Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Oktober 31, 2008

Tahniah Encik Rahim dan Pn Jamatul

Tahniah kpd dua wakil fsr, en Rahim dan pn Jamatul, di ined. Mereka berjaya diamanahkan sebagai peneraju kelab kebajikan kakitangan ined.

Amat membanggakan apabila warga fsr dipandang tinggi diorganisasi lain. Tidak perlu melobi dgn habuan balas ataupun paksaan. Inilah tanda warga fsr berkualiti. Mereka mencerminkan bahawa warga fsr serba boleh dan beramanah. Bukannya dibayar buta2 tanpa ingin bekerja, atau tunggu pencen aje.

Saya tumpang bangga dgn amanah diberikan kpd mereka berdua. Semoga pandangan positif terhadap fsr dikekalkan oleh kita bersama.

Gila Kuasa (2)

Seronok mendengar cerita kawan2. Ianya boleh dijadikan teladan kpd kita.

Terdapat mereka yg walau pun telah dilucutkan kuasa kerana usia, 'incompetency' atau sebagainya tidak dpt menerima hakikat mereka tiada lagi kuasa. Ada yg berkelakuan yg memalukan bila di khalayak ramai ingin menunjukkan seolah2 masih ada kuasa. Adakah dah betul2 GILA kuasa? Sebagai pentadbir akademik, kuasa hanyalah sementara. Ianya bukannya mutlak atau 'tetap dan berpencen'.

Sedarlah bahawa kita memohon untuk menjadi ahli akademik. Tiada jawatan pentadbir akademik diiklankan sebagai jawatan hakiki di organisasi kita.

Terima Kasih Pelajar FSR SR113(3)

Pagi tadi saya mengawas peperiksaan. Didewan tersebut terdapat pelajar dr fakulti lain.

Saya bangga melihat para pelajar saya, sr113/3 mematuhi sahsiah rupadiri uitm. ianya mencerminkan juga pensyarah fsr. Dukacita bila melihat sahsiah rupadiri pelajar fakulti yg turut bersama pagi tadi. Sepatutnya mereka akan mendaulatkan undang2 setelah keluar uitm, tetapi saya tidak yakin. Ini kerana mereka tidak mendaulatkan peraturan dan undang2 uitm tentang sahsiah rupadiri. Bagaimana mereka nak mendisiplinkan org lain sedangkan mereka tidak melatih diri mereka berdisplin.

Walau pun terdapat segelintir pelajar fsr yg masih perlu memperkemaskan diri mereka, terima kasih kerana mencerminkan kami pensyarah fsr sebagai 'role-model' berdisiplin.

Khamis, Oktober 30, 2008

Gagalkah Kita?

Saya ke FSR tadi. Untuk menguruskan beberapa perkara.

Dukacita, saya lihat arahan dan panduan utk kesejahteraan bersama tetap diabaikan. Jelas terpampang kereta kegunaan pelajar dilarang masuk ke kawasan akademik 3. Jelas pula para pelajar dgn bangga tidak mengendahkan maklumat dinyatakan. Adakah kita sebuah ipt gagal mengajar pelajar kita membaca? Atau adakah pelajar kita sememangnya tidak boleh membaca? Jika demikian, bagaimana mereka dpt masuk ke ipt?

Jika masih ada sifat kesombongan spt ini, saya jangka para pelajar tidak akan berjaya dlm mencapai matlamat berada di ipt. mungkin juga gagal dlm peperiksaan yg sedang diduduki.

Penghujung Syawal 1429H

Bila masuk maghrib hari ini nanti, maka berakhirlah syawal 1429H. Dan kita akan menanti kehadirannya pada 1430H.

Syawal bermakna kejayaan melalui dugaan. Tapi sebenarnya di syawal lagi banyak dugaan. Dugaan utama adalah menjaga berat badan. Jemputan menikmati juadah silih berganti. Kesannya, saya terpaksa membeli beberapa helai seluar baru. Tapi beli seluar sahaja tak memadai, perlu juga dilihat 'six pack' yang makin kurang menarik. InsyaAllah latihan akan disambung semula utk kesihatan jangka panjang.

Setelah syawal, maka bermula pula menyambut aidil adha. Bagi yg akan menyahut seruan dan panggilan Illahi ke Tanah Suci, mereka sudah mula mengira masa mereka akan berada di tanah suci pada 1429H.

Rabu, Oktober 29, 2008

Nak Dara Rindu

Sebuah lagu yg saya minati. Ianya nyanyian arwah TS P Ramlee dlm filem Bujang Lapuk.

Akhirnya, tak dpt beli cd atau kaset, dpt dengar melalui youtube. Kena google 'nak dara rindu'. Lagu ni saya terpaksa nyanyi di kelantan, permintaan pengarah kelantan. Lagu ini juga lagu yg diminati Mat Said, sahabat dari Sg Korok. Puas saya cuba cari utk berikan kpd dia tapi tak jumpa kaset atau cdnya.

Maka bg mereka yg ingin melihat kilat sabung menyabung dan guruh berdentum, sediakanlah cd lagu ini sebelum minta saya 'sumbang'kan suara saya.

Bolehkah Saya...Tuan

Kawan setia adalah mereka yg menghargai kita. Mereka adalah yg telah kita latih menjadi seorang yg baik kpd diri dan masyarakat.

AlhamdulIllah, masih ramai yg sudi sedia berkhidmat dgn saya. Terima kasih. Saya amat hargai kesetiaan anda sentiasa sedia berkhidmat secara amanah dan sebenarnya 'Kerana Allah Ta'ala'. Saya gembira apabila mereka yg saya latih bekerja dan bertugas secara jujur dan ikhlas. Pernah ada yg sedih melihat dan mengetahui saya yg dilayan secara tidak adil. Ada yg merasa marah. Saya katakan, 'bersabarlah'.

Adakalanya terasa ingin biarkan sahabat lakukan keadilan segera. Tetapi, kemudian memikirkan pula apakah kesan kpd mereka yg tidak bersalah.

Kisah Seekor Ibu Ayam Merah

Ini adalah alihbahasa sebuah dongeng. Tetapi setiap dongeng (fable) ada maksud tersirat.

Saya suka bercerita dan menggunakan cerita ini sebagai contoh semasa kuliah ETR. Rumusan cerita ini, untuk sama2 bekerja dan berusaha, tidak ramai yg akan ke hadapan secara sukarela. Tetapi apabila kita berjaya, ramailah yg sudi membantu mendapat nama ataupun menghabiskan hasil kita tanpa perlu dijemput.

Walau bagaimana pun, janganlah budaya ini menyebabkan kita burn-out. Jadikan sebagai pengajaran dlm memilih kawan utk bersama mencapai hasrat dan tujuan kita.

Bolehkah Saya...

Penat bermesyuarat hari. Daripada jam 9pagi hingga 4.30ptg.

InsyaAllah, lepas ini mesyuarat kualiti InED akan ambil masa sekejap aje. Cadangan supaya lebih kerap diadakan. Bukan senang nak tukar kebiasaan. Lagi susah nak ubah budaya. Maka akan berlakulah jika orang yg kita minta tolong tak sudi menolong, akhirnya kita akan buat. Yang nak dielakkan, bila kita pula selalu kena buat kerja kerana orang lain lepas tangan.

Jika ingin saya capai objektif diberi, izinkan saya memilih dan melatih mereka yg sedia bekerja dgn saya. Bolehkah saya berbuat sedemikian?

Kehilangan Harta

Kehilangan harta amat mencabar kita. Tambah2 lagi bila harta tersebut masih ada hutangnya.

Harta adalah amanah Allah kpd kita. Ianya hanya sementara. Bagi saya, bila di dalam jagaan kita, mestilah kita berusaha sebaik mungkin menjaganya. Tetapi jika ia hilang kerana dicuri orang lain, janganlah kita tangisi sampai mati. Allah yg memberi dan Allah juga yg berhak mengambilnya daripada kita.

Bagi pencuri, anda mungkin kaya dgn harta yg anda curi, tetapi bersenang2 hanya di dunia shj. Semoga Allah membalas setimpalnya perbuatan zalim orang yg mencuri harta milik sementara orang lain.

Peperiksaan Kembali

Hari ini bermula peperiksaan akhir oktober 2008. ianya akan berlangsung selama 3minggu.

Peperiksaan adalah untuk menilai kefahaman kita setelah mengikuti kuliah selama 14minggu. Kursus saya pada 17nov, isnin, hari kedua terakhir peperiksaan sem ini. Masih ada 3 minggu lagi. Tetapi 3 minggu amat cepat berlalu. Maka saya harapkan para pelajar saya gunakanlah masa yg ada utk betul2 bersedia menghadapi kursus saya.
Hasil dituai berdasarkan usaha kita. Ikhlas dan jujur semasa menghadapi peperiksaan.

banyak doa2 dan amalan yg boleh kita amalkan sebelum peperiksaan. Tapi jangan berdoa aje, perlulah mengulangkaji dan melakukan latih tubi. Masih belum terlambat ya.

Isnin, Oktober 27, 2008

'Lembaga' Buku (2)

Impian saya mempunyai sebuah bilik spt perpustakaan mini. Saya ingin penuhkan dgn koleksi buku2 milik saya. Saya ingin menjadi 'lembaga' dikelilingi buku.

Sudah banyak RM saya keluarkan utk mengutip koleksi buku2 saya. Kepuasan adalah apabila berbicara dgn org lain, saya dpt menyumbangkan isi2 yg bernas hasil drpd bacaan2 saya. Org suka berkata 'saya lebih dulu makan garam' atau 'saya lebih banyak makan garam' jika ingin merendah2kan org lain. Tetapi lebih dulu makan garam atau lebih banyak makan garam tidak semestinya seseorang itu lebih berilmu drpd kita.

Pendidikan formal spt di U membolehkan kita berjimat masa utk makan lebih banyak garam berkualiti dlm tempoh yg lebih singkat. Garam2 ini kita perolehi drpd pensyarah dan buku2 yg dibaca. Maka jika seorg pensyarah tidak suka membaca mungkin bermakna akan tiba masanya, pelajarnya mungkin akan makan sodium lebih berkualiti drpd pensyarah tersebut.

'Sahabat' Lama

Antara karangan yg saya baca adalah cerita kembara Tintin. Tintin adalah sahabat lama saya sejak 1970'an.

Seronok bila berjumpa semula dgn buku/komik Tintin. Dahulunya berharga RM7.50. Memang mahal jika dibandingkan dgn nilai duit pada tahun 70an. Saya mula membaca Tintin sejak sekolah rendah. Maka hidup kembara saya turut melalui kembara Tintin. Di jualan MPH, saya beli beberapa buah buku Tintin. Cerita lama, bila membacanya mengembalikan saya kpd tahun 70an dan 80an. Harga buku Tintin sekarang RM70++, buku kompilasi RM90++. Maka apabila harga gudang utk kompilasi RM42, saya beli beberapa buah.

Membaca bukan hanya utk meningkatkan ilmu, ianya adalah satu bentuk rekreasi. Dalam kaunseling, membaca buku adalah satu bentuk biblioterapi, iaitu pengajaran dan pembelajaran melalui buku.

'Lembaga' Buku

Seperti saya nyatakan, saya seorang 'lembaga' buku. Saya memang seronok berada di kedai buku ataupun di perpustakaan.

Saya memang suka berada di tengah2 ilmu yg dibukukan. Membaca adalah satu hobi saya. Saya di jualan gudang MPH buat kali kedua dlm 3hari. Hari ini banyak juga RM dihabiskan. Sejak dari kecil, buku diberikan sebagai upah jika saya berjaya capai objektif ditetapkan oleh orang tua saya. Saya belajar bahasa inggeris melalui membaca buku2 cerita dlm bahasa inggeris.

Antara buku2 yg saya baca adalah karangan Enid Blyton, komik2 superheroes, dan juga komik Tintin. Tidak banyak buku yg saya miliki semasa kecil masih dalam simpanan saya.

Ahad, Oktober 26, 2008

Program AC773

AlhamdulIllah, pagi tadi test AIS710 dilalui dgn tenang. InsyaAllah, hasil berdasarkan usaha kita.

Selepas test, ada beberapa pembentangan. Saya bentangkan tugasan 2 saya. Semasa pembentangan ada perbincangan. Saya seronok hadir kuliah AIS710 kerana adanya perbincangan. Spt kata pensyarah saya, 'dlm proses pengajaran dan pembelajaran perlu ada komunikasi dua hala'. Saya amat2 setuju. Sebab itulah saya lebih berminat menyelia pelajar SRW. Bilangan pelajar yg tidak ramai membolehkan lebih perhatian diberikan. Saya juga dpt menambah ilmu melalui perbincangan dgn pelajar.

Di U, kita mesti sama2 belajar. Janganlah kita nasihatkan pelajar belajar tetapi kita tidak ingin diajar.

Menjalankan Amanah (4)

Selain berjumpa Azam, tuan rumah majlis, saya turut berjumpa seorg kawan lama semenjak di itm, J.

J seorg kontraktor. Tugas dia ada tempoh2 tertentu. Bayaran upah kontraktor amat lumayan. Sebulan saya, 4hari kerjanya. J juga dilatih utk beramanah spt kami yg lain. J bgtau bhw dia skrg antara kontrak. Kontrak terakhirnya, beliau menegur ketua organisasi kerana tugas J utk beramanah. Bekas ketuanya tidak suka. Saya tanya J, 'adakah anda menyesal kerana menjalankan tugas krn amanah?'. Jawab J,'tidak, malah dia akan terus bersikap demikian di masa hadapan'. Syabas J. Saya bangga menjadi sahabat seperjuangan J.

Jika difikirkan drpd sudut RM, memanglah rugi jika kerana amanah kita kehilangan RM. Tetapi, pesanan saya berulang2 kali, 'ALLAH Sahaja Yg Menentukan Rezeki kita hambaNya'.

Sabtu, Oktober 25, 2008

Majlis Seorg Sahabat

Saya tidak dpt hadir ke temuduga calon2 epjj. Saya wajib hadirkan diri ke majlis seorg sahabat baik saya tadi.

Beliau akan menunaikan haji, insyaAllah pada tahun ini. Namanya Azam. Semasa belajar di itm, Azamlah yg mengajak saya join ko kaunseling sebaya. Maka semenjak 1987, saya masih dgn peers uitm. Semasa di itm, saya beli topi keledar (duit pinjaman pelajaran mara) dan menumpang Azam sekali sekala ke kuliah. Sekarang kalau jumpa dia, saya tumpang kereta merc dia. Pernah, dia akan duduk di depan sebelah pemandunya, sementara saya dan sahabat seorg lagi duduk di belakang. Pi solat jumaat dari klcc, kemudiannya p pekena asam pedas. Beliau adalah seorg sahabat yg setia. kami dilatih utk berani kerana benar.

Saya doakan semoga Azam dan rombongan sentiasa dipelihara Allah Yg Maha Esa. Semoga beliau selamat pergi dan kembali menunaikan haji. Semoga beliau mendapat haji yg mabrur. Semoga beliau selamat dunia dan akhirat.

Lupa Daratan (2)

Esok ada test. Tadi hampir 2jam di jualan gudang.

Biasanya di jualan gudang spt tadi, saya akan membeli bagai mengisi rak. Memang nak isi rak. Rak buku. Tadi jualan gudang MPH. banyak saya berbelanja. terpaksa saya stop sebelum lebih banyak lagi saya beli. Ada buku sy beli diskaun 83%. ada yg hanya 40% sahaja.

bg pelawat blog sy, jgn lepaskan peluang jika nak beli buku berkualiti (saya tak dpt komisen). Pelbagai buku ada ditawarkan. Memang saya ni 'lembaga' buku. tak percaya lawatlah bilik saya di fsr ataupun di ined.

Jumaat, Oktober 24, 2008

Menjalankan Amanah (3)

Seorang staf saya komen tentang sebuah organisasi kerajaan yg kurang amanah. Aktiviti yg akan dijalankan oleh organisasi tersebut tidak diwarwarkan kpd umum.

Beliau rasa amat kecewa. Sepatutnya aktiviti dbiayai oleh kerajaan utk rakyat diumumkan supaya rakyat mendapat peluang mengikuti aktiviti dicadangkan. Adakah agensi tersebut malas menjalankan amanah atau tidak mahu beramanah? Adakah benar bhw agensi ini mencerminkan sikap umum staf kerajaan? Saya tidak tahu.

Kepada mereka yg berkenaan atau spt berkenaan, sedarlah bhw anda diberi gaji kerana menjalankan amanah kpd orang ramai. Kalau ingin tidak amanah, janganlah bekerja dgn agensi kerajaan yg tugas utama adalah beramanah kpd org ramai.

SRW sem Okt 2008

Tadi para pelajar SRW saya hadir untuk semakan terakhir draf laporan praktikal dan tesis. InsyaAllah, mereka akan hantar salinan muktamad pada selasa, 4 nov 2008.

InsyaAllah, akan bertambah 4lagi graduan fsr dibawah penyeliaan saya.Kualiti yg dihasilkan berbeza antara graduan. Ada yg teramat baik, ada yg baik. Mereka perlu berjumpa saya lebih drpd 3kali dalam satu sem. maka bg mereka yg berminat utk diselia oleh saya, perlulah berdisiplin.

SRW memerlukan sumbangan kedua2 pihak pelajar dan pensyarah. Hasil SRW adalah reputasi pensyarah dan pelajar yg diselianya. InsyaAllah, saya akan cuba adakan majlis pra graduan utk para pelajar saya.

Menjalankan Amanah (2)

Minggu ini minggu terakhir kuliah di uitm. Minggu hadapan bermula peperiksaan akhir.

Minggu ini telah ada pelajar yg tak hadir ke kuliah kerana balik kampung. AlhamdulIllah, tidak ramai pelajar kelas saya yg tidak hadir pd minggu ini. Tidak kira brp ramai bilangan pelajar yg hadir, kita diamanahkan mengendalikan kuliah selama 14minggu. Jika yg mengajar atau hadir ke kuliah kurang daripada 14minggu tanpa alasan konkrit, maka bermakna insan itu tidak amanah. Tetapi apakah tindakan pengurusan kpd insan yg tidak amanah, eg. hanya kendalikan kuliah selama 10 minggu shj?

memang cepat masa berlalu. Sekejap aje kita dah di penghujung satu lagi semester. InsyaAllah, kita akan diketemukanNya dgn pelajar lain pula di sem hadapan.

Menjalankan Amanah (1)

Saya suka baca blog kenalan2. Saya akan terasa gembira dsbnya bergantung kpd kandungan blog.

Saya terkejut dgn komen dlm satu blog. Pihak diberi amanah menjaga keselamatan satu kawasan tidak berani ataupun tidak mahu menjalankan amanah menjaga keselamatan penduduk kawasan tersebut. Gaji dan mcm2 ganjaran diambil, amanah tak dijalankan. Sedih dan marah. Apa komen tan sri?

Kita ada pilihan. Utk turut bersubahat dgn mereka yg tidak amanah atau kita jalankan amanah kita. Tetapi di akhirat, kita sahaja yg tanggung keputusan kita.

Amanah Dalam Kualiti

Tugas saya sekarang menjaga kualiti. Ini utk memastikan pelanggan unit saya mendapat perkhidmatan setimpal dgn bayaran yg diberikan.

Maka saya amat marah pada sesiapa yg bertugas secara tiada kualiti sedangkan mereka tanpa segan silu tamakkan bayaran daripada pelanggan. Saya akan sentiasa maklumkan kpd mereka yg berkenaan ketidakpuasan saya terhadap mereka yg tidak beramanah terhadap pelanggan. Jika saya tidak menegur mereka yg tidak beramanah bermakna bhw saya pun tidak amanah.

Kita mungkin boleh kelihatan kaya secara superficial tetapi yg penting adalah kekayaan dalaman dan pandangan org lain terhadap kita.

Komunikasi dan Kualiti

Komunikasi penting dlm kehidupan kita. Mulut dan telinga adalah antara anggota tubuh badan utk berkomunikasi.

Ada yg berkata,'siapa sahaja boleh mengajar kursus berkomunikasi. sebab semua org boleh berkomunikasi.' Tanggapan ini tidak tepat. Yg penting adalah keberkesanan dan ketepatan berkomunikasi. Jika kita tiada atau kurang ilmu formal dlm ilmu komunikasi, kita tidak amanah kpd pelajar kita. Kita dah 'short-changed' mereka dgn mengajar sekerat jalan sahaja sedangkan harapan mereka adalah mendapat ilmu yg lebih lagi.

Seorang yg sedar kelemahan dirinya dan mengakui akan kelemahan dirinya adalah bukannya seorang yg lemah.

Khamis, Oktober 23, 2008

Menjalankan Amanah

Sebelum ke kampus di mana pengawal tidak cam kereta kami, kami telah ke kampus lain. Layanan diterima amat berbeza.

Mungkin sebab saya dah bgtau pengarah kampus awal2 lagi kedudukan kami semasa dlm perjalanan ke kampus tersebut. Setibanya kami di pintu masuk ke kampus, kami ditahan sebentar. Bukan apa, supaya 'outrider' dapat mengiring kami ke tempat penginapan. Tetapi oleh kerana saya dah tahu tempat penginapan, saya bgtau pemandu supaya terus sahaja dgn meninggalkan kenderaan pengiring di belakang kami. Saya minta maaf kpd pengawal2. Bukan niat tidak baik tetapi bos dah sakit perut.

Kita lihat bagaimana layanan diterima berbeza jika wujudnya komunikasi secara berkesan. Maka jangan salahkan pihak lain jika kita tidak atau kurang berkomunikasi dgn mereka terlebih dahulu.

Daratan Tidak Dilupakan

Tahun lepas saya melawat sebuah kampus uitm. Kami sampai agak lewat malam.

Pengawal menahan kereta kami. Tiada pelekat uitm walaupun kereta rasmi uitm. 'Nak ke mana?' Tanya pengawal. Saya diam. biarkan pemandu yg menjawab. Kalau ikut darah muda dahulu, maunya ditengking pengawal2 yg ada, 'tak kenalke siapa yg dalam kereta ni? Bukankah awak dah diberitahu kedatangan kami?'. Tetapi itu cara dulu2. Sekarang, cukuplah dgn tersenyum kpd kawan2 di dlm kereta. Bukan salah pengawal. Bukannya mereka biasa dgn no plet kami.

Keistimewaan kami hanya terhad. Keistimewaan boleh ditarik balik bila2 masa.

Lupa Daratan

Teringat kisah bertahun2 yg lalu. Kerana berada dlm keistimewaan, terlupa daratan.

Kami ditahan oleh pengawal istana. 'Siapa ni?'Tanya seorang pengawal istana. Saya menjawab, 'ini kereta ..., kami dah maklumkan akan bermalam di sini' jawab saya dengan nada bangga dan juga marah. Dalam hati, 'tak tahu ke pengawal ni siapa kami?'. Mahu dimarah sahaja pada malam tu.

Keistimewaan diterima atas sebab2 tertentu. Jika kita lupa bhw ianya adalah keistimewaan, kita akan lupa siapa kita dan amanah kita.

Filem Kayangan

Semalam saya menonton cerita di tv bertajuk Kayangan. Ianya berkenaan impian seorang gadis kampung ingin kekayaan dan kesenangan melalui perkahwinan dgn lelaki yg berada.

Memanglah. Semua ingin senang. Antara cara utk hidup senang adalah melalui berkahwin dgn org yg kaya dan berpangkat. Seronok jika kaya. Seronok jika berpangkat. Layanan diterima akan lebih istimewa. Kita boleh berada di awan-awangan. Seperti berada di kayangan?

Tapi janganlah kerana ingin kesenangan di dunia, kita gadaikan kesejahteraan di akhirat. 'Wal Asr'...

Allah Yg Memberi Rezeki

Pesan seorang saudara saya,'jalankanlah amanah.jangan takut akan rezeki kita kerana Allah tentukan rezeki kita'.

Benar. Bukannya ketua kita yg tentukan. Mungkin mereka berasa bhw mereka berkuasa menentukan rezeki kita. Biarkanlah. Andaian mereka itu sebenarnya bercanggah dengan akidah bhw Allah jua yg Maha Berkuasa Menentukan rezeki hambaNya. Ada 'ketua' yg sanggup lakukan pelbagai utk menghalang 'anak buahnya' daripada mendapat rezeki yg halal.

Saudara saya berpesan, 'sentiasalah berdoa - Ya Allah, permudahkan dan jangan Kau susahkan'. Cukuplah Allah sebagai Pengawal dan Pelindungku.

Senang di Dunia Sahaja

Ramai ingin mempunyai banyak harta. Ramai inginkan pangkat yg besar2.

Sanggupkah kita mengambil wang yg disimpan umat Islam utk menjalankan ibadah walaupun kita tiada hak utk menerimanya? Sanggupkah kita salahguna zakat kerana kita tidak layak menerima zakat? Sanggupkah kita terima rezeki utk kerja dan amanah yg tidak dilakukan?

Akan ada yg akan berkata 'sanggup sebab rezekikan.'. Ambillah jika kerana nak senang didunia sahaja. Allah luaskan dan sempitkan rezeki hambaNya kpd sesiapa sahaja yg diinginkanNya. Cuma perlulah 'accountable' di akhirat nanti.

Beranikah Bertanggungjawab?

Kita mempunyai tanggungjawab kpd Allah. Kita bertanggungjawab kpd diri kita.

Apabila diberi amanah, maka kita perlu berjawab. Jawablah dgn seikhlas dan sejujurnya. Berani kerana benar. Sekali kita tidak jujur, ianya akan menjadi nama kita, pandangan orang kpd kita.

Bukan mudah menjadi pensyarah. KIta diamanahkan berkongsi ilmu dgn pelajar. Bagaimana jika kita tiada ilmu tetapi kita inginkan ganjaran mengendalikan kuliah? Halalkah rezeki kita?

Selasa, Oktober 21, 2008

Alor Gajah (1)

Setelah ke rumah en.Rahim, saya dan rakan2 ke Melaka utk menjalankan tugas. Hujan lebat semasa perjalanan.

AlhamdulIllah, kami selamat sampai di destinasi dituju. Selepas rehat sebentar, kami keluar untuk makan malam. Lama juga berpusing2. Niat nak makan ikan bakar yg terkenal di melaka. Tetapi setelah kwn2 di melaka bgtau jauhnya perjalanan perlu dilalui, kami makan di masjid tanah aje. Makam malam hampir pd 10.30 mlm. Menu dipesan adalah masakan siam dimasak di melaka.

Rezeki perlu disyukuri. Kita makan sekadar mengalas perut. Tetapi ilmu saya tak boleh membazir rezeki yg halal.

Jamuan Syawal 15 Oktober 2008

Pada rabu lepas, 15.10.08, saya hadir ke 2 jamuan syawal. Satunya di rumah bekas staf FSR, dan satu lagi di rumah staf FSR.

Seronok berjumpa dgn Kak Sad, ex-pa dekan FSR. Ramai staf FSR hadir ke rumah beliau. Terima kasih en.Hamdan kerana sudi menumpangkan saya ke sana. Kali pertama merasa naik proton saga baru. Seronok juga dapat berjumpa pn.Wati, ex-staf FSR yg pencen awal di rumah Kak Sad. InsyaAllah, kita sambung diskusi di lain masa.

Seterusnya saya ke rumah en.Rahim, skrg Ketua PPU di InED. Saya singgah di rumahnya sebelum ke Alor Gajah. Rasa mcm baru aje hadir ke jamuan syawalnya pd tahun lepas. Begitu cepat masa berlalu. Terima kasih Kak Sad dan en.Rahim kerana sudi menjemput saya. Semoga tuan/puan dimurahkan Allah dgn rezeki yg halal shj.

Jamuan Aidil Fitri Lagi

Dah nak masuk minggu terakhir syawal. Jamuan syawal masih lagi rancak.

Saya terpaksa menolak banyak jemputan kerana tugas. Saya minta maaf banyak2 kpd kawan2 yg menjemput saya. Bukannya sengaja menolak rezeki. Mungkin rezeki saya tiada di tempat anda. Insya Allah, malam ini FSR akan adakan jamuan syawalnya. Para staf dan pelajar semuanya dijemput hadir. Jika berkesempatan, insyaAllah saya akan cuba hadir.

Rezeki ada di mana2. Hak Allah untuk meluaskan atau menyempitkan rezeki hambaNya. Kita pun perlu pandai memilih rezeki yg ingin kita nikmati. Saya doakan kita semua hanya menginginkan dan menikmati rezeki yg halal dan ikhlas dihulurkan.

Buatlah Seperti Biasa

Ramai yang panik apabila diberitahu auditor akan melawat organisasi kita. Ada yg sanggup maklumkan kpd auditor bhw merek tidak bersedia menerima lawatan auditor.

Apakah tujuan audit? Audit adalah untuk menyemak (check) bukannya menyemak (disarray). Bukannya untuk menyusahkan tetapi untuk membantu. Auditor mewakili pihak lain untuk memastikan pekerja dan organisasi menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagaimana diamanahkan. Auditor nak tengok apakah yg biasa kita buat.

Jika kita beritahu auditor bhw kita tidak bersedia menerima lawatan auditor bermakna kebiasaannya kerja kita tidak lengkap atau tidak siap. Bermakna kita tak jalankan amanah kita. Adakah ianya bermakna kita makan gaji buta?

Selasa, Oktober 14, 2008

Seperti Biasa

Masa join uitm ingat dah tak perlu sentiasa 'on call'. Dukacita, seperti biasa, kena standby.

Esok ke melaka. lepas tu utara pula. kemudian turun ke selatan. tahun depan kena pi merata. penat. penat travel. kadang2 tak cukup masa nak recover. lama tak pi gym. trainer ada ke? inilah tugas dan tanggungjawab. tapi masih ada yg kata 'tak buat kerja'. 'encik ..., selesaikan masalah saya'.

Allah Maha Mengetahui. Siapa diantara hambaNya yg ikhlas. Siapa diantara hambaNya yg tidak serik2 tidak amanah dan jujur.

Futsal Malam Rabu

Sepatutnya say berfutsal malam ini. Tapi saya tak pergi. Tak larat.

Malam ni nak bersiap untuk ke melaka esok. Kawan2 dah tegur, 'lama tak turun padang'. Maaf ye. Ada kala masa tidak sesuai. Kata kawan2,'kita org pun kerja juga esok'. Saya senyum. Memang futsal menyeronokkan. Boleh lepas geram pada bola. Tendang kuat2. Elak lepas geram kpd kawan2. Jika terlepas geram pd org lain takpe, ada lesen.

Memang betul kata kawan2.Kerja kerja juga. R & R perlu juga. All work makes Jack a dull person.

Futsal Kembali Lagi

InsyaAllah, malam ini saya dan rakan2 akan kembali berfutsal. Setelah sebulan berpuasa dan beberapa kali tidak dapat hadir kerana sebab2 tertentu, saya akan cuba hadirkan semula di gelanggang futsal.

Bg saya, futsal adalah masa berkualiti dgn kawan2 lama. Ini sahaja riadah yg mampu saya bersama mereka. Ada rakan2 yg main golf, berkonvoi motorsikal besar dsbnya. Futsal yg antara termurah drpd segi kos rm dan masa. Mungkin perlu keluarkan rm lebih sedikit utk kasut yg berkualiti.

Saya akan cuba adakan futsal utk pelajar dibawah seliaan saya. Bolehlah dilepaskan stress sebagai persediaan sebelum peperiksaan akhir.

Masa dan Amanah

Kita banyak mendapat undangan jamuan makan dan juga majlis formal atau tidak formal. Bagi saya antaranya adalah menghadiri mesyuarat.

Saya suka mesyuarat yg mengambil masa yg pendek. Mesyuarat utk membuat keputusan.Tidak perlulah berbincang lama2. Bincanglah sebelum mesyuarat. Yakinkan mereka yg patut diyakinkan sebelum mesyuarat. Ini akan menjimatkan masa. Ini akan memudahkan kita menjalankan amanah kita secara cepat dan tepat.

Memang banyak ingin kita lakukan. Masa kita adalah terhad. Maka spt kata bos, 'fokus'. Jadi bos, saya minta banyak2 maaf tak dpt hadir majlis hari ini kerana fokus kpd agenda yg lebih penting.

Jamuan Raya UiTM

InsyaAllah, esok dah ada 4jemputan utk hadir jamuan raya di uitm atau di rumah bekas staf uitm. Jamuan bermula daripada 11 pagi sehingga 6ptg.

Inilah dikatakan rezeki kurniaan Allah. Saya akan cuba penuhi sekurang2nya satu jemputan. Esok juga saya akan bertugas di luar stesen. Jadi saya akan terkejar2 utk menggunakan masa sebaiknya. Kepada mereka yg sudi menjemput saya, saya ucapkan berbanyak2 terima kasih. Semoga tuan/puan akan dikurniakan rezeki yg halal oleh Allah. Janganlah berkecil hati jika saya tidak dapat penuhi undangan tuan/puan.

Memang seronok mendapat jemputan. Semalam saya bermimpi berada berhampiran dgn Kaabah. Bilakah ianya akan jadi kenyataan?

Test dan Stress

Hari ini saya adakan ujian srb201 dan sps233 kpd pelajar saya. Masanya hanya 30minit.

Saya lihat para pelajar kelihatan stres sebaik sahaja saya masuk ke bilik kuliah. Saya harap ianya eustress dan bukannya distress. Perlu ada stress dalam kehidupan. Stress yg baik akan memotivasikan kita menghadapi setiap saat dalam kehidupan. Stress yang tidak baik boleh menyebabkan kita berkurangan saat untuk kita hidup. Kita perlu belajar cara terbaik menangani setiap stress kita.

Ujian hanyalah satu bentuk penilaian terhadap persediaan sebelum peperiksaan akhir. Kita mestilah menghadapi ujian dgn jujur supaya jawapan akan memberi maklumat sebenar kesediaan kita menghadapi peepriksaan.

Pandai2lah Buat Bajet

Saya suka bertanya. Kepada pelajar, adalah kebiasaan jika saya bertanya semasa kuliah.

Saya juga suka menyibuk jika saya melihat pelajar makan dengan hanya sedikit lauk sahaja. Semasa saya di um, saya bertanya kpd seorg pelajar yg makan tengahari hanya sebungkus nasi lemak rm1.00. Air minuman diambil drpd water cooler. Saya juga akan menyibuk bila melihat pelajar makan nasi, sayur goerng dan telur lemak shj. Jawapan yg saya terima,'bajet tak cukup encik.kenalah pandai berjimat'. Maka jawapan spt ini akan menjadi peringatan kpd saya jika saya ingin boros ketika nak makan besar. Banyak manakah perlu kita makan?

Saya suka ingatkan kpd saudara dan sahabat utk pandai2lah buat bajet. Sediakan payung sebelum hujan.

Nilai RM1.20

Setiap sem saya akan berkongsi pengalaman saya ini dgn para pelajar. Semoga ianya menjadi peringatan bersama.

Semasa saya belajar di itm, saya berulangalik dari rumah saya. Saya akan menaiki bas di federal highway berhampiran fakulti AD. Tambang bas masa tu RM1.00 sehala. Saya akan turun di pj dekat kilang trebor lama, jln 222. Dalam perjalanan balik ke rumah, saya akan bersua dgn mamak menjual mee goreng dan rojak melalui basikal roda tiganya. Beberapa kali saya terpaksa tangguhkan niat merasai mee goreng bernilai rm1.20 kerana selalunya duit saya tak cukup utk membeli sebungkus mee goreng mamak.

Sekarang jika saya lalu di jalan tersebut, saya cuba cari mamak tersebut. Tapi mungkin dah tiada. Nilai rm1.20 adalah berbeza kpd individu.

Kita Kaya Kita Kaya

Seperti komen seorang pembaca blog, 'siapa tak nak kaya?'. Saya tambah ' kaya dunia dan akhirat'.

Kita mempunyai pelbagai peluang untuk menjadi kaya. Kaya secara Islam atau secara bukan Islam. Kita diberi akal untuk buat pilihan, pilihlah. Saya seorang miskin daripada harta benda. Bagaimana dgn ilmu? Biarlah org lain yg menilai saya. Ada yg akan kata saya miskin ilmu. Saya setuju. Itulah antara sebab saya seronok belajar untuk menambahkan ilmu saya.

Ada saudara kpd kawan memandang rendah kpd diri kawan saya. Sebabnya, kawan saya seorg pensyarah akan buat phd tapi gaji berasa sen aje, duduk rumah flat. Saudaranya hanya setakat spm, ada 7banglo di pelbagai negara, harta bernilai berjuta2 rm. Agak2nya siapa yg kaya?

Kalau Kita Kaya

Saya suka bertanya kpd para pelajar saya,'Jika ada duit rm1juta, apa akan anda lakukan?'. Jawapan terima adalah pelbagai.

Kita berhak beri jawapan berdasarkan ilmu yg kita ada. Tetapi kita berhak ditegur atau diperingati jika ada ilmu lain yg boleh merubah jawapan kita kpd jawapan yg lebih baik. Janganlah kita ini sensitif kpd teguran. Kita kan bukannya sempurna.

Sentiasalah membaca dan memahami surah Al-Asr'. Kita akan dalam kerugian jika tidak diingat2kan. Kerugian paling besar jika kita kaya di dunia tetapi miskin di akhirat.

Isnin, Oktober 13, 2008

Kaya Bagaimana?

Ada saudara saya ingin kaya supaya dapat ada pintu pagar berbunga2 emas. Ada yg ingin kaya 'berdo'oh (sangat2 kaya).

Memanglah hidup tidak selesa jika kita miskin. Tapi apakah sebenarnya kaya atau miskin? Adakah kaya mesti rumah besar, kereta besar dan akibatnya hutang pun besar? Adakah miskin seperti payah nak makan, tidur tak lena, dsbnya? Jika kita pernah menghadapi masalah wang, kita akan pelajari utk elakkan ianya berulang.

Bg saya, saya doakan agar saya mempunyai pendapatan yg cukup utk berbelanja agar hidup selesa, dan ada simpanan utk masa depan. Tetapi jgn kita hanya kaya di dunia sahaja.

Bergaya

Naluri kita ingin bergaya. Tidak kira kita miskin atau kaya.

Perlukah kita bergaya? Bergaya tidak semestinya menyebabkan kita menjadi papa. Tadi saya berborak2 dgn kawan2. Ada seorang katanya seluar dia harga rm200 sahaja. Seorang lagi bgtau harga seluarnya hanya rm90. saya bgtau, seluar saya harga rm30, selepas diskaun 70%. baju saya, rm9.90 selepas diskaun.

Memang seronok jika dapat bergaya. Tetapi kita mesti berjaga2 supaya jangan jadi 'biar pape asal bergaye', tetapi kita bergaya selesa dgn cara kita, tanpa susahkan org lain dan diri kita.

Perancangan Masa

Saya cuba sediakan perancangan masa saya di uitm sehingga dis2010. InsyaAllah, apa dirancang akan dilakukan.

Kita mesti punyai objektif sebelum buat perancangan utk capai objektif kita. Saya edarkan perancangan saya kpd pihak2 yg perlu tahu. Ini utk memudahkan urusan saya dgn mereka. Perancangan adalah satu bentuk komunikasi. Ianya memaklumkan kpd pihak lain dan juga saya apa, bila dan kenapa saya perlu bersedia utk jayakan rancangan mencapai objektif.

Saya galakkan masa diperuntukkan utk perancangan melebihi masa kita melakukan tugas atau melakukan pembetulan kpd tugas. Ianya akan membantu kerja kita lebih cepat dan tepat.

SRW650 dan SRW655 13102008

Hari ini insyaAllah, sesi kedua terakhir dengan pelajar seliaan saya untuk SRW650 dan SRW655. Para pelajar saya diminta menghantar tesis dan laporan praktikal mereka selewat2nya pada 24 Okt 2008.

Pada sem ini saya hanya mempunyai 4pelajar utk diselia. 3pelajar sr221 dan 1pelajar sr223. Tajuk kajian adalah kepuasan kerja dan burnout. Sesi tadi bermula jam 2.45ptg dan tamat jam 5.45ptg. Memang banyak perbincangan utk memastikan mereka dapat selesaikan amanah pada waktunya.

saya memang seronok menyelia pelajar srw655. Saya belajar dan pelajar pun belajar. Penyelidikan dapat memberi kedudukan terkini berkenaan sesuatu topik. saya harap saya mendapat sekurang2nya 4 pelajar utk diselia pd sem hadapan.

Majlis Meraikan Syawal InQKA

Pada Jumaat lepas, InQKA mengadakan majlis aidil fitri. Ada pelbagai juadah dikongsi bersama.

Ada kek keju, ada kek lobak merah (cheese cake, carrot cake), satay, lontong dan pelbagai lagi. Tengok nak rasa semua, tapi sedar kemampuan kapasiti. Terima kasih banyak2 kpd tuan rumah, PM Dr Shireen, PNC InQKA dan rakan2 di InQKA.

Menjadi tetamu syawal memang amat mencabar. Kalau tiada disiplin diri, tanggunglah akibatnya. Tapi beringat2, puasa sebulan tak semestinya raya pun sebulan.

Jemputan Syawal 1429H

AlhamdulIllah, banyak terima jemputan untuk hadir jamuan syawal. Dukacita, kerana tugas, tidak dapat saya penuhi jemputan beberapa saudara dan sahabat. Mohon berbanyak2 maaf.

Budaya saling mengunjungi adalah untuk mengeratkan silaturrahim. Tapi doa saya, biarlah jemputan sama ada daripada saya atau pihak lain adalah ikhlas. Janganlah kerana terpaksa. Nanti semasa mengadap juadah, tidak menikmati hidangan dan mungkin tercekik pula. Kerana tugas juga adakalanya saya tidak dapat hadir majlis syawal di rumah sendiri. Oleh kerana rumah yg saya duduki kecil, maka jemputan perlu dilakukan berkali2 untuk tetamu kumpulan berbeza.
Saya harap tetamu yg datang dari istana mereka tidak serik untuk mengunjungi rumah saya. Maklumlah, mereka terpaksa beratur untuk ambil makanan dan minuman, kemudiannya ada yg terpaksa bersila. Maaf tengku/tun/toh puan/tan sri/puan sri/dato seri/datin seri/dato/datin/tuan/puan B-)

Ahad, Oktober 12, 2008

ICT KT

Spt kebiasaan, sebelum menaiki kapal terbang, saya akan menikmati juadah ikan celup tepung (ict) dan pelbagai masakan celup tepung di gerai berhampiran LTSI, KT.

Semalam kami tiba setelah dapur ditutup dan api telah dimatikan. AlhamdulIllah, rezeki kami, usahawan pemilik gerai sudi menyalakan api semula utk kami. Terima kasih kak. Kami order dan dapat menikmati cucur, ikan kembong, ikan pari, sotong dan udang celup tepung. Minuman pula air nyo (kelapa). Kesemuanya RM41.00 utk 5 orang (RM8.20 seorg). Kawan2 mulanya tak percaya. Murahnya. Kalau di Shah Alam, mungkin RM82.00 atau lebih.

Saya akan cuba bawa kawan2 ke gerai ict pak long (betulke nama ni) jika mereka bersama saya di KT. Kami dibgtau, YDPA, canselor uitm pun menikmati juadah gerai ini jika beliau balik ke KT. Wow!

Kerja Dgn Ria dan Ceria

Di Dungun saya akan ditemani oleh sdr Zul. Zul adalah staf uitm Dungun.

Zul diamanahkan menjaga saya semasa di Dungun. Banyak yg saya pelajari drpd beliau. Zul tidak akan henti2 utk berkongsi ilmu yg dia ada. Kisah penyu, keropok lekor, masjid kristal, dan banyak lagi. Saya lihat Zul sangat seronok dan bersyukur kpd Allah kerana dapat bertugas di uitm. Walau pun acapkali tugas memerlukannya utk lari sekejap ke rumah utk tukar pakaian sebelum bertugas semula, Zul masih tetap setia menjalankan amanah drpd uitm.

Jika uitm mendapat ramai lagi staf spt Zul, InsyaAllah, uitm akan sangat2 cemerlang. Siapakah lebih bersyukur bekerja di uitm, staf di induk atau di cawangan?

Kerjaya Impian

Di Dungun saya bertemu beberapa sahabat drpd kumpulan induksi saya. AlhamdulIllah, ramai drpd geng induksi bergiat aktif membantu membangunkan dan memajukan uitm.

Sdr Farami, bgtau saya bhw bgnya kerjaya sbg pensyarah adalah satu kerjaya impian bgnya. Saya sangat2 bersetuju. Siapa yg sanggup bayar kita utk kita majukan diri kita selain drpd majikan ipta? Kita dibayar utk baca buku, buat penyelidikan dan kajian, hadir kursus dan seminar, bentang hasil di konferensi. Kesemuanya utk meningkatkan ilmu dan harga diri kita.

Dukacita masih ada yg salah guna peluang yg diberikan sbg pensyarah. Amanah diberi tidak ditepati. Ya Allah, Jauhkanlah hambaMu ini daripada tergolong dalam mereka yg pecah amanah.

Keropok Keping

Selain daripada keropok lekor, pelawat ke Ganu akan juga beli keropok keping. Tempat selalu disinggah adalah di Losong, KT.

Pada kali ini, kami bukan ke Losong. Sahabat saya membawa ke tempat (tak ingat namanya) lain. Kami lihat usahawan(g) ini juga sangat berjaya. Kedai telah ditutup ketika kami tiba. Tetapi kerana menghormati dan menghargai pelanggan, kedai dibuka utk kami. Kami dibgtau bhw pembuat keropok ini tidak akan membuat keropok jika ikan tidak mencukupi. Keropok di Ganu memang mempunyai ikan yg banyak (berbanding di tempat lain yg lebih sagu..).

Jika kita berniaga dgn ikhlas, maka nama kita akan diingat secara baik. Jika kita hanya nak cepat kaya, reputasi kita akan merudum seperti pasaran saham dunia sekarang.

Usahawan(g) Berjaya

Semasa di gerai 008, saya seronok melihat satu perniagaan bersistematik. Para pekerja berpakaian bersih dan seragam serta mempunyai tugas2 masing2.

Kita belajar utk dapat hidup selesa (dunia dan akhirat). Duit diperolehi daripada kerjaya. Ramai ingin bekerja dgn majikan. Tidak ramai ingin jadi majikan. Jika ingin jadi majikan bermakna kita ingin menjadi seorg usahawan. Kita boleh memilih utk mengambil francais atau memulakan jenama sendiri. 008 adalah jenama sendiri (agak2nya).

Utk berjaya dlm perniagaan memerlukan produk yg diterima pelanggan dan sistem pengurusan yg berkualiti. Ilmu adalah faktor utama dlm sebarang perniagaan. Gunakanlah ilmu yg betul utk hasilkan rezeki yg halal.

Keropok Lekor

Seperti biasa, bila melawat ke Ganu Kite, akan merasa kropok lekor. Dan bagi yg jarang2 ke Ganu, akan singgah membelinya sebelum balik ke shah alam.

Selalunya kami singgah di Losong. Kali ini, pemandu setia dan sahabat peribadi yg ditugaskan kpd saya membawa kami ke gerai 008 (adik kpd James Bond). Masya Allah, para pembeli kropok lekor basah (rebus) dan goreng beratur panjang. Bangga melihat usahawan(g) yg berjaya di Ganu.

Tahniah kpd saudara usahawan(g) kite. Semoga sentiasa dimurahkan dgn rezeki yg halal oleh Allah..

Temuduga pelajar baru

10 dan 11 okt saya di uitm dungun. Tugas menemuduga bakal pelajar baru fsr.

Terdapat senarai 30 calon. Mereka dikehendakki melalui fitness test dan temuduga. Ramai yg memohon kerana nak belajar di universiti. Dukacita ramai bermasalah bahasa inggeris dan tidak bersedia utk temuduga. Ramai tidak faham artikel dibaca dan apa itu sains sukan.

Memang ramai bercita2 nak belajar di universiti. Ramai terdorong utk penuhi cita2 keluarga. Nasihat saya, pilihlah program dan tempat sesuai dgn diri kita. Ukurlah baju di badan sendiri.

Khamis, Oktober 09, 2008

Audit Kolej Bersekutu

Kolej bersekutu adalah pembekal uitm. maka audit pihak kedua perlu dilakukan utk memastikan pembekal memberi perkhidmatan berkualiti kpd uitm.

Kita inginkan budaya kualiti di kolej bersekutu (kb). Maka langkah awal adalah kesedaran. Audit juga dialkukan utk menilai persediaan kualiti kb. malu jika staf uitm berkhidmat kurang berkualiti berbanding staf kb. Bangga bila melihat pelajar kb memberi usaha terbaik utk maju sebagai seorang insan berkualiti.

Ahli kb menerima kehadiran auditor utk meningkatkan kualiti mereka. Mereka tidak takut ditegur krn matlamat audit adalah kebaikan bersama uitm dan kb dlm pemberian perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran.

Kepuasan Bertugas

Penat rasanya. Tadi AlhamdulIllah telah selesai audit sebuah kolej bersekutu.

Seronok apabila amanah telah berjaya dilakukan. Seronok apabila mendapat ilmu semasa menjalankan amanah. Syabas kpd unikop kerana mempunyai ahli peers 10%drpd bilangan pelajarnya. Bayangkanlah jika ahli peers uitm adalah 10%drpd bilangan pelajarnya. Tentu lebih banyak aktiviti membangunkan dan memajukann diri serta pihak lain dpt dilakukan.

Audit dilakukan utk kebaikan bersama.Bukan nak cari salah semata2 tetapi bgmana nk memperbaiki keadaan semasa supaya masa depan lebih baik utk bersama.

Rabu, Oktober 08, 2008

Berkira-kira

Saudara saya (prof.adjunct di fakulti perakaunan) menyatakan 'account' bermakna menjelaskan. Maka perakaunan adalah proses menjelaskan kerana amanah.

Kita dibenarkan membuat tuntutan atau mendapat elaun utk menjalankan perkhidmatan apabila diarahkan bertugas di luar kawasan atau waktu biasa. Berapa ramaikah diantara kita yg 'accountable' utk setiap tuntutan atau perbelanjaan kita? Benarkah kita telah berbelanja menggunakan wang sumbangan titik peluh org lain dgn penuh amanah? Atau kita sekadar membuat tuntutan kerana kita berpeluang utk mengaut kekayaan walau bukan secara jujur dan ikhlas. Maka jika demikian, kita telah tidak amanah.

Ingat ye, mungkin sekarang bila kita pecah amanah org lain tak tau. Tetapi Allah Maha Mengetahui. Ya Allah, jauhkan hambaMu ini daripada bersahabat dan bersubahat dgn mereka yg pecah amanah.

Jangan Membazir

Jika dihidangkan makanan, seelok2nya jangan ada baki yg menyebabkan berlakunya pembaziran. Pembaziran adalah amalan syaitan.

Jika kita keluar daerah (outstation), perlukah kita menginap di tempat penginapan yg berkos lebih daripada yg patut? Jika kita berkelana, perlukah kita menggunakan kelas yg mewah? Jika kita keluarkan duit kita sendiri, sanggupkah kita berbelanja berlebih2an sedangkan yg lebih itu boleh kita ceriakan insan yg lebih memerlukan? Walau pun kita ada kelayakan utk mendapat perkhidmatan yg istimewa (satu keistimewaan bukannya hak mutlak), sanggupkah kita membazir?

Apabila kita menghidangkan juadah kpd tetamu kita dan kita sendiri, cukuplah utk mengisi perut yg kosong dan memberi tenaga utk terus menjalankan amanah. Kalau melebih2 akan membuat kita terlupa amanah kita.

Meraikan Tetamu

Kita dinasihatkan meraikan tetamu. Khutbah pd hari jumaat lepas di masjid berhampiran rumah saya memaklumkan kpd para hadirin utk meraikan tetamu.

Saya dan rakan2 drpd uitm telah diraikan oleh ceo sebuah kolej bersekutu uitm (kb) sempena lawatan kami ke kb tersebut. Bagaimanakah kami diraikan? Saya amat berpuashati dgn cara kami diraikan. Tiada tembakan 21 das atau pembakaran mercun. Cukuplah dgn cara sambutan yg memberi mesej bhw kehadiran kami dialu2kan tuan rumah. Kami dijamu dgn makan pagi, tegahari dan minum teh. Dah terlebih bilangan saya selalu makan dlm sehari. Kami makan apa yg pegawai tertinggi kb nikmati. Tiada kurang, tiada lebih.

AlhamdulIllah. Sebagai tetamu kita ingin elakkan menyusahkan dan membebankan tuan rumah. Janganlah kehadiran kita menyeksa tuan rumah.

Godaan Berpuasa

Asalnya niat nak sambung puasa 6 bulan syawal hari ini. Sebelum subuh bersahur.

Tetapi bila menjadi tetamu org, berbukalah terus walau belum maghrib. Meraikan dan meriakan tuan rumah. Rasa tidak selesa pula bila makan di siang hari. Apabila tidak berpuasa godaan lebih besar. Godaan utama ingin makan banyak.

Saya ingin berpuasa setiap isnin dan khamis sebagai puasa sunat. Agak2nya dptkah saya bertahan drpd godaan utk berbuka sebelum maghrib pd hari2 tersebut? Doa2kanlah.

Sentiasa Berusaha

Saya menemuduga beberapa pelajar kolej bersekutu uitm. Secara ikhlas mereka menjawab bhw mereka selesa berada di kolej bersekutu uitm. Mereka ingin meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda selepas mendapat diploma.

Saya bangga dgn sikap mereka ini. Walau pun tidak dpt terus ke ipta atau uitm, mereka berusaha utk membolehkan mereka menjadi pelajar ipt. Mereka berusaha lebih sedikit melalui spt mendapat kelayakan pra diploma dahulu sebelum mengambil diploma. Maka mereka tidak kenal erti putus asa.

Jika ada yg berkata pelajar melayu kurang berusaha utk memajukan diri adalah satu kenyataan silap. Banyak contoh yg telah saya temui dimana gagal kali pertama bukan gagal selama2nya.

Kolej Bersekutu UiTM

Saya melawat ke sebuah kolej bersekutu uitm hari ini dan esok. Suasananya spt di kampus cawangan uitm, iaitu suasana tempat belajar dan menuntut ilmu.

Ramai tidak tahu bhw kolej bersekutu uitm menawarkan prgm uitm, iaitu berdasarkan silibus dan peperiksaan uitm. Yuran adalah melalui ptptn. Ada kolej yg sediakan tempat tinggal dan makan dgn sedikit bayaran tambahan setiap bulan. maka tiadalah alasan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lepasan sekolah menengah.

Ilmu adalah lebih berharga daripada wang ringgit yg ditinggalkan. Jika ingin membantu saudara mara dan diri sendiri, sentiasalah menuntut dan menambah ilmu kita. Tidak sama org yg berilmu dgn org tidak berilmu.

Selasa, Oktober 07, 2008

Bersaudara

Kita semua bersaudara. Kita adalah daripada keturunan Nabi Adam, manusia pertama dicipta Allah.

Saya dimaklumkan bhw saya ramai saudara mara di uitm. AlhamdulIllah. Allah telah memberi Rahmat, Rahman dan RahimNya kpd saya dgn berada di kalangan saudara mara. Ada yg bila mengetahui saya bersaudara dgn org tertentu terus diam membisu. Saya tersenyum. Inilah antara kekayaan daripada Allah kpd saya, iaitu saya diberikanNya mempunyai ramai saudara mara di tempat saya diamanahkan bertugas.

Saya bersyukur kpd Allah kerana dpt merapatkan kembali dua saudara saya pd hari ini. Setelah sekian lama berlaku salahfaham, mereka bermaaf-maafan. AlhamdulIllah.

Puasa Di Syawal Yg Mulia

Saya tidak puasa sunat syawal hari ini. Kerana saya ingin meraikan sahabat dan saudara yg pulang dari India. Sempat bersarapan dgn beliau.

Tetapi tidak dapat makan tengahari dgnnya. Esok dan lusa saya ke unikop, tugasan audit. jumaat dan sabtu di dungun pula. Sempatkah saya menyempurnakan puasa 6 di bulan syawal ni? Puasa syawal adalah satu nikmat juga selain puasa di ramadan. Ianya meneruskan kesedaran dan keinsafan tentang Rahman dan Rahim Allah kpd kita, hambaNya.

Saya galakkan pembaca2 blog saya utk sama2 kita sempurnakan puasa di bulan syawal ini. Ianya, insyaAlah akan mendekatkan kita kpd Allah Tuhan Yg Maha Esa.

Kuliah Perakaunan 07102008

Tadi saya baru selesai kelas perakaunan dgn pelajar sem 1 SR221/sr223. Pada asalnya hanya ada 3pelajar dlm kelas.

Setelah berkomunikasi, bertambah lagi 3pelajar. Puncanya adalah masalah komunikasi. Ramai yg salahfaham bhw hari ini tiada kelas perakaunan. Saya mengadakan perbincangan sebelum kelas dgn beberapa pensyarah tentang impak kursus perakaunan kpd graduan fsr. Ada yg mengatakan bhw 'dah belajar keusahawanan, tak perlu lagi kursus perakaunan'. Jawapan kwn2 dan saudara2 saya, 'itu alasan org yg b***h'. Saya bgtau, utk semester ini kita lihat pelajar menyediakan 'business plan' tanpa merujuk kpd saya.

Komunikasi adalah penting dlm hidup. Membaca adalah satu bentuk komunikasi. Belajar adalah satu komunikasi. Komunikasi membantu meningkatkan ilmu. Tapi cakap kosong2 adalah cakap tong kosong.

Kursus Perakaunan

Saya dimaklumkan bhw kursus perakaunan utk program2 tertentu yg sebelum ini ditawarkan kpd pelajar2 program berkenaan tidak akan ditawarkan lagi. Ini atas alasan dan dorongan pihak2 tertentu.

Mungkin alasan utama supaya saya tidak perlu lagi mengajar di fakulti semasa? Allah jua yang meluaskan dan menyempitkan rezeki hambaNya. Saya doakan sentiasa dikurniakan dgn rezeki yg halal. Yg rugi bukan saya tetapi mereka yg tidak berpeluang mendapat ilmu dalam perakaunan asas sebagai alat mengubah kehidupan. Dalam AlQuran ada menyebut pentingnya berkira2 dalam berurusniaga. Ini akan mengelakkan kita daripada menjadi zalim kpd makhluk Allah yg lain.

Yg saya lihat bhw mereka yg kurang minat atau tiada ilmu dlm perakaunan beria2 mencari duit tanpa menimbangkan sama ada rezeki itu adalah adil kpd pihak lain.

Kekayaan

Ramai orang ingin kaya. Manusia akan melakukan pelbagai usaha (dan ada juga tipudaya) utk kaya.

Ada yg curi tulang utk kaya. Ada yg tidak masuk pejabat tetapi kad menunjukkan beliau ada di pejabat. Ada yg masuk pejabat tapi melakukan kerja tiada kaitan dgn amanahnya di organisasinya. Tapi apakah tujuan kita nak kaya di dunia? Seperti kata seorang pakcik, 'Nak menunjuk kpd siapa?'. Saya bukanlah seorang yg kaya daripada segi harta benda. Tiada kereta berjenama utama, tiada istana besar, tiada wang berjuta2.

Saya doakan agar saya sangat2 dimurahkan Allah dgn ilmu pengetahuan. Jika saya berkongsi ilmu pengetahuan yg saya ada, saya tidak akan rugi. '..tidak sama orang yg berilmu dengan orang yg tiada ilmu'. Ya Allah, tambahkanlah ilmuku.

Kurma

Kurma adalah hidangan yg dicari2 utk berbuka puasa. Setelah Ramadan, selalunya kita akan lupakan buah kurma.

Saya suka bertanya kpd pelajar2 saya tentang khasiat kurma. Ada yg boleh jawab, ramai yg tak boleh. Sila rujuk kursus 'Nutrition' dan bertanyalah kpd pensyarah atau pakarnya. Kalau kita dapat kurma 'Ajwa' maka kita bertuah kerana ianya adalah kurma yg sangat mahal harganya (RM140 setiap kg). Selalunya saya akan dapat merasa kurma 'Ajwa' apabila ada yg sudi menghadiahkan kpd keluarga saya.

Selepas maghrib saya ke tesco shah alam. Harga kurma rhotab (basah) ditawarkan pd RM3.99 sekotak. Jadi bg sesiapa yg berminat, cepat2lah ke tesco sebelum ianya habis.

Tugas Kembali Mencari

Setelah seminggu bercuti menyambut Aidil Fitri, hari ini saya kembali ke pejabat. Pertama disemak adalah objektif yg perlu dicapai.

Kita mesti ada objektif, rancangan, sumber, proses, tindakan dan maklumbalas untuk membolehkan kita mencapai objektif kita. Ini mengingatkan saya kpd kursus SRB453 Sport Project Management yg pernah saya diamanahkan pd suatu ketika. Ini juga ada kaitan dgn kursus ETR300 yg juga pernah diamanahkan kpd saya. Kedua2 kursus ini akan menambahkan ilmu saya setiap kali saya diamanahkan berkongsi ilmu dgn pelajar saya.

Hari ini saya berbincang dgn rakan sekerja tentang jadual bertugas bermula hari ini sehingga Disember 2010. Perancangan adalah penting dalam membantu kita mencapai objektif yg telah ditetapkan. 'Ya Allah, Permudahkan Tugasku dan Jangan Engkau Susahkan Tugasku'.

Terima Kasih Kerana Perihatin

AlhamdulIllah, coretan blog saya ada memberi perubahan positif. Ada pembaca telah mengambil tindakan positif setelah membaca blog saya.

Blog adalah satu bentuk untuk kita mengadu atau memberi maklumbalas. Harapan saya seperti saya tuliskan di bawah tajuk blog saya, 'semoga blog ini dapat memberi perubahan positif kpd kita semua'. Saya harapkan apabila seseorang berjumpa saya dengan masalah dan Allah murahkan rezeki dan selesaikan masalah insan tersebut, maka pertemuan seseorang dgn saya adalah rezeki, rahmat, rahman dan rahim Allah kpd saya. Saya akan cuba sedaya mungkin memperbetulkan apa yg tidak betul.

Seperti ada yg berkata, 'Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul'.

Isnin, Oktober 06, 2008

Rezeki Yang Murah

Tuhan Yg Meluaskan dan Yg Menyempitkan rezeki kita. Kita berdoa semoga sentiasa dimurahkan dan diluaskan oleh Allah dgn rezeki yg halal.

Saya tidak suka lihat makanan dibazirkan. jadi saya akan pastikan saya habiskan makanan yg tersedia dihadapan saya. Tetapi jika hidangan terlampau banyak sangat, ianya boleh menyebabkan saya kekenyangan sehingga hampir 3 hari. Maka puasa juga adalah nikmat untuk belajar melawan nafsu terhadap makanan yg pelbagai juadah dan rasa.

Bagi saya, kalau dah ada karbohidrat, protein dan fibre, dah lengkap juadah saya. Makanlah secara sederhana dan berhentilah sebelum kita kenyang. Elakkan mati kerana terlampau kenyang.

Ahad, Oktober 05, 2008

Maaf Zahir dan Batin

Ini adalah ucapan automatik semasa beraya. Ianya juga antara kandungan 'wajib' dalam kad raya, sms,emel dsbnya beserta ucapan aidil fitri.

Berapa ramaikah yg benar2 ikhlas dgn ucapan di atas? Adakah kita ikhlas mohon maaf utk kesalahan lepas, tetapi ikhlas utk melakukan kesalahan lagi setelah aidil fitri? Saya mempunyai kelemahan yg tidak mahu menjadikan perkara minta maaf hanya mainan shj. Sekali terkena dah serik. Ada yg beria2 minta maaf tetapi selepas raya masih meneruskan kesalahan dan kesilapan. Malah bangga dgn kesalahan dilakukan kerana akan minta maaf apabila raya menjelang lagi.

Saya tidak suka mereka yg pandai berlakon tentang silap dan salah. Perkara tentang agama jadi mainan. Amanah dijadikan sandiwara hidup harian. 'Ya Allah, jauhkanlah hambaMu ini daripada tergolong seperti mereka2 yg tidak ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.'

Bajet Kita Setelah Aidil Fitri

Akan ada yg mengeluh tentang kewangan setelah balik dari kampung. Banyak belanja dilakukan sebelum balik berhari raya.

Kita mengandaikan bahawa jika kita bekerja di KL, maka mesti jaga imej. Maka balik beraya mesti belanja sakan. Bawa balik bermacam2 kuih dan hadiah. Ada yg terpaksa sewa kereta untuk balik beraya. Tentang duit raya, kita andaikan bahawa RM1 tidak mencerminkan seseorang yg bekerja di KL.

Pernahkah kita bertanya kepada saudara mara kita apakah yg mereka inginkan daripada kita di pagi Syawal? Janganlah selepas balik dari kampung kita berpuasa bukan kerana ikhlas tetapi terpaksa akibat tiada atau kurang bajet sehingga gaji seterusnya.

Setelah Ramadan

Kita telah genap puasa sebulan Ramadan. Ada diantara kita akan melakukan puasa sunat 6 di Syawal.

Adakah kita akan kembali membiarkan hawa nafsu menjadi raja setelah Ramadan. Semasa Ramadan kita berpuasa menentang hawa nafsu. Apabila hawa nafsu kurang atau tiada dilayani semasa Ramadan, kita lebih hampir kpd Allah. Kita lebih mengejar2kan pahala sebagai bekalan akhirat. Tetapi ramai yg masih mengikuti hawa nafsu semasa bersiap2 utk berbuka puasa dan berhari raya.

Bayangkan jika kita dapat meneruskan perjuangan menentang hawa nafsu setelah Ramadan. InsyaAllah, hidup kita akan lebih tenteram kerana kesederhanaan.

Bertugas Semula

InsyaAllah, esok kita akan mula bertugas setelah cuti yg panjang. Berapa ramaikah pelajar yg akan berada di bilik kuliah esok?

Semalam saya ke sebuah pasaraya di subang jaya. Setelah membelibelah, saya ke sebuah restoran makanan segera. Sudah hampir masa tutup perniagaan. Saya jangka staf restoran mengandaikan saya tidak balik kampung kerana bertugas. Maklumlah, hanya membeli 'take-away' utk seorang shj.

Pada setiap masa kita mesti sentiasa bersedia utk menjalankan tugas dan amanah kita. Saya telah pun merancang tugas saya sehingga julai 2010.

Sabtu, Oktober 04, 2008

Balik Kampung

Lagu nyanyian arwah Sudirman memang seronok didengar. Dahulunya dipasang pada hujung semester persekolahan. Ianya akan dimainkan sekuat2 yg boleh pd 'mini compo'.

Memang betul 'balik kampung hati girang'. Bagaimana pula balik dari kampung? Adakah hati kita akan girang? Bermula hari ini akan berlakulah fenomena penghijrahan beramai2 warga2 kampung pulang ke bandar2. Kenapakah ada yg kurang girang kembali ke tempat mencari rezeki?

Di kampung, mungkin kita berasa sangat seronok dan girang kerana mungkin kita andaikan masalah hidup kita hanyalah di bandar sahaja. Balik ke kampung adalah masa mungkin untuk lupakan masalah2 kehidupan sepanjang tahun kita mencari rezeki.

Perpisahan Terjadi Lagi

Saya suka dengar lagu 'Kepulangan Yang Dinanti' nyanyian Aman Shah. Sayu dan sebak lirik dan lagunya.

Maka setelah menyambut 1 Syawal 1429H, tibalah saat yg tidak dinanti2kan. Masa utk berpisah semula dgn keluarga tersayang. Kita akan kembali menjalankan amanah dan tugas di perantauan. Keseronokan beraya di aidil fitri adalah berkumpul dan berjumpa setelah hampir setahun berpisah. Ada yg mungkin perpisahan selama2nya.

Hidup kita di dunia adalah sementara. Ianya adalah perjalanan ke akhirat. Semoga perpisahan di dunia akan terubat dgn berkumpul dan berjumpa di akhirat setelah melakukan persediaan sebaik2nya mengikut Islam.

Stesen Penyelidikan UiTM Perhilitan

Stesen ini, UPRS bertujuan menyelaras penyelidikan di taman negara. Ianya bermula hasil cetusan perbincangan antara mantan tnc p&i, prof dr rahmat mohamad dan mantan dekan fsr, pm dr anuar suun pada 2005.

Antara ciri2 seorang pemimpin yg cemerlang adalah sedia berbincang dan menerima pandangan daripada pengikutnya. UPRS adalah contoh bagaimana kepakaran di uitm bekerjasama utk kebaikan uitm dan negara. Setakat ini lebih 40penyelidikan telah dijalankan berkaitan projek taman negara uitm. Dana diperolehi adalah lebih kurang RM1.5juta.

Terima kasih kpd Prof Rahmat dan Dr Anuar. Kita juga berhasrat dapat melahirkan pakar2 sejati dalam pengurusan taman spt dr madya salleh daim dll. Pakar yg mengaku dia sebagai pakar tapi tidak diiktiraf pihak lain tidak diiktiraf kami.

Jumaat, Oktober 03, 2008

Setelah 1 Syawal

Apa kita lakukan setelah satu syawal? Ada diantara kita telah mula puasa 6 syawal. Baguslah.

Tapi ramai meneruskan menikmati juadah raya. Lemang, ketupat, rendang dan pelbagai lagi juadah dinikmati di rumah2 saudara dan sahabat. Bagaimana dgn berat badan kita? Bagaimana dgn kesihatan kita? Ada yg bagitau saya, ada masyarakat hanya sambut raya sehingga zohor pd 1 syawal shj. Masyarakat kita pula sebulan syawal kita beraya. Yg manakah betul dan afdal?

Walau apapun, keseronokan menyambut raya pd 1 syawal akan berkurangan apabila kita mula bersedia utk balik semula ke perantauan. Keseronokan berada di kampung bersama keluarga akan dinikmati semula pd 1 syawal 1430H, InsyaAllah.

Juadah Raya

Satay adalah hidangan biasa pada raya. Tidak ketinggalan kuzi dan roti, nasi dagang dan soto.

Jika di kampung, tugas saya dahulu adalah membakar satay sebelum solat raya. Bermula beberapa tahun lepas, tugas ini saya dah serahkan kpd sepupu saya (chemical engineer by qualification). Tahun ni tiada yg membakar satay di rumah Wan kerana kami beraya di lembah kelang. Dulu2 memang ambil masa nak bakar satay kerana perlu hidupkan api dahulu. Sejak beberapa tahun yg lepas, membakar satay cepat kerana kita guna pembakar elektrik. Jadi tiada lagi bau dan rasa arang dan asap pada satay.

Antara aktiviti biasa raya adalah menikmati juadah raya. Sakit perut saya pada raya pertama kerana memasukkan makanan berganda2 daripada saiz perut yg telah mengecil akibat puasa. Jadi beringat2lah bila menjamu juadah raya.

Khamis, Oktober 02, 2008

Berkumpul di Aidil Fitri

Aidil Fitri adalah peluang berkumpul dgn ahli keluarga yg pada masa2 lain jarang dapat kita bersama. Berkumpul ramai2 adalah keindahan aidil fitri.

Antara ahli keluarga saya adalah penulis skrip cinta dan sepi. Suaminya adalah pengarah filem2 tersebut dan pelbagai lagi. Jadi saya tak lepaskan peluang bergambar bersama2 mereka. Mungkin para pelawat blog saya akan dapat lihat kelibat saya dalam sebuah terbitan mereka? InsyaAllah.

Antara aktiviti aidil fitri adalah bergambar bersama ahli keluarga. Tahun ini, lokasi berbeza, bukan di Kelantan. Dan ahli keluarga sentiasa bertambah. Maka setiap tahun makin payah bergambar keseluruhan ahli keluarga dalam satu 'shot'.

Sedekah di Syawal

Duit raya bg saya adalah sedekah. Maka yg terbaik menerimanya adalah ahli keluarga.

Duit raya adalah tanda ingatan daripada saya. Para ahli keluarga memang sedia tahu nilai duit raya saya. Yg dapat lebih adalah yg paling hampir kpd saya dan mereka yg sangat2 memerlukan. Ada ahli keluarga baru bg tau saya, 'dah enam tahun dia tidak dpt duit raya'. Anda dah jadi keluarga saya, maka sudilah kongsi sebahagian daripada rezeki Allah kpd saya.

Bersamalah kita doakan agar kita sentiasa dimurahkan oleh Allah dgn rezeki yg Halal sahaja. Jauhkanlah kita drpd rezeki yg tidak halal. Allah jua yg memurahkan rezeki dan menyempitkan rezeki hambaNya.

Nilai Duit Raya

Apabila berkumpul ramai2 pada aidil fitri, kanak2 menanti dgn penuh harapan duit raya. Keluarga saya tak terkecuali.

Nilai duit raya saya bukanlah besar. Setiap tahun memang ada yg komplen, "tiap2 tahun sama aje nilainya, tak naik2". Saya senyum ajelah. Kalau sudi terima, kalau tak saya simpan aje. Hampir setiap ahli keluarga menerima duit raya drpd saya. Pelawat2 kecil turut menerima juga. Daripada tan sri sehinggalah bayi kecil, insyaAllah semuanya terima duit raya saya. Pembantu2 rumah tidak ketinggalan.

Duit raya saya bukan dalam sampul. Tiada apa yg hendak saya sorok atau rahsiakan. Telus dan ikhlas.

Nilai Aidil Fitri

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar... Salam Syawal 1429H.

Apakah nilai aidil fitri kpd kita? Ianya adalah hari kemenangan. Kemenangan menentang hawa nafsu pada bulan ramadan. Maka kita sambut dgn keluarga dan sahabat handai. Tetapi spt kata imam dlm khutbah raya semalam, jgnlah kita sambut aidil fitri dgn perkara2 bertentangan dgn Islam. Jgnlah pula aidil fitri dijadikan masa menggantikan maksiat yg ditinggalkan.

Terkejut melihat rancangan raya di tv. Ianya sebagaimana kata tok imam, media adalah sesuatu alat yg telah salahtafsir aidil fitri. Menggalakkan perkara2 yg kita berjihad semasa ramadan.