Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 21, 2012

Seronoknya Syawal 1433H

alhamdulillah kita berjaya menunaikan rukun Islam berpuasa di bulan ramadan utk 1433H. malaysia menyambut raya aidil fitri pada ahad 19ogos setelah berpuasa selama 29hari. saya masih terasa pelik kenapakah tidak diselaraskan hari bermula puasa ramadan dan bermulanya syawal.

tahun ni raya pertama disambut dirumah makcik di ttdi. sebelum2 ini di rumah makcik di ampang. lokasi berubah kerana beberapa sebab yg tidak disengajakan. kali terakhir beraya di rumah wan pada 3tahun lepas. sekarang terpaksa bukan lagi rumah wan kerana beliau masih tidak sihat.

apakah seronoknya menyambut syawal? bilakah waktunya seronok menyambut syawal? lain orang lain jawapan. ada yg bgtau ianya kerana menyambut kejayaan menunaikan rukun islam untuk berpuasa di bulan ramadan. ianya berkaitan menyambut fitrah yg baru. ada yg kerana dapat berjumpa saudara mara hanya pada waktu ini shj. waktu lain masing2 berada di tempat lain mencari rezeki masing2. dan banyak lagi jawapan.

seronok menyambut syawal pun ada. sedih meninggalkan ramadan pun ada. di malaysia lagu menyatakan kita beraya sebulan. di tempat lain raya sehingga zohor 1 syawal shj. salam syawal 1433h. semoga kita ketemu ramadan 1434h.

Tiada ulasan: