Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 09, 2012

Baru

ada yg lama maka ada yg baru. dan selalunya pada syawal kita harapkan kita menjadi baru semula. bersih drpd kekotoran lama. buka buku baru. selaras dgn aidil  fitri.

kebiasaan rumah akan menjadi baru. sama ada beli baru. atau macam rumah saya bercat baru. begitu juga perabut beli baru. atau di rumah saya dicat dan dijahit dgn kain baru. pakaian dan kasut kebiasaan pun akan diperagakan yg baru. saya dgn yg masih boleh dipakai. jika perlu barulah baru.

prestasi olimpik kita harapkan akan sentiasa ada rekod baru. dan kita tidak mahu berulang 'rekod' buruk spt pengambilan dadah dll yg buruk dan kotor dlm sukan. tetapi kita faham bahawa akan ada yg lama berulang. maka jadi tanggungjawab kpd yg berkuasa memastikan kita mendapat rekod baru yg baik. yg menyenangkan peminat atau pemegang taruh.

liga bolasepak antarabangsa kerap berlaku pengambilan pengurus yg baru, pemain yg baru, jurulatih yg baru. matlamat supaya pasukan cemerlang dan majoriti senang. jika kapten seorang cemerlang tetapi hanya utk dirinya shj maka perlulah diganti. orang kelate kata 'buang buruk'.

satu pepatah antarabangsa menyatakan 'jika kita masih melakukan perkara yg sama tetapi mengharapkan hasil yg baru, ianya adalah kerja orang gila'. jadi saya tak mahu jadi orang gila. setiap pemimpin perlu hayati 4sifat rasulullah.

Tiada ulasan: