Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, April 10, 2022

Miskin dan Ilmu

Mungkin keluarga kami pernah miskin. Keluarga ayah pernah miskin. Pernah menumpang tinggal di tempat orang, sehingga  2orang pakcik bina rumah utk nenek setelah cukup duit disimpan drpd gaji mereka. 

Seorang pakcik pernah bekerja dahulu utk bolehkan abangnya dan ayah saya belajar sehingga ke universiti. Kemudiannya, alhamdulillah, beliau dapat belajar ke ipt di luar negara. Kesemua adik beradik ayah lulusan universiti. Satu pencapaian rujukan sebuah keluarga melayu di Kelantan di tahun 1960an.

Kesemua adik beradik ayah pilih utk bekerja dgn kerajaan. Tiada yg berniaga spt arwah nenek, kecuali ayah setelah beberapa tahun bekerja dgn kerajaan. Kesemua adik beradik ayah pilih utk pencen bukan di jawatan tertinggi yg mampu mereka jawat. Ada pelbagai sebab yg saya tidak sempat dapatkan penjelasan drpd mereka.

Ilmu penting utk keluar drpd kemiskinan. Ilmu bermaksud pengetahuan yg digunakan utk kebaikan diri, masyarakat, dan persekitaran. Ada yg terjemahkan, kemiskinan atau kefakiran ilmu bawa kpd kekafiran atau kesesatan hidup. Jawatan, pangkat, gelaran, harta, kuasa tidak semestinya mencerminkan seorang berilmu, jika kesemuanya didapati dan ditanggung secara tidak amanah.

Tiada ulasan: