Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, April 09, 2022

Puasa dan Sakit Kepala

Sehingga beberapa tahun lepas, saya biasa sakit kepala pada hari pertama puasa, hari2 terawal bulan puasa, dan hari balik ke kampung pada bulan puasa. Saya akan ambil cuti pada hari pertama puasa, utk bolehkan saya rehat.

Dulu2, saya andaikan sakit kepala saya sebab migrain. Maka ubat migrain akan saya makan pada waktu sahur, dan apabila berbuka. 

Saya juga andaikan, saya sakit kepala di awal2 bulan puasa dan hari balik kampung kerana dihidrasi, kekurangan air sebab puasa. Maka saya akan banyak minum air semasa bersahur dan befbuka, selain makan paracetamol.

Hinggalah program fakulti ke Johor dan Singapura pada 2018. Kesedaran dan diberitahu bahawa kebanyakan sakit kepala saya sebab caffein withdrawal. Sakit kepala kerana kurang dos kafein, sebab saya tidak ambil kafein pada waktu sahur, dan semasa berbuka. 

Ini kerana kafein membuatkan kita kurang keinginan minum air selain menggalakkan buang air. Sesuatu yg tidak bagus semasa kita berpuasa. Sekarang, saya ambil kafein semasa bersahur dan berbuka. Alhamdulillah kurang atau tiada sakit kepala di bulan puasa.

Tiada ulasan: