Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Januari 23, 2010

Berkongsi Tentang Peers Dgn UPNM

Alhamdulillah, tadi saya berkongsi pengtahuan berkaitan kaunseling dan peers uitm bersama peers UPNM. Slot saya selama 2jam sahaja. Tetapi saya panjangkan sehingga 2 1/2jam. Tambahan 1/2jam saya tak tuntut.

Seramai 30pelajar UPNM yg mempunyai keputusan akademik yg cemerlang berkumpul utk menubuhkan peers UPNM secara rasmi. Saya kongsi dgn mereka pengalaman saya dgn peers bermula pada 1987 sehingga sekarang. Saya turut berkongsi kejayaan peers UiTM sebagai juara keseluruhan utk anugerah persatuan cemerlang 2009 UiTM.

Peers UPNM bertanya kepada saya antara kisah kaunseling yg payah. Saya kongsikan tentang pelajar saya yg terperangkap dlm cinta yg membawa derita. Bagaimana bahagia pada mulanya menjadi derita. Pelajar berkenaan didera oleh 'kekasih' secara fizikal dan mental. Dan kisah ini bukan hanya satu. Bahkan ianya tidak terhad kpd pelajar uitm.

Kaunseling adalah satu khidmat membantu seseorang sedar akan masalah yg dihadapi dan bersedia utk menyelesaikan dgn usahanya sendiri. Dalam kaunseling, sikap salin menghormati amatlah penting. Ilmu adalah alat utama dlm kehidupan. Gunakanlah dgn penuh amanah.

Tiada ulasan: