Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 29, 2012

Pentingnya Bajet

ada pelbagai jenis bajet. maksud bajet adalah perancangan kewangan kita. peribadi dan organisasi. bajet tahunan negara sentiasa menjadi satu perancangan yg dinanti2 hampir semua pihak. ianya akan menunjukkan halatuju negara pada tahun akan datang.

pada setiap agm, koperasi dan persatuan perlu membentang dan mendapat kelulusan bajet dicadangkan. maka ahli perlu faham kandungan dan kesan bajet kpd organisasi. kebiasaannya jika tahun2 lepas prestasi bagus dan kewangan tiada masalah, ahli jarang fokus dan teliti kpd bajet dibentangkan.

pengalaman saya dgn beberapa organisasi boleh dikatakan bhw mungkin ahli tak faham kepentingan bajet. maka tiada atau penilaian dilakukan diantara bajet dan pencapaian sebenar secara berkala. bajet spt stesen keretapi/lrt/komuter. ianya membantu kita/penumpang organisasi 'keep track' kpd stesen yg disinggah supaya tak silap keretapi dan menyebabkan kita tidak sampai ke destinasi dituju.

alhamdulillah. staf kerajaan akan dpt bonus 1/2bulan sebelum raya. maka saya andaikan ramai yg bajet utk menghabiskan bonus tersebut. seeloknya janganlah menjadikan diri boros dgn bonus bakal diterima. simpan utk dinikmati di hari kemudian atau lebih memerlukan. saya sarankan agar semua pelajar di uitm diberi peluang mengambil kursus perakaunan yg mengandungi topik bajet utk kebijaksanaan dan kesejahteraan sendiri, masyarakat dan lain2.

Tiada ulasan: