Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Julai 06, 2024

Gula dan Sihat

Pagi tadi ada majlis akikah di surau dekat rumah. Alhamdulillah, spt biasa, tuan rumah amat pemurah dlm hidangan makanan dan minuman utk hadirin. Ada buah-buahan, kuihmuih, nasi dgn pelbagai lauk, satay, cendol, dll.

Spt biasa, teguran kpd saya, 'lama xnampak...'. Hadirin yg dikenali adalah kariah surau. Maka kemesraan ada dikalangan hadirin. Tuan rumah dan hadirin saling menjemput hadirin makan. Dijemput mencuba kesemua hidangan, dijemput mengulang hidangan yg telah dicuba.

Antara makanan yg sedap ada cendol, dan serawa durian. Ada yg makan serawadurian berulangkali. Tapi, kami saling mengingatkan, jaga kesihatan. Jaga pengambilan hidangan yg manis.

Paras gula tinggi antara punca kita tidak sihat. Boleh akibat kencing manis, ada yg pengsan, sebab gula tanpa dijaga pengambilan, adalah satu punca utk sakit kembar 3.

Tuan rumah tidak boleh disalahkan menghidang masakan dan minuman yg mengandungi gula. Setiap orang berbeza tahap kesan terhadap kadar gula diambil.

Saya ada bgtau tuan rumah,'haji, saya nak komplen tentang makanan'. Tetamu semeja selan tuan rumah tengok saya dgn muka yg pelbagai. Saya bgtau, '1. makanan dan minuman semuanya sedap. 2. Banyak. 3. Berat badan saya dah naik'. Barulah nampak muka2 senyum. Terima kasih tn haji dan keluarga.

Tiada ulasan: