Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Januari 19, 2022

Angsa bertelur emas

Lebih dikenali sbg the goose with the golden egg. Angsa yg mampu bertelur emas, yg mampu beri kekayaan dan kesenangan kpd tuannya.

Masalah apbila tuan, atau keluarga tuan tamak. Memaksa angsa lebih kerap bertelur. Tidak diberi masa utk bertelur emas yg berkualiti.

Kesannya, telur emas makin kecil, atau telur berkurang kandungan emasnya.

Tuan, keluarga dan kawan tuan tidak lagi ambil kisah tentang angsa. Makanminum tidak dijaga dgn baik. Bajet utk angsa dikurangkan. Angsa dipaksa cari makanminum sendiri. Tuan mula paksa angsa bukan shj bertelur emas, tapi pelbagai jenis telur.

Jangan terkejut jika angsa jatuh sakit. Kurang bertelur emas. Akhirnya tidak bertelur langsung, dan disembelih oleh tuan, keluarga dan kawan kerana inginkan telur di dlm badan angsa.

Spesis spt angsa ini adalah lembu yg berikan wang tunai, atau cash cow.

Tiada ulasan: