Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 15, 2012

Kepimpinan Organisasi

pemimpin akan memimpin diri dan organisasi. ada organisasi formal dan ada organisasi tak formal. yg tak formal dikira tak bergaji atau pulangan kewangan. mungkin lebih sesuai utk organisasi keluarga.

kepimpinan formal selalunya dikaitkan dgn jawatan bergaji. seperti ketua di pejabat. maka jawatan datang dgn tugas dan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan dgn penuh amanah. jika digunakan 4sifat kepimpinan rasulullah s.a.w, seorang pemimpin perlu dipercayai kata dan tindakannya (membenarkan kata2 orang), ada ilmu, beramanah dan menyampaikan maklumat walau pun pahit.

dalam kaunseling kesedaran adalah langkah pertama ke arah mencapai matlamat kita. jika ada pemimpin yg tidak sedar kekurangan dirinya, maka alamatnya organisasi akan masuk lubang dan bersedia utk ditanam (terkubur). maka pihak lain perlu mengingatkan pemimpin yang belum sedar. jika pemimpin masih belum mahu sedar akan kekurangannya, maka perlulah ditukar pemimpin tersebut.

dalam kursus keusahawanan di uitm, kepimpinan dlm organisasi terbahagai kpd bos besar, bos pentadbiran, bos operasi, bos pemasaran dan bos kewangan. suka tak suka, kedudukan kewangan akan menentukan kesinambungan organisasi. tapi saya dapati ramai pemimpin yg tiada atau kurang ilmu kewangan. patutlah organisasi bermasalah.

Tiada ulasan: