ajaran sesat. Walau pun 'guru' tersebut telah mendapat pangkat tertentu atau dipuji2 oleh pihak tertentu, tetapi dibidang akademik, kelayakan akademik adalah lesen sebenarnya untuk kita mengajar dalam bidang berkaitan. Maka mengajar tanpa kelayakan akademik yang diiktiraf adalah satu kesalahan, satu penipuan, satu pecah amanah.

Saya sentiasa berdoa untuk dijauhkan dan tidak bersubahat dengan mereka yang sedemikian rupa. Tanpa pengiktirafan akademik bermakna ANDA tidak layak! Pulangkan hak kepada yang berhak sebelum dituntut.

Selasa, Mac 17, 2009

Patch Adams

Sebuah kisah benar tentang seorang yg ingin menjadi doktor bukan kerana jawatan atau wang. Beliau ingin membantu supaya kualiti kehidupan seseorang dapat dipertingkatkan.

Ianya adalah antara cerita kegemaran saya. Saya jadikan tugasan kepada pelajar kaunseling saya untuk memahami kandungan cerita ini. Saya harapkan agar kerjaya saya sebagai seorang pensyarah seperti Patch Adams.

Doakan agar kehadiran saya sebagai seorang insan dan pensyarah dapat meningkatkan kualiti hidup mereka yang berada dipersekitaran saya.

Ahad, Mac 15, 2009

Harapan Yang Tinggi

Hari ini saya di stadium melawati shah alam. bertugas semasa ekspo selangkah ke uitm.

ramai pelawat yang hadir. calon2, ayah, ibu dan ramai lagi yg ingin memastikan atau mengetahui peluang ke uitm. fakulti terpilih dikerumuni pelawat2. fakulti sains sukan dan rekreasi turut mendapat pelawat. ramai sebenarnya tidak tahu apakah yang dipelajari di fsr. maka para pensyarah yg hadir bersedia berkongsi ilmu tentang fsr.

tahniah dan terima kasih kpd pn aishah, pen.pendaftar pentadbiran fsr kerana berusaha utk pastikan fsr cemerlang semasa ekspo. terima kasih kpd en shahril, mantan pen.pendaftar fsr yg turut melawat gerai fsr. terima kasih juga kpd para pelajar fsr yg membantu kami pm zul, en.tan, pn rozita, pn norlizah, pn jamatul dan lain2 lagi.

Jumaat, Mac 13, 2009

Pemimpin Contoh

Saya bersyukur kepada Allah kerana seorang saudara begitu ketara perubahan beliau setelah pulang dari Mekah. Tuturkata dan pembawaan menjadi lebih positif. Yang negatif telah berkurangan.

Beliau menjadi pemimpin disebuah kampus. memang adalah saudara ahli keluarga. Beliau saya anggap sebagai seorang pemimpin contoh. Terbukti apabila beliau banyak menerima jemputan berkaitan perkongsian ilmu.

maka bagi saya, seorang pemimpin diiktiraf oleh pihak lain. Berilmu dan beramal, dan pentingnya beriman. Doakan saya boleh menjadi seperti saudara saya itu.

Rabu, Mac 04, 2009

Peti Sejuk

Tidak seronok bekerja dengan mereka yg dihantar ke peti sejuk. Kebanyakan dihantar ke peti sejuk kerana tidak sudi diterima oleh tempat lain.

Maka bial ada warga peti sejuk, jika kita yg sentiasa bekerja, akan sentiasa diamanahkan utk bekerja. Sebab mungkin yg lain bos tak percaya boleh bekerja. Penat, tapi macama juga pasukan bolasepak. Jika kita pemain yg cemerlang, maka bos akan mahukan kita sentiasa bermain dalam setiap perlawanan.

Yg tak sedap, pemain yg tak bermain, dapat juga gaji, bonus dsbnya. InsyaAllah, jika ganjaran tidak kita dapat di dunia ini, ianya akan kita terima dariNya di akhirat kelak.

BerFutsal Semula

Setelah berminggu2 miss futsal bersama kawan2, semalam saya berfutsal semula. Tapi kemungkinan minggu depan saya tak dapat berfutsal kerana tugas.

Seronok berfutsal dgn kawan2. Pangkat tolak tepi. Memang betul2 tolak-menolak. Sampai ada yg jatuh. Spt saya katakan, futsal utk berseronok. Bukan utk ber'serious'. Maka jika ada yg tersemangat lebih, perlulah disejukkan.

Saya suka guna terapi ketawa semasa berfutsal. Dapat kurangkan stress saya semasa bekerja.

Selasa, Mac 03, 2009

Tahniah kepada Pakar Sains Sukan FSR

Tahniah kepada mereka yg diiktiraf sbg pakar sains sukan oleh pihak luar. Ianya amat bermakna kerana bukan puji diri sendiri.

Pengiktirafan individu di FSR bermaksud juga pengiktirafan FSR oleh pihak luar uitm. Saya cuma boleh tumpang bangga. Harap2 akan terkena juga. Tidak perlulah dengki jika kita tak dapat pengiktirafan. Mungkin rezeki kita di lain masa.

Seperti dlm blog prof Kamil, 'bila kita berjaya, akan ada yang tidak gembira'. (macam syaitan dan iblis). maka akan ada yg cuba memburuk2kan atau merendah2kan kejayaan kita. Tiada Tuhan Melainkan Allah.

Jika Tidak Amanah

Apa kesan jika tidak amanah dalam menjalankan kerja? Duit.

Jika kita ada kerja tapi tak buat kerja, maka gaji adalah gaji buta. Jika kita selalu hilang dari tempat kerja, maka gaji patut diterima hanyalah masa kita di tempat kerja dan bekerja. Yang lain tu?

Gembirakah kita jika lihat dan tahu ada yg dapat gaji tapi tak buat kerja? Gembirakah kita jika kita lihat org dapat pencen sedangkan semasa usia bekerja tidak buat kerja?