Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Julai 05, 2008

Semester Baru

InsyaAllah, kuliah akan bermula untuk semester baru Julai 2008. Pelbagai harapan untuk dicapai. Antaranya peningkatan dan perkembangan dalam bidang akademik untuk pensyarah dan pelajar.

Tugas sebagai pensyarah di sebuah universiti bukanlah mudah.Pensyarah bukannya berkhidmat secara akademik hanya 38.5jam seminggu ataupun daripada 8pagi hingga 5petang 5hari seminggu.

Maka begitu juga para pelajar.Penambahan ilmu bukanlah hanya semasa kuliah dijalankan sahaja. Perlu ada persediaan sebelum kuliah dan penyemakan semula selepas kuliah. Pelajar sains sukan bukanlah untuk menjadi ahli sukan yang terbilang tetapi mempelajari cara untuk melahirkan ahli sukan yang terbilang. Tiada 'superstar' di FSR. Jika anda seorang jaguh di padang bola, tidak semestinya amda akan dilayan sebagai primadona semasa kuliah. Semua perlu berusaha untuk kecemerlangan diri dan mereka yang menaruh harapan tinggi kepada kita semasa berada di sebuah universiti.

Kepada crew ISSRW 2008 yang saya tidak sebut nama pada catitan terdahulu, saya mohon maaf. Tahniah juga kepada anda yang gigih berusaha (Ecah, dah sini saya sebut, tahniah dan terima kasih). Walau pun ada yang hanya buat cameo appearance seperti biasa untuk menunjuk bahawa mereka 'buat kerja' seperti biasa.

1 ulasan:

aiShaH berkata...

Tugas pensyarah ni bukan 38.5 jam je.. rasanya 24jam kot.. Walaupun kita tidak berada di office tapi di rumah masih juga menaip dan membuat nota-nota kuliah yang diamanahkan.. tidak termasuk test & marking assignment.

So kepada sesiapa yang berminat menjadi pensyarah,jangan ingat menjadi pengajar kerja yang mudah..masuk kelas berceloteh tanpa input dikira tidak menjalankan amanah.

Yang penting kita hendaklah sentiasa menambahkan ilmu, minat dengan kerja yang diberikan, dan berusaha gigih dalam menjalankan amanah yang diberikan. TQ