Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mac 08, 2010

Nama baik Kita

Semalam saya berpeluang makan malam bersama seorang drpd sahabat yg macam saudara saya. Kami makan malam di tg lumpur. Berhampiran dgn kampung dua orang sahabat kami. Seorang drpd sahabat kami itu telahpun meninggal dunia.

Bagaimana nak mencipta namabaik atau reputasi? Ianya mengambil masa yg lama. Ianya tidak boleh dibeli dgn wang ringgit. Ianya perlukan usaha yg ikhlas dan jujur. Ianya perlukan sikap yg penuh tanggungjawab dan amanah.

Sahabat saya dan saya bersetuju bhw memiliki kereta yg mahal, rumah yg besar bukanlah mencerminkan namabaik kita. Reputasi baik dibina dgn sahabat yg baik. reputasi baik dibina dgn usaha utk kebaikan diri, masyarakat dan persekitaran. Silap pilih kawan akan menyebabkan nama kita jadi tak baik. Silap cara tuturkata boleh jadikan kita tidak bernama baik.

Namabaik boleh dikaitkan dgn seorang yg berilmu. Berilmu, beramal dan beriman akan meningkatkan namabaik kita.

Tiada ulasan: