Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 29, 2012

Majlis Berbuka Puasa/Iftar

semasa bulan puasa ini ramai yg mengambil peluang untuk berbuka bersama2 kawan baru/lama dan kaum keluarga. kebiasaannya kita jarang dapat menikmati makan bersama mereka di bulan2 lain kerana urusan masing2.

maka ramai jadikan bulan ramadan utk mengeratkan hubungan yg mungkin renggang di bulan2 lain atau merapatkan lagi hubungan yg sedia rapat. tetapi nak jemput ke rumah keluasan kebanyakan rumah adalah kecil. maka ramai akan berjumpa di luar, mengadakan majlis berbuka puasa di luar. memang jika dilihat drpd kos berbuka seorang di kedai makan dsbnya amatlah tinggi utk sekali makan. kos sekali makan secara purata seperti kos makan 5kali di hari biasa. malah ada yg boleh mencecah berganda2.

jika diukur daripada segi bayaran berbuka di luar memang akan nampak mahal. tetapi jika diandaikan kos makan termasuk kos ruang digunakan bagi saya ianya adalah 'reasonable'. sebab ianya lebih jimat drpd kos membesarkan rumah utk meraikan tetamu yg hanya beberapa kali shj kita jumpa dlm setahun. walau bagaimana pun, pilihan di tangan sendiri.

Pentingnya Bajet

ada pelbagai jenis bajet. maksud bajet adalah perancangan kewangan kita. peribadi dan organisasi. bajet tahunan negara sentiasa menjadi satu perancangan yg dinanti2 hampir semua pihak. ianya akan menunjukkan halatuju negara pada tahun akan datang.

pada setiap agm, koperasi dan persatuan perlu membentang dan mendapat kelulusan bajet dicadangkan. maka ahli perlu faham kandungan dan kesan bajet kpd organisasi. kebiasaannya jika tahun2 lepas prestasi bagus dan kewangan tiada masalah, ahli jarang fokus dan teliti kpd bajet dibentangkan.

pengalaman saya dgn beberapa organisasi boleh dikatakan bhw mungkin ahli tak faham kepentingan bajet. maka tiada atau penilaian dilakukan diantara bajet dan pencapaian sebenar secara berkala. bajet spt stesen keretapi/lrt/komuter. ianya membantu kita/penumpang organisasi 'keep track' kpd stesen yg disinggah supaya tak silap keretapi dan menyebabkan kita tidak sampai ke destinasi dituju.

alhamdulillah. staf kerajaan akan dpt bonus 1/2bulan sebelum raya. maka saya andaikan ramai yg bajet utk menghabiskan bonus tersebut. seeloknya janganlah menjadikan diri boros dgn bonus bakal diterima. simpan utk dinikmati di hari kemudian atau lebih memerlukan. saya sarankan agar semua pelajar di uitm diberi peluang mengambil kursus perakaunan yg mengandungi topik bajet utk kebijaksanaan dan kesejahteraan sendiri, masyarakat dan lain2.

Jumaat, Julai 27, 2012

Masa di Bulan Puasa

masa di bulan puasa boleh dijadikan sampel atau mencerminkan masa di bulan lain. ianya berbeza bg yg menghayati ibadah dan yg tidak kisah dgn ibadah.

di bulan puasa bagi yg payah puasa akan terasa puasa amat menyusahkan. masa terasa lambatnya untuk sampai ke waktu berbuka. sebaliknya bagi yg suka dgn puasa akan terasa begitu cepatnya masa berlalu dlm bulan puasa. ini kerana banyak yg ingin dilakukan oleh yg ingin tetapi terasa masa begitu cepat berlalu. maka mereka yg cintakan ibadah dlm bulan puasa yg banyak bonus akan kesedihan apabila masa bulan ramadan akan berakhir.

khutbah jumaat di masjid tuanku mizan uitm tadi juga mengatakan tentang masa dan puasa. ianya berkaitan produktiviti. sejarah banyak menjadi contoh bagaimana banyak kejayaan berlaku di bulan puasa. termasuklah di zaman nabi. jadi puasa tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak produktif. puasa. ambillah peluang masa di bulan puasa untuk menambahkan bekalan kita di akhirat. semoga kita menjadi diantara mereka yg segera dimasukkan ke dlm syurga tanpa dihisab.

Isnin, Julai 23, 2012

Pembunuh

setiap hari kita akan berjumpa mereka. mereka ini amat bahaya. tapi niat mereka ini saya tak pasti. adakah nak membunuh orang lain atau nak bunuh diri.

siapakah mereka ini? bagi saya mereka yg saya gelar sbg pembunuh adalah mereka spt penunggang motorsikal yg menunggang motorsikal tanpa topi keledar. pakai topi keledar tapi tak ikat betul2. menunggang di laluan kereta dll walau pun dah ada laluan khas utk motorsikal. mengubah laluan tanpa menggunakan lampu isyarat. menunggang tanpa memasang lampu. lampu brek dan/atau lampu belakang rosak/tak menyala.

satu lagi golongan pembunuh adalah pemandu kereta yg memandu tanpa menyalakan lampu. contohnya sekarang ramai yg keluar ke pejabat awal di bulan puasa ini. maka payah nak bezakan kereta, jalan dan langit kerana cahaya persekitaran masih gelap. dan mereka juga adalah yg memandu tanpa menggunakan lampu isyarat utk menukar laluan. mereka juga adalah pembunuh yg memasuki jalan no-entry. juga mereka yg memasang lampu hazard sambil kenderaan mereka bergerak.

ramadan menguji kesabaran kita. tapi kalau ada pihak yg tidak perihatin/kisah keselamatan orang lain, maka kita wajib tegur. kalau pembunuh ini membunuh diri tanpa susahkan orang lain kita tak kisah. tapi kebiasaannya kita pun akan susah sama ada mereka nak bunuh diri atau orang lain. jadi yg bertanggungjawab dan dibayar gaji utk elakkan pembunuh berada di jalan2, jalankanlah tugas anda dengan penuh amanah. kan nanti kena jawab di akhirat.

Sabtu, Julai 21, 2012

Ramadan 1433

ramadan muncul lagi. ramadan masa untuk berehat daripada makan di siang hari. ramadan masa menahan nafsu di siang hari (jika mampu). tapi lebih penting ramadan adalah masa membuat bekalan dgn bonus yg banyak.

pejam celik (ulang berkali2) dah pun kita puasa wajib semula. lepas tu beraya syawal. bagi ramai drpd kita, ramadan juga persediaan nak balik kampung. maka ramai yg fokus persediaan beraya di kampung atau jauh dari tempat kerja. bagi ramai drpd kita raya syawal adalah satu2nya masa untuk berehat dlm setahun. lari(?) dari tanggungjawab bekerja dlm setahun.

maka ramai yg lupa utk fokus kpd ramadan yg penuh barakah (termasuklah saya). alasan tidak makan di siang hari menyebabkan ramai bekerja separuh masa shj. bagi yg dah biasa kerja separuh masa (4jam drpd 8jam sehari) maka di bulan ramadan mereka akan produktif(?) hanya 2jam shj(25%). ini amat merugikan organisasi jika dikira ikut masa. tapi jika diambilkira kerja berfokus tanpa dugaan nak pi makan/mengumpat dll maka sebenarnya ramadan adalah bulan paling produktif. ianya bergantung kpd niat dan amalan kita.

kalau dlm team building, kita berebut2 nak menang. ianya bergantung kpd sebanyak mana kita berupaya mengutip mata/markah dlm masa yg ada. kebiasaan kita nak kutip mata/markah yg banyak utk menang di dunia (diterjemahkan dgn kenaikan pangkat/gaji/kereta lebih besar/mahal/dll). tetapi bab menang di akhirat kita mudah lupa dan leka.

semoga ramadan yg penuh barakah ini mengingatkan kita utk lebih bersedia dgn lebih banyak bekalan utk akhirat di mana kita akan hidup selama-lamanya. salam ramadan buat semua.


Khamis, Julai 19, 2012

Asam Rong/Asam Rom

masakan asam rong/rom ini pertama kali saya cuba di jerantut. ianya pada tahun 2006 iaitu setelah selesai program fakulti di kuala tahan dan taman negara.

memang masakan ini pedas. dan ikan yg best bersama gulai ini adalah ikan baung kederak (?). jenis ikan ini kalau secara saintifik saya tak pasti. tetapi jika masakan bersama ikan baung ini harganya rm20 seketul mengikut pembelian terakhir saya di jerantut pada julai 2012. tetapi ramai akan amsak dgn ikan talapia utk kurangkan kos.

masakan ini adalah masakan asli daerah jerantut (yg dimaklumkan kpd saya). dan kalau nak makan jangan dicampur dgn gulai asam tempoyak. rasa2 boleh pening kot? atau tak boleh kita nikmati kesedapan kedua2 masakan tu. gulai asam tempoyak baisanyanya dimasukkan ikan patin. kalau nak beli di r&r temerloh, yg ada patin buah lagi mahal drpd patin sangkar.

semalam saya menerima kiriman kedua2 masakan drpd mak de di kuala tahan. ianya kerana saya pesan kepada kumpulan wief uitm yg menginap di persona resort kuala tahan semasa lawatan mereka ke kuala tahan dan taman negara. terima kasih kpd penyampai pesanan, pembuat pesanan dan yg hantar pesanan kpd saya walaupun dah letih kerana balik dari taman negara.

Rabu, Julai 18, 2012

Tugasan Seorang Ketua

setiap kita adalah ketua. setiap kita adalah pemimpin. maka kita mempunyai tugas dan tanggungjawab yg mesti dijawab nanti.

sbg pemimpin kita perlu membenarkan/menyokong apa yg betul. kita perlu berilmu utk kebaikan diri dan orang lain. kita perlu menyampaikan kebenaran/berkongsi ilmu. dan kita perlu amanah dgn jawatan/kuasa diberi sementara kpd kita.

semalam seorang kawan tanya saya,'tak rasa rugi ke letak jawatan sbg ketua?' jawapan saya,'memanglah mula2 terasa juga kekurangan apabila tiada lagi kuasa yg datang bersama jawatan. tapi lebih baik kita jangan syok dgn kuasa sampai kita gila kuasa dan nak pegang jawatan yg bukan hakiki sampai pencen'.

seorang ketua yg berilmu perlu perihatin dgn keadaan tugas orang dipimpin, jadi perlulah jengok2, dan bertanya khabar. janganlah kita syok dgn kuasa, dan banyak masa utk beri tugasan kpd mereka yg diamanahkan kpd kita utk memimpin mereka.

sudah ramai yg saya dengar membebel tentang bos2. 'asyik berjalan aje. suka buat keputusan disaat akhir. suka mengubah keputusan. nak popular dgn orang atasan aje.' adakah luahan ini bermakna pemimpin/bos tidak amanah sbg pemimpin/ketua? janganlah nanti apabila dah tak jadi ketua, kita dibenci, kita dijauhi. sekadar peringatan seorang hamba kpd yg maha berkuasa.


Ahad, Julai 15, 2012

Kepimpinan Organisasi

pemimpin akan memimpin diri dan organisasi. ada organisasi formal dan ada organisasi tak formal. yg tak formal dikira tak bergaji atau pulangan kewangan. mungkin lebih sesuai utk organisasi keluarga.

kepimpinan formal selalunya dikaitkan dgn jawatan bergaji. seperti ketua di pejabat. maka jawatan datang dgn tugas dan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan dgn penuh amanah. jika digunakan 4sifat kepimpinan rasulullah s.a.w, seorang pemimpin perlu dipercayai kata dan tindakannya (membenarkan kata2 orang), ada ilmu, beramanah dan menyampaikan maklumat walau pun pahit.

dalam kaunseling kesedaran adalah langkah pertama ke arah mencapai matlamat kita. jika ada pemimpin yg tidak sedar kekurangan dirinya, maka alamatnya organisasi akan masuk lubang dan bersedia utk ditanam (terkubur). maka pihak lain perlu mengingatkan pemimpin yang belum sedar. jika pemimpin masih belum mahu sedar akan kekurangannya, maka perlulah ditukar pemimpin tersebut.

dalam kursus keusahawanan di uitm, kepimpinan dlm organisasi terbahagai kpd bos besar, bos pentadbiran, bos operasi, bos pemasaran dan bos kewangan. suka tak suka, kedudukan kewangan akan menentukan kesinambungan organisasi. tapi saya dapati ramai pemimpin yg tiada atau kurang ilmu kewangan. patutlah organisasi bermasalah.

Khamis, Julai 12, 2012

Pengurusan Stres Melalui BerAikido

setiap daripada kita akan mengalami stres. ada stres positif. ada stres negatif. secara umumnya stres ditangani sama ada secara fight atau flight.

kalau stres negatif, ikut yerkes-dodson akan hasilkan respons paling teruk adalah burnout. ianya seperti kita dah tak terdaya nak menghadapi stres negatif tersebut. maka pi pejabat/kelas sekadar cukup syarat ajelah. bila time nak masuk cuba dilambat2kan. bila time nak keluar akan dicepat2kan. kerja/belajar secara tak bermaya/berdaya atau secara maya sahaja.

jika secara fight ianya seperti kita akan lawan sekuat mana stres diterima. ianya seperti menumbuk penumbuk lawan kita. dan kebiasaannya kita sama2 sakit. yg menang adalah yg masih bermaya utk menumbuk lagi sehingga lawan mengaku kalah. ini menggunakan banyak tenaga.

tapi saya cadang kita tangani stres negatif secara beraikido. kita gunakan tenaga lawan kita utk menewaskannya. kita perlu pandai menepis secara positif. kita tak penat. lawan penat dan lawan kita kalah.

adakalanya bolehlah juga kita gunakan 'ada aku kisah'. lama2 penatlah lawan kita apabila kita tak bertumbuk dgnnya. biarlah dia penat sendiri.

Selasa, Julai 10, 2012

Nok Agah Wak Gapo

nok agah wak gapo atau bahasa melayu baku adalah kenapa perlu sombong? perlukah sombong? layakkah kita sombong.

penceramah utk kursus anjuran masmed berkongsi berkenaan diri dan kesombongan kita. kita perlu sedar siapa kita. bacalah dan ingatlah kpd 7ayat terakhir surah Yasin, ayat 77-83:

tidak manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami (Allah) telah menciptakan dia daripada setitis air mani? dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati).

Serta dia mengemukan misal satu perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya,'siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?'

Katakanlah:'tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Dia Amat Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakan Nya)

'Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) daripada pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun sentiasalah menyalakan api daripada pohon-pohon itu'

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Amat Mengetahui.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia mengkehendakki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: 'Jadilah engkau'. Maka  terus benda itu menjadi.

Maka akuilah kesucian Allah (dengan mengucapkan Subhanallah) Tuhan yang memilikki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Jadi nok agah gapo lagi. pangkat tinggi, sihat tubuh badan, ada isteri2 dan anak2, kereta besar, rumah besar dll hanya ujian kpd kita. dan semuanya itu hanya amanah yg perlu kita jaga dgn baik kerana semuanya itu milik Allah termasuklah diri kita yang tak layak langsung untuk sombong kpdNya.

Selasa, Julai 03, 2012

Bahaya Jika Kurang/Tiada Ilmu

memang saya akan terus membebel tentang pengguna jalan/jalanraya. sebabnya jika berlaku kemalangan, kita yg tak bersalah akan turut terlibat. lebih teruk lagi jika yg lakukan kesalahan terlepas dan yg 'innocent' kehilangan nyawa.

hari ini aje senang nak jadikan contoh. ada yg keluar simpang/membelok tanpa memberi isyarat. dan ada yg menunggang motorsikal di laluan kereta dll. lagi angin apabila yg pandu kereta dlm keadaan warna kereta sama dengan langit atau jalan kerana cuaca/masa tanpa menyalakan lampu.

tadi saya membebel dlm kereta. ada masa tadi saya sengaja menyalakan lampu isyarat saya walau pun saya tidak akan membelok atau menukar laluan. ada juga tadi saya padamkan lampu saya seketika di belakang kereta yg tak memasang lampu walau pun waktu dah senja. ada tadi saya gunakan lampu tinggi utk mengingatkan supaya memasang lampu.

pemandu,penunggang motorsikal,kereta, bas, lori, motorsikal tidak boleh dibuat andaian am yg mereka ini jahil mengikut umur, bangsa, jantina, jenis kereta, harga kereta.warna kereta, jenis kereta. andaian umum hanyalah mereka ini tak kisah tentang orang lain. mereka bukan ahli masyarakat yg baik. cuma boleh sy tenteramkan hati saya adalah, 'mereka sedemikian kerana mereka ni jahil, kurang atau tiada ilmu.

Ahad, Julai 01, 2012

Temuduga dan Kejayaan

kerja apa?
mengajar.
gaji berapa? ada rm10ribu?
tak
ada kereta jenis apa? mercedes? bmw? audi?
tak.
rumah dok bungalow atau semi-d?
teres.
berapa banyak ada?
takde satu pun. menumpang.
suka pi bercuti kat mana? london? paris? amerika?
jarang bercuti sebab kerja banyak.
ayah pangkat datuk atau tan sri?
takde pangkat tu.
selalu pi makan kat restoran mana di bangsar?
tak suka.
biasa pi shopping klcc tiap2 minggu?
tak. tak suka pi klcc pun

oklah. kalau awak tunggu aje kita hubungi awak.

mungkin ini interview utk cari pasangan zaman sekarang. agak2 kalau jawapan di atas boleh berjaya ke?

Kejayaan dan Keluarga

kejayaan memberi maksud berbeza kpd individu berbeza. kpd kumpulan berbeza. kpd golongan berbeza.

kejayaan selalunya kita terjemahkan melalui kefahaman yg dinyatakan secara tersirat atau tersurat oleh mereka yg dekat dgn kita. dan selalunya mereka ini adalah keluarga kita. dan bagi yg kurang rapat dgn keluarga ianya lebih kpd yg diandaikan oleh kenalan seperti kawan atau rakan sekerja.

soalan saya pada setiap semester kpd pelajar baru saya adalah 'apakah yg anda definisikan sbg kejayaan?'. dan jawapan diterima akan sentiasa berbeza. tetapi kebanyakan adalah berdasarkan pencapaian material.

seronok apabila melihat mereka yg berjaya. terutama sekali jika mereka adalah keluarga. bagi seorang pensyarah, kejayaan yg menyeronokkan adalah apabila pelajarnya berjaya menamatkan pengajiannya dgn jayanya. di uitm ianya apabila kita melihat bekas pelajar kita menerima skrol semasa konvokesyen.

sebenarnya banyak pencapaian boleh dibanggakan. kejayaan di sekolah. kejayaan memasukki ipt. kejayaan menjadi graduan ipt. kejayaan bekerjaya yg membolehkan hidup berdikari dan seterusnya menyumbang dari segi kewangan kpd keluarga serta sumbangan lain2. tetapi ini lebih kpd material. sumbangan secara rohaniah/spiritual jarang diiktirafkan.

kita andaikan kita berjaya jika mendapat pengiktirafan. kereta yg kita pandu. rumah yg kita milikki. kerja yg kita dapat. gaji yg kita dapat. kesemuanya jika tidak diiktirafkan tidak diandaikan sbg satu kejayaan.

antara kejayaan bg saya adalah apabila berupaya berada dikalangan keluarga dan kenalan yg menerima kita seadanya. waktu senang dan susah, keluarga sedia menerima kita kerana kita adalah keluarga.