Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Mac 28, 2013

Makan Kambing Lagi

tadi selepas solat maghrib di surau, sebuah keluarga ingin memenuhi hajat. ianya melalui majlis bacaan yasin. sbg harapan dan kesyukuran utk anak2.

dan menu utama adalah beriyani dgn kambing. lelaki dan perempuan sama bersemangat utk menjamu selera selepas solat isyak. kanak2 paling bersemangat. apabila saya keluar dari ruang solat, telah ramai ahli jemaah yg sedang menjamu selera. selain kambing dgn nasi, ada juga capati. ada juga mee jawa. dan tidak lupa buah2an. terima kasih kpd tuan rumah.

menjamu selera bersama jiran amat seronok kerana majlis sebegini mengeratkan hubungan dikalangan jiran. ianya juga bagus seumpama yg dilakukan di kampung tradisional. walau pun di 'kampung moden' keakraban dikalangan ahli kariah amat rapat. dari kanak2 sehingga yg berusia lebih 60tahun. alhamdulillah.

Tiada ulasan: