Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Mac 20, 2010

Jawatan atau Tanggungjawab

Maka saya pun berasa hairan. Yg kononnya ingin bersih spt bayi baru lahir, tetapi tingkahlaku masih spt dulu. Malah mungkin lebih teruk drpd dulu.

Jawatan dikejar. Tanggungjawab dilupai. Jawatan sebagai ketua tidak ditawarkan semasa memohon kerja di organisasi kita. Kita memohon utk jadi pensyarah (pendidik.pekongsi ilmu). Kita terima jawatan pensyarah dgn kesedaran bhw kita ada tugas dan tanggungjawab yg perlu dijalankan dgn penuh amanah.

Tetapi melayu mudah lupa. Lain janji sebelum dpt kerja. Setelah dpt kerja jadi gila kuasa. Gila takhta. Gila harta. Lupa bhw kita bertanggungjawab terhadap setiap pekerjaan kita. Maka kebenaran ditolak ke tepi. Tiada lagi hormat kpd mereka yg lain.

Kenapa sedemikian. Gila glamour ke? Allah jua maha mengetahui. Tetapi kita sama2 berdoa agar kita tidak tergolong dlm mereka yg telah jadi gila kuasa. Janganlah kita lupa kpd tanggungjawab kita di dunia ini. Harta, takhta, hanyalah sementara di dunia ini.

Tiada ulasan: