Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 24, 2012

Keperluan v Kehendak

teringat belajar subjek ekonomi. manusia ada keperluan dan kehendak. want and needs. dan ia berkaitan dengan kemampuan kita. ianya juga berkaitan penawaran dan permintaan.

bagi saya ia ada kaitan dengan teori keperluan maslow. maka kita perlu untuk penuhi keperluan asas fisiologi dahulu sebelum cuba penuhi keperluan di bahagian atas dlm piramid keperluan maslow.

bulan ramadan dan syawal boleh dijadikan contoh berkaitan keperluan dan kehendak. di bulan ramadan yg perlu dipenuhi adalah makanan dan minuman asas semasa berbuka. cukuplah dgn kurma, air segelas dan sepinggan makanan spt nasi campur (nasi, sayur dan daging). tapi kehendak semasa berbuka adalah apabila hidangan penuh satu meja. air berjenis2.

di bulan syawal apakah keperluan kita. pakaian bersih. hidangan untuk sebelum solat raya. sedikit juadah untuk tetamu. tetapi kehendak kita spt kereta baru, baju baru dan banyak lagi yg baru. maka ramailah yg hadapi masalah kewangan setelah balik semula dari kampung. ramai anak2 mengalami keadaan menjadi bank kpd ibubapa sehingga gaji yg akan datang. ramai yg jadikan ramadan utk berjimat sementara syawal utk berboros. betul ke macam ni?

Khamis, Ogos 23, 2012

Berubah

kita doakan agar setiap hari lebih baik drpd hari sebelumnya. dan diharapkan esok akan lebih baik drpd hari ini. maka kita doakan agar keadaan kita akan sentiasa berubah menjadi lebih baik pada setiap hari.

kereta pun orang tukar kerana tak puashati dgn prestasi semasa yg kononnya tak sesuai dgn keadaan semasa. ada kalanya kereta ok tapi drebar tak ok maka tukar drebar. ada kalanya enjin yg tak ok maka tukar enjin. kita ikut kemampuan kita dan keperluan kita. boleh guna teori maslow.

tadi saya sediakan jadual saya untuk sem akan datang. setelah berniat nak ubah maka perlulah buat perancangan. kemudiannya buat analisis swot. pertimbangkan pilihan yg ada dan pilih yg terbaik. seterusnya buat keputusan dan laksanakan perubahan. jangan lupa untuk sentiasa buat semakan utk pastikan pelaksanaan selari dgn matlamat ditetapkan.

Rabu, Ogos 22, 2012

Pilihan Kita

setiap masa kita menghadapi pelbagai pilihan. dan setiap pilihan memerlukan keputusan. tidak membuat keputusan sebenarnya adalah membuat satu pilihan/keputusan. dan kita perlu menanggung keputusan yg dipilih.

ianya termasuk berkaitan makan. pelbagai pilihan dilakukan untuk berpuasa. berpuasa di bulan ramadan sepatutnya kerana menunaikan rukun islam. tetapi ada yg berpuasa kerana ikut musim. iaitu kerana tiada kawan nak pi makan di siang hari. ada pula kerana malu. pilihan masing2. berpuasa banyak dugaan. kesan berpuasa bagi saya lebih banyak yang positif. masa lebih banyak. berat badan lebih sesuai dgn usia dan ketinggian, iaitu berkaitan kesihatan.

masuknya syawal kita kembali kepada kehidupan biasa. cuma dugaan adalah mengawal nafsu makan. banyak pilihan makanan yg dihidangkan. banyak pula tempat untuk dilawati/dikunjungi. ianya berkaitan juga dengan pilihan. kalau muda2 memanglah seronok melawat banyak rumah. ianya lebih kepada 'touch and go'. sekadar singgah dan bagi kanak2 adalah untuk dapat duit raya. saya membuat pilihan untuk berduit raya di bulan ramadan jika sempat. saya memilih melawat sebuah rumah sehari jika dapat sebab kesesakan lalulintas dan kunjungan lebih berkualiti.

puasa sunat syawal tidak wajib. kita boleh pilih nak lakukan atau sebaliknya. memang dugaan adalah jemputan daripada keluarga dan kenalan untuk beraya. alhamdulillah semalam baru mula puasa 6 walaupun ada jemputan daripada pakcik. puasa dapat dilakukan kerana jemputan untuk makan malam. maka tidaklah terasa hati tuan rumah jika kita tak jamu makanan terhidang sebelum maghrib.

menimbang dan membuat keputusan terhadap pilihan memerlukan ilmu. janganlah kita berhenti dalam menuntut ilmu untuk mendapatkan bekalan kebajikan bagi hari akhirat.

Selasa, Ogos 21, 2012

Seronoknya Syawal 1433H

alhamdulillah kita berjaya menunaikan rukun Islam berpuasa di bulan ramadan utk 1433H. malaysia menyambut raya aidil fitri pada ahad 19ogos setelah berpuasa selama 29hari. saya masih terasa pelik kenapakah tidak diselaraskan hari bermula puasa ramadan dan bermulanya syawal.

tahun ni raya pertama disambut dirumah makcik di ttdi. sebelum2 ini di rumah makcik di ampang. lokasi berubah kerana beberapa sebab yg tidak disengajakan. kali terakhir beraya di rumah wan pada 3tahun lepas. sekarang terpaksa bukan lagi rumah wan kerana beliau masih tidak sihat.

apakah seronoknya menyambut syawal? bilakah waktunya seronok menyambut syawal? lain orang lain jawapan. ada yg bgtau ianya kerana menyambut kejayaan menunaikan rukun islam untuk berpuasa di bulan ramadan. ianya berkaitan menyambut fitrah yg baru. ada yg kerana dapat berjumpa saudara mara hanya pada waktu ini shj. waktu lain masing2 berada di tempat lain mencari rezeki masing2. dan banyak lagi jawapan.

seronok menyambut syawal pun ada. sedih meninggalkan ramadan pun ada. di malaysia lagu menyatakan kita beraya sebulan. di tempat lain raya sehingga zohor 1 syawal shj. salam syawal 1433h. semoga kita ketemu ramadan 1434h.

Sabtu, Ogos 18, 2012

Secara Profesional

apa makna profesional? sefaham saya adalah cakap serupa bikin. dan seorang pemimpin yg mengamalkan 4 sifat rasulullah saya anggap sbg seorang profesional. jika ikut undang2 secara kasarnya seorang profesional biasanya mempunyai akta profesionnya. contoh seperti doktor, jurutera, akauntan, peguam dll.

jaga duit bukan senang. jika kita amanah tetapi orang atas, orang tepi dan orang bawah tak amanah akan kemungkinan kita pun terkena. orang akan berkata 'habis tu awak kat situ buat apa?'. memang kalau ada yg biasa guna duit orang sebagai duit dia maka ianya akan berterusan. mereka biasa berkata 'daripada dulu buat tak ada masalah pun'. begitu juga dengan masa kerja. bila dah biasa keluar pejabat tanpa kebenaran.

mereka ini tak faham maksud amanah. kena jaga duit. kena jaga masa. pastikan kita buat yg terbaik utk organisasi. jika kita dah tak terdaya maka sudah tiba masa kita tinggalkan organisasi. bukan maksud mengalah kpd yg tak betul. tetapi jika yg tak betul dah jadi budaya kita mungkin boleh jadi masyarakat berbudaya sebegitu.

seorang profesional bekerja (a'malu) menggunakan ilmu yg betul. dan seorang profesional bersedia ditegur utk memperbaiki kualiti kerjanya.

Jumaat, Ogos 17, 2012

Balik Kampung Ramadan 1433H

pada ahad 12ogos saya balik kampung. tapi bukan utk beraya. balik utk sambut puasa 1433h di kampung.

perjalanan bermula dari rumah melalui lebuhraya duke,lpt dan jabor jerangau utk sampai ke rumah pakcik di setiu. suasana berada di sebuah kampung kecil berbeza dgn di subang jaya. penduduk kampung mengenali hampir kesemua penduduk lain. urusniaga mesra antara penjual dan pembeli. dan orang baru akan ditanya siapa dan dari mana. jawab pakcik saya,'anok sdaro kito'.

seterusnya ke kota bharu. melawat maksepupu. kemudian singgah di pasar siti khadijah membeli sedikit barangan. walaupun menggunakan gps, sesat jugak. atau lebih tepat silap jalan sebab jalan dilalui kebanyakannya pernah dilalui. cuma keliru dgn arahtuju dan panduan gps. alhamdulillah sempat berbuka di kg raja besut.

hari ketiga melawat sdaramara di daerah besut shj. memang banyak beza daerah besut berbanding dulu2. sepanjang jalan dari jerteh ke kuala besut penuh dgn bangunan. dulu2 banyak bendang dan tanah kosong aje. kawasan ini disoal semasa geografi srp (spm?) saya. dan saya jawab berdasarkan pengetahuan balik kampung pada setiap tahun dulu2.

hari keempat melawat sedara mara yg sakit. pakcik, sepupu ayah dan sedara jiran arwah nenek. gps spt biasa tak banyak membantu kerana alamat tepat tak ingat. maka banyak masa dihabiskan mencari rumah. apabila sampai tempat dituju, rupa2nya memang awal2 dah dekat lebihkurang 100-200m shj. tapi inilah apabila jarang2 mengunjung sedara-mara. berbuka hari ini di dlm kereta sebab sesat jadi lambat.

hari kelima sekadar di kg raja shj. banyak sangat berjalan buat kepala sakit. alhamdulillah petang sempat ke bazar ramadan di kg raja. memang banyaklah membeli makanan termasuk ayam tempayan. dan berbuka kali terakhir utk ramadan 1433h di kg raja dgn hidangan yg tak dpt dihidang semuanya. petang selepas ke bazar sempat ziarah kubur arwah datuk dan nenek serta sdara mara yg telah pergi terlebih dahulu.

tadi bertolak kembali ke kg di selangor. kg yg telah didiami melebihi 40tahun. perjalanan lancar kerana melawan arus mereka yg nak beraya di kampung luar lembah kelang. semoga ramadan dapat kita bertemu lagi.

Jumaat, Ogos 10, 2012

Pemimpin Yg Dipimpin

perkara ini biasa berlaku. tanpa ilmu bagaimana kita nak pimpin pengikut. bagaimana kita nak pimpin pemimpin.

di dalam organisasi kebiasaannya mempunyai 3 aras. pemimpin tertinggi. pemimpin pertengahan dan pemimpin bawahan. yg di atas akan memimpin yg dibawah. dan pemimpin aras rendah akan pimpin pengikut. pemimpin tertinggi sebenarnya bertanggungjawab kepada mereka yg memilih pemimpin tertinggi.

pemimpin tertinggi bertanggungjawab memikirkan perancangan jangkapanjang. pemimpin pertengahan dan abwah akan menjalankan rancangan tahunan, bulanan dan harian. jadi apabila diukur hasil semasa tidak selaras dengan hasil dirancang maka perlu dilakukan tindakan. tindakan bergantung kepada taahp kepincangan hasil semasa ebrbanding ahsil dirancang.

dan yg disoal jawab pada setiap tahun adalah pemimpin tertinggi. jadi kita cuba elakkan sebagaimana seorang kawan yg berpangkat satu bintang pesan kpd saya,'takkanlah kapten nak buat arahan yg telah diberikan kpd sarjan/korporal/perebet'. tetapi itulah terpaksa dilakukan jika keadaan memerlukan. dan kapten tidak perlu kpd sarjan/korporal/perebet yg tak mematuhi arahan. sebab tindakan atau tiada tindakan oleh sarjan/korporal/perebet akan boleh menyebabkan pasukan terkubur.

Khamis, Ogos 09, 2012

Saya Satu Masa 2012

ianya berkaitan tugas dan tanggungjawab saya pada satu masa 2012. tapi masa itu bukan sekarang. masa itu bukan akan datang (andaian).

saya seorang pensyarah. sepenuh masa di fsr. sambilan di ined. saya ketua di jima. koordinator di pjima fsr. pemeriksa kira2 perkama. bendahari kuib. bendahari mpm. penasihat peers uitm shah alam.

ianya berkaitan masa. dimana satu kiraan memerlukan saya memberi lebih 80jam seminggu. minima sepatutnya 39jam seminggu. ada yg dibagitau hanya perlu sedikit shj masa sy dlm seminggu. tetapi realiti adalah sebaliknya.ada yg mulanya manis. tetapi kemudiannya nampak pahitnya. pada mulanya segar. kemudian nampak buruk dan busuknya.

maka keputusan perlu dibuat. dimana pada satu masa 2012 akan tiada beberapa tugas dan tanggungjawab. mungkin kerana tidak sudi lagi. mungkin kerana benci. mungkin kerana tiada lagi daya. ini utk mengelakkan drpd saya dikatakan sbg tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah.

Baru

ada yg lama maka ada yg baru. dan selalunya pada syawal kita harapkan kita menjadi baru semula. bersih drpd kekotoran lama. buka buku baru. selaras dgn aidil  fitri.

kebiasaan rumah akan menjadi baru. sama ada beli baru. atau macam rumah saya bercat baru. begitu juga perabut beli baru. atau di rumah saya dicat dan dijahit dgn kain baru. pakaian dan kasut kebiasaan pun akan diperagakan yg baru. saya dgn yg masih boleh dipakai. jika perlu barulah baru.

prestasi olimpik kita harapkan akan sentiasa ada rekod baru. dan kita tidak mahu berulang 'rekod' buruk spt pengambilan dadah dll yg buruk dan kotor dlm sukan. tetapi kita faham bahawa akan ada yg lama berulang. maka jadi tanggungjawab kpd yg berkuasa memastikan kita mendapat rekod baru yg baik. yg menyenangkan peminat atau pemegang taruh.

liga bolasepak antarabangsa kerap berlaku pengambilan pengurus yg baru, pemain yg baru, jurulatih yg baru. matlamat supaya pasukan cemerlang dan majoriti senang. jika kapten seorang cemerlang tetapi hanya utk dirinya shj maka perlulah diganti. orang kelate kata 'buang buruk'.

satu pepatah antarabangsa menyatakan 'jika kita masih melakukan perkara yg sama tetapi mengharapkan hasil yg baru, ianya adalah kerja orang gila'. jadi saya tak mahu jadi orang gila. setiap pemimpin perlu hayati 4sifat rasulullah.

Rabu, Ogos 08, 2012

Integriti Sebagai Bakal Pekerja

beberapa buah fakulti uitm membuang pelajar yg meniru semasa peperiksaan. alasannya jika masa belajar dah tak jujur kemungkinan masa kerja akan terus tak jujur.

bayangkan kalau yg jadi doktor sebenarnya tak layak jadi doktor sebab ilmu kurang. ada kemungkinan akan bagi ubat yg salah dan akibatnya pesakit makin sakit atau sakit lain atau mati terus. begitu juga jika pelajar engineering menipu masa peperiksaan dan berjaya jadi seorang engineer. kemungkinan akan buat jalan, bangunan atau jambatan yg separuh siap iaitu tak selamat. stadium boleh runtuh.

bagaimana jika pelajar sukan rekreasi menjadi jurulatih/pengurus hasil menipu masa exam? atlit tak berjaya capai objektif. atau atlit makan steroid. atau duit habis disonglap utk kayakan diri aje. begitu juga jika jadi pensyarah tetapi masa belajar dok tumpang hasil kawan (superstar) dan menipu masa exam serta kurang displin. macam mana nak kongsi ilmu jika kurang atau tiada ilmu. hasilnya makan gaji buta, naik gaji tumpang kerja orang lain. dapat bonus hasil titik peluh orang lain.

ingatlah. kalau balasan tak segera, ianya akan jadi balasan tertangguh. tapi balasan tetap diterima. tak kena kat kita sendiri, kena kat orang2 yg kita sayang.

Sabtu, Ogos 04, 2012

Pemimpin dan Hak Pengikut

saya bukan pakar dlm kepimpinan. saya pun tak tahu sepenuhnya hak pengikut. tapi sekadar mengisi masa terluang.

seorang pemimpin seperti saya faham seeloknya bersifat 4 sifat rasulullah s.a.w. iaitu siddiq - membenarkan perkataan orang lain, fatanah - berilmu, amanah - memulangkan kpd yg berhak, dan tabligh - menyampaikan kpd masyarakat/pengikut perkara yg benar. maka seorang pemimpin yg dipercayai adalah menyokong perkara yg benar. ini mestilah melalui ilmu. dia mestilah menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah. jawatan yg disandang hanya sementara dan kerana dipilih/dilantik. jawatan bukanlah hakiki. memanglah lagi besar kuasa, tinggi jawatan, maka lagi berat amanah. juga pemimpin mesti menyampaikan apa yg benar kpd semua. bukannya disimpan sebahagian maklumat atau harta atau apa saja yg sepatutnya disampaikan kpd pengikut.

janganlah jadi spt 'saya amalkan pintu terbuka' tetapi pemikiran tertutup. hanya membenarkan maklumat yg memberi manafaat kpd pemimpin shj. spt dikekalkan di jawatan sedia ada. atau supaya dipuji dgn kata2 yg dikatakan sedangkan disembunyikan yg lain. ilmu terbaik berdasarkan alquran. tetapi kalau spt burung kakak tua yg mengulang balik sesuatu tanpa ilmu akan lebih membuat pengikut (rela/terpaksa) berkurangan hormat kpd pemimpin tersebut. amanah juga bermaksud melaksanakan sepenuhnya bukan sebahagian. spt juga menyampaikan maklumat. tapi seseorang yg tak sedar akan jadilah seperti siluncai dgn labunya.

antara contoh pemimpin yg baik adalah cara kehidupan bersederhana. ianya bukti dia tidak tamak. keluarganya tak tamak. dan ianya boleh kita andaikan akan rendah kemungkinan/kebarangkalian dia dan keluarga akan salah guna kuasa untuk mengambil hak pengikutnya sama ada duit, makanminum dsbnya. janganlah bila dah mati pun nak ikut cara firaun yg bawa harta ke dalam kubur.

Jumaat, Ogos 03, 2012

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Asnaf

tadi warga fsr meraikan warga rumah anak yatim dan asnaf as-solihin dari kancung darat. bilangan penghuni tidak termasuk pengurus/penjaga adalah seramai 60orang. tetapi yg hadir tadi hanya 50orang shj. bakinya tak dapat hadir kerana bas uitm yg mengambil mereka pada jam 3ptg sedangkan ada yg bersekolah petang.

alhamdulillah 23perempuan dan 27lelaki menjadi tetamu fsr. termasuk warga dan ahli keluarga fsr, campur tolak adalah 100orang yg berbuka di fsr tadi. hidangan utama adalah kambing panggang. masakan disediakan oleh warga fsr. majlis dirancang dan diurus oleh kelab kakitangan fsr. sumbangan kewangan daripada warga fsr, ahli keluarga fsr dan pihak2 lain.

meraikan anak yatim dan asnaf mengingatkan kita betapa beruntungnya kita yg bukan tergolong dlm golongan asnaf. juga beruntung kita yg masih mempunyai ibubapa. maka kita sepatutnya sentiasa bersyukur kpd allah dgn rahmat yg kita terima drpdNya. kelebihan yg kita ada eloklah dikongsi dgn mereka yg kurang berada. di dlm harta kita ada hak mereka ini. maka di bulan yg mulia ini banyak2lah beramal, bersedekah. semoga ianya menjadi bekalan utk akhirat kita.

Halatuju Yang Tak Selari, Runtuhlah Organisasi

peter's principle mengatakan seseorang akan dinaikkan pangkat/jawatan sehingga ke tahap beliau tidak lagi kompeten. maksudnya peter mengatakan seseorang akan dinaikkan ke satu jawatan terakhir dimana beliau tidak lagi produktif kepada organisasi. atau lebih teruk lagi seseorang itu akan dinaikkan ke satu ajwatan akhir dimana beliau akan hancurkan organisasi.

kebiasaan seseorang akan dinaikkan jawatan berdasarkan 'track record' yg cemerlang dijawatan sebelumnya. tetapi ada juga yg dinaikkan pangkat kerana sebab2 lain. mungkin sebab kenalan. mungkin sebab sudah berkompromi. seperti pepatah ingegris ' i scratch your back, u scratch my back'. maka jika kenaikan pangkat spt sebegini akan hancurlah sesebuah institusi.

sumber manusia dikumpulkan dan dipimpin untuk membolehkan organisasi mencapai tahap prestasi yg lebih baik. bukannya utk membolehkan keuntungan pada pihak tertentu shj dan organisasi rugi. pemimpin sperti ini tidak dihormati. pemimpin sprt ini tidak sepatutnya dihormati. maaf, kalau boleh tak mahu bersalaman dgn mereka ini. organisasi yg setengah abad lamanya akan runtuh kerana ketamakan kuasa dan harta oleh mereka yg diberi amanah memimpin. semoga allah membalas seadil-adilnya.