Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, April 03, 2022

Kehadiran Dihargai

Kita seronok jika kita dihargai. Kehadiran kita disambut mesra. Kita diraikan dan diriakan oleh mereka yg hadir. Sudah tentu kita ingin hadir lagi dikalangan masyarakat yg sama.

Seronok apabila ditegur ketika tiap kali berada di surau berhampiran rumah. Dulu2 semasa arwah ayah ada, akan ada yg bertanya tentang keadaan ayah dan emak. Ianya tanda kariah surau prihatin keadaan mereka berdua.

Sekarang, emak pesan saya ganti ayah ke surau. Saya masih belum mampu hadir sebagaimana ayah hadir di surau semasa beliau sihat. Tapi saya bersyukur, setiap kali hadir ke surau, kariah tegur saya, tanda kita diterima sebagai sebahagian drpd mereka.

Tiada ulasan: