Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Mac 18, 2010

Hormat

Yang muda hormat yg tua, yg tua pun perlu hormat kpd yg muda. Ramai yg hormat seseorang kerana harta atau pangkatnya. itulah kebiasaannya sekarang, hormat kerana perkara material yg dimiliki seseorang.

seorang pemimpin mesti seorang yg dihormati. kita hormat seseorang yg menjadi pemimpin tidak kira usianya. kita hormat seorang pemimpin tidak kerana hartanya. pangkat sebagai pemimpin memerlukan ilmu. lagi tinggi ilmu seseorang itu, lagi tinggi kita hormat seseorang itu. buka semua ingin jadi pemimpin. jika kita gilakan jawatan, kita akan banyak disoalNya. jika kita diberi jawatan kerana ilmu kita, insyaallah kita akan dibantuNya.

saya hairan bila yg tua tak boleh terima yg muda jadi pemimpin. saya hairan apabila ada yg sentiasa nak jadi pemimpin walau pun ilmunya kurang atau tiada utk memimpin. dan yg gilakan jawatan apabila tidak mendapatnya seakan gila talak. maka dilaung2kan bhw orang tak layak. orang lain tiada ilmu yg sesuai. orang lain banyak salahnya.

saya hairan apabila seorang itu tidak sedar bhw beliau tidak terpilih kerana beliau tidak diterima oleh mereka yg ingin dipimpinnya. mungkin kerana reputasinya yg buruk. mungkin kerana reputasi kawannya yg buruk terpalit kpdnya. cukuplah. jawatan yg anda gilakan tidak boleh dibawa mati.

Tiada ulasan: