Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 17, 2012

Balik Kampung Ramadan 1433H

pada ahad 12ogos saya balik kampung. tapi bukan utk beraya. balik utk sambut puasa 1433h di kampung.

perjalanan bermula dari rumah melalui lebuhraya duke,lpt dan jabor jerangau utk sampai ke rumah pakcik di setiu. suasana berada di sebuah kampung kecil berbeza dgn di subang jaya. penduduk kampung mengenali hampir kesemua penduduk lain. urusniaga mesra antara penjual dan pembeli. dan orang baru akan ditanya siapa dan dari mana. jawab pakcik saya,'anok sdaro kito'.

seterusnya ke kota bharu. melawat maksepupu. kemudian singgah di pasar siti khadijah membeli sedikit barangan. walaupun menggunakan gps, sesat jugak. atau lebih tepat silap jalan sebab jalan dilalui kebanyakannya pernah dilalui. cuma keliru dgn arahtuju dan panduan gps. alhamdulillah sempat berbuka di kg raja besut.

hari ketiga melawat sdaramara di daerah besut shj. memang banyak beza daerah besut berbanding dulu2. sepanjang jalan dari jerteh ke kuala besut penuh dgn bangunan. dulu2 banyak bendang dan tanah kosong aje. kawasan ini disoal semasa geografi srp (spm?) saya. dan saya jawab berdasarkan pengetahuan balik kampung pada setiap tahun dulu2.

hari keempat melawat sedara mara yg sakit. pakcik, sepupu ayah dan sedara jiran arwah nenek. gps spt biasa tak banyak membantu kerana alamat tepat tak ingat. maka banyak masa dihabiskan mencari rumah. apabila sampai tempat dituju, rupa2nya memang awal2 dah dekat lebihkurang 100-200m shj. tapi inilah apabila jarang2 mengunjung sedara-mara. berbuka hari ini di dlm kereta sebab sesat jadi lambat.

hari kelima sekadar di kg raja shj. banyak sangat berjalan buat kepala sakit. alhamdulillah petang sempat ke bazar ramadan di kg raja. memang banyaklah membeli makanan termasuk ayam tempayan. dan berbuka kali terakhir utk ramadan 1433h di kg raja dgn hidangan yg tak dpt dihidang semuanya. petang selepas ke bazar sempat ziarah kubur arwah datuk dan nenek serta sdara mara yg telah pergi terlebih dahulu.

tadi bertolak kembali ke kg di selangor. kg yg telah didiami melebihi 40tahun. perjalanan lancar kerana melawan arus mereka yg nak beraya di kampung luar lembah kelang. semoga ramadan dapat kita bertemu lagi.

Tiada ulasan: