Biasanya di dunia, masa dan ruang ada hadnya. Ada sempadannya.
Mukasurat hadapan buku nota dahulu, tahun 1980an, 'time and tide, waits for no one'. Masa dan pasang surut, tidak menunggu kita. Sebab ada peraturan dan kekangan.
Tapi, sebenarnya masa dan ruang tiada hadnya. Di dunia kerana sementara, kita rasa ada had. Setelah kita mati, masa berterusan, dan ruang lebih luas drpd pandangan kita.
Kita berdoa semoga kita sentiasa mendapat keampunan, rahmat dan perlindungan Allah. Dan kita juga berdoa, semoga ruang kubur kita dan kediaman kita di syurga, bercahaya dan seluas alam milik Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan