Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Ogos 04, 2012

Pemimpin dan Hak Pengikut

saya bukan pakar dlm kepimpinan. saya pun tak tahu sepenuhnya hak pengikut. tapi sekadar mengisi masa terluang.

seorang pemimpin seperti saya faham seeloknya bersifat 4 sifat rasulullah s.a.w. iaitu siddiq - membenarkan perkataan orang lain, fatanah - berilmu, amanah - memulangkan kpd yg berhak, dan tabligh - menyampaikan kpd masyarakat/pengikut perkara yg benar. maka seorang pemimpin yg dipercayai adalah menyokong perkara yg benar. ini mestilah melalui ilmu. dia mestilah menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah. jawatan yg disandang hanya sementara dan kerana dipilih/dilantik. jawatan bukanlah hakiki. memanglah lagi besar kuasa, tinggi jawatan, maka lagi berat amanah. juga pemimpin mesti menyampaikan apa yg benar kpd semua. bukannya disimpan sebahagian maklumat atau harta atau apa saja yg sepatutnya disampaikan kpd pengikut.

janganlah jadi spt 'saya amalkan pintu terbuka' tetapi pemikiran tertutup. hanya membenarkan maklumat yg memberi manafaat kpd pemimpin shj. spt dikekalkan di jawatan sedia ada. atau supaya dipuji dgn kata2 yg dikatakan sedangkan disembunyikan yg lain. ilmu terbaik berdasarkan alquran. tetapi kalau spt burung kakak tua yg mengulang balik sesuatu tanpa ilmu akan lebih membuat pengikut (rela/terpaksa) berkurangan hormat kpd pemimpin tersebut. amanah juga bermaksud melaksanakan sepenuhnya bukan sebahagian. spt juga menyampaikan maklumat. tapi seseorang yg tak sedar akan jadilah seperti siluncai dgn labunya.

antara contoh pemimpin yg baik adalah cara kehidupan bersederhana. ianya bukti dia tidak tamak. keluarganya tak tamak. dan ianya boleh kita andaikan akan rendah kemungkinan/kebarangkalian dia dan keluarga akan salah guna kuasa untuk mengambil hak pengikutnya sama ada duit, makanminum dsbnya. janganlah bila dah mati pun nak ikut cara firaun yg bawa harta ke dalam kubur.

Tiada ulasan: