Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, April 27, 2024

Raya dan Kurus

Ramai nak kurus pada hari raya. Terutama pada hari raya pertama.

Ada pelbagai sebab nak kurus pada hari raya. Nak nampak cantik. Nak pakai baju baru. Nak dipuji cantik, kurus, dan baju raya cantik.

Realiti. Ramai kurus pada pagi raya pertama. Tapi pada penhujung hari pertama, berat bertambah. Saya pun turut naik 2kg pada raya pertama. Sebab makan tak khabar ingat.

Jumaat, April 19, 2024

Raya dan Menumpang

Dulu2, pada beberapa tahun, saya biasa tumpang saudara mara utk balik beraya. Mengharapkan belas ihsan mereka, supaya saya dapat balik beraya.

Ada beberapa sebab saya tumpang kenderaan mereka. Tiada kenderaan sendiri. Kenderaan sendiri tidak dipandu balik utk beraya.

Selain tumpang kenderaan, kita juga biasa tumpang tidur. Tumpang makan. Tumpang berehat, dll. Raya mengingatkan kita, kita hanya tumpang berada di dunia, dgn ihsan pemiliknya.

Ahad, April 14, 2024

Raya dan Kereta

Bilangan kereta yg mendadak di laluan balik kampung, adalah biasa semasa musim perayaan. Ianya fenomena yg amat ketara sejak ada adanya kereta nasional?

Dulu2, ramai yg balik kampung dgn kenderaan awam. Mungkin ramai dah mampu (?) beli kereta sendiri, atau sewa kereta utk balik beraya. Atau kenderaan awam tak mampu penuhi permintaan tinggi utk balik kampung?

Ada yg balik kampung dgn kereta baru. Budaya masyarakat kita, menilai kejayaan keluarga dgn bilangan dan jenama kereta di halaman rumah di kampung semasa raya?

Raya dan Jam

Raya dan cuti umum yg panjang biasa dgn laluan jam. Banyak kenderaan, berganda2 lebih drpd biasa menggunakan laluan2 utama utk pulang beraya, bercuti.

Dulu2 kurang penggunaan kenderaan milik sendiri utk pulang beraya. Tapi trend sekrg, hampir setiap rumah akan guna kenderaan sendiri utk pulang beraya. Ada yg bawa balik lebih drpd sebuah kenderaan, kerana ahli keluarga yg ramai, barang banyak, kuih raya dan hadiah, serta kucing.

Raya puasa kali ini, saya tempoh 16jam utk balik ke lembah kelang. Kali kedua (?) pengalaman selama ini. Tapi, alhamdulillah, naik bas, kurang stres berbanding memandu sendiri. Saya galakkan utk kita charter sebuah bas utk bawa keluarga minima 30org.

Raya dan Rumah Pusaka

Biasanya, semasa raya puasa, dan juga raya haji, ahli keluarga akan berkumpul di rumah pusaka, rumah milik atau tinggalan nenek moyang. Rumah pusaka baru, jika ibubapa kita atau kita menjadi generasi tertua dlm keluarga terdekat.

Raya di rumah pusaka, banyak kenangannya. Bagi kita yg masih ada, kenangan sejak kita kecil sehingga terakhir balik ke rumah pusaka. Seronok bermain bunga api, bersalam-salaman, duit raya, makan masakan nenek, solat ramai2, tunggu giliran ke bilik air, tidur ramai2 di ruang pilihan/tiada pilihan.

Rumah pusaka atau rumah warisan setelah tiada lagi tok ayah dan wan, tidak lagi spt dulu. Alhamdulillah ayah ad pula jadi penjaga. Tapi raya puasa 2024, tak sempat singgah utk beraya.

Selasa, April 09, 2024

Pinjaman dan amanah

Apabila dapat pinjaman, hutang, maka diterima amanah utk pulangkan kpd peminjam. Masa kita di dunia adalah pinjaman, dan diamanahkan utk kita laburkan dgn sebaiknya. Hasil pelaburan yg terbaik akan dilihat di akhirat.
Amanah bermakna, guna pinjaman sebaiknya, dan pulangkan kpd pemilik, sama ada dlm keadaan sebagaimana diterima, atau dlm keadaan yg lebih baik. Kita ingin pulang kpd Allah dlm keadaan terbaik, utk akhirat.
Ramadan adalah masa terbaik utk kembali kpd fitrah asal kita, dlm keadaan baik dan suci. Masih ada masa utk kita persediakan diri kita utk bersih, suci dan baik utk kembali kpd Nya.

Pinjaman dan dunia

Kita sentiasa diingatkan, dunia adalah pinjaman. Dunia bukan utk dimiliki, sebab dunia milik Maha Pencipta, Allah ta'ala.

Tapi ramai yg sanggup kedekut, tamak, sombong, dengki utk kaya di dunia, utk memiliki harta, dll di dunia. Ramai lupa, setelah mati, kesemua harta ditinggalkan, tidak dibawa bersama ke dlm kubur.

Tak perlu meminjam utk kaya sementara di dunia. Cukuplah dgn yg asas utk bolehkan kita beribadah kpd Allah. Dunia adalah pentas, yg banyak melalaikan.

Pinjaman dan kredit

Dalam perakaunan, pinjaman, hutang, dan kredit adalah formula, proses, urusniaga. Adakala maksudnya sama, adakalanya berbeza.

Kredit ada pelbagai maksud, spt catitan di sebelah kanan akaun, hutang, pujian. Biasanya utk dapat pinjaman, hutang, pemberi pinjaman mesti percaya dan yakin bahawa yg akan terima hutang dapat bayar balik hutang.

Pinjaman berkait kredibiliti, nama baik penerima pinjaman. Bayarbalik hutang utk jaga namabaik kita.

Pinjaman dan hutang

Pinjaman biasanya dikaitkan dgn hutang. Apabila kita pinjam drpd pihak lain, ianya bermakna kita telah berhutang kpd pihak tersebut.
Pinjaman yg biasa adalah dlm bentuk wang. Memang ada pinjaman dlm bentuk bukan wang, spt pinjam masa, tenaga, kereta, buku, dll.
Apabila ada hutang, perlu bayarbalik. Dlm islam, pinjaman, hutang ada disebut di dlm alquran. Sebaiknya, elak berhutang, kecuali terpaksa. Ramai yg berhutang utk beraya, utk penuhi gaya hidup sekarang.

Khamis, Mac 14, 2024

Keseronokan Bekerja

Saya suka membaca ttg kerja. Ttg psikologi, kaunseling, dll berkait kerja. Ada sebuah buku 'the joy of working'. Bagaimana utk seronok bekerja.

Saya pernah baca, 'the joy of teaching'. Setiap pekerjaan ada elemen mengajar. Penting bagi guru, pensyarah, dsbnya seronok mengajar. Antara contoh cikgu2 yg seronok mengajar, atau seronok mendidik, adalah cikgu2 di sekolah yg mengajar lebih drpd 20tahun di sekolah sama. Ada yg sanggup tidak dinaikkan pangkat utk terus di sekolah sama.

Tapi, sekarang ramai pembuat polisi membuat mengajar tidak lagi seronok. Kesan negatif bukan shj kpd tenaga pengajar, tetapi juga kpd pelajar, kpd masyarakat. Ramai memilih pencen awal drpd mengadap polisi 'membunuh jiwa dan raga' pendidik.

Rabu, Mac 13, 2024

Sukom

Sukan komenwel atau commonwealth games. Suka diantara negara pernah di'jajah' british. Tapi kekayaan negara2 ini banyak dijarah atau dipaksa kongsi oleh british.

Mungkin matlamat nak eratkan hubungan diantara negara ini dgn britain selepas 'dijajah dan dijarah'? Mungkin peluang utk britain beri pampasan kpd negara dlm 'kesatuan kekayaan' ini?

Jika britain ikhlas, dan insaf, setiap kali sukom diadakan, berilah dana utk penganjuran, dan penyertaan? 100% kos ditanggung britain.

Puasa untuk Sihat

Ramai berpuasa utk sihat. Sihat fizikal. Sedangkan puasa terbaik utk sihat fizikal, mental, emosi, sosial, kewangan, dan terpenting utk sihat rohani.

Jika kita puasa dgn betul, benar, baik, kita akan kaya walaupun biasanya yg berpuasa diandaikan oleh simiskin oleh bukan islam, sebab tak mampu nak makan kerana kurang wang. Kita akan kaya dgn hasil puasa utk bekalan di akhirat.

Ramai paksa anak2 utk puasa. Sedihnya, tak ramai paksa anak2 utk solat. 

Isnin, Mac 11, 2024

Maaf

Budaya timur, suka minta maaf? Dlm perbualan kita, biasa kita sebut, 'maafkan saya, boleh...?' Dlm bahasa inggeris, 'excuse me...'. Biasa mat saleh akan tegur kita, kenapa kita suka minta maaf.

Mana lebih mudah, minta maaf, atau beri maaf/ memaafkan? Sebelum tahun baru, sebelum puasa, di pagi raya, apabila berjumpa keluarga/kawan, biasa kita akan minta maaf. Jarang kita maafkan org lain. Biasa kita dengar, 'kita claim di akhirat'.

Sempena akan bermula puasa ramadan ini, saya memaafkan yg perlu dimaafkan, dan mohon maaf jika ada salahsilap, kekurangan saya seorg manusia yg lemah ini.

Khamis, Februari 29, 2024

Langgar Siling

Dikaitkan dgn halangan utk kenaikan pangkat. Biasanya dikaitkan dgn kerjaya wanita di dunia pekerjaan yg majoriti adalah lelaki. Ianya menjadi asas utk perjuangan kesaksamaan bagi wanita di alam kerjaya.

Saya juga boleh dikatakan melanggar siling. Tahap kelayakan akademik penyebab utama saya langgar siling. Tanpa phd, amat sukar nak naik jawatan. Tetapi tidak mustahil.

Dalam aktiviti 'caving', terutama dalam gua yg rendah ketinggiannya, saya biasa terlanggar siling. Tapi, jika ada persediaan spt topi keselamatan, lampu suluh, pengalaman peribadi, dan jurupandu, dapat elak atau kurangkan kesakitan akibat terlanggar siling atau stalaktik/ stalactite.

Langgar Dinding

Biasa disebut, 'hitting the wall'. Ianya diandaikan umpama berhadapan dgn halangan. Atau hadapi cabaran yg buat kita tidak boleh maju lagi. Biasa dikaitkan dgn tangga gaji.

Petang tadi saya terlanggar dinding. Lebih tepat, terlanggar bucu 2 dinding. Semasa beriadah, bermain ping pong dgn pensyarah muda di fakulti. Mungkin sebab lama tak main. Mungkin sebab ruang yg kecil.

Langgar dinding tadi memang sakit. Tercalar siku. Tapi, langgar dinding gaji beri kesakitan emosi, mental, dan kewangan. Lebih sakit drpd langgar dinding sebenarnya?

Selasa, Februari 20, 2024

Kurangkan Kos Negara

Kurangkan pekerja asing bekerja di pertanian, pembinaan, perkilangan, mungkin boleh 

1. Kurangkan kos kehidupan rakyat Malaysia

2. Kurangkan jenayah (majikan xbayar gaji -  pekerja mencuri merompak, kurang pemandu kenderaan tanpa lesen kemalangan)

3. Kurangkan pecah amanah (kurang salahguna kuasa)

4. Kurangkan kos perumahan (sewa rumah turun, harga rumah turun)

5. Kurangkan aliran ringgit ke luar negara, nilai ringgit meningkat berbanding matawang asing),

Dll

Isnin, Februari 12, 2024

Betul dan Benar

Dlm bahasa inggeris, betul adalah right, benar adalah true/ truth. Amanah pula adalah trust/ trusted/ trustworthy.

Seorg yg amanah lebih tinggi darjat drpd yg benar? Seorg yg benar lebih tinggi darjat drpd yg betul? Yg betul lebih tinggi drpd yg berilmu?

Apabila kita suka kpd seseorg, sesuatu kumpulan, sesuatu organisasi, kita biasapercaya kpd mereka. Yg penting percaya dan yakin kpd yg amanah. Yg amanah akan benar, betul, berilmu.

Rabu, Februari 07, 2024

B.A.(Hon)

Sekrg, hampir semua program sarjana muda, dikenali dgn sarjana muda (kepujian), ata bachelor degree (honours). Ini kerana hampir semua program sarjana muda adalah selama 8 semester, biasanya 4 tahun di ipta.

Dulu sarjana muda dikenali sebagai ijazah sarjana muda. Ramai mendapat sarjana muda (am) dgn pengajian minima 3tahun. Iaitu biasa disebut general degree. Hanya mereka yg cemerlang keputusan akademik, akan sambung belajar ke tahun 4, utk dapat honours degree.

Ipts, dgn 3 sem setiap tahun keluarkan graduan sarjana muda, dlm tempoh 3 tahun. Ini dgn memenuhi minima 120kredit, utk dapat sarjana muda dgn kepujian. Tapi, perlukah sarjana muda dgn kepujian utk semua graduan?

Selasa, Februari 06, 2024

Pimpin

Pimpin dlm bahasa inggeris bermakna lead, tunjuk dari depan. Tapi dalam bahasa melayu, pimpin boleh dari depan, boleh dari sisi, boleh dari belakang (dipimpin).

Sebelum kita memimpin, kita perlu dipimpin. Utk dipimpin, kita mesti dengar dahulu. Semak apa yg didengar dengan mengulang secara lisan, atau secara perbuatan. Jika tidak betul, kita diberitahu kesilapan kita.

Seorang pemimpin mesti berilmu. Seorang yg beramanah adalah seorg yg berilmu. Seorg pemimpin dipercayai apa yg dikatakan dan apa yg dilakukannya. Seorg pemimpin mesti berkongsi ilmu yg ada. Jika seorg tidak amanah, dia tidak boleh jadi pemimpin.

Sabtu, Februari 03, 2024

Negara Maju

Kita dibiasakan, antara tanda sebuah negara maju, adalah tahap pendapatan rakyatnya. Kita sasarkan pendapatan purata setahun rakyat kita mengikut definisi negara lain.

Kita sentiasa mudah terpengaruh dgn cadangan, pandangan pihak lain. Pencapaian, gaya hidup kita dilihat mereka bertaraf rendah, tidak spt mereka. 

Pengukuran pendapatan biasa gunakan dlm bentuk usd. Tidak sesuai utk kita. Negara maju jika rakyat sejahtera, dunia dan akhirat.

Ahad, Januari 28, 2024

Kaya & Sejahtera

Ramai drpd kita ingin kaya dan sejahtera. Kita biasa juga kongsikan dgn keluarga, kawan, dan kenalan nasihat, peringatan utk kaya dan sejahtera.

Kita nasihatkan utk belajar rajin2, tinggi, supaya dapat kerja gaji tinggi. Kita biasa andaikan yg berkereta mewah, berumah besar, makanminum di kedai makan mewah, bercuti menginap di luar negara, berpakaian berjenama mewah, sebagai mereka yg kaya dan sejahtera.

Kaya dan sejahtera mungkin maksud sama, mungkin berbeza. Biasanya ramai drpd kita ingin kaya dan sejahtera dunia, sehingga terlupa matlamat akhir dan utama adalah akhirat.

Sabtu, Januari 27, 2024

Masa Berlalu

Masa sekrg terasa begitu cepat berlalu. Hari ini dah 28 jan 2024. 2 tahun genap arwah ayah kembali kpd Nya.

Setiap hari terasa amat cepat shj. Seminggu terasa  cepat apabila sudah capai hari jumaat. Sebulan sangat cepat tiba dgn hari utk bayar hutang. Dan setahun terasa cepat dgn bulan Ramadan yg akan kita raikan.

1974, saya darjah satu. 1984 saya di tingkatan 5. 2024, insyaallah meraikan 50tahun setelah darjah satu, dan 40tahun setelah tingkatan 5. Melihat kawan2 sekelas yg masih ada, mengingatkan saya, masa berbaki amat kurang berbanding masa berlalu.

Jumaat, Januari 26, 2024

PQRS Kesihatan

Saya suka guna singkatan dgn satu huruf. Mnemonic. Satu cara utk mudah ingat.

P, pressure. Blood pressure, tekanan darah. Antara puncanya adalah xcukup rehat, R, rest. Q, quality & quantity kerja, rehat. S, stres, kesan drpd xcukup rest, kerja yg banyak, atau juga tekanan drpd pelbagai arah.

Seorg kawan lama ingatkan saya, selain diet, senaman, rehat amat penting utk kesihatan. Rehat utk tekanan darah yg sihat. Sebelum direhatkan selama2nya.

Khamis, Januari 25, 2024

Standard

Standard ada pelbagai maksud. Kita dulu maksudkan sbg piawai. Tanda aras, darjah pencapaian. Kualiti.

Ia juga boleh dikaitkan dgn seragam, satu ragam. Uniform, satu bentuk shj pakaian. Ianya memudahkan kita, boleh jimat masa. Tak perlu pening kepala, stres. Ikut aje panduan.

Memudahkan kerja, utk kerja cepat. Org rajin suka, org malas pun suka. Tapi spt kata seorg bekas prof, dan ramai lagi, ada kala kita perlu guna budibicara. Guna akal dan tenaga.

Risiko dan Kewangan

Risiko diandaikan apa2 yg akan mengubah pencapaian ditetapkan. Risiko ada yg negatif, ada yg positif. Pengurusan risiko biasanya utk menangani risiko.

Kewangan biasa dikaitkan dgn risiko.  Dikatakan, lagi tinggi risiko pelaburan, lagi tinggi pulangan kewangan. Insuran adalah cara menguruskan risiko dgn berkongsi risiko dgn pihak lain.

Ramai makan gaji dgn kerajaan utk kurangkan risiko keyakinan pendapatan bulanan. Ramai ambil skim pencen utk kurangkan risiko kos kehidupan selepas berhenti bekerja. Tapi kos pencen semakin besar dan antara risiko kewangan kpd kerajaan.

Saraan Selepas Bekerja

Bersara biasanya selepas capai usia wajib tidak lagi boleh bekerja di tempat sama. Bahasa inggerisnya retire. Selepas bersara, dipanggil pesara (pensioner). 

Ramai ingin jawatan dgn kerajaan utk masih terus disara kerajaan, dgn menjadi pesara, mendapat pencen. Ramai org pencen atau pesara sehingga kini yg harapkan duit pencen utk sara diri, pasangan, anak cucu, dan saudara lain.

Kos pencen amat tinggi. Ramai pesara yg masih mampu bekerja, mencari rezeki. Dlm keadaan kekurangan kewangan utk operasi, bayar gaji pekerja, wajarkah pencen diteruskan?

Gaji dan Amanah

Saya biasa ditegur jika bercakap/menulis ttg amanah. Ada teguran positif, ada teguran negatif. Biasanya yg tegur negatif sebab terasa secara negatif dgn percakapan/penulisan saya ttg amanah.

Pangkat, jawatan, gelaran, kedudukan adalah amanah. Maka setiap yg mendapatnya perlu tunaikan amanah, bekerja. Bagi pelajar, belajar, lulus pengajian adalah amanah.

Ganjaran bagi pekerja adalah gaji atau upah. Amanah majikan adalah membayar gaji atau upah, utk kerja disempurnakan. Amanah majika lebih besar kpd pekerja atau yg telah bersara?

Gaji dan Upah

Kedua2nya sbg balasan dan ganjaran utk kerja yg dilakukan, amanah yg disempurnakan. Gaji = salary, upah = wages. Gaji diterima tetap walaupun tidak cukup masa, hari bekerja. Upah diterima jika bekerja.

Ramai nak kerja makan gaji, kerana diandaikan pendapatan bulanan adalah tetap. Maka ramai nak bekerja dgn kerajaan, atau agensi kerajaan. Jika makan gaji dgn kerajaan, biasanya ramai disara selepas pencen, jika ambil slim pencen.

Biasanya, kerja makan gaji dgn kerajaan, nilai ganjaran kewangan lebih rendah berbanding makan gaji di luar. Pilihan di tangan kita. Bekerja adalah amanah.

Sihat Fizikal

Biasa kita lihat sihat dari segi fizikal. Kemudian mental, emosi dan kerohanian/spiritual/jiwa. Ramai lupa tentang sihat bermasyarakat dan kewangan.

Ramai cuba tunjukkan sihat dan kaya secara fizikal. Tunjuk rumah, perabut, kereta, pakaian, melancong, makanminum secara lisan atau secara bukan lisan - gambar.

Tapi ramai yg menunjuk2 sihat fizikal sebenarnya tidak sihat dlm aspek lain sama ada mental, emosi, rohani kerana keadaan kewangan. Sebab tamak, kedekut, sombong, dengki utk boleh tunjuk kononnya diri lebih tinggi drpd org lain.

Selasa, Januari 23, 2024

Anak Prof

Semasa di sekolah rendah saya mempunyai kawan2 yg bapa mereka adalah profesor. 2 drpd prof tersebut adalah yg memulakan ukm. Seorg pernah menjadi pengarah di itm, dan seterusnya nc di uum.

Tetapi tiada diantara anak2 mereka menjadi prof. Saya pernah bertanya kpd seorg kawan, kenapa beliau tidak menjadi seorg prof, sedang bapanya bekas prof um, dan keluarga ibunya terlibat dgn tadika. Beliau akui, sekrg baru beliau sedar bahawa ada darah pendidik dlm dirinya, dan sekrg banyak terlibat dgn mendidik kumpulan2 tertentu.

Anak prof spt anak guru diandaikan terdedah dgn ilmu lebih luas berbanding anak mereka bekerjaya lain? Mungkin dulu. Sekrg, jika ingin berilmu, ingin dididik, amat mudah berbanding dahulu.

Profesor

Satu jawatan tertinggi di universiti/ipt di negara kita. Gelaran tertinggi bagi seorang pensyarah kita.

Jawatan prof memberi banyak ganjaran kpd pemegangnya. Ianya satu simbol status ttg keilmuan seseorg. Maka ramai bercita2 dan berusaha utk menjadi seorg prof. Sama ada secara amanah atau sebaliknya.

Selain ganjaran, status sbg seorg prof, ramai yg lupa, atau tidak kisah dgn amanah seorg prof. Iaitu mendidik warga dlm dan luar universiti utk menjadi berilmu supaya sejahtera dunia dan akhirat.

Terima Kasih Prof

Alhamdulillah. Terima kasih prof kerana sudi berkongsi ilmu drpd pembelajaran, pengalaman, pembacaan prof. Jumlah jam perkongsian drpd beberapa prof selama 2 hari adalah 14jam.

Profesor di negara kita biasanya sekrg adalah mereka yg ada phd. Satu jawatan akademik tertinggi di sebuah institusi pasca sekolah. Di negara2 tertentu, prof adalah gelaran tertinggi seorg pendidik, termasuk guru.

Ada yg definisikan prof adalah seorang yg profess (perakukan, lakukan, percaya, amalkan) berkaitan ilmunya. Seorg profesional adalah pengamal kepakaran yg diperakukan di sektor swasta.

Sabtu, Januari 20, 2024

Tahap Keperluan

Biasa kita dengar, hierarchy of needs. Penuhi keperluan asas, kemudian baru penuhi keperluan seterusnya. Keperluan asas, utk kehidupan adalah, udara (oksigen), pakaian/tempat tinggal, air, makanan.

Jika berkelana, kita cuba penuhi spt turutan tersebut. Memang perlu berilmu utk penuhi tahap keperluan kita. Dgn ilmu, dapat kita berusaha utk cari duit, utk penuhi keperluan kita.

Tapi kita banyak membazir. Ramai yg diamanahkan memudahkan kita penuhi keperluan kita, tidak amanah. Mereka lebih sibuk penuhi tahap kehendak mereka berbanding tahap keperluan kita.

Tinggal

Tinggal ada dua makna. Satu, bermaksud tetap. Satu lagi, berubah, pindah, pergi.

Kita tinggal di dunia, di atas muka bumi ini tidak tetap. Hanya sementara. Apabila sampai masa, yg ditetapkan Allah, kita akan tinggalkan dunia. Transit di dlm kubur. Sehingga masa utk di alam akhirat.

Semasa tinggal di dunia, kita sibuk nak kumpulkan harta dunia. Sedangkan harta dunia, kita akan tinggalkan, setelah kita mati.

Isnin, Januari 15, 2024

Tumpang

Kita tumpang kenderaan. Kita tumpang tinggal. Kita tumpang lalu.

Tumpang kerana bukan milik kita. Kita harapkan kebaikan, kesudian, kesediaan, pemilik beri kita tumpang apa yg dimilikkinya.

Di dunia, kita juga menumpang. Sebab kita hanya sementara di dunia. Kenapa kita masih sombong, lalai, dgn kehidupan di dunia ini?

Khamis, Januari 11, 2024

Sementara

Berpindah, bertukar, berubah mengingatkan tentang elemen sementara dlm hidup kita. Tiada yg kekal di dunia utk kita.

Kita banyak membazir. Kita banyak beli, berhutang, kumpul barangan utk bangga di dunia.

Harta, takhta, dll adalah sementara di dunia. Tapi kita asyik mencari dan mengumpul utk kaya dunia. Kita lalai dgn sombong, dengki, tamak dan kedekut, dgn hal dunia. Kita lupa bekalan akhirat.

Isnin, Januari 08, 2024

Berpindah

Pindah, ubah, tukar, pinda, dll yg sama atau hampir sama makna dan maksud. Melibat kita sama ada secara fizikal, mental, emosi, rohani, masyarakat, persekitaran, kewangan, barangan,dll.

Berpindah memang penat. Ia melibatkan kesihatan, kesejahteraan. Berpindah ada pelbagai sebab.

Berpindah mengingatkan kita bahawa kita di dunia hanya sementara. Pangkat, jawatan, gelaran, harta, keluarga, kawan, kenalan adalah pinjaman di dunia.

Pindah

Antara stres dlm hidup adalah perpindahan. Proses perpindahan libatkan masa sebelum, semasa, dan selepas berpindah.

Persediaan awal mudahkan proses berpindah. Bantuan drpd keluarga, kawan, kenalan mudahkan kita berpindah. 

Kita perlu jaga kesihatan semasa proses berpindah. Bukan hanya kesihatan fizikal perlu dijaga. Berpindah memang penat.

Rabu, Januari 03, 2024

Sentiasa Berpesan

Berpesanlah utk kebaikan. Bacalah dan fahamlah surah al Asr. Demi masa...
Sentiasalah berpesan utk diri dan org lain. Setiap kali kita berpesan kpd org lain, kita turut mengingatkan diri kita sendiri.
Berpesanlah berulang2. Alquran adalah pesanan, peringatan, teguran berulang2, sebab kita hamba Allah mudah lupa.

Manusia Mudah Lupa

Manusia atau insan mudah lupa. Bukan org tua shj lupa, tak sedar diri. Yg muda juga lupa, tak ingat.
Maka kita semua perlu disedarkan. Ditegur, diingatkan oleh org lain. Diberi pesanan utk kebaikan bersama.
Antara tanda2 lupa adalah, tamak, sombong, dengki, kedekut. Peringatan kpd diri dan mereka yg kita kasihi, masa tidak tunggu kita. Perbanyakkan bekalan ke akhirat.

Orang Tua Tak Sedar Diri

Biasa diberi kpd mereka yg berusia tertentu, melebihi umur tertentu, atau mereka yg telah beranak cucu.

Semalam, saya seorg otts. Saya tak sedar diri, tak ingat apa berlaku diantara berbual dgn seorg kawan di luar gelanggang futsal (10.30mlm) sehingga berada di rumah (1.30pagi). Alhamdulillah, saya berjaya selamat berada di rumah.

Pagi ni ibu ingatkan saya, yg saya masih penat berpindah rumah. Usia dah lanjut, masih tak sedar tahap kesihatan.