Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 22, 2012

Pilihan Kita

setiap masa kita menghadapi pelbagai pilihan. dan setiap pilihan memerlukan keputusan. tidak membuat keputusan sebenarnya adalah membuat satu pilihan/keputusan. dan kita perlu menanggung keputusan yg dipilih.

ianya termasuk berkaitan makan. pelbagai pilihan dilakukan untuk berpuasa. berpuasa di bulan ramadan sepatutnya kerana menunaikan rukun islam. tetapi ada yg berpuasa kerana ikut musim. iaitu kerana tiada kawan nak pi makan di siang hari. ada pula kerana malu. pilihan masing2. berpuasa banyak dugaan. kesan berpuasa bagi saya lebih banyak yang positif. masa lebih banyak. berat badan lebih sesuai dgn usia dan ketinggian, iaitu berkaitan kesihatan.

masuknya syawal kita kembali kepada kehidupan biasa. cuma dugaan adalah mengawal nafsu makan. banyak pilihan makanan yg dihidangkan. banyak pula tempat untuk dilawati/dikunjungi. ianya berkaitan juga dengan pilihan. kalau muda2 memanglah seronok melawat banyak rumah. ianya lebih kepada 'touch and go'. sekadar singgah dan bagi kanak2 adalah untuk dapat duit raya. saya membuat pilihan untuk berduit raya di bulan ramadan jika sempat. saya memilih melawat sebuah rumah sehari jika dapat sebab kesesakan lalulintas dan kunjungan lebih berkualiti.

puasa sunat syawal tidak wajib. kita boleh pilih nak lakukan atau sebaliknya. memang dugaan adalah jemputan daripada keluarga dan kenalan untuk beraya. alhamdulillah semalam baru mula puasa 6 walaupun ada jemputan daripada pakcik. puasa dapat dilakukan kerana jemputan untuk makan malam. maka tidaklah terasa hati tuan rumah jika kita tak jamu makanan terhidang sebelum maghrib.

menimbang dan membuat keputusan terhadap pilihan memerlukan ilmu. janganlah kita berhenti dalam menuntut ilmu untuk mendapatkan bekalan kebajikan bagi hari akhirat.

Tiada ulasan: