Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Ogos 18, 2012

Secara Profesional

apa makna profesional? sefaham saya adalah cakap serupa bikin. dan seorang pemimpin yg mengamalkan 4 sifat rasulullah saya anggap sbg seorang profesional. jika ikut undang2 secara kasarnya seorang profesional biasanya mempunyai akta profesionnya. contoh seperti doktor, jurutera, akauntan, peguam dll.

jaga duit bukan senang. jika kita amanah tetapi orang atas, orang tepi dan orang bawah tak amanah akan kemungkinan kita pun terkena. orang akan berkata 'habis tu awak kat situ buat apa?'. memang kalau ada yg biasa guna duit orang sebagai duit dia maka ianya akan berterusan. mereka biasa berkata 'daripada dulu buat tak ada masalah pun'. begitu juga dengan masa kerja. bila dah biasa keluar pejabat tanpa kebenaran.

mereka ini tak faham maksud amanah. kena jaga duit. kena jaga masa. pastikan kita buat yg terbaik utk organisasi. jika kita dah tak terdaya maka sudah tiba masa kita tinggalkan organisasi. bukan maksud mengalah kpd yg tak betul. tetapi jika yg tak betul dah jadi budaya kita mungkin boleh jadi masyarakat berbudaya sebegitu.

seorang profesional bekerja (a'malu) menggunakan ilmu yg betul. dan seorang profesional bersedia ditegur utk memperbaiki kualiti kerjanya.

Tiada ulasan: