Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Julai 10, 2012

Nok Agah Wak Gapo

nok agah wak gapo atau bahasa melayu baku adalah kenapa perlu sombong? perlukah sombong? layakkah kita sombong.

penceramah utk kursus anjuran masmed berkongsi berkenaan diri dan kesombongan kita. kita perlu sedar siapa kita. bacalah dan ingatlah kpd 7ayat terakhir surah Yasin, ayat 77-83:

tidak manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami (Allah) telah menciptakan dia daripada setitis air mani? dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati).

Serta dia mengemukan misal satu perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya,'siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?'

Katakanlah:'tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Dia Amat Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakan Nya)

'Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) daripada pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun sentiasalah menyalakan api daripada pohon-pohon itu'

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Amat Mengetahui.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia mengkehendakki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: 'Jadilah engkau'. Maka  terus benda itu menjadi.

Maka akuilah kesucian Allah (dengan mengucapkan Subhanallah) Tuhan yang memilikki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Jadi nok agah gapo lagi. pangkat tinggi, sihat tubuh badan, ada isteri2 dan anak2, kereta besar, rumah besar dll hanya ujian kpd kita. dan semuanya itu hanya amanah yg perlu kita jaga dgn baik kerana semuanya itu milik Allah termasuklah diri kita yang tak layak langsung untuk sombong kpdNya.

Tiada ulasan: