Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Mac 24, 2013

Terlebih Manja

pagi tadi saya ada slot kemahiran insaniah bersama pelajar fsr sem2 bacelor. pelajar sr221 mengikuti kursus perakaunan bersama saya pada sem ini.

pelajar sr221 memberi respons lebih berbanding pelajar sr223. mungkin sebab dah tahu cara saya. terima kasih kepada bad sr221 kerana tumpangkan saya ke datc pada waktu tengahari. walau bagaimana pun, niat uitm utk tingkatkan ki pelajar mungkin tidak tercapai. slot bermula 8.30 tetapi ada yg selepas jam 9pagi baru masuk. mungkin penat? tetapi ianya mungkin tanda tak hargai usaha uitm membantu memberi tambah nilai kpd bakal graduan?

saya cuba elak manjakan pelajar. jika dimanjakan, lebih banyak buruk drpd baik. contohnya tadi saya lihat ada yg buang sampah bungkusan makanan merata2 walaupun ada disediakan bekas sampah. adakah kerana sebab mendapat makan minum percuma. dan mungkin juga yuran yg rendah menyebabkan ada pelajar yg tak hargai peluang belajar di uitm? spt saya ingatkan tadi, kehadiran pelajar di uitm adalah membawa amanah keluarga. sempurnakan sebaik mungkin.

Tiada ulasan: