Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 01, 2012

Kejayaan dan Keluarga

kejayaan memberi maksud berbeza kpd individu berbeza. kpd kumpulan berbeza. kpd golongan berbeza.

kejayaan selalunya kita terjemahkan melalui kefahaman yg dinyatakan secara tersirat atau tersurat oleh mereka yg dekat dgn kita. dan selalunya mereka ini adalah keluarga kita. dan bagi yg kurang rapat dgn keluarga ianya lebih kpd yg diandaikan oleh kenalan seperti kawan atau rakan sekerja.

soalan saya pada setiap semester kpd pelajar baru saya adalah 'apakah yg anda definisikan sbg kejayaan?'. dan jawapan diterima akan sentiasa berbeza. tetapi kebanyakan adalah berdasarkan pencapaian material.

seronok apabila melihat mereka yg berjaya. terutama sekali jika mereka adalah keluarga. bagi seorang pensyarah, kejayaan yg menyeronokkan adalah apabila pelajarnya berjaya menamatkan pengajiannya dgn jayanya. di uitm ianya apabila kita melihat bekas pelajar kita menerima skrol semasa konvokesyen.

sebenarnya banyak pencapaian boleh dibanggakan. kejayaan di sekolah. kejayaan memasukki ipt. kejayaan menjadi graduan ipt. kejayaan bekerjaya yg membolehkan hidup berdikari dan seterusnya menyumbang dari segi kewangan kpd keluarga serta sumbangan lain2. tetapi ini lebih kpd material. sumbangan secara rohaniah/spiritual jarang diiktirafkan.

kita andaikan kita berjaya jika mendapat pengiktirafan. kereta yg kita pandu. rumah yg kita milikki. kerja yg kita dapat. gaji yg kita dapat. kesemuanya jika tidak diiktirafkan tidak diandaikan sbg satu kejayaan.

antara kejayaan bg saya adalah apabila berupaya berada dikalangan keluarga dan kenalan yg menerima kita seadanya. waktu senang dan susah, keluarga sedia menerima kita kerana kita adalah keluarga.

Tiada ulasan: