Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Julai 19, 2012

Asam Rong/Asam Rom

masakan asam rong/rom ini pertama kali saya cuba di jerantut. ianya pada tahun 2006 iaitu setelah selesai program fakulti di kuala tahan dan taman negara.

memang masakan ini pedas. dan ikan yg best bersama gulai ini adalah ikan baung kederak (?). jenis ikan ini kalau secara saintifik saya tak pasti. tetapi jika masakan bersama ikan baung ini harganya rm20 seketul mengikut pembelian terakhir saya di jerantut pada julai 2012. tetapi ramai akan amsak dgn ikan talapia utk kurangkan kos.

masakan ini adalah masakan asli daerah jerantut (yg dimaklumkan kpd saya). dan kalau nak makan jangan dicampur dgn gulai asam tempoyak. rasa2 boleh pening kot? atau tak boleh kita nikmati kesedapan kedua2 masakan tu. gulai asam tempoyak baisanyanya dimasukkan ikan patin. kalau nak beli di r&r temerloh, yg ada patin buah lagi mahal drpd patin sangkar.

semalam saya menerima kiriman kedua2 masakan drpd mak de di kuala tahan. ianya kerana saya pesan kepada kumpulan wief uitm yg menginap di persona resort kuala tahan semasa lawatan mereka ke kuala tahan dan taman negara. terima kasih kpd penyampai pesanan, pembuat pesanan dan yg hantar pesanan kpd saya walaupun dah letih kerana balik dari taman negara.

Tiada ulasan: