Ramai kongsi menu berbuka puasa mereka di laman sosial. Ada yg berniat ikhlas. Ada yg mungkin sebaliknya.
Perut kita sebesar penumbuk kita. Maka makanan yg sesuai diambil pada satu masa terhad kpd saiz penumbuk kita. Jika makan lebih, makanan itu membuat perut kita berkembang. Jika ditambah minuman pula, memang kembunglah perut kita.
Memang kita tergoda dgn menu makanan dikongsi, lebih2 lagi semasa lapar. Tapi jika kita berupaya fahami tujuan berpuasa, cukuplah dgn hidangan sebesar penumbuk kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan