Kasar tajuk kali ini. Tapi inilah realiti. walaupun berada di ipt, belajar tinggi2, kita masih bodoh. ramai yg bodoh tapi tidak sedar, termasuk saya.
saya bodoh kerana tamak. maka saya kena scam. asalnya ingat rugi hanya rm10. tapi lebih drpd itu. sebab tamak kononnya boleh beli barang hanya 10% drpd nilai asal, saya rugi drpd segi pembelian. tapi utk tenangkan diri, selain sudah ketentuan, saya anggap kerugian tersebut sebagi pelaburan utk pengajaran dan pembelajaran. biar bodoh sekejap atau dulu, tapi mesti kurang bodoh atau pandai seterusnya, atau kemudian.
ramai jadi bodoh secara sedar atau tidak. bodoh sebab lemah, atau sebab lalai. dan manusia ini biasanya lemah, lalai, dan dalam kerugian. ramai yg jangka sebab ada pangkat, jawatan, kuasa, gelaran, keturunan, harta, kita adalah bijak pandai. tetapi faktor2 tersebut menyebabkan kita bodoh, akibat lemah, lalai, malas, sombong, kedekut, tamak, dengki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan