Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 08, 2012

Integriti Sebagai Bakal Pekerja

beberapa buah fakulti uitm membuang pelajar yg meniru semasa peperiksaan. alasannya jika masa belajar dah tak jujur kemungkinan masa kerja akan terus tak jujur.

bayangkan kalau yg jadi doktor sebenarnya tak layak jadi doktor sebab ilmu kurang. ada kemungkinan akan bagi ubat yg salah dan akibatnya pesakit makin sakit atau sakit lain atau mati terus. begitu juga jika pelajar engineering menipu masa peperiksaan dan berjaya jadi seorang engineer. kemungkinan akan buat jalan, bangunan atau jambatan yg separuh siap iaitu tak selamat. stadium boleh runtuh.

bagaimana jika pelajar sukan rekreasi menjadi jurulatih/pengurus hasil menipu masa exam? atlit tak berjaya capai objektif. atau atlit makan steroid. atau duit habis disonglap utk kayakan diri aje. begitu juga jika jadi pensyarah tetapi masa belajar dok tumpang hasil kawan (superstar) dan menipu masa exam serta kurang displin. macam mana nak kongsi ilmu jika kurang atau tiada ilmu. hasilnya makan gaji buta, naik gaji tumpang kerja orang lain. dapat bonus hasil titik peluh orang lain.

ingatlah. kalau balasan tak segera, ianya akan jadi balasan tertangguh. tapi balasan tetap diterima. tak kena kat kita sendiri, kena kat orang2 yg kita sayang.

Tiada ulasan: