Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Mac 28, 2010

Soalan Untuk Kebaikan

Setiap kali semasa kuliah, saya akan bertanya 'ada sebarang soalan?' kpd para pelajar saya. Saya juga akan bertanyakan ayat yg sama kpd peserta yg hadir di sebarang aktiviti saya.

Dan saya kerap menerima soalan2 berikut:
1. Macam mana dia boleh mengajar subjek yg dia tidak pernah belajar?
2. Macam mana dia boleh menulis sebegitu banyak tentang perkara yg bukan bidang dia?
3. Macam mana dia boleh menyelia penyelidikan sedangkan dia tidak pernah belajar menyelidik?
4. Macam mana orang yg sama mengajar lebih drpd orang lain?
5. Macam mana orang yg lain mengajar utk bukan sepenuh masa sedangkan polisi adalah lain?

Maka soalan2 itu saya sampaikan kpd yg sepatutnya boleh menjawab. jawapan yg diterima selalunya tidak memuaskan. Bahkan yg ditanya oleh saya turut memaklumkan bhw dia pun ingin bertanya soalan yg sama.

Mengajar di IPT bukanlah spt di sekolah. Ianya memerlukan komunikasi dua hala. Kita tidak boleh suka2 aje mengajar. menjadi pensyarah mempunyai tugas dan tanggungjawab yg perlu dilakukan dgn penuh amanah.

Selasa, Mac 23, 2010

PhD - Glamour

Susahnya apabila di sebuah pusat pendidikan apabila ramai yg tersalah buat phd. kita nak mereka terlibat dgn ijazah kedoktoran, bukannya penyakit hasad dengki. tapi kalau dah itu aje kelayakan yg ada buat meeka yg tertentu, biarkanlah utk luncai.

pada awal minggu, saya dimaklumkan bgmana ada staf yg dihina/dikeji krn muncul di barisan hadapan dlm tv. yg mengkeji krn tidak dijemput muncul dlm tv. gila glamor lah tu. memang ada org kalau tak dijemput ke semua majlis akan rasa tak senang hati.

tadi ada yg maklumkan bhw ada staf dikeji krn hadir ke konferens. yg mengkeji tidak buat kertas kerja utk dibentangkan. sebaliknya, biasa menumpang dgn kerja org lain. kalau nama tidak dibenarkan menumpang, maka akan marah pd orang.

kita menjadi pensyarah bukan krn glamor. kita mesti ikhlas dlm menjalankan tugas sbg pensyarah. kita dah diberi tugas dan tanggungjawab masing2.kita dah ada kpi masing2. buatlah utk capai kpi kita. tak payahlah nak jaga tepi kain orang kerana kita nak tumpang glamor aje.

Sabtu, Mac 20, 2010

Jawatan atau Tanggungjawab

Maka saya pun berasa hairan. Yg kononnya ingin bersih spt bayi baru lahir, tetapi tingkahlaku masih spt dulu. Malah mungkin lebih teruk drpd dulu.

Jawatan dikejar. Tanggungjawab dilupai. Jawatan sebagai ketua tidak ditawarkan semasa memohon kerja di organisasi kita. Kita memohon utk jadi pensyarah (pendidik.pekongsi ilmu). Kita terima jawatan pensyarah dgn kesedaran bhw kita ada tugas dan tanggungjawab yg perlu dijalankan dgn penuh amanah.

Tetapi melayu mudah lupa. Lain janji sebelum dpt kerja. Setelah dpt kerja jadi gila kuasa. Gila takhta. Gila harta. Lupa bhw kita bertanggungjawab terhadap setiap pekerjaan kita. Maka kebenaran ditolak ke tepi. Tiada lagi hormat kpd mereka yg lain.

Kenapa sedemikian. Gila glamour ke? Allah jua maha mengetahui. Tetapi kita sama2 berdoa agar kita tidak tergolong dlm mereka yg telah jadi gila kuasa. Janganlah kita lupa kpd tanggungjawab kita di dunia ini. Harta, takhta, hanyalah sementara di dunia ini.

Khamis, Mac 18, 2010

Hormat

Yang muda hormat yg tua, yg tua pun perlu hormat kpd yg muda. Ramai yg hormat seseorang kerana harta atau pangkatnya. itulah kebiasaannya sekarang, hormat kerana perkara material yg dimiliki seseorang.

seorang pemimpin mesti seorang yg dihormati. kita hormat seseorang yg menjadi pemimpin tidak kira usianya. kita hormat seorang pemimpin tidak kerana hartanya. pangkat sebagai pemimpin memerlukan ilmu. lagi tinggi ilmu seseorang itu, lagi tinggi kita hormat seseorang itu. buka semua ingin jadi pemimpin. jika kita gilakan jawatan, kita akan banyak disoalNya. jika kita diberi jawatan kerana ilmu kita, insyaallah kita akan dibantuNya.

saya hairan bila yg tua tak boleh terima yg muda jadi pemimpin. saya hairan apabila ada yg sentiasa nak jadi pemimpin walau pun ilmunya kurang atau tiada utk memimpin. dan yg gilakan jawatan apabila tidak mendapatnya seakan gila talak. maka dilaung2kan bhw orang tak layak. orang lain tiada ilmu yg sesuai. orang lain banyak salahnya.

saya hairan apabila seorang itu tidak sedar bhw beliau tidak terpilih kerana beliau tidak diterima oleh mereka yg ingin dipimpinnya. mungkin kerana reputasinya yg buruk. mungkin kerana reputasi kawannya yg buruk terpalit kpdnya. cukuplah. jawatan yg anda gilakan tidak boleh dibawa mati.

Tahniah Lagi Kpd Peers

Alhamdulillah, peers memenangi hadiah pertama kategori pelajar untuk hari bertemu pelanggan HEP yg dihakimi pada semalam 17Mac 2010. Terima kasih kpd kesemua yg menyokong usaha peers secara berterusan.

Kejayaan peers adalah hasil untuk usaha bersama diantara peers yg hadir dan tak dpt hadir ke pameran. Kejayaan adalah hasil legacy yg berterusan. Memang seronok menjadi penasihat persatuan yg sangat proaktif. Kita tanamkan dlm diri kita utk tidak menunggu sesuatu tugasan. Kita mestilah bersedia utk mencari tugasan. Dan yg penting, selesaikan tugasan utk kebaikan organisasi dan diri.

Maklumbalas drpd semua adalah penting. Terima aksih kpd setiap pengunjung yg memberi maklumbalas termasuklah drpd para hakim. Kita akan gunakan maklumbalas utk penambahbaikan secara berterusan. Insyaallah, antara program peers akan datang adalah pengenalan kpd sistem pengursan kualiti ISO. sekali lagi, tahniah kpd peers kerana kejayaan terbaru. Peers Cemerlang.

Rabu, Mac 17, 2010

Hari Bertemu Pelanggan HEP Mac 2010

Selepas kuliah di fakulti pagi tadi saya ke menara saas. saya ingin melawat booth peers. kebetulan hari rabu, saya turut memakai baju korporat peers.

Peers mendapat gerai berdekatan lorong lif menara saas. ianya lebih baik drpd booth sebelum ini. booth peers amat mudah dikenali selain drpd perkataan peers yg jelas terpampang, adalah warna rasmi peers - kuning dan hitam.

Saya mula berada di booth peers bermula 11.15pagi sehinggalah jam 5.15ptg. memang meriah booth peers. terima kasih kpd peers semua yg turut memberi sokongan. alhamdulillah, hari ini kita dpt 115 permohonan ahli baru. pelawat lebih drpd 200 orang.

semasa 3 hakim hadir utk menghakimi booth, saya biarkan peers yg menjawab serta melayan hakim2. terima kasih kph kpd prof Pau, pm Ros - Inqka, dan kak Nor - pej pendaftar kerana sudi melawat booth kami. insyaallah, jika ada rezeki, dptlah pegiktirafan yg sesuai dgn usaha peers.

Selasa, Mac 16, 2010

Hidup Perlu Diteruskan

Tuan, ada berita yang kurang gembira untuk tuan. Saya minta maaf dan turut merasai perasaan kurang gembira tuan.

Kenapa? Apa beritanya?

Cik Melur, tuan. Beliau telah menjanjikan dirinya. Saya faham jika tuan tidak ingin teruskan tugas hari ini.

Kita perlu faham dan sematkan dalam diri kita. Suka dan duka adalah perkara biasa dalam kehidupan kita. Rezeki, jodoh, ajal di tangan Allah. Kita mampu merancang dan berusaha, Allah jua yang menentukan keputusan.

Jumaat, Mac 12, 2010

Timbalan Dekan Akademik

FSR mendapat TDA baru. Tahniah PN, kami doakan akan jadi PM.

Pn Nprlizah dikenali diluar UiTM dalam bidang sains sukan. Beliau berpengalaman bertugas di MSNegara. Beliau pernah menjadi KP SR223. Maka pelantikan sbg TDA adalah gerakan seterusnya utk ekbaikan sains sukan di uitm.

Tugas TDA amat besar. Beliau no.2 selepas dekan di fakulti. Satu jawatan yg amat glamor dan amat berat. Tugas dan tanggungajwab yg memerlukan amanah yg amat besar selepas dekan. Beliau tidak boelh memilih kursus untuk diajar utk pensyarah dan terutama dirinya ikut suka hati dia. Beliau tidak boleh pilih jadual waktu utk pensyarah dan terutama dirinya ikut suka hati aje. Mesti ada alasan yg kukuh. Jika tidak, kena berkenalan dgn SPRM.

Kami sentiasa memberi sokongan kpd PN yg amat ikhlas dan amanah dlm menjalankan tugas dan tanggungjawabnya utk membantu anak bangsa. Jika betul jangan takut, jika salah jangan takut mengaku salah.

Rabu, Mac 10, 2010

Pusing2

Kerja saya adalah pusing2. itu adalah tanggapan beberapa orang yg banyak masa utk pusing2 tentang kerja saya. saya senyum aje. tapi staf2 saya anging dan berasap krn marah tuduhan mengarut terhadap saya.

Agak2 mereka ni bosan dok pejabat. dah latu, mungkin bos tak percaya utk dosuruh p buat kerja kat luar stesen. jadi anginnya dilepaskan kpd saya. ish3. memang susah. kalau sekali bos tak percaya, susah nak dptkan keyakinannya semula. Seorang ketua akan suka bekerja dgn mereka yg dipercayai, jujur, ikhlas, dan amanah.

Setelah habis pusingan kali ini, saya menunggu arahan utk pusing2 seterusnya. Saya ada dimaklumkan utk pusing2 disekitar lembah kelang shj. Tapi saya rasa ianya tak adil utk kolej2 lain.

kpi saya adalah kesemua 17 kolej bersekutu uitm dpt sijil iso selewatnya pada 31dis 2010. berdasarkan pusing2 saya, saya yakin kesemuanya mampu capai matlamat ditetapkan. insyaallah

Selasa, Mac 09, 2010

Plagiarisma dan Kejujuran

Di dunia akademik, plagiarism atau menghasilkan penulisan yg dicedok bulat2 drpd penulis lain tanpa mengiktirafkan bhw ungkapan atau pernyataan adalah milik/hasil orang lain adalah amat salah dr segi kacamata ahli akademik. Ianya adalah mencuri.

Di dunia akademik, pelajar dan pengajar ramai yg terlibat dlm plagiarism. Antara sebab utama adalah utk menghasilkan kehendak pensyarah atau ketua dgn cepat tanpa integriti. Antara hasil didapati drpd plagiarism adalah mendapat markah yg tinggi, mendapat kenaikan pangkat. Ianya memberi ganjaran kpd yg melakukan plagiarism.

Walau bagaimana pun, kesan kpd pihak lain adalah amat negatif. Penulis asal yg berusaha menghasilkan penulisan tidak mendapat ganjaran sewajarnya. Kemungkinan hasil kenaikan pangkat tanpa isi sejati ini akan menyebabkan pensyarah tersebut diberi tugasan mengajar bidang yg sebenarnya dia tidak mempunyai pengetahuan utk berkongsi dgn orang lain.

Saya ditugaskan utk menyemak jika ada berlaku plagiarism oleh pihak2 tertentu. Apakah balasan jika terdapat mereka yg mendapat imbuhan kerana melakukan plagiarism?

Isnin, Mac 08, 2010

Nama baik Kita

Semalam saya berpeluang makan malam bersama seorang drpd sahabat yg macam saudara saya. Kami makan malam di tg lumpur. Berhampiran dgn kampung dua orang sahabat kami. Seorang drpd sahabat kami itu telahpun meninggal dunia.

Bagaimana nak mencipta namabaik atau reputasi? Ianya mengambil masa yg lama. Ianya tidak boleh dibeli dgn wang ringgit. Ianya perlukan usaha yg ikhlas dan jujur. Ianya perlukan sikap yg penuh tanggungjawab dan amanah.

Sahabat saya dan saya bersetuju bhw memiliki kereta yg mahal, rumah yg besar bukanlah mencerminkan namabaik kita. Reputasi baik dibina dgn sahabat yg baik. reputasi baik dibina dgn usaha utk kebaikan diri, masyarakat dan persekitaran. Silap pilih kawan akan menyebabkan nama kita jadi tak baik. Silap cara tuturkata boleh jadikan kita tidak bernama baik.

Namabaik boleh dikaitkan dgn seorang yg berilmu. Berilmu, beramal dan beriman akan meningkatkan namabaik kita.

Khamis, Mac 04, 2010

Pemimpin dan namabaik

Seorang pemimpin akan dihormati. ketua selalunya ada yg ditakuti. Kita adakalanya akan berperanan sama ada sebagai pemimpin atau ketua mengikut keadaan.

Seorang pensyarah adalah pemimpin dan ketua. Bos adalah pemimpin dan ketua. Beliau bertanggungjawab ke atas keputusan akhir yg dibuatnya. Anak2 buah hanya boleh mencadang. ketua atau pemimpin akan buat keputusan dan tanggung keputusan tersebut.

Maka seorang ketua atau pemimpin yg bijak dan berilmu akan membuat keputusan yg bijak dan tepat. Keputusan utk kebaikan organisasi. Bukannya mengikut nafsu sendiri. Namabaik pemimpin akan terlekat kpd pengikutnya juga.

tSaya terhutang budi dan amat berterima aksih kpd ramai dikalangan kenalan di uitm. Terutamanya kpd mereka yg membimbing, dan memberi tunjuk ajar kpd saya utk kebaikan diri dn organisasi. Saya akan sentiasa bersedia bertugas dgn ketua dan pemimpin yg bijak, jujur, ikhlas dan berilmu yg bertugas utk ekbaikan organisasi.

Rabu, Mac 03, 2010

Bersedia Bertugas Di Tempat Baru

Saya dimaklumkan bos saya beliau akan tamat tempoh beliau sama tarikh dgn tarikh saya. Saya maklumkan bhw jika beliau tmat tempoh, saya pun tamat tempoh. Beri pelung kpd bos baru memilih pasukannya.

Ke mana saya lepas ini? Adakah mereka yg menawarkan tempat2 bertugas kpd saya pada tahun2 lepas akan menawarkan semula kpd saya? bagi saya penerimaan tawaran bergantung kpd beberapa perkara. 1. Mudah makan. 2.mudah ke bilik air. 3. mudah utk solat.

Alhamdulillah, tempat skrg memberikan saya ketiga2 perkara yg saya perlukan. Mungkin ditempat baru saya akan dpt yg sama? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Saya berdoa agar sentiasa diberi rahman dan rahimNya.

Antara faktor kepuasan kerja adalah hubungan kita dgn bos kita. Jika kita mempunyai yg baik dgn bos, saling mempercayai, saling bertanggungjawab dan saling percaya kpd kejujuran dan keikhlasan masing2, kita akan seronok bekerja sama.