Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 29, 2012

Majlis Berbuka Puasa/Iftar

semasa bulan puasa ini ramai yg mengambil peluang untuk berbuka bersama2 kawan baru/lama dan kaum keluarga. kebiasaannya kita jarang dapat menikmati makan bersama mereka di bulan2 lain kerana urusan masing2.

maka ramai jadikan bulan ramadan utk mengeratkan hubungan yg mungkin renggang di bulan2 lain atau merapatkan lagi hubungan yg sedia rapat. tetapi nak jemput ke rumah keluasan kebanyakan rumah adalah kecil. maka ramai akan berjumpa di luar, mengadakan majlis berbuka puasa di luar. memang jika dilihat drpd kos berbuka seorang di kedai makan dsbnya amatlah tinggi utk sekali makan. kos sekali makan secara purata seperti kos makan 5kali di hari biasa. malah ada yg boleh mencecah berganda2.

jika diukur daripada segi bayaran berbuka di luar memang akan nampak mahal. tetapi jika diandaikan kos makan termasuk kos ruang digunakan bagi saya ianya adalah 'reasonable'. sebab ianya lebih jimat drpd kos membesarkan rumah utk meraikan tetamu yg hanya beberapa kali shj kita jumpa dlm setahun. walau bagaimana pun, pilihan di tangan sendiri.

Tiada ulasan: