Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, April 03, 2022

Ramadan dan Ketenangan

Arwah ayah beberapa hari sebelum dia kembali ke rahmatullah, bertanya kepada emak, 'bilakah kita puasa'. Walaupun arwah tidak dapat berpuasa kerana tidak sihat.

Di petang sabtu, sebelum maghrib, 1 Ramadan, terasa tenang. Suasana di kawasan perniagaan dekat rumah tidak sibuk.

Semasa di surau, sebelum, semasa, dan selepas solat isyak, terawih, dan witir, diri terasa tenang. Tiada berfikir tentang masalah dunia. Bersyukur dapat bertemu Ramadan lagi.

Ramadan kali ini kali pertama tanpa ayah. Alhamdulillah, Ramadan ini kali pertama bersama seorang anak saudara. Semoga arwah ayah dll saudara mara, kawan, dan kenalan, tenang di alam barzah.

Tiada ulasan: