Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Julai 21, 2012

Ramadan 1433

ramadan muncul lagi. ramadan masa untuk berehat daripada makan di siang hari. ramadan masa menahan nafsu di siang hari (jika mampu). tapi lebih penting ramadan adalah masa membuat bekalan dgn bonus yg banyak.

pejam celik (ulang berkali2) dah pun kita puasa wajib semula. lepas tu beraya syawal. bagi ramai drpd kita, ramadan juga persediaan nak balik kampung. maka ramai yg fokus persediaan beraya di kampung atau jauh dari tempat kerja. bagi ramai drpd kita raya syawal adalah satu2nya masa untuk berehat dlm setahun. lari(?) dari tanggungjawab bekerja dlm setahun.

maka ramai yg lupa utk fokus kpd ramadan yg penuh barakah (termasuklah saya). alasan tidak makan di siang hari menyebabkan ramai bekerja separuh masa shj. bagi yg dah biasa kerja separuh masa (4jam drpd 8jam sehari) maka di bulan ramadan mereka akan produktif(?) hanya 2jam shj(25%). ini amat merugikan organisasi jika dikira ikut masa. tapi jika diambilkira kerja berfokus tanpa dugaan nak pi makan/mengumpat dll maka sebenarnya ramadan adalah bulan paling produktif. ianya bergantung kpd niat dan amalan kita.

kalau dlm team building, kita berebut2 nak menang. ianya bergantung kpd sebanyak mana kita berupaya mengutip mata/markah dlm masa yg ada. kebiasaan kita nak kutip mata/markah yg banyak utk menang di dunia (diterjemahkan dgn kenaikan pangkat/gaji/kereta lebih besar/mahal/dll). tetapi bab menang di akhirat kita mudah lupa dan leka.

semoga ramadan yg penuh barakah ini mengingatkan kita utk lebih bersedia dgn lebih banyak bekalan utk akhirat di mana kita akan hidup selama-lamanya. salam ramadan buat semua.


Tiada ulasan: