Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Julai 23, 2012

Pembunuh

setiap hari kita akan berjumpa mereka. mereka ini amat bahaya. tapi niat mereka ini saya tak pasti. adakah nak membunuh orang lain atau nak bunuh diri.

siapakah mereka ini? bagi saya mereka yg saya gelar sbg pembunuh adalah mereka spt penunggang motorsikal yg menunggang motorsikal tanpa topi keledar. pakai topi keledar tapi tak ikat betul2. menunggang di laluan kereta dll walau pun dah ada laluan khas utk motorsikal. mengubah laluan tanpa menggunakan lampu isyarat. menunggang tanpa memasang lampu. lampu brek dan/atau lampu belakang rosak/tak menyala.

satu lagi golongan pembunuh adalah pemandu kereta yg memandu tanpa menyalakan lampu. contohnya sekarang ramai yg keluar ke pejabat awal di bulan puasa ini. maka payah nak bezakan kereta, jalan dan langit kerana cahaya persekitaran masih gelap. dan mereka juga adalah yg memandu tanpa menggunakan lampu isyarat utk menukar laluan. mereka juga adalah pembunuh yg memasuki jalan no-entry. juga mereka yg memasang lampu hazard sambil kenderaan mereka bergerak.

ramadan menguji kesabaran kita. tapi kalau ada pihak yg tidak perihatin/kisah keselamatan orang lain, maka kita wajib tegur. kalau pembunuh ini membunuh diri tanpa susahkan orang lain kita tak kisah. tapi kebiasaannya kita pun akan susah sama ada mereka nak bunuh diri atau orang lain. jadi yg bertanggungjawab dan dibayar gaji utk elakkan pembunuh berada di jalan2, jalankanlah tugas anda dengan penuh amanah. kan nanti kena jawab di akhirat.

Tiada ulasan: