Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 24, 2012

Keperluan v Kehendak

teringat belajar subjek ekonomi. manusia ada keperluan dan kehendak. want and needs. dan ia berkaitan dengan kemampuan kita. ianya juga berkaitan penawaran dan permintaan.

bagi saya ia ada kaitan dengan teori keperluan maslow. maka kita perlu untuk penuhi keperluan asas fisiologi dahulu sebelum cuba penuhi keperluan di bahagian atas dlm piramid keperluan maslow.

bulan ramadan dan syawal boleh dijadikan contoh berkaitan keperluan dan kehendak. di bulan ramadan yg perlu dipenuhi adalah makanan dan minuman asas semasa berbuka. cukuplah dgn kurma, air segelas dan sepinggan makanan spt nasi campur (nasi, sayur dan daging). tapi kehendak semasa berbuka adalah apabila hidangan penuh satu meja. air berjenis2.

di bulan syawal apakah keperluan kita. pakaian bersih. hidangan untuk sebelum solat raya. sedikit juadah untuk tetamu. tetapi kehendak kita spt kereta baru, baju baru dan banyak lagi yg baru. maka ramailah yg hadapi masalah kewangan setelah balik semula dari kampung. ramai anak2 mengalami keadaan menjadi bank kpd ibubapa sehingga gaji yg akan datang. ramai yg jadikan ramadan utk berjimat sementara syawal utk berboros. betul ke macam ni?

Tiada ulasan: